Sunday 4 December 2011

Naib Presiden Dr Ahmad Zahid berkata, bahawa jika dia tidak dicalonkan dalam pru ke-13 dia tidak akan merajuk dan tidak akan menikam parti BN dari belakang. Suara jujur dari hati seorang pemimpin kanan ini, merupakan jadi pemimpin yang boleh diteladani oleh pemimpin UMNO yang lain. Jika semua pemimpin UMNO secara rela untuk tidak dicalonkan, maka UMNO tetap menang besar dalam pru 13. Di harap banyak lagi pemimpin kanan UMNO tampil ke hadapan dan buat kenyataan.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Dtk Najib ada saranan kepada semua Bahagian. Jika balik ke tempat masing masing perlu dekati para penyokong dan tanamkan rasa kasih sayang. Agar ahli ahli mempunyai semangat sokongan dan kata kesepakatan yang kental. Justeru itu semua ahli mesti menanamkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada parti. Datuk Najib juga sarankan supaya ahli ahli tidak wujudkan persengketaan dalam parti dalam kawasan masing masing.

Jika Dtk Najib bercakap pada timbalan Ketua Bahagian, jangan pula berkata dia nak jawatan saya sebagai Ketua bahagian. Jika Dtk Najib ada terlintas perasaan demikian, maka dalam hati Dtk Najib pun ada pernah berkata bahawa Timbalan Presiden nak jawatan Presiden juga. Jika nak minta ahli tunjukan kerjasama dan kasih sayang. Dtk Najib perlu mulakan di peringkat MKT. Jika ini menjadi kenyataan, maka Dtk Najib memang diakui oleh rakyat sejagat, bahawa karisma kepimpinan memang sudah menurun ke darah daging Dtk.

Trend politik yang mantap dan membina ialah bermula diperingkat MKT. Macam juga seorang bapa. Jika bapa menasihatkan anak untuk tidak merokok. Si bapa juga jangan perlihatkan merokok di hadapan anaknya. Jika asyik menyarankan kepada semua bahagian untuk berkerjasama demi kepentingan parti. Maka mulakan dahulu diperingkat MKT. Saya yakin semua bahagian tetap dapat menunaikan kehendak Dtk Najib. Jika nak mencalonkan muka muka baru dalam pru -13. Mulakan juga diperingkat MKT. Semestinya ada yang secara rela tidak mahu dicalonkan. Saya yakin BN akan memperolehi majoriti 2/3 untuk legah memerintah. Jika berani Dtk Najib dan Dtk Muhiddin dengan rela tidak mencalonkan diri sendiri dan dengan rela memberi laluan kepada muka muka baru dalam MKT. Tindakan ini sesungguhnya cukup berkesan dan dianggap matang. Tentu BN dengan bangganya dapat kemenangan yang lebih besar dalan pilihanraya ke-13.

LAGI TENTANG KOLEKSI KATA-KATA YANG INDAH UNTUK NAJIB

BILA DATUK NAJIB BERKATA.

Janganlah merajuk jika tidak tercalon dalam pru-13. Muka muka baru banyak diketengahkan kata Dtk najib. Mereka yang tidak tersenarai untuk pru -13, maka jangan pula tidak memberikan sokongan kepada muka muka baru. Kerana mereka ini pernah memberikan sokongan dahulu.

Jika Dtk Najib sendiri tidak berminat lagi sebagai calon. Ini menunjukan Dtk Najib adalah pemimpin yang cemerlang dan gemilang. Ianya kerana sanggup tidak bertanding demi kepentingan parti dan BN. Jika ini berlaku, maka Dtk najib amat berani berjuang demi membelakang jawatan dan pangkat dalam kerajaan. Pihak pembangkang terus tidak dapat melontarkan tohmahan tentang isu pembelian cincin 24juta.

Rakyat juga bangga kerana pemerintahan Dtk sekarang amat goyah dengan mengaitkan isu pembelian cincin 24 juta. Kadang dilihat dalam lawatan rasmi negara, seolah olah Dtk Najib bukan PM Malaysia. Macam Datin Rosmah pula yang * Malaysia. Di mana mana lawatan rasmi, kelihatan Datin Rosmah yang di hadapan berjumpa dengan rakyat. Manakala Dtk Najib tersorok di belakang isteri.

Renung renungkanlah pendapat rakyat.

Saturday 3 December 2011

KOLEKSI KATA-KATA INDAH DSSSK UNTUK NAJIB

KOLEKSI KATA-KATA INDAH DSSSK UNTUK NAJIB

Kata kata indah tidak seindah dalam hati. Puja dan puji kerana angkat kaki minta dicalonkan dalam pru-13. Semasa DT Salleh Ketua Bahagian dahulu. Pada tahun 2000 jika tidak silap. Nama Dtk Najib tiada dalam Bahagian KBelud untuk cadangan Naib Presiden.

Kini dalam pembahasan ucapan dasar. Dtk Salleh melevelkan Dt Najib dengan markah gred A. Jika di sekolah Dt Najib anak muridnya. Pemarkahan yang cukup memuaskan gred A. Anggapan murid sekolah ini sesuatu yang mengejutkan perwakilan yang menghadiri perhimpunan baru baru ini. Bagi rakyat KBelud rasa malu mendengar hujah hujah DT Salleh yang kurang matang dalam perbahasan. Ada yang bercakap DT Salleh berucap dalam balai raya kampong Taun Gusi. Petanda ini sesuatu yang malang bagi penyokong BN di KBelud.

Kemasukan sdr Musli jadi ahli PKR menjadi kebanggaan rakyat KBelud. Tindakan sdr Musli adalah berani dan cukup memberi ruang kepada rakyat untuk menilai siapa sebenarnya bakal pemimpin yang boleh membawa perubahan di KBelud. Jika Japlin yang tertanding di Usukan. Maka sdr Musli bakal menang besar di DUN Usukan. Jika DS Salleh yang dicalonkan di DUN Usukan maka majoriti 2,200 pengundi Sdr Musli sudah awal awal dikenal pasti. Akhirnya DT Salleh rebah tersungkur menerima kekalahan di tangan penyokong sdr Musli.