Saturday 28 April 2012

KOTA BELUD BERTUAH KERANA DIJENGUK OLEH TPM.LEBIH BAIK DRP TIDAK DIJENGUK

Kelapa Mawar dalam blognya memperkatakan Kota Belud sekadar dijenguk oleh Timbalan Perdana Menteri. Membawa persepsi yang berbeza dikalangan rakyat. Dan para penyokong di situ. 


Perkataan dijenguk dalam erti kata lain, bahawa Kota Belud tidak cukup diberi perhatian oleh Pemimpin pusat. Maksudnya begitu.!!


Lawatan TPM ke Kota Belud semacam acah sahaja, kerana  pilihanraya menjelang dekat dan bakal  diadakan bila bila masa dari sekarang. Lawatan tersebut disifatkan oleh Kelapa Mawar hanya sekadar dijenguk atau makna yang lain Kota Belud dianaktirikan.


Kelapa Mawar bijak memainkan putaran lidahnya dan belut belitnya. Dan terus membeluti Dun Usukan dan Tempasuk.


Pengumuman peruntukkan untuk di DUN Kedamaian, membawa kecemburuan di DUN Tempasuk dan DUN Usukan. Persepsi Kelapa Mawar dua DUN yang dianaktirikan ini, seolah olah ada master mind disebalik pengumuman peruntukkan tersebut.


Peruntukkan 40 juta untuk baik pulih jalanraya. Dan 5 juta bagi baik pulih Sekolah Narinang adalah dirasakan peruntukkan tambahan yang gah setakat ini.


Manakala peruntukkan masjid di kampung pengkalan abai rm500 ribu dalam kawasan DUN Usukan, secara langsung terjawab kelohan dan keraguan Kelapa Mawar.


Peruntukkan dalam kawasan Tempasuk sudah pun diumum oleh wakil rakyatnya Hj Musbah Jamle semasa gotong royong pembersihan kuburan Islam di batu gadung baru baru ini. Sejumlah rm500 ribu untuk sebuah masjid kampung Tamau tetap bakal diusahakan oleh wakil rakyat tersebut.


Dua kawasan mendapat jengukan oleh Timbalan Perdana Menteri. Dari Kota Belud terus menjenguk ke Ranau. Masyarakat Ranau menyambut baik lawatan tersebut. Masyarakat Ranau amat beruntung kerana di antara 25 Bahagian di Sabah, Ranau tidak terkcuali dari jengukan oleh Perdana Menteri.


Apa persepsi pula Kelapa Mawar terhadap 23 Bahagian yang tidak dijenguk oleh TPM. Para penyokong dari semua Bahagian yang tidak dilawati oleh TPM, setakat ini belum ada membuat lontaran komen dalam media. Hanya penulis pro pembangkang seperti Kelapa Mawar sahaja yang suka menghidupkan api kecil kecilan. Dengan harapan api ini dapat merembak wapnya di lain lain Bahagian.


Berkesahkan di Kota Belud. Disedari atau tidak oleh penyokong bahawa sejak Yb Dtk Salleh Tun Said, sejak itu juga Kota Belud mendapat penghargaan dan perhatian. bermula daripada Perdana Menteri DS Dtk Najib. Anak kandung kepada Perdana Menteri Dtk Abdul Razak. Juga turut melangkah kaki berkunjung ke daerah Kota Belud yang kaya dengan adat resam dan budaya berbilang kaum.


Semalam TPM memulakan langkah lawatan, langkah penuh bersemangat untuk. Senyuman kemenangan yang penuh pengertian untuk penyokong BN., disamping mencuba merasakan menu kueh tempatan 'penjaram'.  


Lawatan PM dan TPM, disifatkan oleh Ajk Bahagian UMNO Kota Belud, sebagai membalas jasabaik Ketua Bahagian UMNO kerana sudah kembali menerajui Bahagian dengan cekap dan jayanya. 


Ada ura ura bahawa,kemungkinan besar bakal Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah yang dilantik oleh Presiden UMNO berasal dari Kota Belud.. 


Friday 27 April 2012

LAWATAN TS MUHYIDDIN KE KOTA BELUD MEMBERI SINARAN KEMENANGAN BN??

Para pemerhati politik di negeri ini, berkata lawatan TS Muhyiddin ke kuat kubu UMNO/BN di Kota Belud, bakal mengekang pengaruh parti lawan.

Lawatan yang sudah lama dinanti nantikan oleh penyokong BN di daerah tersebut membawa khabar istimewa.  Khabar yang mahu didengar ialah pertambahan peruntukkan yang bakal diumumkan oleh TS Muhyiddin. Begitu juga soal khabar sokongan yang kental dari rakyat untuk parti BN, sentiasa berterusan.

Tentu sokongan rakyat Kota Belud kepada BN tidak pernah pudar. Kerjasama yang erat rakyat terus terjalin, ujar Ketua UMNO Bahagian Yb Datuk Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Persefahaman dan persepakatan yang jitu, antara pemimpin BN di daerah Kota Belud, adalah melambangkan cahaya kemenangan semua calon calon BN yang bakal diturunkan semasa pru ke-13 ini.

Ketua UMNO Bahagian, sebagai jeragan parti BN di Kota Belud sudah pasti, jentera pilihanraya sedia untuk menghadapi pru ke 13.

Disifatkan bahawa dokongan dan sokongan rakyat di ibaratkan seperti aur dengan tebing. ujar salah seorang Ketua Cawangan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Dijangka semua kerusi BN di Kota Belud sudah dikenal pasti bakal jatuh dalam genggaman BN. Begitu juga kerusi Parlimen. Khabarnya kerusi Parlimen Kota Belud, tetap milik parti BN. Doa doa rakyat mudah mudahan terkabul kata mantan Ajk Bahagian UMNO Kota Belud.

Wednesday 25 April 2012

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KUBURAN ISLAM BATU GADUNG KURANG SAMBUTAN??

Gotong royong membersihkan kuburan islam di batu gadung tidak menambat hati masyarakat iranun di kampung tamau.


Meskipun Yb Dtk Musbah, Ahli Dewan Undangan turun bersama sama untuk menyertai gotong royong tersebut, namun masyarakat di situ masih tidak memberikan kerjasama mereka kepada jawatankuasa penganjur.


Timbul banyak pertanyaan, apa kah masyarakat sekeliling di kampung Tamau telah membulatkan tekad untuk taat setia kepada saudara Wan Ramli @ Imbut,  mantan Ketua UMNO Cawangan  Pintasan. Di mana baru baru ini ahli ahli telah menyertai STAR.


Apa kah masyarakat Iranun tidak maklumkan tenatng majlis gotong royong itu, sehingga peserta dilihat kurang memberikan kerjasama.

Gembar gembur segelintir penulis blog yang selalu membuat ulasan yang memberikan kemenangan dan kejayaan konon ahli dewan tersebut adalah  berjiwa rakyat, nampaknya kurang berbaloi.


Harapan rakyat DUN Tempasuk kekerapan ahli dewan tersebut yang selalu turun ke padang dapat di hayati oleh masyarakat setempat.

Sunday 22 April 2012

DS NAJIB AKHIRI LAWATAN KE SABAH DENGAN KETENANGAN DAN KEMENANGAN!

PM Datuk Seri Najib yang mengadakan lawatan dua hari ke Sabah dan berakhir semalam, datang ke Sabah dengan menada tangan ke langit Mohon Doa restu kepada yang Mahakuasa, agar rakyat Sabah sentiasa kekal dengan Pemerintahan BN/ UMNO.


Rakyat tidak mengharap PM untuk datang dengan membawa berita tentang RCI. Kerana  rakyat jelata sudah bersetuju untuk menubuh jawtankuasa RCI BN baru baru ini. Badan yang ditubuh itu dipengerusikan oleh  Datuk Presiden PBS.


Sememangnya kebenaran memihak kepada ramalan pak belalang Kelapa Mawar, bahawa PM sudah menyerahkan keyakinan terhadap Ketua Menteri Sabah, bahawa BN di Sabah masih tidak boleh tergugat oleh mana mana parti pada pru ke-13.


Bakal menepati teka teki bahawa Sabah menjadi fixed deposit BN. Namun persangkaan Kelapa Mawar konon politik tsunami 2008 yang telah berlaku di Semenanjung. Tidak akan berlaku dan tidak akan melimpah di Bumi Di bawah Bayu ini. 


Dalam konteks ketelusan  Kerajaan pusat tidak perlu diragui lagi. Dalam usaha mengatasi keraguan rakyat tentang isu pendatang juga sudah bakal ditangani  dengan kerjasama semua pihak melalui Penubuhan Jawatankuasa RCI BN. 


Termasuk Kelapa Mawar, tidak perlu gusar dengan pengurusan Ekonomi Negara, kerana pihak Kerajaan begitu cekap dan teratur. Begitu juga isu Tanah warisan dan Adat dalam kawasan masing masing, sudah mula ditangani dengan pantas, dan tetap terarah untuk penyelesaian, demi kebaikan rakyat.


Pihak pembangkang sudah terkekang, PM sudah memberi signal kepada rakyat bahawa permasalahan yang digembar gemburkan pembangkang hanya permainan lidah sahaja. Aspek ini sudah dalam situasi kewaspadaan untuk diselesaikan secara mantap.


Sokongan dan dokongan rakyat terhadap BN/UMNO semakin GAH  dan kukuh. Kerana Timbalan Pengerusi UMNO Perhubungan Yb Dtk Salleh sentiasa memberi kerjasama dengan Yab Dtk Musa.


Semua Presiden Presiden Parti dalam BN juga bertungkus lumus, agar BN masih mendapat pengutamaan disisi rakyat jelata di Sabah.


Jika semboyan sudah dibunyikan, maka semua pemimpin BN negeri Sabah sudah siap sedia dengan kelengkapan yang mencukupi, dalam usaha menghadapi pru ke-13.


Ramalan rakyat kemenangan 2/3 tetap dalam genggaman BN. Kerana fixed deposit BN Sabah dan BN Sarawak bakal menjadi kenyataan. Lantaran BN tetap mengungguli pru ke-13 yang mendatang ini.

Friday 20 April 2012

LAWATAN DS NAJIB KE SABAH MENGEKANG PENGARUH PEMBANGKANG.

Dikatakan pengaruh pembangkang sudah terpedam.Mendarat di Pengkalan Abai, para penyokong PKR sekadar tangan melambai lambai. Rakyat yang dahulunya menyokong PKR sudah berubah angin. Kebanyakan mereka yang membawa angin ini meniup laju dan berhijrah ke Feri SAPP.


Di kesahkan oleh penyokong di Kota Belud, dalam pertemuan bersaksikan empat mata antara Presiden SAPP dan Ketua Pembangkang. Persetujuan yang dicapai bahawa, Anwar setuju untuk tidak menurunkan calon PKR di Parlimen dan DUN DUN di Kota Belud.


Datuk Yong Presiden SAPP memberikan lampu hijau, tanda bersetuju dikebanyakkan Parlimen dan DUN di Sabah, PKR tidak banyak menurunkan calon calon PKR. Sebaliknya tanggungjawab ini bakal digalas dan diganasi oleh Parti SAPP.


Sempena lawatan kerja ke Sabah, DS Najib sudah memberi info kepada rakyat Sabah, pintu gerbang BN sentiasa terbuka. Tiada halangan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat balik ke pangkal jalan, jika tidak memilih Parti SAPP.


Kerajaan BN dari rakyat untuk rakyat. Para penulis politik juga sentiasa di alu-alukan untuk buat teguran terhadap mana mana ahli wakil rakyat yang tidak memajukan DUN masing masing.


Pemerhati politik mengatakan Parlimen Kota Belud dijangka dalam genggaman BN lagi. Manakala Dun Usukan, Tempasuk dan Kedamaian tiada permasalahan untuk di menangi.


Rakyat sudah tahu yang mana kaca dan intan. Rakyat bijak memilih demi kesejahteraan Rakyat Usukan bila dapat tahu YB Dtk Salleh besar kemungkinan kembali dicalonkan.

Monday 16 April 2012

TIDAK SEGAMPANG SEPERTI YANG TERPAMPANG. DS ANWAR JINAKKAN PENYOKONG DI KOTA BELUD

Seperti Pepatah Melayu, mencurah garam ke laut. Begitu juga DS Anwar tidak segampang seperti yang terpampang dalam media bacaan, bahawa para penyokong BN masih bersemangat kental dan  kesetiaan mereka kepada Pemimpin BN di Daerah Kota Belud tidak perlu digusarkan  


Pengakuan pernyataan ini diluahkan oleh Ketua UMNO Cawangan di DUN Usukan. Kota Belud yang tersohor dengan sebutan kubu kuat bagi UMNO/BN. Kubu kuat UMNO/BN tidak semudah itu dianggap boleh dirobohkan.  


Rakyat Kota Belud tidak bimbang dengan cara gembar gembur pembangkang konon Usukan boleh dijinakkan, walau pun Penasihat Pembangkang acapkali bertandang ke Daerah yang dikenali penyokong UMNO/BN.


Sambutan yang diluar jangkaan itu sekadar dipetik dari kacamata Kelapa Mawar sahaja. Jika dikaji secara yang nyata bahawa masyarakat yang turut hadir yang memenuhi majlis ceramah itu, didapati datangnya dari luar Daerah Kota Belud.


Ada penganalisis yang tidak pro dengan mana mana parti, mengatakan tidak dapat dinafikan bahawa UMNO masih tidak tergugat di Usukan. Meskipun penduduk Kampung di Pengkalan Abai ada yang menyertai pembangkang. Penyertaan mereka bukan dianggap keseluruhan. Tapi ada hanya segelintar penduduk yang masih tidak berpuas hati terhadap wakil rakyat Usukan.


Pru ke-13, memungkin calon BN tetap unggul dan tetap menjadi pilihan rakyat Usukan. Di ramal calon BN bukan lagi secara payung terjun. Akan tetapi anak jati Kota Belud sudah jadi perhitungan untuk diketengahkan sebagai calon yang terbaik dari kacamata rakyat DUN Usukan dan Parlimen Kota Belud khasnya.

Dokongan dan sokongan rakyat saban hari kian kental kepada parti BN/UMNO, kerana ada desas desus bakal calon DUN Usukan tidak lain, tidak bukan ada kemungkinan besar Yb Dtk Salleh, pilihan rakyat bakal menjadi kenyataan. 

Selaku Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Merangkap Speaker Dewan Undangan, dikira amat bertepatan untuk diturunkan sebagai calon BN/UMNO yang unggul. Keunggulan beliau dalam arena politik sentiasa mendapat tempat di hati rakyat DUN Usukan.

Saturday 14 April 2012

JIKA BUKAN DTK SALLEH. DTK MUSA BAKAL JATUH TERSUNGKUR PRU 13??

KESIAPSIAGAAN UMNO SABAH, JIKA BUKAN GANDINGAN YB DTK SALLEH MEMBANTU DTK MUSA. Mungkin Parti Komponen BN Sabah bakal menghadapi pertandingan yang sengit dalam pru ke-13 ini.


Dikatakan oleh banyak pihak bahawa Dtk Musa kini banyak kena tempias, akibat lontaran fitnah dari pihak tertentu, sehubungkait dengan skandal balak di Sabah. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa bukan sahaja dari sudut kaitan balak. Malahan dari sudut mengamalkan politik berkeluarga dalam UMNO.


Nama yang banyak tercalar kerana hentaman taburan fitnah ini, maka Dtk Musa bersikap seolah olah duduk tidak selesa di atas kerusi empuk Ketua Menteri Sabah setiap hari.


Samada tuduhan liar ini dapat menepati sasaran. Tapi ibarat warna baju puteh yang dipakai  masih juga kelihatan bekas tompok tompok tahi unta yang berwarna hitam. Dan kesan warna hitam ini agak sukar untuk dicuci, walau pun menggunakan bahan pencuci dari jenama yang terkini. Namun sesetengah rakyat selalu melihat kepada isu remeh temeh sebagai bahan yang boleh menghalang untuk sampai ke distinasi kemenangan BN Di Sabah.

Seperkara lagi yang bakal ditakuti oleh rakyat Sabah. Ialah sikap Dtk Musa suka menurunkan calon BN secara payung terjun. Tidak puas dengan taktik payung terjun, ditambah lagi dengan calon calon secara import. Akhirnya semua sokongan bakal merosot.


Sebagai contoh pru ke 12, calon import BN di Parlimen, Kota Belud merosot dari sudut sokongan. Mampu meraihkan majoriti 3,020 undi.

Pada pru ke-11 calon BN anak jati Kota Belud telah meraihkan majoriti 10,450. Dan majoriti begitu gah ini adalah diluar jangkaan rakyat di situ.


Kita berpindah kepada kehadiran Yb Dtk Salleh sebagai gandingan dalam regu Dtk Musa, yang dianggap sebagai gandingan tepat, bakal menjaring semua kerusi BN di seluruh Sabah pada pru mendatang. 


Dtk Salleh adalah pasangan yang ideal. Dipercayai dan diyakini kebolehannya oleh rakyat di seluruh Sabah. Bahawa bantuan Dtk Salleh secara newtral sentiasa memberi sumber kemenangan kepada Parti Komponen BN, dalam waktu sesingkat masa ini.

Bukan sahaja dari sudut karisma, malahan Dtk Salleh dengan warna bajunya yang puteh belum ada tanda-tanda kecalaran, jika diandaikan dari kaitan persada politik.


Yb Dtk Salleh yang dikenalpasti tidak mempunyai kesan tumpahan lontaran fitnah. Tidak mempunyai rekod hentaman kad kuning dalam arena politik. Dengan tenang serta penuh berketrampilan,  semua bakal khutbah-khutbah Dtk Salleh tetap melekat dalam hati nurani rakyat Sabah.

Dtk Salleh juga tiada tanda-tanda mengamalkan politik secara kekeluargaan dalam UMNO, disifatkan langkah yang amat terbaik dan positif dari kacamata rakyat. Tentunya aspek ini bakal menggamit sokongan dan dokongan yang padu kepada Parti Komponen BN.


Bukan sahaja dari kepelbagaian aspek yang disebutkan dalam ulasan ini. Tapi hiraki Jawatan sebagai Timbalan Pengerusi, wajar dinaikan pangkat ke Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.


Rakyat Sabah kini, menyeru kepada Pucuk Pimpinan Parti YaB Dtk Najib, tidak hanya melihat sebelah mata terhadap saranan dan pandangan rakyat melalui media ini. Kerana menjadi hak mutlak rakyat, untuk menentukan kemenangan. Adalah dicadangkan selepas pru ke-13, jawatan Ketua Menteri perlu diusahakan untuk berpindah tangan.


Untuk itu, harapan rakyat Sabah bahawa Pucuk Pimpinan Parti BN, memberikan peluang selama dua penggal kepada Yb Dtk Salleh, sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.  Kerana sabah adalah penyumbang kemenangan dua pertiga yang bakal digendung oleh BN selepas pru ke-13 ini.  







Dikhabarkan Dtk Musa bakal direhatkan. Beliau mungkin akan berhijrah ke pusat sebagai Menteri Persekutuan.











 

Friday 13 April 2012

ANWAR IBRAHIM DI KG.PENGKALAN ABAI KB. DI PANDANG MENCUBA NASIB

Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Kota Belud sebagai langkah untuk mencuba nasib bagi menghadapi pru ke-13.


Acara penyambutan dengan kehadiran pemuda bermotorsikal, tidak mematahkan semangat penyokong BN di Kampung Pengkalan Abai. Ujar Ketua UMNO Cawangan di Kampung tersebut.


Tidak menjadi kehairanan terhadap penyokong setia BN di Usukan. Kehadiran DS Anwar dianggap tidak dapat memecahkan kekentalan semangat pendokong BN di DUN tersebut. 

Salah seorang penyokong BN di Usukan, mengatakan calon PKR bakal kehilangan wang pertaruhan jika parti itu masih berdegil untuk menurunkan calonnya dalam masa pru ke-13 ini.

DUN Usukan adalah kuat kubu UMNO/BN. Semangat penyokong di situ sudah berakar umbi. BN/UMNO sudah relevan di hati rakyat DUN Usukan khasnya dan Parlimen amnya. 

Sunday 8 April 2012

DATUK "S" NIKAH DENGAN PATI. BUKAN GUNDIK??

Tidak perlu digembar gemburkan Datuk "S" ini kerana telahpun bernikah secara SAH di sisi hukum Agama.


Datuk "S" sudah bernikah. isteri keberapa itu tidak kesah asalkan sah. Mungkin Datuk "S" ini sudah jodoh sudah suratan, maka semua perlu beri sokongan moral kerana ada kelayakan memiliki isteri lebih dari satu.


Dalam konteks politik. Tentunya Datuk ini menerima hakikat bahawa jika rakyat memerlukan tenaganya sebagai wakil mereka. Tentunya tiada masalah. Asalkan Datuk ini tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Andainya rakyat tolak Datuk sebagai wakil mereka. Ini bermakna datuk ini sudah habis  tempoh perkhidmatanya kepada rakyat.

Tiada apa yang perlu dikata. Sudah nasib badan. Tapi tidak apa, tidak tercalonpun sudah ada bini muda. Tenaga muda. Datuk juga jadi orang muda.

Asalkan semua isteri hidup rukun damai, tidak berbalah di antara satu sama lain. Suami pun mesti adil bah...

Saturday 7 April 2012

85 ORANG KETUA KETUA CAWANGAN UMNO MENJADI KATAK LOMPAT KE PKR??

Di petik dari Blog Sabah Net. Sdr Mutalib MD melaporkan bahawa dijangka 85 Cawangan  daripada 373 Cawangan di Parlimen Bahagian SILAM bakal dibubarkan dalam masa terdekat ini.

Belum dapat dikenal pasti sebab sebab Ketua Cawangan mengambil keputusan untuk membubarkan Cawangan masing masing.

Desas desus tindakan Ketua Ketua itu bukan bermakna minat dengan  PKR. Tapi mereka memprotes Ketua Bahagian yang tidak menyenarai semula Yb Hj Salleh Kalbi sebagai calon Parlimen.

Di satu pihak mengatakan, Ketua Ketua Cawangan memprotes untuk minta Dtk Musa Aman untuk berundur dari Ketua Menteri dan perlu digantikan dengan muka baru dalam masa terdekat ini. Rakyat Sabah sudah memikirkan bahawa setiap Ketua Menteri perlu diberi peluang dalam Negeri hanya dua penggal sahaja duduk dalam jawatannya.

Apa pun cerita tentang dari UMNO Silam, tetap diletakkan budibicara mereka untuk menyelesaikan pergeseran pendapat ini tidak berterusan.

Jika cerita ini mempunyai kebenaran, maka satu tendangan maut dari ahli ahli UMNO Bahagian Silam, yang bakal penyebab Ketua Bahagian Silam  jatuh tersungkur disiang hari.

Dtk Musa bakal memurkahi UMNO Silam, kerana tindakan ahli ahli cawangan keluar parti UMNO adalah sesuatu yang mencemari hasrat Pucuk Pimpinan Negeri.

Datu Nasrun selaku Ketua Bahagian, perlu mencari jalan dalam usaha untuk turun padang berjumpa dengan Ketua Ketua Cawangan, agar hasrat pembubaran Cawangan Cawangan demikian dapat ditarik balik. 

Jika hasrat Ketua Ketua Cawangan dapat di halang dalam masa terdekat ini, maka satu keajaiban dengan GAH bagi UMNO Silam.   



 

Datuk Jumat Idris Bukan Pilihan Rakyat.Samada Parlimen Sepanggar??

Seorang atau dua yang berpendapat Jumat diperlukan untuk calon di Sepanggar. Di banding dengan ratusan suara dari penyokong Sepanggar, bahawa jika Jumat di calonkan di Parlimen Sepanggar, maka bakal menemaph tikit kekalahan.


Pada suara sahaja Sdr Jumat lantang bercakap. Tapi dari sudut kerja, agak ketandusan kriteria sebagai ahli UMNO yang sangat lemah dalam pekerjaan tentang Parti. Jumat yang digelar sebagai kuat MENGAMPU serta menjilat Dtk Musa Aman, dipetik dari  blog KELAPA MAWAR. Bakal kecundang dan tersungkur di bumi Sepanggar.


UMNO Sepanggar yang dipelopori oleh sebilangan keluarganya. Sehinggakan ada anggapan dari  Ketua Ketua Cawangan yang berpendapat bahawa UMNO Sepanggar sama dengan panggilan "UMNO Famili Jumat"


Jika pucuk pimpinan Sabah, bersikap tutup mata meletakkan Jumat di Sepanggar. Bermakna, kekelahan calon BN awal awal lagi dapat diramalkan.

Dtk Yong seorang pemimpin yang tersohor di mata Melayu/Bajau di DUN Karambunai
tentu senang dan lapang dada jika calon BN dikekalkan Puan Jainab. Jika calon BN DUN Karambunai memihak kepada Jumat, Dtk Yong masih senyum menghadapi Jumat.

Jika Sdr Mohd Joh, Ketua Pemuda UMNO Sepanggar, jika tercalon di DUN Karambunai, mungkin BN dapat mempertahan DUN tersebut. Ratus rakyat berpendapat Sdr Mohd Joh adalah pilihan tepat dan pilihan rakyat.

Temu ramah yang dibuat di daerah mengundi Bundulan baru baru ini, kebanyakkan yang hadir hanya peserta biasa. Tidak terdapat kehadiran itu membuktikan sokongan yang gah. Rata rata yang telah dihadir hari itu bukan boleh mengundi di situ, ujar seorang ahli cawangan Kampong Bundulan.

Friday 6 April 2012

MENCARI KESIBUKAN RAHMAN LUPA KEM PARADISE KOTA BELUD!!

Kemenangan Sdr Rahman Parlimen Kota Belud bukan sokongan yang padu. Majoriti 3020 undi menghampiri gelaran kalah. Sebelumnya calon BN majoriti mencecah 14,000 undi. Sokongan yang kuat dan gah.

Budaya calon terjun dan import tidak mendapat sokongan yang ikhlas. Nada penceramah semasa kempen pru ke-12, meminta semua penyokong mesti sokong calon pilihan parti. 

Nada nada ini sering dikumandangkan oleh VIP semasa turun ke padang bersama rakyat. Lain cerita jika calon yang diturunkan atas dasar pilihan rakyat.

Apa yang berlaku dengan KEM Paradise ini tidak dapat diuruskan oleh wakil Parlimen Kota Belud memang sudah diduga. Sama dengan alkesahnya SK Tamau. Sdr Rahman tidak mau?.

Beginilah penceritaanya jika setiap calon yang mewakili BN itu, dicalonkan atas dasar import atau payung terjun.

Rakyat Kota Belud perlu bersabar, ada kemungkinan bakal calon Parlimen tidak lagi mengamalkan sistem import.

Jika juga masih diteruskan calon yang diturun wakil BN itu secara import. Bagus lagi Pemimpin BN Negeri, calon saya MASBAK HJ RUMASHID, Kg kelahiran Merabau, bukan import lagi. Soal masalah rakyat KEM Paradise dan SK Tamau tetap dalam genggaman untuk diselesaikan.( bukan angkat bakul sendiri, sekadar contoh saja ).

SIAPA BAKAL KETUA MENTERI SABAH? DATUK SALLEH ATAU DATUK SHAFIE?

Belum ada yang boleh melontarkan ramalan. Belum ada yang menepati keputusan yang boleh diputuskan bahawa samada Datuk Salleh bakal ketua Menteri Sabah atau Datuk Shafie.


Dari sudut hiraki jawatan dengan Badan Perhubungan UMNO Sabah, kebanyakan mengatakan jawatan Ketua Menteri bakal disandang oleh Datuk Salleh, kerana ketiadaan Pengerusi Badan Perhubungan, Timbalannya boleh memangku jawatan yang dikosongkan.


Keputusan yang wajar ini bakal disetujui oleh semua rakyat Sabah. Bukan sahaja rakan rakan komponen parti BN., malahan semua ahli akademik dan professinal turut bersetuju jika YB Datuk Salleh dilantik ke jawatan Ketua Menteri, selepas BN membentuk kerajaan.


Dalam waktu yang sama, Semua rakyat Sabah setuju bahawa Dtk Shafie mesti  dikekalkan di pusat dengan jawatan Naib Presiden.


Bila ditanya kenapa?  Jawaban mereka bahawa Datuk Shafie perlu tanding Timbalan Presiden UMNO. Dan dalam sejarah Sabah Timbalan Presiden UMNO telah ditembusi oleh rakyat dari Sabah.


Budaya UMNO, bila seseorang pemimpin dapat menduduki jawatan Timbalan Presiden, maka laluan ke Jawatan Presiden tetap dalam genggaman.

Rakyat Sabah bakal meraihkan kejayaan ini bersama penyokong BN bila satu masa Perdana Menteri Malaysia berasal dari Sabah serta tempat kelahiran Daerah Semporna.

Manakala Dtk Musa Aman bakal calon untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Rakyat Sabah berharap semua perancangan ini dapat mencipta kejayaan.

Thursday 5 April 2012

ISU TAN SRI ANNUAR MUSA KOMEN FAM UNTUK KEBAIKAN

KERANA KOMENTAR ISU TAN SRI ANNUAR MUSA yang digantung gara gara mengkritik secara membina terhadap skuad Kebangsaan bakal merugikan Badan FAM.

Jika dibanding kritikan yang membina sebagaimana yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden FAM, TS Annuar Musa, perlu mendapat perhatian yang positif demi kebaikan skuad Kebangsaan.

Badan FAM perlu terbuka untuk mendengar segala buah fikiran Jawatankuasanya. Sikap Badan itu yang sentiasa tertutup, tidak membuka pintu untuk mengeluarkan saranan, bakal merugikan Badan itu sendiri amnya. Dan semua peminat peminat dalam Negara khasnya.


Berkewajaran Timbalan Presiden membuat komen yang membina. Suara Timbalan Presiden selalunya boleh dianggap mewakili Presiden. Jika Timbalan Presiden didapati melanggar peraturan badan itu, maka Presiden dan Timbalan Presiden wajar menerima hukuman yang sama.

Jika menjadi amalan Badan itu selalu Presiden menjadi kebal tidak boleh dihukum, maka sepatutnya Badan itu mencari jalan yang terbaik. Jalan yang terbaik ini bakal tidak merugikan pasukan Negara dan pemimpin pemimpin FAM yang berkebolehan serta berketrampilan.

Wajar disuarakan bahawa tidak bermakna jawatan Timbalan Presiden itu, dianggap tidak boleh memajukan skuad pasukan Negara.

Tidak wajar juga kekebalan Presiden badan itu membolehkan skuad pasukan Negara, sentiasa kuat dan setiap ada perlawanan maka pasukan sentiasa menjulang piala kemenangan.

Semua peminat skuad pasukan negara mencadangkan kepada FAM. Bahawa hukuman terhadap TS Annuar Musa yang tidak berkewajaran itu, perlu ditarik balik oleh Badan itu, demi kemajuan skuad pasukan Negara.

Masih tidak terlambat Badan itu untuk membuat keputusan. Sebelum TS Annuar Musa meletakkan jawatan. Sebelum semua peminat bolasepak Kelantan meminta TS Annuar keluar dari FAM. Lantaran semua pertandingan atas anjuran FAM, Kelantan bakal tidak menyertainya.  

Wednesday 4 April 2012

SPESIS KELAPA MAWAR SUDAH KEHILANGAN MAWARNYA

Ulasan dari Blog Kelapa Mawar, mengenai keputusan UMNO Bahagian Silam dalam konteks menentukan calon calon itu bagi senarai pru ke-13, menimbulkan tanda tanya, samada perkataan yang digunakan 'SPESIS' kepada Datuk Nasrun dan Datuk Salleh, adalah diluar kemampuan oleh para pengulas politik.

Ayat yang berbunyi " DATUK SALLEH DAN DATU NASRUN SPESIS YANG SAMA"??. Adalah berbentuk penghinaan kepada sesama Umat Manusia.

Para peminat yang selalu mengikuti ulasan Kelapa Mawar, merasakan mereka sudah kehilangan minat dan selera. Kerana perkataan SPESIS yang digunapakai untuk haiwan oleh Kelapa Mawar itu adalah satu penghinaan kepada dua tokoh tokoh politik UMNO Bahagian masing masing.

Menyamaratakan perkataan SPESIS untuk haiwan, sebaliknya dengan sombong digunapakai kepada Yb Datuk Salleh dan Datu Nasrun dalam ulasan tersebut adalah sangat dikesali.

Salah seorang Ajk Bahagian UMNO Kota Belud yang ditemui semalam, mengatakan pengulas Kelapa Mawar sudah menunjukkan rasa tiada tanggungjawab terhadapdiri dan maruahnya sebagai seorang pengulas politik yang berhemah dan bertamaddun.

Ada kemungkinan Kelapa Mawar ingin mencipta imagenya sebagai seorang pengulastik yang bergelar kurang cukup siuman dalam arena ulasan mengenai politik individu. Ujar salah seorang Ajk Bahagian Kota Belud. Yang tidak mahu namanya disebutkan dalam ulasan ini.

Sebagai seorang pengulas yang tersohor serta dengan nama yang baik dalam arena pengulasan politik, perlulah ikut Sunah Nabi serta dengan akhlak yang lebih mulia di Sisi Agama.

Sama sama dengan rakyat bagi memastikan ulasan Kelapa Mawar akan datang, mengharap  dengan penampilan yang cukup berhemah, tanpa sebarang ketidak sengajaan ayat ayat yang melampaui emosi digunapakai dalam setiap ulasan. 

Tuesday 3 April 2012

DATUK RAHMAN DI COP PEMIMPIN ' PELARIAN '

Sejak kebelakangan ini, Datuk Rahman di cop sebagai pemimpin "PELARIAN ".

Penulis blog yang menggelar dirinya sebagai KELAPA MAWAR mengulas dalam tajuk ulasan RAHMAN DAHLAN PERTAHAN MUSA AMAN, BIDAS DR JEFFRY KTIINGAN.

KELAPA MAWAR menyifatkan Datuk Rahman pemimpin yang dicop sebagai PELARIAN kerana tidak mempunyai kawasan yang tetap. Menjelangnya Pru ke-13 ini dan Rahman belum pasti boleh diturunkan sebagai calon import.

Datuk Rahman Setiausaha Barisan Nasional Sabah, membidas kenyataan Presiden  STAR kerana mempertikaikan kredibiliti Musa Aman, tentang peningkatan PATI dan KEMISKINAN RAKYAT yang tidak terbela.

Kelapa Mawar menyuarakan tentang bajet Negeri yang diumukan berjumlah 4 billion. Dibanding  simpanan tunai Negeri sebanyak 3 billion. Manakala peluang pekerjaan dianggar dapat diwujudkan pekerjaan 80,000 orang.

Samada saranan ini menjadi realiti atau hanya tinggal kenangan, terpeluang kepada rakyat jika memilih BN untuk memerintah semula semasa pru ke-13 ini.

Pru ke-12 Datuk Rahman calon BN memenangi  Parlimen Kota Belud dengan majoriti yang tidak selesa 3,020 undi, menewasakn calon PKR Sdr Saidil.