Thursday 31 May 2012

DOKUMEN MEMORANDUM DARI 01 HINGGA 20 PERKARA. BUKAN PERJANJIAN.


Rakyat Sabah boleh meletakkan ke tahap perbandingan perkara dari 01 hingga ke 20 perkara.

Kebimbangan rakyat terjawab selepas mengkaji memorandum ini. bukan berbentuk Perjanjian yang perlu ditandatangani.
Di bawah ini diperturunkan untuk rujukan rakyat Sabah.



DOKUMEN MEMORANDUM DARI  01 HINGGA KE  20 PERKARA. 


PERKARA  01 : AGAMA.

Huraian perkara 01 ini ialah,:  walaupun tiada bantahan terhadap Agama Islam, sebagai Agama Kebangsaan Malaysia, akan tetapi Agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai Agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.



PERKARA 02 :BAHASA

Bahasa Melayu harus dijadikan bahasa kebangsaan persekutuan. Manakal bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempuh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan Negeri dan Persekutuan, tanpa had masa.



PERKARA 03: PERLEMBAGAAN

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia. Akan tetapi Perlembagaan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan Negeri Negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu tersusun pindaan kepada sebuah Perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh Negeri Negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah Perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.



PERKARA 04: KETUA PERSEKUTUAN

Ketua ( Yang Di Pertua Negara ) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.



PERKARA 05: NAMA PERSEKUTUAN

"MALAYSIA" Bukan Melayu Raya.



PERKARA 06: IMIGRESEN

Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke Borneo Utara, jika ia berkaitan dengan urusan Kerajaan Negeri. Kecuali atas sebab sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang. Kecuali mereka yang bertugas di bawah Kerajaan Persekutuan daripada tempat tempat lain Malaysia di Boreno Utara.



PERKARA 07: HAK MENARIKDIRI

Hak untuk memisah atau menarikdiri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.



PERKARA 08: BORNEONISASI

Proses untuk melantik orang orang tempatan ke dalam perkhidmatan Negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.



PERKARA 09: PEGAWAI PEGAWAI BRITISH

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan Pegawai Pegawai British untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang orang tempatan yang berkelayakan.


PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN.

Tertakluk kepada pindaan berikut, perenggan 148(K) cadangan dalam laporan Cobbold menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan.

Perenggan kecil(1) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 taahun. Untuk diselaraskan dengn Undang Undang kami, perenggan (11) sepatutnya menyatakan 7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun. Perenggan kecil (11) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan itu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas hari Malaysia semestinya menjadi Warganegara Persekutuan.


PERKARA 11: CUKAI DAN KEWANGAN

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.



PERKARA 12: KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI/BUMIPUTERA BORNEO UTARA.

Pada prinsip bangsa asli Boreno Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya. Tetapi formula yang dipratikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Boreno Utara. 



PERKARA 13: KERAJAAN NEGERI

Ketua Menteri harus di pilih oleh ahli ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem Kementerian yang sesuai.


PERKARA 14: JANGKAMASA PERALIHAN

Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut Perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh Kerajaan Persekutuan.


PERKARA 15: PELAJARAN

Sistem pelajaran Boreno Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan Kerajaan Negeri.


PERKARA 16: PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan Kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk Negeri ini.


PERKARA 17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara, tetapi juga termasuk keluasan dan keupayaan. Dan dalam mana mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.


PERKARA 18: NAMA KETUA  NEGERI

Yang di Pertua Negara.



PERKARA 19: NAMA NEGERI

SABAH.



PERKARA 20: TANAH, HUTAN KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN LAIN.

Perkara dalam Perlembagaan Persekuituan, mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan, tidak harus melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara. Mengenai 20 point itu.



Wednesday 30 May 2012

DR JEFFRY MENIDAKKAN KERJASAMA PARTI PEMBANGKANG DARI SEMENJUNG..

Ahli ahli STAR Kota Belud menyambut baik di atas saranan presiden parti mereka,  untuk   menolak semua parti parti pembangkang dari Semenanjung, dan beliau (Dr Jeffry) tidak setuju parti semenanjung  bertanding di semua kawasan parlimen maupun DUN di Sabah.


Jika parti parti pembangkang dari bumi semenanjung berdegil juga untuk meletakkan calon mereka di kawsan parlimen mau pun DUN di Sabah. Maka mereka berkata langkah mayat kami dulu. Kerana STAR sudah sebulat suara tetap meletakkan calon calonnya di semua parlimen dan DUN yang tetap difikirkan oleh beliau, bahawa partinya bakal mencapai kemenangan.


Kenyataan Dr Jeffry yang dipetik dari blog Kelapa Mawar ini,  bertitiktolak dengan  azam yang kental  hendak menjadi pemerintah dan bakal merampas daripada kerajaan BN kini.


Dr Jeffry menolak kerjasama parti pembangkang dari semenanjung, kerana pada hemat beliau, mereka (pemimpin pembangkang) dari semenanjung mempunyai biodata kepimpinan yang banyak tercalar dari sudut moral. rakyat Sabah bakal menolak mereka (pemimpin) yang dicatkan dengan warna tidak bermoral.

Lantaran itu, Dr Jeffry tidak merasa was was lagi untuk meletakkan semua calon STAR di seluruh Sabah, termasuk DUN dan Parlimen. One man show lebih baik daripada berkerjsama dengan parti parti dari semenanjung. Ujar salah seorang penyokong Star.


Pengerusi BN Negeri Sabah, Dtk Musa serta timbalanya Dtk Salleh Tun Said merangkap Speaker Dewan Undangan, masih dianggap kebal dari sokongan rakyat. Masih berdiri teguh dengan pemerintahan yang  sentiasa memberikan pengutamaan kepada rakyat. Pemerintahan yang saksama serta mendapat kerjasama daripada kerabat kerabat parti BN negeri serta BN pusat yang jitu. Ini bakal membolehkan BN  Sabah tetap mejadi fixed deposit bagi kemenangan dalam pilihanraya yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini.


Ramalan yang tepat dari Kelapa Mawar, bahawa kerajaan  BN bakal menang dengan mudah mengalahkan parti lawan, tetap menjadi realitas. Dan BN diramal bakal memerintah semula di Bumi Sabah  dalam pru ke 13 ini.


Bahagian Libaran tetap dalam genggaman untuk dimenangi oleh BN. Manakala di bahagian Kota Belud tidak kurangya pengaruh yang cukup kental, terutama Usukan adalah kubu kuat UMNO. Penyokong parti BN tetap tidak berganjak, akan bersama sama dengan calon yang bakal diturun kelak. Hidup BN, ujar salah seorang penyokong di Kota Belud.

 

















memberikan sokongan kepada





KENYATAAN DR JEFFRY MENYULITKAN KERJASAMA PEMBANGK...: Dr Jeffry Kitingan dijangka tidak akan memudahkan kerjasama pembangkang di Sabah untuk meletakkan cal;on Satu Lawan satu pada PRU 13 ak...

Monday 28 May 2012

20 PERKARA, DATUK SALLEH TUN SAID MENYIRAMKAN HUJAHNYA..

Setiap individu mempunyai keyakinandiri dan kebenaran setiap hujahan yang dilontarkan. Memiliki suara yang menjadi titiktolak untuk penyampai message kepada  masyarakat untuk divaluekan.


Di peringkat masyarakat kampong, masyarakat ahli ahli wakil rakyat dan masyarakat pemimpin parti, tidak terbatas memberikan hujahnya. Selagi masih diperlukan. setiap golongan ini berhak menyuarakan tentang isu perkara 20, seperti yang disebutkan dalam blog Kelapa Mawar. 


Berjawatan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Merangkap Speaker Dewan Undangan, Yb Dtk Salleh, diagakira bertepatan dengan lontaran hujahnya tentang perkara 20. Sebagai ahli UMNO semua titikideanya mesti sealiran dan senada dengan parti yang dianggotai. Mana mungkin bisa diamalkan, Feri yang kita tumpang, maka Feri itu juga kita tenggelamkan. 


Sekadar pergeseran pendapat di antara para pemimpin dalam BN. Masyarakat pemimpin hanya menyumbang pendapatnya dalam konteks perkara 20 ini. Istilah yang diperkatakan perbedaan pendapat ini bukan membawa dalam gelanggang bernadakan kecaman. Atau tidak wujud istilah cemuhan, kerana mereka  dalam satu Feri yang bergelar BN. 


Tetap diakui dengan benar, bahawa meskipun satu bantal, setiap mimpi itu tetap berlainan. Setiap persepsi masyarakat pemimpin mesti ada perbedaan tafsiran. Pada episod akhir, semua hujahan yang berlainan itu,akan bercantum juga. Kerjasama masyarakat pemimpin, seperti aur dengan tebing. justeru itu, Feri BN akan tetap sampai ke distinasi kemenangan. Kemenangan mutlak yang lebih dari dua pertiga bakal dalam genggaman. 


Masyarakat pengulas politik mesti mempunyai daya pemikir pengertian istilah. Setiap nada pemimpin perlu diperhalusi dengan penelitian yang berbentuk kesusasteraan.. Bukan bermakna  bahawa saya  orang sastera. Maksudnya dalam tulisan saya ini,  biarkan semua ulasan mesti mendepani ke satu pengertian yang bersudutkan akan sastera.


Dalam konteks bicara tentang PERKARA 20 ini. Tiada tanda tanda yang membolehkan penyertaan ahli akademik untuk turut membincangkan isu ini. Kerana para pemimpin Sabah yakin isu ini dapat tangani dengan berkesan.


Rakyat tetap yakin terhadap keupayaan pemimpin UMNO. Jika ada yang terlepas pandang pun, pemimpin dari Sabah tentu akan sentiasa memperhalusinya untuk kepentingan rakyat dari Negeri di Bawah Bayu. 


Para pemimpin Sabah lebih memahami di antara kenyataan yang berbentuk Sejarah atau kenyataan Politik. sebab itu jika semua rakyat Sabah sentiasa tidak bergelut dalam pergeseran pendapat. Pemimpin Sabah berpeluang untuk ke jawtan Timbalan Presiden UMNO akan datang.


Menduduki tempat meja yang bernombor dua dalam Negara.. Doa dan harapan untuk bakal duduk meja nombor satu dalam Negara tetap dimiliki oleh  Sabah. 


 Pru ke 13 ini, semua rakyat Sabah perlu gembelingkan tenaga, semua para penulis politik perlu menyumbangkan tulisan yang bercondongkan sokongan kepada BN sabah. 25 kerusi Parlimen jika semunya dalam genggaman BN Sabah, maka laluan ke Timbalan Presiden UMNO, tidak boleh disangkal lagi.. Kerabat kerabat UMNO di Semenanjung tetap setuju untuk memberikan peluang ke jawatan tersebut.


Bila sudah ke kerusi nombor satu nanti,  semua isu yang tertulis dalam PERKARA 20, dan masalah yang masih menyelimuti rakyat sabah, secepat kilat tentu dapat di atasi.











 




 

Saturday 26 May 2012

Berita Harian Online | Kerajaan pusat lulus geran peruntukan RM5 bilion projek pembangunan Sabah

RM5 bilion untuk projek pembangunan di Sabah. Masyarakat Kota Belud tentu merasa selesa kerana ada tempias daripada peruntukkan tersebut bagi menyiapkan projek yang masih terbengkalai, belum siap siap lagi. Contohnya bangunan SK Tamau.


Pengumuman Ketua Menteri Sabah, di mana 10 peratus (RM500 juta) peruntukkan khusus itu daripada pusat untuk membiayai projek projek di Sabah, ada kemungkinan SK Tamau tidak terkecuali mesti dapat sedikit daripada peruntukkan itu, bagi menyiapkan bangunan tersebut. Umum tahu bahawa SK Tamau yang sudah lama terbengkalai. Kecuali bila ahli Parlimen Dtk Rahman hanya ambil sikap duduk diam dan tutup mulut.


Jika Dtk Rahman masih dengan sikap duduk diam, akhirnya persatuan PIBG Sk Tamau tinggal gigit jari lagi. Masyarakat di situ tinggal puteh mata, mungkin ini lah budaya seorang wakil yang berstatus diambil dari pencalonan import.


Ini kali lah pucuk pimpinan negeri, atau pusat mesti buka mata seluas luasnya, implikasi pencalonan import, tidak pandai urus kawasannya. Tidak memikirkan kebajikan rakyatnya. Almaklumlah pencalonan payung terjun dan berdasarkan kroni.


Jika anak jati yang menjadi ahli Parlimen, tentu tidak wujud kecelaruan seperti apa yang dialami oleh rakyat Kota belud sekarang ini.


Jika anak jati yang diberi peluang mewakili parlimen Kota Belud, kemenangan dengan majoriti yang cukup membanggakan.  Contohnya calon anak jati pru ke 11, jumlah undi yang perolehi 19, 290. Majoriti 10, 421.


Calon payung terjun trend import, bukan anak jati bagi pru ke 12,  mendapat undi 17, 842. Majoriti 3,020. Nampak di sini calon ini ditolak oleh rakyat. 


Sokongan menjunam berkurangan, bakal menghampiri kekalahan.
Jika dikekalkan calon import bagi Parlimen Kota Belud, rakyat risau calon BN bakal mengeciwakan kepada parti dan pucuk pimpinan.


Moderator bagi menetukan calon, perlu berfikir dua tiga kali, untuk tidak menurunkan calon import. Rakyat Kota Belud risau, jika dikekalkan calon import bagi Parlimen Kota Belud, mungkin kemenangan akan memihak kepada parti lawan.

Friday 25 May 2012

Perlu difahami, bahawa memartabatkan parti terletak dibahu ahli ahli. Keingkaran segelintir ahli yang sanggup menidakkan ketaatsetiaan kepada parti, dianggapkira satu trend penodaan yang tidak boleh dimaafkan.

Ahli ahli sewajarnya tetap mengasihi parti. Menjadi kewajaran untuk kita terus menyayangi parti. Sayangilah parti dengan sepenuh kekentalan sokongan. Serta semangat dokongan  yang tidak berbelah bagi. Di ibaratkan kita sedang dilamun cinta dengan seoarng sang kekasih. 

Manakala juragan bahagian, mesti melihat pengorbanan rakyat dengan kedua belah mata, bukan melihat sumbangan rakyat hanya sebelah mata.

Wakil rakyat tidak menepati tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat. Wakil rakyat tidak boleh digelar sebagai pemimpin. Wakil rakyat kadang takut jumpa rakyat. Nampak saja rakyat, terus kakinya terasa macam di potong kerat kerat. Wakil rakyat semacam ini, selalunya atas dasar pencalonan import atau dasar pencalonan payung terjun.

Jika anak jati yang jadi wakil rakyat, perlulah memperbaiki trend jumpa rakyat. Perlu melihat kawsan yang diwakili itu secara dua belah mata. Jika boleh gunapakai empat mata. Maksudnya empat mata gunapakai cermin mata, jika pandangan sudah mula kabur kabur. Kalau tidak semua usaha bakal terkubur.

Sangat beruntung jika pemimpin itu jadi wakil rakyat. Sebagai seorang pemimpin tentu banyak pengalaman. Seorang pemimpin tentu sudah makan banyak garam. Wajiblah kita pilih seorang pemimpin jadi wakil rakyat 

Wednesday 23 May 2012

CALON BN ANAK ANAK JATI KOTA BELUD.!!

Ketua ketua UMNO Cawangan Kota belud sudah dimaklumkan untuk lebih bersedia dalam menghadapi pilihanraya, yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Sejak pengumuman yang telah disampaikan oleh Ketua Menteri minggu lepas, rakyat penyokong BN di Kota Belud sudah bersiap sedia untuk bertempur dalam gelanggang untuk menghdapai pru ke-13.


Lawatan PM ke daerah Kota Belud, menunjukkan trend pencalonan yang bakal diambil, adalah ingin mengutamakan anak anak jati Kota Belud. Sistem pencalonan secara payung terjun atau trend import sudah diketepikan, atas dasar pandangan dan saranan pemimpin pusat.


Sistem pencalonan yang didasarkan kepada kroni dan kawan rapat sudah ditolak oleh pemimpin pusat. Rakyat penyokong BN di Kota Belud tidak perlu gusar lagi, kerana calon calon kali ini, atau ini kali lah, sudah dikenal pasti anak anak jati Kota Belud.


Pemimpin pusat sudah maklumkan perkara ini kepada pemimpin Negeri Di bawah Bayu, agar calon calon itu semestinya anak jati dalam kawasan masing masing.


Pemimpin Negeri sudah menerima hakikat pencalonan yang dipersetujui oleh pemimpin pusat. Pemimpin Negeri sudah merasa khuatir, jika bukan anak jati yang dicalonkan, besar kemungkinan kemenangan yang diimpikan hanya tinggal igauan semata mata..


Amat besar ertinya kepada penyokong BN, bahawa Parlimen Kota Belud perlu dimenangi oleh BN dengan majoriti yang lebih besar dibanding pru ke 2012. Begitu juga tentang DUN Tempasuk, DUN Kedamaian dan DUN Usukan. Dengan penuh harapan atas sokongan rakyat semua DUN itu tetap milik BN.

Saturday 19 May 2012

ISU TANAH DI KG RAMPAYAN, ISU SK TAMAU TERBENGKALAI, TS PANDIKAR TUTUP MULUT.

Harapan masyarakat Iranun terletak di bahu TS Pandikar. Tapi setakat ini Pandikar masih belum alunkan lagi suaranya, samada perkhabaran tanah warisan Kg Rampayan dan SK Tamau, boleh dibawa ke meja bulat untuk dibincang.


Pru ke 13, sudah nampak tarikh dan bulannya untuk diumumkan. Jika permasalahan masyarakat Iranun ini belum sampai ke meja rundingan. Jika permasalahan ini semakin wujud kekalutan untuk diselesaikan. Dapat kah kita katakan, calon calon BN di Kota Belud mendapat kemenangan!. Hanya rakyat sahaja yang boleh jawab.


Bagaimana pula khabar DUN Tempasuk. Dapatkah Hj Musbah dabik dada, dan memberi jaminan  kemenangan memihak kepada BN. Beliau, Hj Musbah, mampu kah dapat mempertahankan kerusi Tempasuk semasa pru ini.  Dapat kah BN akan menang di semua peti undi, termasuk peti undi Kg Merabau, Kg Tamau dan SK Pandasan. Soalan ini belum boleh diberikan jawaban sekarang.


Jika Hj Musbah direhatkan, siapa sebenarnya yang berkemampuan di Dun Tempasuk. Berkemampuan kah muka muka baru yang amat beriya iya untuk turun ke gelanggang pilihanraya. Paling tidak pun kita nasihatkan muka muka baru untuk duduk dulu dibangku simpanan buat sementara.


Jika TS Pandikar dicalonkan, sedangkan Pandikar belum ada acara berjumpa dengan rakyat. Belum turun ke padang untuk mendekati masyarakat Iranun khususnya. Dikira anggap, Pandikar dapat membuka kuda kuda persilatan agar tidak tumbang di Tempasuk?. 


Di Tawau,  Dtk Musa sudah luahkan pendapatnya, bahawa BN Sabah sedia menghadapi pru ke 13. Itu kata Dtk Musa. Bagaimana pula respond kedua dua pemimpin di Kota Belud. Bagi DSP  Salleh Tun Said, sudah lama bersedia untuk bertempur dengan mana mana parti dalam pilihanraya akan datang. Manakala TS Pandikar belum kedengaran lagi suara ayamnya berkokok. Kerana Beliau, kadang kadang suka merajuk.


Jika trend pencalonan masih digunapakai sistem import. Sayang seribu kali sayang, kerusi Parlimen Kota Belud jatuh dalam genggaman parti lawan. Demam ini, BN perlu berusaha untuk tidak merebak. Dan kerusi Parlimen perlu dimenangi oleh BN.


Para penyokong BN tentu akan memberi undi protes dan akan memberi kemenangan kepada parti lawan. Mungkin parti lawan akan mencalonkan anak jati Kota Belud. Para penyokong memberikan sokongan kerana anak jati. Bukan kerana parti.


PENYOKONG BN KOTA BELUD SEDIA HADAPI PILIHANRAYA KE 13!

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Yab Dtk Musa, sudah luahkan kata sedianya untuk menghadapi pilihanraya ke 13, jika diadakan bila bila masa dari sekarang.


Semangat kesediaan yang dikatakan ini, kerana dikhabarkan semua bahagian UMNO di Sabah dan kerabat BN nampak ada keupayaan untuk bertempur dengan pakatan dalam pru ke 13 ini.


Dtk Musa berkata, bahawa gelaran Yb ini bukan kekal selamanya. Akan tetapi jika gelaran YB itu dianggap yang berkhidmat, ada kemungkinan akan kekal kepada wakil  yang terpilih untuk terus berkhidmat kepada rakyat dalam bahagian masing masing.


Sementera itu, di bumi yang di panggil pekan koboi, Kota Belud. Sudah awal awalagi meluahkan kesediaan untuk menghadapi pru ini, yang bakal diumumkan bila bila masa dari sekarang. 


Sudah dikenal pasti bahawa TS Pandikar tidak disenaraikan dalam simpanan pru kali ini. Menjadi kerugian besar kepada BN, jika TS Pandikar diletakkan sebagai pemain simpanan atau direhatkan.


Nampak sudah disusun dengan rapi bahawa, jika TS Pandikar tidak diletakkan di DUN Tempasuk, maka sudah pasti akan diturunkan bagi kerusi Parlimen Kota Belud. Dikhabarkan Dtk Rahman tidak disenaraikan sebagai calon. Memandangkan rakyat Kota Belud sudah tidak setuju dengan trend pencalonan berkriteriakan import.


Antara dua orang tokoh yang sudah ke tahap sebutan pemimpin. DSP Salleh Tun Said, juga tetap dalam senarai pencalonan yang lebih berkeupayaan. Beliau menjadi mentor rakyat di Usukan. Bakal kehilangan kerusi Usukan jika pucuk pimpinan menghitamkan namanya dalam senarai pencalonan.


Bersabarlah calon calon yang dikategorikan muka muka baru. Sebaik mungkin berilah peluang sekali lagi kepada mereka yang sudah menaikkan nama Kota Belud di peringkat Malaysia.

  






 

TS PANDIKAR TIDAK REHATKAN, DSP SALLEH TETAP DICALONKAN.


Pada realitinya, pru ke 13 akan memening kepala pucuk pimpinan jika menurunkan calon calon yang belum pasti menang. Kebarangkalian yang sebenar, jika menurunka calon calon dari muka baru, tetap tenggelam diperairan pru ke 13 ini.


Pucuk pimpinan akan menggaru kepala kerana kegagatalan memikirkan, jika calon yag bakal diturunkan dalam gelanggang persilatan pru ke 13 ini, secara payung terjun, tambah gelap kemenangan lagi, jika trend pencalonan di ambil dari kriteria import.


Pencalonan yang tidak mengenepikan anak jati, tentu dapat menyelamat BN di Parlimen Kota Belud. Dan trend ini tidak dianggapkira menidakkan kebolehan dua orang tokoh politik di daerah tersebut.


Kewajaran  bagi pucuk pimpinan meletakkan anak jati sebagai calon BN, kerana tidak ingin kehilangan kerusi DUN dan kerusi Parlimen di situ.  Malahan semua bahagian UMNO di Sabah perlu diletakkan anak jati kawasan masing masing. Ini kerana mengelakkan ditimpah kekalahan. Lantaran  kemenangan yang mutlak sentiasa dalam genggaman.


Tiada kewajaran jika TS Pandikar disenaraikan dalam simpanan pemain pru ke 13. Jika ingin mengidamkan kemenangan  BN yang cemerlang, TS Pandikar wajar diutamakan sebagai calon penting, samada di DUN Tempasuk atau Parlimen.


Tokoh yang kedua DSP Salleh, pengaruhnya yang begitu kental tidak semudah itu terpadam dalam hati para penyokong penyokong BN di DUN Usukan. Samada kerusi Parlimen atau DUN, beliau tetap pilihan rakyat. Kemenangan tidak perlu disanggah lagi. Kedua dua pemimpin ini bakal mencipta kemenagan yang cemerlang.


Jika pucuk pimpinan berubah haluan dan tidak meletakkan mereka sebagai calon untuk pru ke 13 ini, Tangan pucuk pimpinan terus menggarui kepala yang tentu bertambah gatal memikirkan, kekalahan calon BN nanti bakal jadi realiti. 


Untuk menghalang pakatan bersorak kegembiraan kerana BN akan tumpas di kubu kuatnya. Adalah berpatutan pucuk pimpinan mengetengahkan kedua dua pemimpin ini dalam pru ke 13. Kerana di daerah Kota Belud, hanya mereka berdua sahaja layak disebut sebagai pemimpin. Ini kerana dilihat dari tahap kepimpinan mereka kepada rakyat Kota Belud, serta perjuangan yang kental kepada parti selama ini, demi bangsa Agama dan Negara.  


Rakya tidak mahu berputeh mata. Rakyat tidak mahu kehilangan semua kerusi DUN di Kota Belud. Justeru itu.  Rakyat mengalu-ngalukan buah fikiran pucuk pimpinan agar meletakkan pemimpin yang benar benar menang di Parlimen dan semua DUN di Kota Belud. 











 

Thursday 17 May 2012

CALUN CALUN BN PARLIMEN DAN DUN, ANAK ANAK JATI KOTA BELUD??

Menghilang kegelisaan dalam hati rakyat Kota Belud, bila terdengar pucuk pimpinan bakal menurunkan calun calun DUN, termasuk Parlimen, sudah digamkan untuk anak anak jati kawasan masing masing.


Dalam pru ke-13 ini, mereka yang sudah dikenal pasti diturunkan sebagai calun, mesti memulakan bergerak untuk menemui rakyat dalam kawasan masing masing.


Di kawasan Tempasuk,  perlangkahan pergerakan untuk mendampingi rakyat, bakal diadakan disitu, tarikh yang dipilih 25 may ini, bertepatan. Majlis ramah mesra bertempat di perkarangan rumah ajk bahagian UMNO dianggapkira untuk membuka mata wakil rakyat DUN Tempasuk, agar wakil rakyat ini tidak hanya berpeluk tubuh di rumah kediamanya. Tidak hanya menjauhkandiri daripda tanggungjawab sebagai wakil rakyat.


Bertolak dari Tempasuk, dan menyinggah di Usukan. Dalam kawasan ini belum ada tanda tanda wakil rakyat akan turun untuk berjumpa dengan rakyat. Hanya kelu dan resah rakyat di Usukan sahaja dapat didengar. Soal wakilnya turun jumpa rakyat macam jauh panggang daripada api.!


Ada kemugkinan kah, wakil rakyat di Usukan sekarang ini, sudah tahu bahawa namanya tiada dalam senarai pencalunan untuk pru ke-13. Tidaklah awal awalagi tunjukan muka yang sedih dan muka yang merajuk kepada parti. Bersebabkan tiada nama dalam kertas pencalunan.


Seorang wakil tidak perlu tahu, samada tersenarai semula utuk pru ke-13 ini atau tidak tersenarai, bukan menjadi ukuran untuk tidak jumpa rakyat.


Semua wakil wakil rakyat mesti turun ke padang untuk membantu menyampaikan message BN kepada rakyat. Tanggungjawab yang sudah dimanahkan, perlu di laksanakan untuk rakyat.


Berbalik ke ceritaan Dun Tempasuk, mungkin sdr Datuk Almudin sedang memikirkan untuk mengatur acara bila nak anjur juga ramah mesra.. bagi membantu BN untuk memenangi kawasan Tempasuk.


Rakyat yang taat setia kepada BN masih menanti nanti kunjungan wakil itu ke kawasan Usukan. Jika pun ada calun pengganti untuk Dun Usukan. Semestinya penyandang sekarang ini masih diperlukan untuk meneruskan perjuangan dalam usaha membantu BN di Usukan. Agar kawasan ini tidak di tawan oleh parti lawan.


Tuesday 15 May 2012

POLITIK PEMBANGUNAN, POLITIK DEMO JALANAN, DAN POLITIK KEBENARAN!

Galasan di bahu parti memerintah, perlu dilaksanakan untuk rakyat, kerana kerajaan yang terbentuk dari rakyat. Sewajarnya parti memerintah tetap memenuhi kehendak rakyat.

Beberapa projek secara tidak mendadak atau secara mendadak, diberikan kepada rakyat, diambilkira bahawa kepentingan rakyat perlu diberi pertimbangan secara berlojika.serta penuh berhemah kepada rakyat.

Sekelompok penganalisis politik berpendapat trend pemberian projek ini, dianggapkira berbentuk unik, atau bersirikan pelik. Ada yang berkata bahawa pemberian kepada rakyat semacam gula gula, walau pun imbangan berfikir dibanding dengan fokusan pengertian amat jauh bezanya dipersada gerbang politik.

Di awalan jawaban bahawa semua peruntukkan semestinya kepentingan rakyat. Kerajaan BN tidak pernah berpendirian untuk  tidak penuh tanggungjawab secara on time. Pengertian sang penulis mengatakan, Kerajaan BN sekadar menghulur gula gula bila dekat pilihanraya, adalah tidak tepat. Dan tidak berkewajaran jika dijadikan isu, kerana suara suara  itu sudah terkeluar tajuk dan tidak boleh diterima oleh rakyat.

Bantuan dan peruntukkan yang mencecah 30 puluh billion, dianggap oleh Kelapa Mawar sebagai ANGPAU, merupakan usaha Kerajaan BN yang amat perihatin kepada rakyat jelata. Dan rakyat ini perlu didorong oleh kerajaan dalam usaha memajukan minda, memajukan ekonomi rakyat. Tidak salah kerana rakyat memerlukan bantuan Kerajaan.

Peramal politik yang terdiri daripada para  ahli akademik, turut melahirkan pendapat, bahawa Kerajaan BN akan mencari alternatif untuk tidak menaikan harga barang, untuk tidak menaikan tarif elektrik. Begitu juga tentang tarif bekalan air. Tentang cukai jalan belum juga terfikir oleh Kerajaan BN. Kerana Negara sudah gah dan stabil. Lantaran itu,  rakyat perlu diutamakan.

Dijangka rakyat akan terbeban dan menanggung kesusahan hidup, jika pihak pembangkang yang dikira mengambil pemerintah. Jika pembangkang memerintah agak semua barangan harian akan mendadak naik. Minyak petrol bakal melonjak dengan harga yang maksima. Janganlah dikatakan tentang tarif elektrik, tarif air,berterusan dengan sewenang wenangnya 10% bakal dinaikan. Kemungkinan rakyat Malaysia bakal terdedah dengan kemelesetan ekonomi.


Amat ditakuti oleh rakyat bahawa jika politik demo jalanan yang tersurung untuk jadi pemerintah, maka pendapat peramal politik dapat dabik dada kerana ramalan mereka  menepati kaedah ramalan yang diramalkan.

Maka wajarlah rakyat memilih untuk politik  pembangunan, kerana kaedah ini sentiasa dapat menunaikan kehendak kerajaan, ia itu, ingin meletakan rakyat dipersada kemajuan. Politik kebenaran, mendapat sokongan dari dua tokoh pemimpin dari Sabah.

Wibawa dua orang tokoh ini tetap menjadi pilihan rakyat. Berasal daripada Kota Belud. Dan kini mengetuai UMNO Bahagian. YB Datuk Salleh yang sentiasa ditunggu tunggu oleh rakyat di situ.

Tokoh yang kedua dari Libaran. Menjadi Ketua UMNO Bahagian Libaran Yab Dtk Musa, juga menjadi pilihan rakyat di Libaran.

Gandingan dua tokoh ini, dilihat bahawa BN tetap unggul dan sukar ditewaskan oleh pembangkang dalam gelanggang persilatan pru ke 13 ini. 

  













Rasa








  

Sunday 13 May 2012

LAWATAN KM YAB DTK MUSA KE SK PANDASAN KB MESKIPUN TIADA ERTI, MESTI ADA TERSURAT DAN TERSIRAT!!

Meskipun seorang guru yang mengajar di SK Pandasan, membuat ulasan tentang lawatan Ketua Menteri, Yab Dtk Musa, langsung tiada menfaat kepada guru guru dan rakyat Kampung Pandasan. Akan tetapi dari sudut pandangan lain, mungkin lawatan itu membawa seribu pengertian, dan seribu yang tersurat dan tersirat.


Dalam memfokuskan pandangan  yang kabur kabur, warga pendidik di situ, perlu bangga atas lawatan orang pertama memegang kuasa dalam Negeri membuat lawatan amal jariah ke  SK Pandasan, walaupun Bangunan sekolah itu dianggap nombor dua yang tertua di Daerah Kota Belud.


Di dada masyarakat Kampung di situ, perlu dabik dada kerana atas lawatan itu, bukan dianggap lawatan itu cuba meminggirkan masyarakat dan warga pendidik di SK Pandasan. Anggapan demikian, mungkin tidak sesuai dalam minda seorang warga pendidik. Kerana seorang pendidik adalah tokoh untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang berbudaya dan berhemah.


Pandangan Kelapa Mawar yang cuba cuba ikut trend pemikiran seorang guru yang kurang berhemah dalam usaha menyalurkan pendapat, agak kurang disenangi oleh segelentir rombongan Ketua Menteri.


Dtk Musbah sebagai Pengerusi rombongan lawata itu, melahirkan rasa kurang senangnya terhadap kenyataan daripada seorang guru tersebut. Malahan pandangan yang dilahirkan oleh warga guru itu merupakan sisipan kata kata politik, walaupun pandangan itu wajar diluahkan. tapi luahan itu mesti secara berhemah dan berbudaya.


Natijah lawatan ke Sekolah itu tetap ada tersimpan dalam minda Dtk Musa. Mungkin dalam dada Ketua Menteri, ada tersirat seratus persoalan. Mungkin juga ada seratus jawaban untuk rakyat.


Siapa tahu, kegagalan untuk memajukan kawasan DUN Tempasuk, mungkin penyebab bakal calun nanti pru ke 13, adalah terdiri dari muka baru. Kerana ahli wakil rakyat Dtk Hj Musbah sekarang ini, tidak menunjukkan prestasi yang terbaik kepada rakyat dan kepada Kerajaan.


Mungkin calun wakil Parlimen sekarang ini, Dtk Rahman juga tidak terkecuali untuk disingkirkan dalam pru ke 13 ini. Ini kerana kerana tidak menunjukkan prestasi yang menggalakkan kepada rakyat Kota belud dan DUN Tempasuk amnya.


Jika tiada perubahan setakat ini, gandingan mantap antara Dtk Salleh dan Dtk Musa, tentunya jangkaan kemenangan BN di Sabah tetap dalam genggaman.


Sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, bakal Pengerusi Negeri akan datang, Datuk Salleh tetap menjadi pilihan rakyat di Kota Belud, untuk menjamin keutuhan perpaduan di Daerah itu dan rakyat Sabah amnya. 


















.

Saturday 12 May 2012

KARPAL SINGH MINTA PENDIRIAN DS ANWAR, TIDAK MENYOKONG TUBUH NEGARA ISLAM DAN JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH!!

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta DS Anwar, untuk  memaklumkan kepada rakyat tentang pendirianya samada memberikan sokongan terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud, sebagai mana yang diwar warkan oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang. Jika parti pembangkang memerintah selepas pru ke 13.


Di petik dari Berita harian, May 13, 2012. Presiden PAS sudah mengwar warkan, jika pembangkang ambilalih tampuk Kerajaan, bakal diwujudkan sebuah Negara islam. Dan manakala hukum hudud tetap bakal dilaksanakan dalam Negara atas pemerintahan pembangkang.


Kenyataan yang dipetik dari Berita Harian hari ini, Pengerusi DAP Karpal Singh, berkata bahawa beliau tidak akan berganjak dengan keputusanya, bahawa tetap tidak setuju untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Islam di Malayisa.


Karpal juga berkata, bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia, kerana hukum hudud itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


Karpal Singh sudah memberi warning kepada DS Abdul Hadi, untuk tidak boleh membuat kenyataan dalam media, kerana DS Abdul Hadi tidak berhak bercakap sebagai wakil pembangkang.


DS Anwar sudah nampak gelisah, sudah nampak tersepit dalam persilatan politiknya. Ibaratakan pepatah melayu, jika melangkah maju ke hadapan ada duri. Jika hendak undur semula kebelakang ada onak yang lebih tajam dan membahayakandiri. 


Di Sabah, berita tentang Karpal Singh berbalah dengan PAS dan PAKATAN tidak mengherankan kepada rakyat Sabah. Kerana gandingan Yb Datuk Salleh, yang sentiasa membantu Dtk Musa, tetap tidak tergugat pengaruh mereka kepada rakyat. BN di Sabah tetap fixed deposit kepada kemenangan BN., dalam pru ke 13 yang akan datang ini.   


Thursday 10 May 2012

AKSI MELUCUKAN SEMASA LAWATAN TPM DI KOTA BELUD!!

Mungkin yang dimaksudkan oleh Kelapa Mawar, aksi melucukan semasa lawatan TPM itu,  ialah kerj kerja secara bidan terjun.


Kerja kerja secara payung terjun untuk mengecat pasar Daerah tempat di mana TPM diajak untuk majlis sarapan hari itu. Di lihat wujud kepincangan dan suasana kekelamkabutan.


Kenapa harus terjadi aksi yang mendukacitakan itu di depan mata TPM. Di petik dari suara kelapa mawar. Adegan pertama, dilaporkan lakonan yang di ketua oleh Sdr Abdul Rahman, nampak kaku serta kurang sambutan masyarakat, rakaman filem lawatan TPM tersebut, ada menyebut bahawa seolah olah segelintir pemimpin Bahagian diketepikan.


Kenapa ada lakonan kekakuan itu. Pencerita mengatakan, hukum karmah. Maksud hukum karmah ialah pencalonan Sdr Rahman pru ke 12 yang lalu, adalah dicalonkan secara import dan payung terjun. Dan jika ini diteruskan juga, tidak akan menjamin kemenangan yang jitu terhadap calon BN akan datang.


Harapan rakyat kepada Pemimpin BN Negeri dapat mengambil iktibar dari kesilapan yang berlaku di Kota Belud. Dalam pru ke 13 akan datang. Pengerusi UMNO Sabah perlu berhati hati untuk meletakkan calon Parlimen yang boleh menjamin sokongan yang kuat, serta kemenangan  kepada BN.


Jika dipaksa juga calon import untuk Parlimen Kota Belud atas pilihan Pengerusi BN Sabah sendiri, sebaliknya  bukan pilihan rakyat Kota Belud, maka tikit kekalahan tetap bakal ditempah oleh calon BN itu sendiri.


Ada ajk bahagian UMNO berpendapat, bahawa terjadinya kurang sambutan masyarakat di Kota Belud itu kerana membantah terhadap Sdr Abd Rahman. Dengar cerita Sdr Rahman tidak dibincang khusus tentang lawatan TPM itu secara terbuka.


Gara gara mengenepikan segelentir pemimpin Bahagian, maka terjadilah insiden yang dikira amat melucukan sebagai mana yang dilaporkan oleh Kelapa Mawar.


Kejadian ini yang amat merugikan rakyat ini, kerana TPM diajak melawat tempat tempat sebelah DUN Kedamaian sahaja. Manakala Kawasan DUN Tempasuk diketepikan begitu sahaja. Kalau dilihat kawasan yang memerlukan lawatan TPM mesti lah di DUN Tempasuk.


Bangunan SK Tamau terus tersisih dari lawatan TPM. Masyarakat Iranun tidak lagi dinilai sebagai penyumbang kemenangan kepada BN.


Sdr Rahman selaku Ahli Parlimen, sentiasa dendam kepada masyarakat Iranun. ini kerana ada peti undi di perkampungan Iranun calon BN didapati kalah..


Ajk Bahagian Kota Belud turut sedih, kerana Sdr Rahman macam berlakon "one man show" semasa lawatan TPM ke Kota Belud.


Rakyat berharap, kesilapan ini bakal tidak berlaku lagi di masa akan datang. Sikap,Sdr Rahman suka mengenepikan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud serta segelentir Ajk Bahagian, merupakan kesalahan yang disengajakan.




 

Sunday 6 May 2012

MENGAPA PEMIMPIN PEMBANGKANG MINAT SKANDAL SEX? BUKAN TERPALIT!!

Di petik dari suara Kelapa Mawar. Bahawa kebanyakkan pemimpin pembangkang sentiasa bergelomang dengan sex, tidak ubah seperti umang umang dengan lakonan lakonan cukup maksima. Bukannya terpalit. Sebagaimana yang dituturkan.  Atau seperti kata kata belaan dari blog Kelapa Mawar 


Nampak dengan jelas dari kacamata rakyat, bahawa para pemimpin ini semacam ingin berlumba lumba untuk menjadikan isu skandal sex, seperti padang lumba kuda Tembalang yang ada di Tuaran. 


Dikira kira bahawa masing masing cuba menunjukkan kesohoran dalam aspek berlumba kuda itu, sama hebatnya berlumba cerita isu skandal skandal, saban hari dipaparkan dalam semua blog, dan bakal terpapar dalam semua media bacaan.


Dari masa kesemasa, penafian demi penafian terus berkumandang bahkata pepatah bulan terus mengambang. Seperti bait lirik lagu ' kalau tidak percaya hilanglah bulan hilanglah nyawa'.


Ada juga pepatah yang menyebut, siapa makan lada dialah merasa pedas. Rasa kepedasannya cuba disemburkan oleh air sumpah laknat di masjid Negara. Tapi sungguh memeranjatkan dan amat merugikan kepada pihak penganjur, membuang masa pihak yang menyebelahi si pelakon, kerana saat yang ditunggu, si pelakon ponting, tidak menghadirkandiri.


Kekeciwaan begitu, terus membenam dalam perasaan rakyat jelata. Hilang kepercayaan rakyat jelata kepada si pelakon berterusan, dan kini segala penafian  yang dipertuturkan oleh si pelaku, sudah tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi. Sekadar yang tinggal ialah penulis blog bergelar Kelapa mawar, kerana rasa fanatiknya sukar untuk dilenturkan lagi.


Sifat mudah lupa masih menebal, dan hanya segelentir yang melupai jasa jasa pemimpin Negara yang sudah memerdekakan Malaysia. Bila kesegelintiran masyarakat ini masih tidak sedar, bahawa BN sudah cukup menyediakan infrastruktur kemudahan untuk anak anak malaysia, lantaran anak anak mereka sudah sampai ke perakademikan yang maksima. Mereka dengan taring yang tajam terus menerkam pihak yang menghulur dan menyuapkan makanan kepada mereka.


Tidak puas dengan pemenerkaman di jalanan sehinggalah  mengakibatkan kerosakkan harta awam, dengan penuh lahap serta membaham lagi jari jari yang menyuap makanan ke mulut mereka. Sehingga pihak berkuasa ditendang dan dipukul. Bahkata pepatah kacang lupakan kulit.


Hari ini semua rakyat sudah menyedari, semua pendemo sudah dicari oleh pihak berkuasa. Dan mereka bakal di hadapkan ke muka pengadilan.


Hari ini semua para penulis, semua penganalisis politik sudah menyedari, dan lahir perasaan  ketidaksanggupan lagi untuk tidak menulis secara bentak bentak. terlahir perasaan penuh kesedaran, penuh penyesalan. Bahawa Negara kita perlu ditadbir oleh rakyat, Kerajaan pilihan rakyat melalui peti undi. Bukannya Kerajaan yang terbentuk pilihan melalui demo jalanan. Seperti yang ada Negara di luar sana.  


Rakyat yakin Kerajaan dari rakyat yang bakal memerintah Negara ini, adalah pemimpin yang sentiasa mendampingi rakyat, memikirkan kemakmuran Negara. Dan mengutamakan rakyat.


Rakyat juga yakin,  pilihan dari rakyat semestinya pemimpin yang boleh menjaga image dan menjaga maruah Negara. Kerana mereka adalah pemimpin yang cukup bermaruah.   


Begitu juga alkesahnya di Daerah Kota Belud. Calon calon BN bakal ditampilkan adalah pilihan rakyat. Pemimpin yang tersohor dimata rakyat,  di DUN USUKAN, semestinya Yb Dtk Salleh, kerana kapasitinya sebagai  Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, adalah lebih berkelayakan dan wajar diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti.












 

Wednesday 2 May 2012

DTK SALLEH TETAP CALON DUN ATAU PARLIMEN KOTA BELUD

Permulaan langkah dalam persada politik, Sdr En Pinjaman Bin Hj Hassin. Anak kelahiran Kg Rampayan, sememangnya tidak boleh dinafikan, semangatnya yang berkobar kobar untuk membela kaumnya masyarakat Iranun di Kota Belud, terus menjadi titik tolak perjuangan.

Hari ini,  keadaan sudah berubah. Taktik pendekatan kepada rakyat jauh bezanya jika dibanding dengan trend berpolitik masa dahulu.

Jika ada berita yang diwar warkan bahawa Sdr Pinjaman Hj Hassin, mendapat tempat untuk diturunkan sebagai calon Parlimen bagi pru ke-13 yang akan datang ini. Ada kemungkinan masyarakat Iranun bakal bertanya, parti yang mana beliau wakili!..

Masyarakat Iranun akan melontar bermacam kekeliruan, samada kemampuan membawa suara rakyat ke Parlimen dapat disampaikan secara berilmiah! 

Samada relevan Sdr Pinjaman Hj Hassin hari ini diturunkan sebagai calon Parlimen..
 Ruangan persada Parlimen adalah sesuatu yang banyak cabaran.

Ketangkasan bersilat kuntau dalam parlimen adalah menjadi faktor kredibiliti penyampaian yang mudah difahami, yang mudah diterima oleh semua ahli ahli yang berhormat dalam sesi persembangan atau sesi perdebatan.

Akan tidak menjadi kebimbangan, jika kefahsian lidah berwacana dalam konteks penyampaian message kepada rakyat, lantaran boleh diterima oleh semua pihak.

Batu asas yang diletakkan oleh Sdr Pinjaman dalam arena politik kaum Iranun, adalah belum lengkap dalam usaha mewarnai semangat batuan yang terletak dalam mkeadaan yang hinging, magagantung dalam istilah Iranun.

Keadaan yang belum lengkap untuk masyarakat politik kaum iranun, direnovated oleh Sdr Pandikar yang masa itu belum gah lagi dalam persilatan politik.

Tanpa sokongan masyarakat berbilang kaum di Usukan masa itu, tentu tiada kemungkinan Sdr Pandikar dapat mendabik dada untuk mencapai kemenangan, begitu juga masyarakat Iranun semestinya tidak melupakan kerjasama dari semua kaum di Kota Belud amnya.

Politik rasis sudah tidak relevan masa kini. Masyarakat Iranun amat perlu sokongan dari semua kaum di Kota Belud. Kemenangan mutlak Sdr Pandikar di DUN Tempasuk bukan ciptaan sokongan dari semua peti undi Iranun.

Banyak didapati peti undi Iranun masa itu, Sdr Pandikar didapati kalah. Peti undi yang didominasikan oleh Kelapa Mawar di SK Tamau, Sdr Pandikar menang tipis. Berlanjutan kesah peti undi di Rampayan, Peti undi Pandasan juga kurang memuaskan.

Balik tentang cerita Sdr Pinjaman Hj Hassin. Banyak kawan kawan ahli akademik berpendapat, bahawa laluan Sdr Pinjaman untuk menandingi pengaruh calon yang mewakili BN tidak semudah dipatahkan begitu sahaja.

Jika Sdr Pinjaman diwar warkan sebagai calon BN. Ada kebarangkalian parti BN sengaja menempah kekalahan. Justeru, BN bakal tumpas di Kawasan Kota Belud.

Jika Parti STAR memilih sdr Pinjaman sebagai calon. Masyarakat Iranun terpaksa tutup mata undi menyokong.. Samada sokongan kepada BN lebih dominan atau sokongan kepada parti STAR yang agak minima.