Saturday 31 March 2012

JUMAT MENGAMPU DAN TUKANG JILAT DIPETIK DARI KELAPA MAWAR

Dipetik dari blog KELAPA MAWAR.  Jumat Idris Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, disifatkan oleh penulis dari blog tersebut, bahawa Ketua UMNO Sepanggar adalah tukang AMPU dan suka JILAT  Musa Aman.

Penulis katakan bahawa Sdr Jumat dapat PROJEK KKLW bernilai berjuta juta ringgit kerana menjilat Musa Aman.

Jika sdr Jumat, ingin kepastian samada cerita ini hanya rekaan kerana sengaja mengaitkata, layarai blog Kelapa mawar, tajuk ulasan "AZIZAH TIDAK DICALON DI BEAUFORT"

Saya tidak dapat jawab, kenapa Kelapa Mawar begitu dendam dengan Sdr Jumat. Saya tidak dapat huraikan dalam ulasan ini, bahawa kenapa Kelapa Mawar buka rahsia peribadi sdr Jumat. 

Kenapa harus digunakan perkataan suka MENGAMPU dan suka MENJILAT. Sesungguhnya tiada perkataan yang lain secara berhemah. Kenapa Kelapa Mawar sangat ketandusan bahasa melayu yang lebih berbudaya. Selain perkataan
yang berbentuk pencercaan?.

Tahu benarkah bahawa Kelapa Mawar pernah dijilat oleh Sdr Jumat. Pada hakikatnya yang tahu ini mereka berdua sahaja.

Sdr Jumat diam diam dirumah bersama keluarga. Tiba tiba dalam ulasan Kelapa Mawar membelasah habis habisan. Apa sebenarnya kesalahan sdr Jumat yang pernah dilakukan dengan Kelapa Mawar?  Kesian sungguh kau Sdr Jumat.

Ada kebarangkalian, mungkin mereka berdua ini ada pergeseran pendapat. Ada kebarangkalian Sdr Jumat tidak memberikan sesuatu kepada Kelapa Mawar sehubungkait dengan Projek KKLW.

Kita tunggu reaksi Sdr Jumat selepas membaca artikel ini.

Thursday 29 March 2012

BOLEH TAHAN JUGA KEBERANIAN KELAPA MAWAR MENULIS TENTANG TUN DR MAHATHIR MANTAN PM

Selepas saya baca tulisan Kelapa Mawar tentang Mantan PM Tun Dr Mahathir. Saya berpendapat Kelapa Mawar cukup berani melontarkan pendapat yang jarang di perolehi dari blog blog yang ada.

Saya tabik Kelapa Mawar. Kerana tulisannya yang berbunyi " Tiga ekor Keling dan se ekor Cina, konon mereka ini sesuai dalam UMNO"  Boleh tahan juga senikata Kelapa Mawar hinga manusia itu digunapakai istilah se ekor kepada Keling dan Cina.

Jika dibanding, bangsa Keling dan Bangsa Cina tidaklah pernah saya baca, mereka menulis dan menghina Kelapa Mawar begitu rupa. Mereka pun tidak tahu siapa itu Kelapa Mawar?

Saya berhati hati mengggunakan istilah dalam penulisan. Saya tidak seberani seperti Kelapa Mawar. Memang cukup berani, sebagai bloger muda.

Saya tahu Tun Dr M sudah menjangkau Usia ke 80 tahun. Saya hormat dan terhutang budi kepada Tun Dr M, kerana mensejahterakan Malaysia. Saya pandang usahanya untuk memakmurkan malaysia sebagai positif.

Saya tolak anggapan orang lain yang negatif sebagai tidak berasas. Saya ambil kebaikan Tun M. Dan saya tolak kesilapan beliau. Kerana saya tahu manusia itu hamba Tuhan tidak sunyi daripada kesilapan.

Para pembaca perlu memahami bahawa UMNO hanya terbuka kepada orang Melayu dan Bumiputra jika di Sabah. Jika kelapa Mawar katakan Keling dan Cina sesuai dalam UMNO, mungkin dari sudut kerjasama melalui semangat BN, sewajarnya UMNO terima dan bersesuaian.

Sewajarnya rakyat Malaysia bersyukur dan berterima kasih kepada Tun Dr M, kerana terlintasfikir dalam benaknya, para cendikiawan dan ahli Akademik serta ahli Professional menyertai UMNO masakini. Jikalau dahulu Tun M tdiak terlintasfikir. Tapi hari ini Tuhan membuka minda Tun M, dan lantaran beliau menyarankan kepada rakyat malaysia bahawa betapa penting Negara memerlukan kepimpinan mereka dalam UMNO.

Saya kira saranan Tun M tidak juga mengganggu minda para penulis di Malaysia. Tun M cuba berbakti semula kepada Negara melalui beberapa saranannya.  Saya kira tidak sesuai dicatitkan dalam setiap tulisan dengan istilah bahawa Tun M. "bercakap dalam mengigau setelah tidur disaat hujan gerimis". Di petik istilah ini dari blog Kelapa Mawar.

Umur saya masih setahun jagung dibanding dengan Tun M. Saya cukup takut menggunakan kata kata yang berupa mencerca. Saya takut pepatah orang Tua Tua dahulu. Jangan mencerca orang yang berumur daripada kita. Kerana takut istilah KETULAHAN. 
   



Saya tidak seberani kelapa Mawar.

Sunday 25 March 2012

MASBAKAYANGAN: KEPUTUSAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD. DISA...

MASBAKAYANGAN: KEPUTUSAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD. DISA...: Andaian dalam ulasan mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud oleh Kelapa Mawar. Akhirnya  hilang Mawarnya kerana cuba mematangkan dirinya yang ti...

BN AKAN MENANG CEMERLANG JIKA DTK MUSA AMAN DIGANTIKAN.

Rakyat Sabah akan turun ke padang dalam usaha untuk memberikan kemenangan kepada calon calon BN. kemenangan besar ini adalah sebagai hadiah Rakyat kepada BN untuk pru ke-13 akan datang ini.

Sumber yang dipetik dari Rakyat, bahawa Rakyat akan meminta pucuk pimpinan BN Yab Dtk Najib, merangkap Presiden UMNO untuk menggantikan Ketua Menteri Sabah yang sudah dikira lama memegang jawatan Ketua Menteri.

Selama dua penggal memerintah adalah memadai bagi keharmonian pemerintahan BN. Jika terlalu lama dalam jawatan Ketua Menteri, kekadang ada rakyat yang kurang bersetuju, dan lantaran sokongan mereka kepada BN akan berubah dan malap sama sekali.

Rakyat akan berjanji kepada pucuk pimpinan BN bahawa jika hasrat rayuan dipenuhi untuk buat penggantian jawatan Ketua Menteri Sabah. "INI KALI LAH". 25 kerusi Parlimen sapu bersih, manakala 60 DUN tetap dalam genggaman calon calon BN untuk dimenangi.

Di tanya kenapa hanya dua penggal sahaja diberikan masa sebagai Ketua Menteri??. Mereka menjawab rakyat tidak mahu berlakunya  salah kuasa dengan memberikan ruang kepada kroni kroni jika ada.

Bagi kemantapan pemerintahan BN, adalah bersesuaian jika pucuk pimpinan menghadkan tempoh memegang jawatan sebagai Ketua Menteri mestilah disarankan dalam masa dua penggal sahaja.

Saturday 24 March 2012

ULASAN KELAPA MAWAR TENATNG MESYUARAT UMNO KOTA BELUD HANYA TERLEPAS PANDANG

Ulasan Kelapa Mawar bertajuk "RAMAI TIDAK PUAS HATI DALAM MESYUARAT UMNO BAHAGIAN" disifatkan sebagai ulasan yang terlepas pandang dan tidak memahami mesyuarat tersebut.

Pada hakikat sebenarnya tiada berlaku keributan dalam mesyuarat. Tiada rahsia yang disembunyikan kepada Ajk Bahagian. Semuanya hanya spekulasi Kelapa Mawar sahaja. Kelapa Mawar buat ulasan sekadar terlepas pandang.

Istilah keributan dan pergeseran pendapat memang tidak sama. Sebutan pun sudah berbeza. Ribut dan geser. Jika dalam mesyuarat banayak Ajk mengutarakan pendapat yang berorientasikan tidak setuju. Bagi bagi tanggapan Kelapa Mawar dipandang secara keributan.

Pengerusi masa itu Yb Datuk Salleh yang bersikap toleran mesti membuka satu isu untuk dibahas. Selepas dibahas baru dapat keputusan.

Sewajarnya tidak boleh didedahkan kepada media bacaan. Walau pun Kelapa Mawar ada mata dan telinga dalam Bahagian. Ujar salah seorang Ajk Bahagian yang kurang berpuas hati terhadap komen Kelapa Mawar.

Seorang bloger dan penulis bebas seperti Kelapa Mawar perlu berhati hati dalam membezakan yang mana satu rahsia parti dan yang satu lagi untuk bacaan umum. Kata salah seorang Ajk Bahagian yang turut melontarkan ideanya kerana rahsia Bahagian selalu terdedah kepada umum.

Penulis dan pengulas wajar gunakan perkataan berhemah untuk sedap dibaca oleh umum. Penulis yang berani mesti tidak gunakan nama samaran. Kerana nama seperti samaran disifatkan takut pada bayang bayang penulisannya.

Ajk Bahagian yang tidak mahu namanya disiarkan, menganggap bahawa Kelapa Mawar memang ada saudara dalam Bahagian. Sebab itu rahsia mesyuarat sekelip mata diperolehi oleh Kelapa Mawar.

Dakwaan Kelapa Mawar ada ugutan yang cuba menyerang kerana keputusan mesyuarat dalam tangan untuk disiarkan, sebenarnya hanya intimidasi Kelapa Mawar sahaja.

Seorang Ajk Bahagian akan sarankan kepada Datuk Ketua Bahagian, agar mesyuarat khas diadakan secara tertutup. Bakal yang menghadiri mesyuarat tersebut hanya tertentu sahaja. Kemungkinan Timbalan, Naib, Ketua Pemuda ,Ketua Wanita, ketua Puteri, Setiausaha Bahagian, Bendahari dan Ketua Penerangan.

Sebarang keputusan ada kemungkinan sukar untuk didedahkan kepada Kelapa Mawar.

Friday 23 March 2012

KEPUTUSAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD. DISALAH ERTI OLEH KELAPA MAWAR.

Andaian dalam ulasan mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud oleh Kelapa Mawar. Akhirnya  hilang Mawarnya kerana cuba mematangkan dirinya yang tidak matang sebagai pengulas politik.

Dikatakan bahawa Kelapa Mawar masih meraba raba dalam kegelapan, ujar salah seorang AJK Bahagian yang tidak mahu namanya disiarkan. Mengulas secara hentam keromo, tidak mencerminkan untuk mengwujudkan semangat setiakawan dan ukhuwah yang berkekalan.. Sebaliknya Kelapa Mawar masih lagi enggan bertaubat dan masih berminat menggunakan bahasa yang tidak berkamuskan melayu.

Kelapa Mawar mengulas secara hentam keromo. Membuat perasaan salah seorang AJK Bahagian terhiris dan terluka. Bila ditanya kenapa! Dengan senyum kawan itu menjawab. Nampaknya Kelapa Mawar ada mata dan telinga dalam Bahagian. Cuma Kelapa Mawar penakut. Bila ditanya kenapa KM dikatankan penakut. Sebab suka menyamar. Tidak berani menggunakan nama sendiri. Tapi kami sudah tahu siapa sebenarnya Kelapa Mawar. Jawab salah seorang AJK Bahagian Kota Belud.

Ulasan politik yang semaksima standardnya sepatutnya dipuji kerana ingin melihat Bahagian itu ditarbiyah  dengan mantap dan berkesan.

Ulasan seperti Kelapa Mawar yang berbaur emosi dengan lontaran perkataan yang dipengaruhi oleh pembangkang, semudah itu membuat AJK Bahagian menjeling sesama sendiri tanda tidak setuju tentang yang disampaikan oleh Kelapa Mawar.

Dinafikan oleh Bahagian bahawa formula 2-1-1- seperti yang diwar warkan oleh KM. Bukanya menggariskan ketepatan dalam rumusan Bahagian. Sebagai peneraju Bahagian. Ketua Bahagian Yb Datuk Salleh memiliki kepasiti untuk membuat keputusan hasil daripada perbincangan bersama.

Pengandaian KM menyiarkan nama nama calon yang konon diputuskan dalam mesyuarat untuk dihantar bagi pru ke-13. Sebagai langkah yang merugikan kerana andaian demikian adalah sebagai gambaran yang meleset sahaja.

Salah seorang pembaca blog KM mengatakan, sepatutnya KM perlu menghadiri kursus untuk memantapkan kredibiliti sebagai seorang penulis blog yang bertamaddun dan berwibawa.









 

Monday 19 March 2012

UCAPAN SDR.MUSLI OLI TIDAK DIFAHAMI OLEH PENDUDUK KAMPUNG ROSOK.

Semalam, tidak habis habis Sdr Musli Oli membidas sepuas hatinya tentang parti BN di hadapan masyarakat Kampung ROSOK.
ritish
Dalam ceramah Sdr Musli yang banyak menghuraikan Politik di Negara Indonesia. Dapat dilihat diwajah penduduk Kampung Rosok tidak faham, tentang yang diceramahkan oleh Sdr Musli.

Sdr Musli yang keluar dari pintu UMNO dan masuk ke pintu Gerbang pembangkang atas sebab kehilangan penyokong dalam Bahagian UMNO Kota Belud. Kekalahan dalam pemilihan perwakilan Bahagian yang  lalu membuat Sdr Musli berang dan tinggalkan UMNO. Ujar salah seorang yang rapat dengan Sdr Musli.

Sdr Musli seorang bloggers dan seorang Novelis. Menyamakan pemerintahan British dengan pemerintahan BN adalah sama.

Difahamkan bahawa sebelum Sdr Musli tinggalkan UMNO, beliau banyak memuji kepimpinan BN. Tentang kebaikan BN. Dan segala perubahan dalam Negara. Penyertaan dengan BN adalah satu rahmat untuk dia dan rakyat Sabah.

Kini Sdr Musli berlainan Kapal. Dalam pelayaran untuk menuju ke distinasi untuk mencari kebenaran. Sdr Musli masih lagi mengungkit royalti minyak. Semacam kehabisan modal dan hanya tinggal putarbelit sahaja yang diceramahkan pada hari itu.

Kebanyak kata kata SdrMusli saya tidak tahu kenapa Sabah dapat 5% royalti minyak.

Salah seorang penduduk yang turut mendengar ceramah hari itu, membisikan ke telinga kawanya. Mengatakan jika semua fakta yang disebut hanya rekaan. Macamana rakyat boleh percaya! Ini bermakna besar kelintong dalam ceramah.

Jika Sdr Musli di calonkan di DUN USUKAN atau TEMPASUK tetap bakal menempah tikit kekalahan. Ujar salah seorang penduduk Kampung Rosok.

Jika kita pilih PKR. Asalnya juga dari semenanjung. UMNO juga dari Semenanjung. Ada baiknya kita pilih UMNO/BN. Kerana cukup terbukti telah membebaskan kita daripada belenggu Penjajahan. Ujar salah seorang masyarakat Kampung Rosok.

Sunday 18 March 2012

HAK HAK SABAH TIADA YANG DI AMBIL OLEH PUSAT. SEBALIKNYA PEMIMPIN TERDAHULU YANG BERIKAN. HUJAH YB DATUK SALLEH TUN SAID SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI.

Pemberian yang dikatakan hak hak Sabah oleh para pemimpin terdahulu. Adalah atas persetujuan bersama,semasa menyertai Malaysia.

Pihak yang tertentu konon Kerajaan Persekutuan merampas hak hak rakyat Sabah adalah tidak betul. Ujar YB Datuk Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Badan UMNO Sabah.

 Perkataan merampas adalah tidak tepat. kerana penyertaan Sabah masuk Malaysia juga atas persetujuan pemimpin pemimpin Sabah yang mewakili rakyat masa dahulu.

Apa yang dihuraikan oleh Kelapa Mawar. Dalam penggunaa bahasa RAMPAS, kemungkinan tidak banyak merujuk istilah bahasa melayu yang bertepatan dan berbudaya.

Kuala Lumpur tidak seganas yang Kelapa Mawar bayangkan. Kuala Lumpur adalah Pusat Pentadbiran Persekutuan. Ada kebarangkalian Kelapa Mawar terlepas pandang terhadap bahasa yang bertepatan untuk digunakapakai dalam penulisan semasa.

Dalam coretan ini. Pendapat Kelapa Mawar kurang tepat dan meleset sama sekali. YB Datuk Salleh membuat kenyataan berdasar kejujuran dan keikhlasan agar rakyat tahu cerita sebenar.

Kelapa Mawar yang membuat andaian bahawa konon kenyataan YB Datuk Salleh sekadar membuka pekong di dada BN perlu ditarik balik.

Rakyat Sabah sudah lama  faham bahawa, sejak kerajaan USNO, Kerajaan Berjaya dan PBS. Para pemimpin dahulu sentiasa perjuangkan isu royalti minyak agar Pusat dapat pertimbangkan untuk naik ke-20 percent. Kerajaan BN hari ini pun sentiasa mencari jalan agar royalti minyak mohon dicadang untuk dinaikan.

Stail kepimpinan yang matang dan berkarisma seperti YB Datuk Salleh, tetap tidak akan melayan sebarang cabar mencabar sebagaimana yang diartikelkan oleh Kelapa Mawar.

Yb Datuk Salleh Tun Said, berkata cabar mencabar bukan dapat merubah status kemajuan untuk rakyat. Apa yang penting kita mencari jalan untuk memajukan kawasan rakyat yang masih terpinggir masa kini.

Pada hakikatnya pemimpin terdahulu, semasa Kerajaan BERJAYA. Mereka bukan RAKUS dalam pemerintahan sebagaimana Kelapa Mawar perkatakan.

Kerajaan BERJAYA memikirkan bahawa jika Pulau Labuan diserah kepada Wilayah Persekutuan, kemungkinan taraf ekonomi rakyat Labuan akan berubah. Kemajuan Pulau itu dapat pemerhatian di seluruh Dunia dengan melebalkan Pulau itu terkecuali dari cukai.

Ada kemungkinan rakyat sekarang sudah menerima hakikat bahawa Pulau Labuan setepatnya diserahkan di bawah kuasa Wilayah Persekutuan. Dan tidak wajar dikatakan istilah MENGGADAI.

Kelapa Mawar dalam ulasanya suka menggunakan bahasa bahasa seperti rakus, dan menggadai. Rakan saya mengatakan Kelapa Mawar yang sangat RAKUS dengan penggunaan bahasa yang kurang berbudaya dan berilusi.

Rakan saya berpendapat, seorang penulis mesti buat ulasan dengan menggunakan istilah istilah peradaban bahasa. Kerana bahasa yang berbudaya menunjukan keperibadian yang mulia.

Saturday 17 March 2012

SEKSI TUNJUK SELUAR

Zaman pemakaian artis masa kini. Tidak sedap badan jika tidak nampakan seluar dalam. Ada yang kata ubat sakit kepala, bila nampak seluar dalam.

Ada yang lagi cakap ubat stress. Maka itu fesyen itu laris dijual di pasaraya.

Friday 16 March 2012

BERKEWAJARAN BN MENYENARAIKAN CALUN BERKARISMA!!

Dalam artikal tulisan Kelapa Mawar semalam. Wajarkah Parti BN mencalunkan Datuk Almudin Bin Kaidah Timbalan Presiden PBS di DUN Tempasuk?

Dalam kaedah pencalunan untuk menghadapi pru ke-13. Semua Parti Kompenan BN adalah dikehendaki untuk menghantar senarai calun mereka buat pucuk pimpinan BN bagi memudahkan penapisan.

Andai kata Sdr Dtk Almudin tersenarai dalam pencalunan kelak, maka semua para penyokong DUN Tempasuk perlu turun ke padang dan berkerja keras, memastikan calun BN menang.

Jika sesiapa yang ada rezeki terpilih, tidakira mewakili kaum mana mana, yang penting calun ini mewakili parti BN.

Masyarakat di DUN Tempasuk perlu menerima hakikat bahawa sesiapa sahaja yang akan dicalunkan, pemimpin ini bakal mewakili penyokong BN di Tempasuk.

Masyarakat di Tempasuk perlu mengikis perasaan kaum kaum yang ada di Tempasuk.  Masyarakat penyokong di Tempasuk perlu ketepikan perkauman. Wujudkan persefahaman bahawa kita dalam BN hanyalah sama. Tidak wujud perasaan membeza bezakan antara kaum iranun, Bajau dan Dusun.

Sesiapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk menghadapi pru ke-13, maka semua kaum yang ada di DUN Tempasuk perlu gembeling tenaga demi kemenangan BN.

Andainya para penyokong tidak ketepikan rasis ini, agak sukar BN dapat mengembalikan DUN Tempasuk kepada BN.

Dalam pemerhatian saya semua individu berkelayakan, dan berkewajaran untuk dicalunkan.

Thursday 15 March 2012

YB DATUK SALLEH CALUN PILIHAN RAKYAT DI DUN USUKAN!

Ada kebarangkalian,Yb Datuk Japlin sudah tiada dalam senarai sebagai calun di Usukan dalam pru ke-13. Ujar seorang penyokong setia Yb Datuk Salleh. 

Sumber yang dipercayai dibawa oleh angin yang meniup kencang, bahawa berita yang mengatakan Yb Datuk Japlin tidak akan dicalunkan semula sudah sampai ke telinga rakyat di DUN USUKAN.

INI KALI LAH, sudah tiba masanya giliran Yb Datuk Salleh yang diwar-war sebagai calun di DUN USUKAN akan menjadi kenyataan. Mungkin juga Jawatan Ketua Menteri bakal disandang dan diberikan kepada beliau.

Para penyokong akar umbi UMNO di Usukan menafikan kenyataan KELAPA MAWAR, konon kekuatan pengaruh Yb Datuk Salleh bukan kerana kewangan.

UMNO mula bertapak di Usukan. Calun UMNO yang tunggal memenangi kerusi DUN di Sabah ialah Yb Datuk Salleh. Pada Pru ke 9/1994 BN menang dengan undi yang diperolehi sebanyak 7,126 undi. Majoriti 3,624 undi.

Pengaruh UMNO memang sudah lama tertanam dengan bisanya yang sukar dihilangkan oleh pihak lain.
Jika Sdr Musli mencabar Yb Datuk Salleh, ada kemungkinan Sdr Musli akan kehilangan wang pertaruhan.

Wednesday 14 March 2012

YB DATUK SALLEH DIRAMAL MENANG MENYERLAH DI DUN USUKAN!!

Analisis diperolehi dari penyokong akar umbi, mengatakan bahawa Yb Datuk Salleh diramal akan menang besar di DUN USUKAN pada pru ke-13.

Sumber angin meniup yang boleh dipercayai, bahawa rakyat KBelud, khasnya penyokong akar umbi yang setia, berharap sepenuhnya pucuk pimpinan BN dapat calunkan Yb Datuk Salleh, bagi mewakili mereka di DUN USUKAN.

Jika diulang sebutan, bahawa pru ke 10/1999. Yb Datuk Salleh calun BN Parlimen, meraihkan undi 17,817. Dan majoriti 9,216. Jumlah pengundi 29,070.

Pru ke-11/2004. Jumlah pengundi meningkat ke 30,881. Calun Parlimen Yb Datuk Salleh meraih undi amat menyerlah, 19,290. Dengan mudah mengalahkan calun lawan dengan majoriti 10,421 undi.

Majoriti calun BN menjadi kelabu asap dengan meraihkan majoriti 3,020 undi pada pru 12/2008. Calun BN Sdr Abd Rahman yang di import khas dari Tuaran. Di turunkan sebagai calun BN secara payung terjun, telah menghampakan parti BN. Daripada jumlah undi 33,710, sekadar mampu mencapai undi 17,842. Hampir dikalahkan oleh parti lawan.

Undi yang diperolehi oleh calun import ini belum melepasi undi yang diperolehi oleh calun BN pada pru 11/2004. Di mana undi BN masa itu 19,290.

Di khabarkan dengan tepat, bahawa jika calun BN di DUN Usukan,  YB Datuk Salleh. Maka rakyat awal awal merasakan semacam satu kemenangan besar untuk rakyat.

Pada pru 12/2008, Dtk Japlin mendapat undi 7,964 dan majoriti 4,023. Bagi DUN USUKAN.

Disebut sebut oleh rakyat bahawa jika Yb Datuk Salleh calun BN, maka beliau akan memperolehi undi di luar dugaan. Rakyat akan berkerja keras bagi memastikan calun BN tidak mengeciwakan parti.

Jumlah undi keseluruhan pru ke-12 ialah 12,241. Mungkin ada pertambahan pada pru 13. Jika calun pembangkang Sdr Musli di DUN Usukan, ada kebarangkalian bakal kehilangan wang pertaruhan.

 

YB DATUK SALLEH BANYAK KELEBIHAN!!!DTK HJ MUSBAH HANYA SATU KELEBIHAN?

Jika perkatakan kelebihan, saya memilih YB Dtk Salleh yang banyak kelebihan. Banyak kepakaran, serta banyak keistimewaan.

Dalam Daerah Kota Belud, hanya YB Dtk Salleh mempunyai ciri ciri kepimpinan yang tidak terdapat dengan pemimpin yang lain. Terutama di Daerah Kota belud.

Saya tidak membanding dengan para pemimpin di Sabah atau di Daerah Kota Belud. Tapi pada realitinya Yb Dtk Salleh adalah pemimpin yang cukup berkarisma jika di banding degan mana pemimpin dalam Daerah Kota Belud.

Kelapa Mawar ada menyebut Hj Musbah hanya ada satu kelebihan sahaja. Kelebihanya yang perkatakan hanya menghadiri majlis kahwin sahaja. Dan menghadiri keluarga jika ada berlaku kematian. Betul juga hanya satu kelebihan, ia itu pakar menghadiri majlis perkahwinan.

Memperkatan tentang ziarah kematian,Sebenarnya kehadiran pengunjung ke rumah keluarga yang mati adalah amal jariah. Semua mesti datang jika diketahui seseorang beragama Islam mesti diziarahi. Menjadi kemastian orang orang islam. Membantu sesama Islam.

Dalam arena politik perlu kita perhatikan bahawa seorang yang berkarisma, seorang yang berjiwa pemimpin perlu memahami rakyat. Jika rakyat buat kesilapan perlu dimaafkan.

Jika rakyat memerlukan bantuan, perlu dihulurkan bantuan yang dengan seminima mungkin. Atau semaksima yang diperlukan.

Jika temu janji dengan rakyat, perlu ditepati janji janji kepada rakyat. Jangan suka mengelak jumpa rakyat.

Kemenangan Yb Dtk Salleh semasa pemilihan Jawatan Ketua UMNO Bahagian yang lalu, sebab Ketua
Ketua Cawangan dan perwakilan cukup matang buat pilihan. Seperkara yang menarik perhatian perwakilan ialah Yb Dtk Salleh pemimpin yang banyak kelebihan. Banyak kepakaran. banyak keistimewaan. Jika beliau menyandangi jawatan Naib Presiden UMNO boleh. Apatah lagi Jawatan Ketua Menteri. Lebih dari satu kelebihan. Tetap lebih berkelayakan.

Nampaknya Kelapa Mawar tidak berhati hati buat pemerhatian terhadap mana mana karisma individu.
Kelapa Mawar perlu melihat karisma seorang pemimpin secara meluas. Merugikan jika melihat dan memerhati seorang pemimpin secara skop yang amat kecil. Di katakan pemimpin yang tidak kira musim. Samada Musim durian atau musim rambutan. Pemimpin itu sentiasa bersama rakyat. Membantu memikirkan masalah rakyat.

  

Monday 12 March 2012

HANYA SATU KELEBIHAN? TIDAK BANYAK KELEBIHAN!!! DTK HJ MUSBAH

Memang tidak banyak kelebihan tentang perwatakan Dtk Musbah. Sdr Kelapa mawar katakan hanya satu kelebihan sahaja sehubungkait dengan kepimpinan Hj Musbah.

Nampaknya kalau seorang pemimpin hanya memiliki satu kriteria pimpinan, maka masih belum lagi dikatakan mencukupi walsifati karisma seorang pemimpin.

Seorang pemimpinan yang serba boleh, ke timur ke barat untuk jumpa rakyat tentu disenangi oleh rakyat. Umpamanya dari musim durian hingga musim rambutan, maka pemimpin itu masih juga bersama rakyat. Tetap memahami masalah rakyat, tetap membantu menyelesaikan permasalahan dan aduan rakyat, maka pemimpin itu lebih dari satu kelebihan.

Inilah yang dikatakan seorang pemimpin kerana memiliki kepimpinan lebih dari satu kriteria kepimpinan.

Bagaimana rakyat harus bangga! bagaimana rakyat harus menyokong dan mendokong seseorang pemimpin jika memiliki hanya satu kelebihan!

Jika dibanding dengan YB Datuk Salleh. Beliau memiliki kriteria kepimpinan yang meluas. Malahan melebihi  dari satu. Justeru itu, beliau memiliki berpuluh puluh kelebihan.

Rakyat sudah lama terbuka mata, bahawa hanya Yb Datuk Salleh sahaja, akan membawa Sabah ke Negeri yang maju serta rakyat hidup cemerlang.

Negeri Di Bawah Bayu ini, memang memerlukan YB Datuk Salleh. Jika Jawatan Ketua Menteri diberikan kepada Beliau. Kebarangkalian wajah pekan Kota Belud tidak tersorok lagi di mata dunia pelancungan. Taraf kemiskinan juga akan tetap boleh diatasi. Insya Allah.



 

Friday 9 March 2012

DTK SALLEH PILIH WAKIL PARLIMEN ATAU DUN USUKAN!!!

Bila di ajukan soalan Dtk Salleh pilih DUN atau Parlimen? Soalan yang sukar untuk dijawab.
Soalan ini turut dikongsikan bersama untuk buat ramalan, samada Dtk Salleh pilih DUN Usukan atau Parlimen. Dalam pru ke-13.

Jika pucuk pimpinan BN, Pengerusi YB Dtk Najib meletakan Dtk Salleh sebagai calun untuk DUN Usukan, kemungkinan jawatan Ketua Menteri bakal disandang oleh Dtk Salleh.

Tapi pucuk pimpinan tidak meletakan Dtk Salleh calun mewakili DUN. Kemungkinan Harapan Jawatan Ketua Menteri bakal disandang oleh calun yang lain.

Jawatan Ketua Menteri bakal digilirkan kah?. Jika tidak digilirkan kepada calun parti rakan BN. Apa intimidasi rakan rakan dalam BN!

Dalam usaha menggamit sokongan penyokong penyokong dari parti Komponen. Pemimpinan BN  perlu ada iltizam yang berkesan.

Pihak parti pakatan yang sudah berpakat, sentiasa melihat ruang mereka untuk tampil ke hadapan dan mengisi yang kosong, agar penyokong BN mengalih sokongan kepada mereka.

Seandainya Dtk Salleh dinobatkan sebagai Ketua Menteri Sabah selepas pru ke-13 ini. Masalah rakyat K.Belud masih dalam keadaan berterusan dengan seribu satu masalah atau dapat dikurang permasalahan mereka?.     

Apa kah DUN Kedamaian dapat memiliki perubahan yang drastik? Harapan penyokong di situ tidak berterusan dengan  timbun timbunan permasalahan.

Bagaimana masalah rampasan tanah Warisan turun temurun Kampung Rampayan milik masyarakat Iranun, akan bakal menemui distinasi penyelesaian?? atau hanya tinggal tarian RAMPAIAN.

Bagaimana pula alkesah SK Tamau. Berterusan kah BN tidak mau! Atau nama Sekolah ini ditukar kepada nama baru ia itu SK TAK MAU.

Akan menjadi kenyataan kah arena persawahan padi Kampung Tawadakan, Kampung Merbau dan Kampung Tamau mendapat mini jelapang Padi?? Semua ini akan terjawab bila Datuk Salleh jadi KETUA MENTERI!

DTK SALLEH CUKUP BERSEDIA KAH PRU-13?

Duduk bersantai dengan sebuah Restoran di Kota Kinabalu, bersama Sdr Rosmin Mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian K.Belud. Saya sempat bertanya dengan beliau. Pertanyaan saya ringkas sahaja, cukup sedia kah Dtk Salleh menghadapi pilihanraya akan datang ini?.

Beliau melontarkan senyum yang lebar dan berkata, tanya pada angin angin yang meniup sepoi, tanya pada dedaun kering yang bertaburan katanya.

Saya terus dapat fahami maksud kata puitis Sdr Rosmin itu. Ayat ayat di ibaratkan seperti angin, menunjukan maknanya buat tidak tahu semua masalah rakyat Kota Belud. Masalah SK Tamau. Masalah rampasan tanah Warisan turun temurun di Kampung Rampayan.

Ayat pada dedaun kering yang bertaburan, dapat saya tanggapi, bahawa masalah Empangan Air di Kampung Tambatoun sehingga hari ini belum ada berita baik untuk didengari, belum ada berita yang sedap telinga mendengarnya.

Ujar Sdr Rosmin, seperti menunggu buah yang entah bila akan gugur ke bumi. Seperti se ekor burung pungguk yang rindukan sang bulan.

Baitan kata kata ini seperti maknanya, rakyat sedang menunggu lawatan semua Ahli DUN Usukan, DUN Tempasuk termasuklah Ahli Parlimen dan Yg Berhormat Speaker Dewan undangan Negeri, merangkap Ketua UMNO Bahagian. Buah bila akan gugur?, membawa makna, bila kah masanya mereka ini turun ke padang berjumpa dengan rakyat.

Jika Dtk Salleh tidak turun berjumpa dengan Ketua Ketua Cawangan. Ada kebarangkalian pihak pembangkang akan mudah mempengaruhi penyokong sebati Dtk Salleh.

Pihak pembangkang akan mengeksploitasikan cerita cerita yang sensasi. dan semudah itu rakyat akan terpengaruh dan akhirny rakyat mendokong perjuangan pembangkang.