Saturday 30 June 2012

UMNO SABAH TIDAK BERGOLAK!! SEKADAR PERGESERAN PENDAPAT !.


Tiada tanda-tanda wujud pergolakkan dalam parti UMNO Sabah. Tiada gelombang yang menyergah pantai parti  UMNO Sabah. Tidak nafikan jika sekiranya ada terdapat pergeseran, itu sekadar mencari jalan untuk berkongsi pendapat, dikalangan pemimpin sahaja.


Menjadi resam dunia dalam kepimpinan, mesti ada pergeseran pendapat, perkiraan terwujudnya pergeseran ini,  kerana hendak membuat keputusan yang penting untuk kebaikan parti.


Pengalaman saya sebagai ketua penerangan  UMNIO bahagian selama dua penggal. Kuasa ketua bahagian sememangnya luas. Selaku ketua bahagian dibolehkan untuk memberi ucapkata dengan semua masyarakat dalam kawasan masing-masing 


Menjadi kewajaran ketua bahagian untuk turun ke padang bersemuka dengan semua rakyat dalam DUN yang berkenaan.  Tanggungjawab sepenuhnya terletak di bahu ketua bahagian, dalam memastikan rakyat sentiasa terbela, rakyat sentiasa tidak terpinggir. Agar ketua bahagian tidak dilihat sebagai mengalpakan tanggungjawab yang diberikan oleh semua ahli UMNO dan rakyat amnya.


Kelazimannya pihak pembangkang melihat ini, sebagai pergolakkan. Suara pembangkang selalunya suka memporakperandakan keamanan yang ada dalam parti UMNO. menjadi tabiat pemimpin pembangkang bahawa kuman diseberang laut tetap jelas mereka nampak. Tapi gajah di depan mata pura-pura tidak nampak.


Tabiat-membiat  kepura-puraan pembangkang, sememangnya sudah difahami dan diselami sedalam-dalamnya oleh rakyat.  Rakyat Kota Belud pasti tidak terpancing lagi dengan dakyah-dakyah pembangkang, meskipun mereka berjanji seribu bulan bakal datang ke pangkuan rakyat. Sokongan rakyat kepada BN tetap utuh dan tidak berkarat.


Kita nantikan pru ke-13 ini, bahawa semua DUN dan termasuk kerusi parlimen Kota Belud dalam tangan rakyat untuk mengekalkan kerajaan Barisan Nasional.

UMNO SABAH TIDAK BERGOLAK!! SEKADAR PERGESERAN PENDAPAT !.


Tiada tanda-tanda wujud pergolakkan dalam parti UMNO Sabah. Tiada gelombang yang menyergah pantai parti  UMNO Sabah. Tidak nafikan jika sekiranya ada terdapat pergeseran, itu sekadar mencari jalan untuk berkongsi pendapat, dikalangan pemimpin sahaja.


Menjadi resam dunia dalam kepimpinan, mesti ada pergeseran pendapat, perkiraan terwujudnya pergeseran ini,  kerana hendak membuat keputusan yang penting untuk kebaikan parti.


Pengalaman saya sebagai ketua penerangan  UMNIO bahagian selama dua penggal. Kuasa ketua bahagian sememangnya luas. Selaku ketua bahagian dibolehkan untuk memberi ucapkata dengan semua masyarakat dalam kawasan masing-masing 


Menjadi kewajaran ketua bahagian untuk turun ke padang bersemuka dengan semua rakyat dalam DUN yang berkenaan.  Tanggungjawab sepenuhnya terletak di bahu ketua bahagian, dalam memastikan rakyat sentiasa terbela, rakyat sentiasa tidak terpinggir. Agar ketua bahagian tidak dilihat sebagai mengalpakan tanggungjawab yang diberikan oleh semua ahli UMNO dan rakyat amnya.


Kelazimannya pihak pembangkang melihat ini, sebagai pergolakkan. Suara pembangkang selalunya suka memporakperandakan keamanan yang ada dalam parti UMNO. menjadi tabiat pemimpin pembangkang bahawa kuman diseberang laut tetap jelas mereka nampak. Tapi gajah di depan mata pura-pura tidak nampak.


Tabiat-membiat  kepura-puraan pembangkang, sememangnya sudah difahami dan diselami sedalam-dalamnya oleh rakyat.  Rakyat Kota Belud pasti tidak terpancing lagi dengan dakyah-dakyah pembangkang, meskipun mereka berjanji seribu bulan bakal datang ke pangkuan rakyat. Sokongan rakyat kepada BN tetap utuh dan tidak berkarat.


Kita nantikan pru ke-13 ini, bahawa semua DUN dan termasuk kerusi parlimen Kota Belud dalam tangan rakyat untuk mengekalkan kerajaan Barisan Nasional.

Thursday 28 June 2012

KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT YANG KELAT !! BAGAIKAN BURUNG TERBANG SUDAH DI PIPIS LADA.

Bakal mengeciwakan rakyat Sabah. Bakal ditinggalkan oleh penyokong pakatan dari Sabah bila terbaca jawatan dalam kabinet gila bayang ini, tiada sedikit pun peluang untuk jawatan yang penting diberikan kepada rakyat dari Sabah. Di harap rakyat yang masih memaut di dahan rapuh parti pakatan, mesti berubah fikir dan mesti juga berubah sokongan.Agar tidak sia-sia jika berada dalam Barisan Nasional. 


Dalam gembar-gembur kabinet yang terlalu jauh dari kemenangan. Maka para pemimpin pakatan sudah bersedia mengumpul seberapa banyak lada untuk dipipiskan. Sedang burung-burung  masih terbangan di udara. Angan-angan matzinin ini, akhirnya akan terjatuh rebah sendiri, dan penyokongpun bakal berputus asah. Penyokong mesti ada keterbukaan, rakyat harus berfikir sebelum terpinggir, rakyat mesti menggenggam jari tanda sokongan kepada BN sebelum tersisih dari pakatan. Masa masih ada untuk mengekalkan pemerintahan di bawah payung  BN, pemerintahan yang  saksama serta  perjuangan yang sentiasa mengutamakan rakyat.


Rakyat Sabah sudah nampak dengan jelas, bahawa pertanda yang jelas  parti pakatan bakal menyisihkan ahli-ahlinya.  Pucuk pimpinan pakatan tetap mengenepikan para penyokong dari Sabah. Sampai begitu, menidakkan para penyokog,  walaupun mereka  berjuang  berhabis-habisan untuk mempertahan pakatan, namun kesemua nadi sokongan sekadar  ungkapan manis dibir sahaja.


Sikap parti pakatan yang hendak memeluk gunung, sedang tangan tidak sampai, sekadar hanya impian yang tidak pernah akan menjadi. Tambahan lagi parti pakatan yang tidak mengenal budi. Cuma pemimpin pakatan ada kelebihan, dan ada kepakaran jika mengenal body.


Rakyat yang berada dalam sokongan perahu pembangkang kini, perlu mencari jalan, dan balik ke pangkal jalan, dikhuatiri jika tidak balik ke pangkal jalan BN, akhirnya akan sesat dan akan keliru di bawah panji pakatan yang tidak lagi berkibar.


Kemelut demi kemelut yang tersiar di dada akhbar,tentang malapetaka yang menimpa tiang-tiang parti pakatan, permasalahan seperti di selangor, tidak terkecuali di pulau pinang isu tapak masjid yang dirobohkan, masih tersiar di kaca-kaca media tontonan. dan di cyber-cyber. Elemen-elemen ini  akan membuka hati rakyat untuk tinggalkan parti pakatan.


Rakyat jelata Sabah diseru utuk tampil ke hadapan, untuk kita satukan tenaga, agar 25 kerusi parlimen tetap dimenangi dengan cemerlang. Begitu juga 60 kerusi DUN, diseru kepada semua penyokong pakatan, untuk berpakat bagi kemenangan calon-calon BN dalam kawasan masing-masing.

 

Monday 25 June 2012

SIAPA CALON BN DI SEPANGGAR! DIKEKALKAN KAH ANAK KELAHIRAN TAWAU DICALONKAN DI DUN KARAMBUNAI ??


Ingin berkongsi pendapatan dengan Jomo Malaya blog. Dalam tulisannya siapa bakal calon di parlimen Sepanggar menjelang pru ke-13 ini.


Menjadi kesukaran untuk meletakkan calon yang dikatakan mesti menang dalam pilihanraya, jika calon yang bakal diletakkan di Dun Karambunai atau parlimen Sepanggar, mestilah atas dasar pilihan rakyat. Jika pencalonan  atas dasar import, mungkin menjadi kegagalan untuk meraihkan kemenangan.  Jika ini berlaku, tentunya BN kehilangan satu kerusi. Dan pihak pembangkang bakal menjadi juara dalam pilihanraya ke-13.


Dun Karambunai diwakili oleh Puan Jainab Ahmad, anak kelahiran dari Tawau, terkini mendapat bantahan secara simbolik dari penyokong BN di Sepanggar. Menurut khabar yangb terdekat, bahawa purata ketua-ketua cawangan dianaktirikan. Anak-anak tempatan dipinggirkan. Kredibiliti mereka sekadar dilihat sebelah mata, peluang untuk menjawat, apa sahaja sebarang jawatan dalam kampung, khabar angin kuat, mereka sentiasa diketepikan begitu sahaja. Pepatah melayu ketua-ketua cawangan yang terdiri daripada warga negara asli, semacam sebutan pepatah melayu" Bagaikan melukut di tepian gantang". Di kampung masing-masing.


Bukan sekadar cerita demikian, malahan dikatakan Jainab menempatkan individu yang baru mendapat warga negara malaysia sebagai ketua kampung dan pengerusi jkkk.Manakala mereka yang tetap berasal tulin, serta  berkelahiran  dari sabah dipinggirkan. mereka tidak dilayan sebegitu rupa sebagai ahli UMNO. Ditambah-tambah lagi, hak-hak mereka tidak terjamin di bawah era Jainab.


Kecelaruan dan tindakan berat sebelah ini, menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan anak-anak jati Sepanggar, lantaran banyak dikalangan mereka sudah guyah dan hilang minat sebagai penyokong yang sebati. Kebanyakkan ahli-ahli warga negara asli ini  sudah tidak berpuas hati. Jika dikekalkan calon penyandang ini semula, ditakuti calon BN bakal kecundang dan tidak dipandang.


Persoalannya ada kah anak-anak Sepanggar yang ada minat untuk menceburdiri dalam politik. Tentunya mesti ada, anak-anak Sepanggar yang berminat. Terdapat ada yang berpotensi sebagai wakil rakyat, tapi belum dikenali oleh pucuk pimpinan. Sebagai contoh Dr Datuk Kassim, kelahiran anak Kampung Rampaian pekan Menggatal, kini berkhidmat di UMS, jika beliau terpilih sebagai calon, tentu tiada masalah kepada rakyat Sepanggar. Pepatah melayu" Kecil tapak tangan, nyiru sekali pun rakyat tadahkan".


Benarkah diketepikankan kah Ketua Bahagian UMNO Sepanggar?. Jawabannya tidak sewajarnya  berjawatan Ketua Bahagian membolehkan beliau diletakkan sebagai calon mesti menang. Ada yang menganggapkira, jika Jumat yang bernasib baik jadi calon. Kemungkinan kemenangan tidak memihak kepada beliau. Pepatah melayu "jauh panggang dari api". Jika kempen berapi-api pun masih dikatakan panggangnya amat jauh dari api.


Para  penyokong yang tidak sanggup kepanasan dari bahang api, mesti tidak sanggup berjuang untuk  si Jumat. Jika demikian, maka kempen pun tidak menjadi, akhirnya calon yang kalah judi.  BN juga mendapat  rugi.


Dalam konteks kemelut di Sepanggar, disarankan kepada Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri, atas kerjasama Timbalan Pengerusi UMNO negeri, agar berhati-hati untuk membuat keputusan tentang siapa sebenarnya yang beri kelayakkan menjadi calon di Dun Karambunai.


Khabar terkini, bumi Kota Belud tidak lagi bergelora, kerana mereka yang minat kepada sendiwara politik sudah berpijak kaki ke sebelah, manakala tangan mereka berpaut di dahan rapuh. Justeru, UMNO Bahagian Kota Belud tidak semudah tertipu. Dikhabarkan semua DUN seperti Usukan, Tempasuk, Kedamaian termasuk parlimen BN, konfiden  tetap sapu.  Di harap inilah keputusan yang muktamad dari tangan rakyat yang buat penentu.






.


 .

Sunday 24 June 2012

RM3 BILLION TIDAK WUJUD DI BIBIR SAHAJA. DALAM HATI SEPARUH MATI, PEMBOHONGAN YANG TETAP SEBATI!!


Sikap bijaksana dan bijak pandai pemimpin BN, kerana tidak melayan ajak-ajakan ayam ketua pembangkang untuk berdebat tentang RM3 billion, merupakan langkah yang tetap terpuji dan terpuja.


Rakyat jelata tetap tidak mudah tertipu dengan kata-kata manis yang diungkapkan oleh ketua pembangkang itu. Rakyat cukup tahu menahu, erti ungkapan yang konon tidak wujud RM3 billion. Sebenarnya dalam hati hampir separuh mati, semestinya tiada jalan lagi, tidak boleh dielakkan. Rakyat sudah faham dan memahami sikap ketua pembangkang yang tersohor dengan seribu dolak-dalik pembohongan. Kini rakyat jelata letakkan urusan tersebut di atas bahu SPRM.


Tidak melayani desakkan ketua pembangkang untuk berdebat, menggambarkan pemimpin BN cukup bertanggungjawab kepada negara.  Memperlihatkan kematangan pemimpin BN kepada umat Malaysia memenuhi aspirasi rakyat. Janji  kerajaan BN  tetap ditepati, dan rakyat  dipastikan cukup terbela. Agar rakyat mengembalikan pemerintahan kepada kerajaan Barisan Nasional.  


Pemimpin BN yang di ketuai oleh Perdana Menteri, DS Dtk Najib yang sentiasa disayangi oleh rakyat, tetap diyakini kebolehannya untuk terus mentadbir negara dengan baik. Pengalaman luas yang ada pada tangan Yab DS Dtk Najib dapat membawa negara ini ke mercu pembangunan yang terbilang. Dapat membawa nama negara ke persada kemajuan yang boleh menyaingi negara-negara di mata dunia. 


Jika terlepas pandang dan tidak pandai membaca alkitab pihak pembangkang, tentu bakal terjerat ke-gaung penipuan yang cukup terancangrapi. Jika tidak mahir menghayati ungkapkata ketua pembangkang, rakyat tentu tersurung dan terpalang. Pengheretan pembangkang dengan Tun M, menampakan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang bukan sahaja ketandusan isu, malahan kekeringan airliur. Terkini teraba-raba sambil menggelabah tidak ubah seperti sang labah-labah untuk mencari jalan. Secara keterpaksaan, dengan  mengheret Tun M ke kanca keserabutan dan kebimbangan kerana menghadapi pertuduhan. 


Pidato pembangkang melalui mulutnya yang manis semanisan lebah, dalam iltizam untuk naik ke takhta putra jaya, bagaikan sebuah impian rebah gunda gulana disiang hari,  tentunya niat yang tersurat tidak berkesampaian. Tentunya niat yang tersirat tinggal kempunan.


Mana bisa dapat memerintah negara. Sedangkan negeri negeri yang diperintah oleh pembangkang masih tidak menunjukkan kemampuan sebagai pemerintah yang adil. Tidak mampu menyelesaikan semua permasalahan rakyat. Saban hari rakyat sentiasa diselimuti oleh kepelbagaian masalah. Sebagai tambahan masalah terwujud di Selangor, Ketua Eksekutif di jabatan penasihat negeri Selangor sudah berbalah. Setiausaha Sulit Menteri Besar sudah dipecat oleh Timbalan Presiden PKR. Ada kebarangkalian Ketua Eksekutif tersebut akan keluar dari parti PKR yang cukup menyiksa beliau.


Kerajaan Selangor di bawah payung buruk pembangkang sudah bergelora dan berkocak. Kaedah pemerintahan yang membisuli rakyat dari masa ke semasa, sukar untuk diubati lagi. Hanya boleh selesai dan boleh diubati jika rakyat menukarkan kerajaan itu kepada kerajaan Barisan nasional.


Rakyat Kota Belud macam sudah ditraumai oleh cerita-cerita politik di bumi Semenanjung, mereka terbaca rintihan rakyat akibat pergolakkan parti pembangkang  di semenanjung. Mereka terbaca rakyat semakin bermasalah di negeri negeri yang diperintah oleh pembangkang, semakin tidak boleh dikekang. Dengan berita yang menakutkan sentiasa tersiar, rakyat pembangkang di Kota Belud sudah tawar hati kepada parti pembangkang, penyokong pembangkang dahulu sudah mula guyang dan bakal menyokong parti BN. 


Maka ada kebenarnya teka -teki rakyat bahawa atas kerjasama kedua pemimpin UMNO Sabah di ketuai oleh Yab Dtk Musa dan dikuatkan lagi atas bantuan Yb Datuk Salleh, selaku Timbalan pengerusi serta kerjasama rakan-rakan dalam Barisan Nasional,  rakyat tidak berganjak, tetap mengekalkan sokongan, agar Barisan Nasional terus memerintah negeri Sabah.


Ajk Wanita bahagian Kota Belud sudah siapsiaga untuk untuk memastikan parlimen Kota Belud tidak akan ditawan oleh pembangkang. Manakala tiga DUN, Tempasuk, Kedamaian dan Usukan, dijanjikan oleh ajk wanita tetap dalam gelanggang kemenangan parti Barisan nasional.   

Friday 22 June 2012

KEBENARAN DEMI KEBENARAN TERBONGKAR, SPRM SIASAT RM3 BILLION, MILIK PEMIMPIN KANAN PEMBANGKANG

Dari Blog Semut Hitam banyak yang boleh dibaca, banyak yang boleh dipercayai, kebenaran demi kebenaran akan memihak kepada yang benar. Manakala penipuan demi penipuan tetap juga terbongkar kerana menipu rakyat malaysia. Bila pembohongan kepada rakyat, ertinya tetap juga bohong. Yang  betul dan benar akhirnya diketahui juga kebenaranya.

Disiarkan dalam blog semut hitam, dikatakan SPRM sudah membuka fail siasatan semula berhubung akaun  AnuWar dan akaun Timbalannya Azmin. Diberitahu bahawa  pihak SPRM sudah menemui bukti-bukti  yang terbaru. RM 3 billion bukannya sedikit..Duit rakyat itu. Jika tidak disiasat, rakyat juga yang rugi, termasuk penulis blog pembangkang seperti sekali ketuk, tetap rugi juga.

Terkini dalam blog yang sama, si ketua penipu ini didedahkan satu lagi skandal sex. Saya hanya petik kata kata ini dari blog semut hitam sahaja. Rakyat boleh layari blog ini bila-bila masa. Tiada larangan, dipersilakan layari. Dipersilakan baca blog semut hitam untuk kita kongsikan bersama, agar semua yang tertulis dalam blog tersebut konfiden ada kebenarnya.

Dalam blog yang lain, ada tersiar Umi Hafildah juga ada menemui bukti-bukti terbaru tentang skandal penipuan yang melibatkan berjuta juta ringgit. Duit rakyat juga itu. Semua rakyat malaysia perlu ikuti kesah ini. Rakyat malaysia digalak untuk ikuti perkembangan tentang akaun rm 3 billion itu. Duit rakyat perlu disiasat demi membela hak hak rakyat.
  
Masih kita ingat cakapan Karpal Singh, dia kata, AnuWar "mesti bertaubat". Justeru itu, rakyat jangan mudah tertipu, kekadang penulis blog sekali ketuk, bukan betul ketukkannya. Apa saja dilaporkan dalam blog sekali ketuk, hanya rekaan semata-mata. kerana pengendali blog tersebut hanya melaporkan cerita angan angan belaka. Saya ibaratkan dia macam ahli silat yang membuka langkahnya, semua sumbang sumbang belaka.

Bagaimana pun, sokongan rakyat kepada BN di Kota Belud tetap tidak berganjak. Kebanyakkan penyokong parti keadilan sudah menyedari kebenaran cerita. Bila mana pembohongan demi pembohongan terbongkar di dada cuyber-cyber, seperti blog mik, blog semut hitam, gelombang rakyat dan banyak lagi blog yang menyiarkan pembohongan demi pembohongan kepada rakyat oleh pembangkang.Semua berita yang tersiarkan adalah benar belaka.

Cerita yang paling panas ialah perletakkan jawatan Rafizi Ramli, Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, terdedah dalam blog begitu cepat dan boleh dipercayai. Begitu juga Fakeah Husin, Setiausaha politik Menteri Besar Selangor, juga sedikit sebanyak dapat diyakini kebenarannya. Kerana  Azmin sendiri memecat beliau. Bila timbul pecat memecat, maka parti itu tentu bercelaru sebagai pemerintah. Maka wajarlah rakyat Selangor bersatu tenaga dan tolak PKR dan bersatulah untuk mengembalikan pemerintahan yang maha adil, maha bijaksana di bawah payung Barisan Nasional.  

Blog sekali ketuk, belum lagi terantuk, belum lagi tengadah. Mungkin satu masa bakal terantuk juga akhrinya, dan bakal  tengadah juga kesimpulannya. Kerana rakyat tidak mahu pemerintah yang bercelaru di Selangor bakal menempias ke kerajaan Sabah.

Wednesday 20 June 2012

RAMALAN MUSLI OLI DISANGKAL.PARLIMEN KUDAT,KOTA BELUD, KIMANIS, K.KINABALU, MILIK BN.

Jika dibaca ramalan kosong, sdr Musli Oli, kepasitinya sebagai seorang penulis politik pembangkang, merangkap pengerusi cabang kesatuan-kesatuan katak Kota Belud. Ada kebarangkalian dalam benak penyokong BN, bahawa ramalan itu tidak memihak kepada kebenaran. Ramalan dilontarkan itu, tidak membawa erti secara langsung atau tidak langsung kepada rakyat. Khususnya para penyokong BN di Kota Belud. Ini lah ramalan yang disifatkan seperti "melepas batuk di tangga" sahaja. Kata seorang ajk bahagian yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ketidak kesepakatan pembangkang dalam meletakkan calon, dan mengagihkan kerusi masing masing, sehingga parti itu belum menemui titik penyelesaian, maka BN semakin lantang dengan azam yang tetap menang dalam parlimen seperti Kudat, Kota Belud dan Kimanis. Boleh dikatakan 25 kerusi seluruh Sabah konfom akan milik BN.

Tidak boleh nafikan hasrat parti parti dalam gabungan pembangkang, tentunya  meletakkan calon masing masing di semua kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri. SAPP mesti dengan penuh azam awal-awalagi bakal meletakkan calonya di semua parlimen dan Dewan Undangan Negeri, kerana Presidennya mantan Ketua Menteri, tetap mengidam jawatan Ketua Menteri sekali lagi. Bagaimana pula parti STAR, di bawah pimpinan Dtk Jeffrey. Di awal penubuhanya parti ini mengatakan bakal tubuh Kerajaan di Sabah. Jika kedua-dua parti lokal ini masih belum ada titik senyum penyelesaian, akhirnya rakyat juga yang bermasalah, ada lah lebih baik rakyat tolak sahaja kedua dua parti lokal ini.

Dalam keadaan yang bercelaru, tiba tiba parti DAP akan menyergah dan menyuarakan rasa tidak berpuashati, tentang pengagihan tersebut, tentu pergeseran demi pergeseran dalam keadaan tertekan akan berlaku. Manakala  titik-titik penyelesaian masih jauh diseberang lautan, dan hal ini memang sukar mendapat kata putus. Dalam kemelut demi kemelut rundingan yang tidak berpenghujung ini, ketua DAP Karpal Singh, mesti terus mengatakan langkah mayat dia dulu, barulah buat keputusan.  Dalam keadaan yang maha kelam kabut demikian,  hak PR dan PAS tidak semudah itu juga di ketepikan. Mereka pun ada calon calon sendiri. PAS bakal memilih kawasan yang banyak pengundi orang orang Islam. Trend politik Dtk Nik Aziz  selalu lontarkan sebuah fatwah. Terakhir fatwah dia keluarkan ahli-ahli parti PAS tidak boleh menunaikan Ibadah Haji, risau pilihan raya diadakan di musim bulan Haji. Jika pru ke-13 diumumkan bulan Haji, maka banyak ahli ahli PAS tidak boleh buang undi, lantaran BN bakal memerintah di Kelantan.

Apa kah semua parti parti tadi ketepikan hak PR. Apa kah parti PR dilarang meletakkan calon calon di Sabah. Semacam ada bunyi demikian, bahawa parti dari semenanjung, seperti PR bakal ditolak oleh gabungan parti lokal di Sabah. Dtk Jeffrey tolak PR ini, kerana satu atau dua pemimpin kanan PR sedang menghadapi masalah yang melibat Undang-Undang. Di jangka semua calon calon PR di Sabah bakal kecundang, ujar salah seorang ahli STAR yang tidak mahu namanya jadi sebutan dalam cyber ini.

Apa bisikan dalam hati  Sdr Musli. Ilmu tinggi tentang ramalan secara kosong ini, boleh dianggapkira dapat mengalahkan nujum pak belalang moden. tidak akan berkesampaian secara tepat. Meskipun  sdr Musli tersohor dengan bunyi tin kosongnya. Tapi dalam satu kenyataan yang lain, sdr Musli andaikan UMNO ini sebagai sebuah kedai kopi yang sudah tidak laku lagi. Situasi yang dikatakan tidak laku, kerana sdr Musli masih berada di kedai kopi  UMNO.  Setelah Sdr Musli, selesai  mengatak, maka kedai kopi UMNO pun jauh berubah, sungguh banyak pelanggan datang menjamu selera. Kebanyakkan pelanggan ini datang dari fery pembangkang. Mereka kata, masakan dan minuman di kedai kopi UMNO lebih sedap dari  coffee bean dan star buck. Ujar pemimpin kanan bahagian.

Nampak-nampak  ramalan tersebut tidak dapat menepati kebenaran. kerana sdr Musli gagal membuka silat politik yang menjurus langkah kejujuran dan langkah keikhlasan. Kedua dua aspek kejujuran dan keikhlasan belum berakar umbi dalam benak politik Sdr Musli. Kelebihan sdr Musli tidak nafikannya berfokuskan kepada istilah menidakkan sesuatu kebenaran sahaja. Trend persilatan politik yang tidak mengakun ada kelemahan, perlu diubah kepada mengakun ada kelemahan pada diri sendiri. Pemimpin terulung Negara pun seperti Tun M, pernah kita baca, dia pun mengaku, pernah ada kelemahan.

Sememangnya tidak boleh dinafikan, hak penulis blog untuk menulis sesuatu berdasarkan ilmu pengetahuannya. Ramai berpendapat bahawa menulis dalam blog seperti mengukur baju di badan sendiri. Seberapa banyak baju boleh diukur. Janganlah mengukur secara main hentam depan boleh, tapi  belakang pun hentam takboleh juga. Kecuali sendiri yang bolehkan.  

Ada seorang dua setuju juga jika sdr Musli jadi calon parlimen di Kota Belud. Nasib dalam politik mesti diperjuangkan dan dicuba. Jika takut mencuba nasib,  sama lah ertinya takut berumah ditepi pantai. Sepatutnya penulis politik dan ahli politik tidak takut berumah di tepi pantai. mesti sanggup berhadapan dengan  ombak. Semangat juang untuk rakyat perlu tunjukkan.Perlu ada  keihklasan untuk memperjuangkan rakyat. Dengan semangat demikian barulah rakyat akan menyokong sdr Musli. Sebagai contoh, semua para pemimpin BN sentiasa utamakan rakyat, para pemimpin BN sentiasa berjuang secara ikhlas, sentiasa tidak meminggirkan rakyat, dalam bandar maupun diluar bandar.  Justeru itu, rakyat jelata tetap memilih BN sebagai Kerajaan selepas pru ke-13 ini. Insya Allah. 

Rabbanna atinnah fidunnya wal hassannah, wafil akhirati hassannah wakinnazabannar. Walhamdulillahirabbilalamin.






Monday 18 June 2012

KEDAI KOPI YANG BEGITU LAKU SETELAH KETIADAAN SDR MUSLI OLI.


Saya terpanggil untuk ikut sembang-sembang tentang kedai kopi sedikit masa dahulu diketuai  oleh Sdr Musli Oli. Sebelum beliau menerjundiri dan mengatak ke fery parti pembangkang. 



Di kedai kopi yang diperkatakan ini, saudara Musli mendapat perhatian, suara saudara ini begitu lantang mempertahan kedai kopi ini, bahawa apa sajian pun,  kedai kopi  ini tetap sedap di mulut sdr Musli, apa yang terhidang seperti kueh mueh tetap dirasa berselera, apatah lagi makan tengah hari. Boleh dikatakan setiap waktu dan setiap detik suara sdr Musli sahaja kedengaran yang menyanyi lagu pujian serta mempertahankan kedai kopi ini.



Boleh dikatakan masa itu saudara Musli sebagai ketua tujuh perwakilan sentiasa digeruni oleh pelanggan serta pelayan kedai kopi ini, lantaran itu, beliau semudah itu memenangi acara  pemilihan untuk  kursus persidangan masak memasak bertempat di pwtc. di kala itu kedai ini belum lagi taukeynya bertukar tangan.



Setelah diadakan mesyuarat pemilihan untuk melantik taukey baru. Kebetulan dengan izin taukey lama tersungkur di penjuru kekalahan, kerana gagal mempertahankan jawatanya dalam pemilihan untuk jawatan taukey kedai,  maka taukey baru yang memenangi pemilihan tadi, sudah tentu mempunyai cara sendiri untuk mentarbiyah kedai tersebut.



Dengan rentak tarbiyah yang baru dan nyanyian terkini yang selalu dikumandangkan oleh generasi baru, akhirnya dalam pemilihan wakil tujuh untuk kursus semula, maka saudara Musli gagal terpilih,  para pelayan kedai kopi tidak lagi menyokong beliau, turut sama tidak menyokong ialah para pelanggan, maka kali ini mereka menjauhkandiri, akhirnya kecundanglah sdr Musli, dan tercicirlah ia, pengaruhnya sudah luntur terkena lumpur. gagal jadi perwakilan ke Kuala Lumpur. 



Sedang rancak perbahasan di pwtc yang di hadiri oleh semua perwakilan, maka saudara Musli juga rancak mengambil peluang untuk mengumumkan lompatannya ke fery pembangkang, sempena  lawatan Ketua pembangkang itu di Kota Belud.



Salah seorang ajk bahagian kedai kopi memberitahu bahawa, bahawa sejak kedai kopi tersebut bertukar taukey, maka pengaruh sdr Musli dalam kedai ini sudah berkurangan. Kalau dahulu beliau duduk di kedai kopi semua pelanggan akan datang mengerumuni beliau kerana ingin mendengar takzirahnya. Sekarang keadaan sudah berubah, jika sdr Musli duduk di kedai kopi ini, pelayan tidak lagi berbincang semesra dahulu.Begitu juga  pelanggan tidak lagi masuk ke kedai kopi ini kerana sudah tidak boleh duduk semeja dengan beliau. Kata seorang pelayan bahagian kedai kopi tersebut. 



Mujurlah ketiadaan Sdr Musli sekarang ini, kedai kopi kami mulai dikunjungi oleh kerabat kerabat serta sahabat handai, yang datang dari jauh dan dekat, untuk memberikan sokongan bagi kemajuan dan kemantapan kedai kami. Ujar salah seorang pelanggan tetap di kedai kopi kami



Kebenaran juga memihak kepada kedai kopi ini, kerana ajk bahagian kedai kopi ini dapat bezakan dan dapat memilih yang mana satu intan kepimpinan bakal diabadikan untuk generasi dalam bahagian. Begitu juga dengan semua penyokong boleh memilih, yang mana satu kaca  kepimpinan, akhirnya  kaca sdr Musli  terhempas ke batu bukit Kota Belud.



Hari ini semua pelanggan, mendabik dada tanda sokongan yang kental, dokongan yang gah bagi kejayaan dan kemajuan kedai kopi rakyat ini.  Rakyat Kota belud berdoa agar dakyah-dakyah pengendali blog pembangkang sekadar seperti melukut di tepian gantang, dan rakyat tidak lagi pandang.









PERDANAN MENTERI DS NAJIB JEJAK KASIH SAYANG SELURUH RAKYAT DI SABAH



Perdana Menteri Yab Datuk Seri Najib, beliau ingin merealisasikan impianya untuk rakyat dan Negara. Rakyat harus memperolehi pendapatan yang berterusan meningkat secara berkesan,  melalui program transformasi di bandar maupun di luar bandar.



Dengan kerjasama kerabat Barisan Nasional maka peluang yang lebih baik perlu direbut oleh rakyat di bawah langit biru 1Malaysia, dengan demikian rakan dalam Barisan Nasional bersama rakyat sentiasa  komited kepada pembangunan Negara.



DS Najib menmabah, bahawa beliau seorang pemimpin yang tidak suka menabur janji yang sukar ditunaikan. Bila pemimpin BN berjanji mesti ditunaikan untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negara.



Perdana Menteri menambah, rakyat tidak seharusnya mendengar dakyah dakyah pembangkang, mau pun para pengendali blog pembangkang. Mereka sanggup berjanji untuk mendapat cakerawala dan bulan, akan tetapi semua itu adalah omong kosong dan rakyat jangan terpesung.



Seperti yang dikatakan oleh Kelapa Mawar dalam blognya, DS Najib tetap menjejak kasih dan sayang untuk rakyat sabah. Kerana Sabah adalah menjadi fixed deposit kepada kemenangan Barisan Nasional dalam pru ke-13 ini.



Kerajaan Barisan Nasional adalah cukup matang untuk terus memerintah, pembangkang dan pengendali blognya, merasakan terdesak untuk sentiasa mengungkit selalu isu isu  yang rakyat sudah jemu mendengarnya. Rakyat mahukan kemajuan, rakyat mahukan mereka terbela, sampai bila rakyat dikelirukan oleh pengendali pro pembangkang..  Pembangkang sudah kehilangan halatuju serta pengaruh. Ujar salah seorang penyokong BN di Tambunan



Pru ke-13 Barisan Nasional tetap diambang kemenangan serta merangkul lebih dua pertiga. Ini kerana Selangor, Kelantan dan Kedah kemungkinan juga Pulaua Pinang bakal ditawan oleh BN.

PERDANAN MENTERI DS NAJIB JEJAK KASIH SAYANG SELURUH RAKYAT DI SABAH



Perdana Menteri Yab Datuk Seri Najib, beliau ingin merealisasikan impianya untuk rakyat dan Negara. Rakyat harus memperolehi pendapatan yang berterusan meningkat secara berkesan,  melalui program transformasi di bandar maupun di luar bandar.



Dengan kerjasama kerabat Barisan Nasional maka peluang yang lebih baik perlu direbut oleh rakyat di bawah langit biru 1Malaysia, dengan demikian rakan dalam Barisan Nasional bersama rakyat sentiasa  komited kepada pembangunan Negara.



DS Najib menmabah, bahawa beliau seorang pemimpin yang tidak suka menabur janji yang sukar ditunaikan. Bila pemimpin BN berjanji mesti ditunaikan untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negara.



Perdana Menteri menambah, rakyat tidak seharusnya mendengar dakyah dakyah pembangkang, mau pun para pengendali blog pembangkang. Mereka sanggup berjanji untuk mendapat cakerawala dan bulan, akan tetapi semua itu adalah omong kosong dan rakyat jangan terpesung.



Seperti yang dikatakan oleh Kelapa Mawar dalam blognya, DS Najib tetap menjejak kasih dan sayang untuk rakyat sabah. Kerana Sabah adalah menjadi fixed deposit kepada kemenangan Barisan Nasional dalam pru ke-13 ini.



Kerajaan Barisan Nasional adalah cukup matang untuk terus memerintah, pembangkang dan pengendali blognya, merasakan terdesak untuk sentiasa mengungkit selalu isu isu  yang rakyat sudah jemu mendengarnya. Rakyat mahukan kemajuan, rakyat mahukan mereka terbela, sampai bila rakyat dikelirukan oleh pengendali pro pembangkang..  Pembangkang sudah kehilangan halatuju serta pengaruh. Ujar salah seorang penyokong BN di Tambunan



Pru ke-13 Barisan Nasional tetap diambang kemenangan serta merangkul lebih dua pertiga. Ini kerana Selangor, Kelantan dan Kedah kemungkinan juga Pulaua Pinang bakal ditawan oleh BN.

Sunday 17 June 2012

YAB DS NAJIB PERDANA MENTERI, MAKLUMKAN KEPADA RAKYAT SABAH, JANJI TETAP DI TEPATI.






Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketika berucap di hadapan lautan ribuan rakyat di Keningau kelmarin. Dengan bangga memberitahu rakyat, bahawa Kerajan Barisan Nasional tetap menunaikan janji  janji kepada rakyat. Janji BN  tetap ditepati, kerana hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja dapat bertanggungjawab terhadap janji yang sudah dijanjikan. 



Tiada parti di dunia boleh berjanji memberi bulan dan bintang kepada rakyat. Oleh yang demikian, janji  janji yang dilontarkan oleh pihak pembangkang. Janji  pembangkang sekadar seperti talam dua muka, janji depan pun dilantak juga. janji dari  belakang pun sama juga lantak  juga. Maka rakyat tidak lagi terpedaya dengan janji janji hanya dibibir sahaja. Rakyat di keningau sudah dapat menilai, janji seperti kaca yang  terhempas ke batu. Rakyat tetap membisu seribu bahasa,  kerana tidak lagi  menyokong pembangkang lagi. Tidak lagi mendengar kata luahan pembangkang yang mengaku pemimpin, padahal cakap tidak serupa bikin.   



Berjanji yang bukan bukan, berjanji tidak masuk akal, janji sekadar bercelupar bukan budaya kerajaan BN. sekadar janji dalam istilah yang merugikan rakyat, tidak membawa erti kehidupan kepada rakyat. Pemimpin BN  berpegang kepada ketulusan bekerja, Berpegang kepada janji tetap ditepati. Rakyat akan menderita jika kata janji hanya sekadar janji. tapi kerajaan BN tidak mahu melihat rakyat bakal dilanda  derita. Keselesaan yang dikecapi  rakyat di bawah payung Kerajaan Barisan Nasional setakat ini, dapat diusahakan lagi oleh Kerajaan untuk ke tahap yang terjamin lebih selesa.Rakyat bakal  memilih semula BN sebagai kerajaan, kerana tiada parti setakat ini yang mampu melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat, hanyalah kerajaan Barisan nasional, ujar salah seorang pemimpin Bahagian  UMNO di Keningau kelmarin.



Ungkitan yang selalu diungkit oleh Kelapa Mawar blog, kaitan perkara 20, sudah tidak lagi jadi  sebutan sebagai isu yang memanaskan meja rakyat. Kerana perkara 20 sudah banyakali diungkit. Sudah terlalu acapkali diungkit dan disebarkan. Isu ini sudah tidak lagi perlu didengar oleh rakyat, meskipun masih dibatu api oleh Kelapa Mawar blog. Kerana isu ini sedang ditangani oleh para pemimpin yang ada sekarang.



Rakyat sudah lahirkan rasa gembira kerana sebahagian fasal sudah diserapkan dalam perlembagaan persekutuan. Fasal 6 yang dibangkitkan oleh Kelapa Mawar, tidak boleh keluar, sememangnya tidak perlu dibahas, kerana pemimpin lama sudah bersetuju tentang apa yang dikatakan dalam artikel 6. Kerana rakyat Sabah terbela  Di bawah payung Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat hidup aman dan damai, tiada rusuhan yang tidak di ingini berlaku. Tiada penyekatan kepada semua penulis pembangkang seperti Kelapa Mawar, juga bebas menulis untuk mengkritik Kerajaan Barisan Nasional.  



Para pemimpin BN Sabah tetap optimis bahawa 25 kerusi parlimen, bakal menjadi fixed deposit. Melihat sokongan rakyat di Keningau semalam, bahawa pengaruh BN di situ tidak boleh disangkalagi. Seperti yang yang disebutkan oleh Kelapa Mawar, Jambatan Bum Bum di Semporna, jambatan Menumbuk, Pulau Labuan, mengenai PATI dan leburaya KK ke Sandakan, macam kacang saja bah itu, semuanya sudah ditangani, hanya menunggu lampu hijau dari rakyat selepas pru ke-13. Beberapa projek yang disebutkan itu adalah janji BN yang perlu dilaksanakan. Adalah lebih baik semua penulis pembangkang  menulis bahawa hanya Kerajaan BN sahaja yang sudah diakui oleh rakyat jelata   sentiasa bertanggungjawab . 



Pru ke-13 ini rakyat Sabah sudah awalagi dalam minda kalkulator mereka, tetap memangkah BN.. Kerana BN sahaja yang berjanji dapat tunaikan janji. BN hanya sekali sahaja berjanji. depan rakyat. BN tidak macam pembangkang. talam dua muka. Depan janji manis  dan belakang pun lantak juga berjanji manis. Rakyat takut dapat penyakit kencing manis. Lantaran, generasi muda mengakui kemenangan BN tetap terserlah di bawah pimpinan Yab Datuk Seri Najib pada pilihanraya ke-13 ini. Dengan itu, Kerajaan BN diramal terus dapat memerintah semula. Sambung salah seorang generasi muda yang tidak mahu namanya disiarkan semalam di Keningau.

Friday 15 June 2012

BUKAN SEKADAR KETUA CAWANGAN. JIKA BOLEH, TANDING KETUA UMNO BAHAGIAN

Pepatah melayu, yang berbunyi "Niat di hati hendak memeluk gunung. Tapi apakan daya tapi tangan tak sampai. Beginilah alkesahnya jika ada hasrat berkecimpung dalam arena politik. Mana mana individu yang berbesar semangat untuk menerjundiri ke gelanggang politik, terlebih dahulu mesti memiliki senjata senjata yang tinggi menggunung. Jika berlaku serang menyerang, maka kita mempunyai senjata yang mencukupi untuk mempertahankandiri.


Jika saya diminta untuk mencuba nasib dalam persilatan politik. Perlu juga saya ambil tali pengukur. Jika tali saya panjang saujana mata memandang, tentu  boleh untuk pengikat ukhuwah kepada para-para penyokong.


Imbas kembali pengalaman saya yang silam semasa duduk sebagai Ketua Penerangan Bahagian selama tiga penggal berturut-turut. Asam dan garam sudah puas dirasai. Di ibaratkan merenangi lautan yang tidak bertebing, berkorban kerana menjaga kemenangan Ketua Bahagian.


Jika kelengkapan mencukupi, bukan sekadar Ketua Cawangan, tapi Ketua Bahagian, tetap saya buka kuda-kuda persilatan  untuk ke gelanggang pemilihan Bahagian. Sdr Palingberani, apa yang saya khuatirkan seperti pepatah melayu, yang dikejar tak dapat.  Manakal dalam gendungan, habis bertaburan". Akhirnya penyokong yang mengalami kekeciwaan.


Era pimpinan Yb Datuk Salleh masa kini,  tentu saya terhalang untuk  menawarkandiri bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian. Kita anak jati  Kota Belud, perlu beri laluan kepada beliau untuk menerajui Bahagian. Rakyat masih memerlukan kepimpinan beliau dalam  masa dua atau tiga dekad lagi dari sekarang. 


Walau bagaimanapun saya hargai pandangan sdr Palingberani. Kerana pandangan itu memberikan suntikan semangat yang membina. Bagaimana pula halnya pemimpin yang sedia ada, sdr Roslan Hj Manshur, anak buah saya sdr Tadzul,  dan sdr Ir Awang Salleh Makmud. serta   Hj Mayur. Dan banyak lagi sebelah pihak Bajau. Manakala dari dusun tidak boleh dinafikan, konco konco sdr Award atau reward. Nama dia pun sudah menang. Apa tidak Rewardnir.


Namun demikian, jika saya diperlukan,  mencari kaedah bagi  kemenangan BN di peti undi Kg Merabau. Jawabnya boleh diusahakan. Kerana, sebagai anak kelahiran Kg Merabau, yang pahit boleh jadi manis, manakala yang manis terus boleh merawat penyokong yang memerlukan rawatan secara manis manisan.


Peti undi Sk Tamau, tentu akan dipertanggungjawabkan kepada sdr Palingberani. Kerana sebagai anak kelahiran KG Tamau, Insya Allah yang bengkok dapat diluruskan, manakala yang patah hati terus boleh ditawari secara tradisional.

Thursday 14 June 2012

KEKURANGAN HAKIM DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BELUD

Ada beberapa orang merasa kepenatan menunggu yang ditanggu belum kunjung tiba. janji jam 9.00 pagi, Hakim belum juga nampak muncul di  depan pintu pejabat mahkamah.


Menurut kakitangan bahawa hakim itu dari Tuaran atau Ranau. tapi belum ada kepastian kerana belum muncul muncul lagi hingga tulisan ini diposkan. Tulisan ini dikarang oleh sahabat dari Lawas, yang mengatakan dia pun turut kepenatan menunggu di tempat ruang menunggu. Tetap juga sabar walau pun ruang tidak mempunyai penghawa dingin.. Hanya mengharap kipas angin yang bikin naik angin kepada peserta yang menunggu giliran.


Perssoalanya bila kah pentadbiran ini dapat dikemaskan. Atau hanya membiarkan begitu sahaja, tanpa mengambilkira masyarakat yang datang dari jauh.


Syukur juga sedang saya menaip kata kata ini dalam saya \, tiba tiba jam10.20 pagi maka munculah hakim yang di tunggu.Terima kasih sekadar itu lah kata kata yang terkeluar dari mulut salah seorang ynag sedang menunggu kedatangan hakim tersebut.

TIDAK MENYANGKAL TAPI ADA TANGKAL TULISAN, PALING BERANI BLOG: SIAPA MASBAK RUMASHID, WAN RAMLEE DAN MUSRAM.




Semacam macam yang tidak masam, semanis manis umpama gula, yang paling manis hujahan sdr Palingberani blog. Saya tetap menghormati rakan-rakan yang mengenal saya. Prinsip berkawan merupakan asas-asas pembudayaan sesama rakan . Agar ukhuwah dalam konteks berkawan sentiasa terjalin begitu akrab.


Keakraban yang sememangnya tidak menyalahi dalam etika Agama, maupun dalam etika istiadat, malahan sentiasa dianjurkan kata para ustaz dan guru-guru Agama.


Dalam konteks tidak menyalahi ini, maka tidak juga salah, berdasarkan anutan demokrasi jika seseorang menyaran seseorang untuk berkecimpung dalam arena politik.


Penilaian dari umat manusia siapa dia untuk mencalonkan seseorang itu adalah hak setiap manusia untuk menyahut saranan atau sebaliknya. 


Menjawab cetusan pendapat sdr palingberani, pada asasnya tidak berani tampil kehadapan untuk berkecimpung dalam pentas politik masa kini, sesungguhnya amat dikesali. Pada saya semua ada hak berkecimpung dalam politik. Saya hanya sebagai pencerita, sekadar menerima cerita cerita daripada Wan Ramlee. menjadi kemestian untuk saya tulis, agar boleh dikongsikan bersama rakan-rakan tentang hasrat sdr Wan Ramlee.


Jika sdr palingberani bernawaitu, saya tiada masalah untuk kita tulis dan siarkan agar rakan-rakan dapat baca apa yang tersurat maupun yang tersirat dalam benak rakan rakan.


Saya tetap mengenang saudara Palingberani blog kerana mengingatkan saya semasa pemilihan majlis tertinggi UMNO yang agak lama berlalu. Ketajaman taji saudara palingberani blog, sesungguhnya saya hargai dalam arena politik.  


Lazimnya para penulis tidak berani menggunama sendiri dalam arena analisis politik. Sepatutnya para penulis mesti berani menggunapakai nama sendiri. Apa juga salahnya pada nama sendiri. Apa juga kelemahan jika nama sendiri yang digunakan. Contohnya banyak yang menggunama sendiri. Saya berharap saudara Palingberani jadi berani untuk gunama sendiri. Tidak payah berselindung disebalik batu. Kerana berselindung di balik batu itu satu masa kena rambat oleh nelayan, maka udang saudara pun dalam genggaman sang nelayan.   


Akhirnya saudara tersungkur dalam lumpur, jika saudara tersungkurebah dalam dakapan isteri muda, syabas kerana adat lelaki hand some boy. Adat mengadat yang sentiasa mengamalkan ilmu tongkat ali terus menungkat dengan gahnya. 

NUKILAN TANPA UKIRAN POLITIK KOTA BELUD



Diperkatakan penduduk Kota Belud mahir membaca dan lebih berkemahiran tentang bicara politik yang di ketengahkan oleh ahli ahli UMNO dalam daerah Kota Belud.Sebab itu penduduk Kota Belud banyakali menolak isu pembangkang, dan acapkali menolak untuk menyokong pembangkang di situ.


Permainan dan pendekatan yang dilihat amat akrab, dengan masyarakat serta cara terbaik untuk mendampingi rakyat Kota Belud, trend ini menimbulkan keresahan, serta kebimbangan kepada segelintir penulis lirik politik yang ada di situ. Justeru itu, suara pembangkang tidak lagi didengar oleh penduduk Kota Belud.


Suara yang berunsur kebimbangan ini  dipetik dari blog MURAI KB, menyatakan politik kesukuan masih menghantui masyarakat di situ. Dan pendapat ini, adalah kurang tepat, dan tidak berkewajaran dengan formula yang disyurkan, kerana formula ini seolah-olah politik di situ,  semacam berirama music, dan disifatkan seperti berentak bolasepak. Cara ini sudah diketepikan oleh semua ahli ahli UMNO, dan kini sudah tiada lagi yang melaung-laungkan irama tersebut. 


Kubu kuat UMNO  di Usukan,  boleh dikatakan rata rata penyokong BN tiada mempunyai halangan tentang calon yang bakal diturun. Mereka hanya berharap calon untuk di Usukan biarlah bertaraf anak jati Kota Belud. Kerana jika anak jati Kota Belud, ada pepatah masyarakat di situ" Mangan nyya mangan asal kurung kurung"  pepatah ibunda ini menjelaskan bahawa sokongan mereka kepada calon BN tidak tergugat, dan tiada yang boleh gugatkan ukuhuwah mereka dalam payung BN.


Pepatah melayu ada menyebut,  seperti "kuku dengan isi" Tiada yang boleh memisahkan rakyat dengan pemimpin. Apatah lagi yang tercalon itu adalah pilihan rakyat.


Kemungkinan besar jika parti pembangkang masih berdegil untuk turunkan calonnya di Usukan, tersungkur kalah dan rebahlah calon pembangkang itu nanti.    Sama sama kita tunggu pru ke-13 ini.

Wednesday 13 June 2012

TIDAK MENYANGKAL TULISAN MUSRAMRAKUNMAN : DAN TIDAK MENYANGKAL KEMEROSOTAN PENYOKONG DUN TEMPASUK.


Wan Ramlee dari cawangan kampung pintasan, mantan penyokong ahli Dewan Undangan Tempasuk, memberitahu saya, bahawa jika wakil rakyat itu, masih dengan sifat degil mengental, dan sifat suka membohongi para penyokong di Tempasuk, berkemungkinan jangkaan kecundang bakal jadi realiti.



Wan Ramlee juga mengakui, bahawa jika penyandang yang dicalonkan dalam pru ke-13 ini, memang Wan  Ramlee bercadang jadi calon untuk menentang bagi Dun Tempasuk. "Biar puteh tulang jangan puteh mata" sambung Wan Ramlee. Menurut dia, tidak membiarkan Hj Musbah tidak dicabari dalam pilihan raya musim ini. Soal kalah menang memang dia sanggup terima, kerana kalah menang itu tidak boleh dielakkan. Semua calon calon sememangnya ada yang menang dan ada yang kalah. 


Di tanya mengenai parti apa bakal  Wan Ramlee anggotai. Ini jawabnya, Parti Local menjadi pilihannya. Ditanya sebab musabab  tidak memberikan sokongan. Kerana ahli dewan undangan itu masih menaruh dendam terhadap masyarakat Iranun serta bersifat rasis. Seringkali mengulangkata tidak perduli dengan masyarakat Iranun. Pernah Wan Ramlee datang ke rumah ahli dewan itu atas jemputan beliau (ahli dewan undangan). Di suruh datang jam 10.00 pagi. dan akhirnya ahli dewan itu keluar dari dalam rumah jam 6 petang. Wan ramlee menambah, perkataan berulang ulang juga disebutkan, ia itu tidak ambil perduli dengan masyarakat Iranun di Dun Tempasuk. Sepatutnya semua Iranun sesuai tidak menyokong ahli dewan itu. 


Pru ke-12, di dapati semua peti undi dalam kawasan Iranun, Hj Musbah menghadapi   kemerosotan penyokong. Peti undi  dalam kawasan Iranun, Hj Musbah kecundang teruk.Contohnya Kg Merabau, Sk Tamau, Sk Nanamun dan Pandasan, Hj Musbah masih juga berterusan dengan digalasan jatuh  kecundangan.


Bila saya ajukan nama calon baru seperti Sdr Musram Rakunman untuk Dun Tempasuk. Katanya, jika sdr Musram maka kebolehanya tidak boleh disangkalagi. Sebagai penulis, dan tulisannya dalam blog yang tersiar  kerana lontaran pendapatnya, bakal untuk diberi peluang dalam pilihan raya. Tambahan lagi Musram lebih berketrampilan daripada wakil rakyat sekarang ini. Kemenangan bakal dicipta oleh sdr Musram di Dun Tempasuk dalam pru ke-13 ini.


Bila diajukan pertanyaan mengenai Dun Usukan. Wan Ramle tidak banyak komen jika DSSk yang dicalonkan. DSSK adalah pilihan rakyat, dan semua rakyat Usukan mesti memberikan sokongan untuk kemenangan  DSSK. Ujar Wan Ramlee. Usukan adalah dikenali kuat  kubu bagi UMNO. Sewajarnya kerusi Usukan tetap dan konfom milik Barisan nasional.

Jika bukan DSSK yang dicalonkan di Usukan, besar kemungkinan kerusi usukan bakal terlepas, dan mungkin akan hinggap di dahan parti Lokal. Sama sama kita bersabar dan menunggu sehingga pilihanraya nanti diumukan.  

Sunday 10 June 2012

MASBAKAYANGAN: BENAR KAH ADA PEMIMPIN BN SABAH BERLAGU KATAK SI KATAK LOMPAT!!



Spekulasi yang mengatakan ada sebahagian pemimpin BN bakal menyertai parti pakatan, akhirnya terjawab bila Anu War tidak dapat menghadiri pesta kaamatan di Kota Belud semalam.


Anu War yang gagal mendarat di Lapangan Kapal Terbang Kota Kinabalu kerana cuaca buruk, akhirnya kapal itu berpatah balik ke Labuan dan mendarat dengan selamat.


Di petik dari media harian, mengatakan Ketua Pembangkang memang mengakui pernah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin yang disebutkan, akan tetapi untuk menjadi ahli PR. mereka belum ada kepastian secara rasmi daripada individu yang menggelardiri sebagai pembawa lagu "katak si katak lompat"


Jika betul para pemimpin BN akan jadi menyertai PR, maka ada benarnya cerita rakyat dari rakyat  bahawa sikap mereka itu, seperti bidalan melayu, "musang berbulukan  ayam"  dalam BN.

Betulah tanggapan dari blog apa yang tersirat, jika mereka terus juga berlagak katak, maka rakyat yang jadi mangsa. Mangsa bermaksud kawasan mereka tidak dapat dimajukan kerana lompatan terlalu tinggi dan meninggi,   maka tinggalah rakyat dalam kemelut kemunduran yang berterusan dengan hanya bergigit jari.

Pilihan raya ke-13 ini, rakyat perlu memikirkan halatuju kawasan mereka. Dan mereka perlu menghukum pemimpin yang melompat dengan tidak memberikan sokongan lagi. Semoga rakyat tetap terjamin dalam Barisan Nasional.. Kerana Kerajaan Barisan Nasional sahaja tempat rakyat berlindung demi masa depan anak cucu rakyat Sabah.

Di khabarkan di Kota Belud sudah menolak awal awalagi terhadap parti PR. kerana rakyat Kota Belud tidak mahu dibohongi lagi. Dasar pembohongan pembangkang merupakan amalan yang tidak disukai oleh rakyat Kota Belud. Selamat berjuang bersama Barisan Nasional. 










Penyokong di Kota belud

  

Friday 8 June 2012

KERIS TAMING SARI UMNO: TIDAK MEMBOLEHKAN WUJUD PARTI USBO.

Pengembangan sayap UMNO ke Sabah pada tahun 1991 di sambut baik oleh semua masyarakat Islam dan tidak terkecuali masyarakat bumiputera bukan Islam. Pada hemat rakyat Sabah bahawa kemasukan UMNO ke Sabah, dianggapkira menghantar keris "TAMING SARI" untuk menguatkan azam rakyat dalam usaha merebut semula pemerintahan. Segala niat yang tersurat dan tersirat terbukti benar. Kebarangkalian  bahawa dengan berkhat bersenjatakan keris "TAMING SARI"  maka ternyata semua usaha rakyat sangat berbaloi. Dan kini rakyat Sabah jadi pemerintah semula di bawah payung Barisan Nasional.
  

Kedatangan Allahyarham Tun Ghafar pembawa bendera UMNO masa itu, di sambut dengan tepukan gemuruh sebaik sahaja tiba di Lapangan Kapal Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu. Ratusan manusia yang terdiri daripada masyarakat Islam yang sama sama menyambut ketibaan Tun Ghafar, rakyat bergembira kerana UMNO diumumkan oleh Presiden Parti Tun M masa itu, telah membenarkan para hulubalang dari semenanjung bergerak sama di negeri di bawah bayu ini, untuk menyelamatkan orang melayu serta masyarakat bumiputera bukan Islam.


Pertubuhan Kebangsaan Melayu  Bersatu  atau UMNO telah membawa aspirasi perjuangan yang cukup bermakna. Tiada yang boleh nafikan perjuangan UMNO yang sentiasa menitikberatkan kehendak rakyat. Justeru itu, hasrat asas untuk menyelamatkan rakyat di Sabah akhirnya tercapai. Dan kejayaan itu masih berterusan hingga hari ini.


Seperti Kelapa Mawar katakan dalam artikel 160, definasi " Melayu" bahawa penduduk Semenanjung sahaja boleh dipanggil Melayu.Dan manakala  penduduk di Sabah adalah tidak termasuk sebagai Melayu.


Dalam konteks keterperincian suku kaum di Malaysia bahawa perkara 160 itu , tetap menjadi sebutan khusus dalam perundangan. Rakyat malaysia tidak boleh pertikaikan. Akan tetapi perlembagaan parti UMNO semua kaum bumiputera yang berugama Islam diterima sebagai. ahli. Di Sabah tetap kesah yang sama, bumiputera Islam dan bukan Islam boleh diterima sebagai ahli parti.


Tanggapan Kelapa Mawar konon semua masyarakat Islam di Sabah adalah sekadar menumpang dengan bendera orang lain, pendapat ini perlu ditidakkan. Kerana semua panji panji di bawah Barisan Nasional sudah terbukti dapat membela rakyat rakyat Sabah. Kesejahteraan  yang sudah terjamin dalam Kerajaan Barisan Nasional. tidak boleh disangkalagi. dan akan berterusan sampai bila bila yang mendatang. Kaum seperti Bajau, Suluk, Iranun,Brunei dan lain lain kaum yang beragama islam serta Bumiputera bukan Islam, sudah sebati dengan parti UMNO. Melalui parti ini, semua kaum di Sabah nampak cukup terbela di bawah panji-panji pemerintah ia itu Barisan Nasional.


Canangan suara Kelapa Mawar untuk melihat wujud satu parti local mewakili kaum masing -masing masih terlalu jauh untuk dikejar. Masyarakat Sabah sudah cukup selesa parti  UMNO.


Mungkin selamanya sokongan masyarakat Sabah terhadap UMNO. Kekentalan dokongan mereka sukar untuk disepak terajang dalam pilihanraya pru ke-13.


Sampai bila pun tiada lagi parti yang sanggup membela rakyat Sabah, melainkan  UMNO. Kubu kuat seperti Usukan tetap dengan azam sehidup semati bersama UMNO.


Tidak wujud sebutan untuk parti USBO seMalaysia. Parti gergasi seperti UMNO tetap menggergasi kemenangan di Usukan nanti.  Yb Datuk Salleh tidak akan kaitkan USBO dalam kanca politik.
Meskipun persatuan USBO adalah dikira persatuan yang terbesar setakat ini. 


UMNO adalah parti yang unggul dari sudut kaca mata rakyat.  Usukan adalah tempat kelahiran kerusi pertama di Sabah. Mana mungkin Ketua UMNO bahagian Kota Belud mencemari perjuanganya dengan parti  UMNO.


Penjelasan demi penjelasan yang diberikan ini, maka dengan sendirinya semua suara sang penulis bersisikan keraguan terhadap Presiden USBO, secara langsung atau  tidak langsung, sudah terturun ke paras lutut, kerana tepisan yang yang mewajarkan kebenaran memihak kepada pengulas  hari  ini.    







.

Wednesday 6 June 2012

BAKAL TERSERGAM INDAH KOLEJ ISLAM DI KOTA BELUD DI ILHAMKAN OLEH RUMPUN USBO!







Kesederhanaan sikap para kepimpinan dari sebuah Organisasi bergelar  USBO, dengan penuh iltizam, menekankan pendirian untuk tidak berlagukan,  dengan suara sumbang kerana para pemimpin USBO  tidak ingin setiap irama  dan lagu dipersendakan. 

Tiada seorangpun pemimpin USBO yang bersifat sekadar melepaskan dibatuk ditangga sahaja, atau hanya bermetos dan ber retorik.   


Andaian penulis blog konon USBO sebagai penyelamat untuk kepentingan politik peribadi, adalah tanggapan daripada  seseorang yang tidak pandai menari, tetapi dikatakan lantai jongkang jongkit.  Dan disifatkan baru bingkas dari kerusi duduknya  terlelap mata dengan igauan yang cukup indah.Kerana sekadar hanya mampu berdiri, lalu ia berkata lantainya penuh jongkang jongkit. 


Para peminpin USBO tetap berpegang kepada pepatah melayu, ikut resam padi, semakin masak, semakin tunduk.


Surah Ghafir : "7. Rabbana wasi ta kulla syay in rahmatawwa ilman faghfirlillaziina tabu wat taba uu sabiilaka waqihim azaabaljahim". Mahfumnya " Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya, maka berilah ampun kepada orang orang yang bertaubat serat menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab neraka".


Pemimpin USBO mengambil pendekatan dengan cara tidak mahu tersasar dan terkeluar daripada Surah ghafir dalam ayat 7. yang disebutkan tadi.


Diambilkira bahawa setiap pemimpin yang sentiasa bertaubat semasa pimpinannya, atau kepimpinan itu atas kudrat kerana tuntutan jalan Allah SWT, maka mereka terpelihara dari azab yang menakutkan.


USBO sekadar sebuah organisasi yang ditarafkan NGO. Kemungkinan organisasi ini memiliki azam yang mungkin sudah tersurat dan tersirat untuk membantu ahli ahli USBO yang beragam Islam. Dengan tiada nawaitu untuk bersaing dengan kaum yang lain di Sabah. 


Jika ayam dapat tahu tuahnya, ada terletak di kaki, mungkin USBO juga sedang mengilhamkan sebuah University/Kolej Islam bakal dicadangkan di bumi Sabah, masa akan datang, boleh diangan angankan oleh organisasi ini untuk jangka masa terdekat. Mungkin 5 atau 10 tahun dari sekarang. Mesti bisa ditubuhkan atas usaha fikir oleh rumpun bumiputera USBO.


Sekiranya semua kaum menuntut untuk menubuhkan sebuah University menggunapakai bahasa USBO, usaha ini  agak berat dan sukar direalisasikan, kerana ianya dikira University rasis.


Sebagai andaian, jika sekiranya kaum Bajau dalam bahasa Bajau digunakan dalam mata pelajaran di Kolej  Bajau, maka Samar juga menuntut Kolej. Bagaimana kaum yang lain seperti Suluk, Iranun, Brunei, Ubian dan Bisaya. Sudah pasti banyak Kolej  tumbuh seperti cendawan dimusim hujan. Saya percaya Kelapa Mawar tentu mahukan juga sebuah Kolej Iranun.


Perbandingan bahasa juga merupakan aspek yang mencelarukan penubuhan Kolej. Kerana Bajau dari  pantai barat tidak sama dengan Bajau dari Semporna dalamm konteks bahasa kaum. Dan akhirnya Kolej bakal  ditukar   nama Kolej rojak.  


Ketidaktepatnya cetusan minda dari mulut Kelapa Mawar, sehubungkait organisasi USBO, sememangnya diluar dugaan,  kerana USBO tidak berperanan sebagai sebuah organisasi berfokuskan politik semata. Sejauh ini, USBO hanya menekankan pembudayaan dan penghormatan semua kaum dalam USBO. Menjaga kesejahteraan dan perpaduan  berpayungkan perlembagaan  USBO.


Ketidaksedarnya juga Kelapa Mawar, kerana  mencetuskan ilham dalam konteks, konon USBO adalah sebuah badan politik,  diagakira tidak menepati isu sebenar, Sama seperti sebuah kejadian, umpamanya kaki kelapa Mawar terseliuh tentu jatuh rebah menggelabah. Hanya apa yang perlu dikata sekadar tepuk dada tanya. kerana ibaratkan komposer yang menggubah  lagu,  akhinya sendiri juga terkhilaf keliru.


Lantaran  pengilhaman yang diutarakan itu melalui cyber ini, tidak menggambarkan sebuah pengertian dalam satu penceritaan,  jika di ibaratkan  menonton sebuah persembahan teater. 


Kelulusan sebuah kolej KDM  mungkin sejak era pemimpin terdahulu lagi. Siapa tahu, mungkin diilhamkan oleh Allahyram Tun.Fuad. Dan hari ini baru ada tanda tanda terlaksana.


USBO berharap dalam jangka masa 10 tahun sekarang, bakal wujud sebuah Kolej atau University yang tersergam bertempat di di Pantai Emas Daerah Kota Belud hasil usaha bersama serta  difikirilhamkan oleh para pemimpin USBO kini. 

Akhirnya semua filem bertemakan Kolej yang diulas oleh para penulis termasuk Kelapa Mawar blog, secara langsung bakal terjawab tanpa was-was. .

 

Monday 4 June 2012

DATUK SALLEH CABAR DATUK LAJIM LETAK JAWATAN. TINDAKAN BERANI KERANA BENAR!

Banyak ahli ahli politik mempertikaikan, cara Dtk Lajim melontarkan pendapatnya  sehubungkait kesalahtafsiran beliau tentang isu perkara dari 01 hingga 20 perkara.

Ada sebilangan orang politik, menyarankan kepada Yb Dtk Lajim untuk baca semula perkara yang terkandung dalam memorandum yang hangat dipersoalkan oleh sesetengah indivu itu, dan barulah membuat persoalan, samada semua perkara tersebut dalam memorandum itu,tidak seirama dengan kenyataan Yb Datuk Salleh kah?

Untuk memilih yang mana satu perkara 20 itu, dalamm hemat Datuk Lajim belum lagi di masukkan dalam Perlembagaan Malaysia.


Datuk Lajim juga berhak atas kepasiti Timbalan Menteri, untuk terus meluahkan semua perkara perkara dalam memorandum itu kepada Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Malaysia. Jika Datuk Lajim betul betul seorang pemimpin yang turut memperjuangkan hak hak Sabah. Tapi tindakan beliau yag dianggap tidak profesional itu, masih dipertikaikan oleh rakyat. 


Rakyat masih tanda tanya, bahawa cara Yb Datuk Lajim melahirkan perasaan  tidak setujunya dengan cara berdemo, tidak melambangkan semangat dalam satu parti Barisan Nasionl.


Yb Datuk Salleh tidak meminta maaf dalam masa sepuluh hari dari tarikh tersiarnya tentang isu itu,  maka Yb Datuk Lajim bakal mengadakan demonstrasi aman, untuk mendesak Yb Datuk Salleh menarik balik kenyataan yang pernah tersiar. Dan meminta Yb Datuk Salleh tampil untuk minta maaf. Bukan satu saranan yang dapat memesrakan rakyat dalam satu arena politik melalui parti BN. Tindakan ini sekadar mengundang kerugian kepada rakayt Sabah sendiri.


Di posisi Yb Datuk Salleh, tetap dengan pendirian bahawa sebahagian perkara perkara hingga ke 20 itu sudah terlaksana oleh Kerajaan pusat.. Dan Sabah sentiasa terpelihara di bawah payung pemerintahan BN. Walau bagaimanapun tegas beliau, ada juga perkara yang belum sempat dimasukkan dalam Perlembagaan, tapi rakyat jangan risau, perkara yang disebutkan itu masih dalam proses untuk ke peringkat bertahap. 


Hingga hari ini Yb Datuk Salleh tidak takut, tentang pendekatan dan ugutan itu, Kerana ramai berpendapat buat apa takut, " Berani Kerana  Benar " Malahan sebahagian suara blog menyiarkan, cabaran demi cabaran kepada Yb Datuk Lajim untuk letak Jawatan dalam Kabinet, sentiasa  diperkatakan dan menjadi buah mulut rakyat jelata. 


Ada sebahagian ajk bahagian Beaufort, menganggap kenyataan melenting Yb Datuk Lajim itu seolah olah didemami oleh pemikiran parti pembangkang. Apa kah desas desus itu benar, konon sebuah teka teki, mengatakan jika Dtk Lajim tidak tersenarai dalam senarai BN, kemungkinan besar pihak pembangkang bakal melamar beliau. Dan respond dari Dtk Lajim belum dapat diperolehi lagi.


Sudah lama rakyat Sabah menanamkan satu teka teki, bahawa Yb Datuk Lajim bakal menjadi calon pembangkang, jika parti BN tidak menyenaraikan semula dalam pru ke 13 ini. Bila ditanya dengan penyokong Dtk Lajim, mereka jawab hanya selambah sahaja, tunggu dan lihat.

Sunday 3 June 2012

REKOD KEGEMILANGAN POLITIK, DATUK SALLEH DAN TAN SRI PANDIKAR, DARI SUDUT KACA MATA RAKYAT


Tentu sekali tidak menjadi kemerosotan sokongan kepada calon BN di bumi Kota Belud, kerana Datuk Salleh  dan  TS Pandikar, masing masing mempunyai rekod kemenangan yang terbilang dalam arena politik.


Di ibaratkan dalam gelanggang persilatan, mereka ini cukup terlatih dalam persembahan seni silat. Tidak perlu dirisaukan.  Apatah lagi dari sudut wacana politik dan perjuangan. Mereka ini sentiasa bersedia untuk turun ke gelanggang pertarungan, bila tiba masanya kelak.


Namun dalam ulasan blog Kelapa Mawar semalam, dikatakan kedua tokoh ini telah sengaja digugurkan pada pru ke 12. Walau bagaimanapun disebalik digugurkan, ada hikmahnya, mereka ini telah mengumpulkan banyak tenaga untuk persediaan bagi menghadapi pru ke 13 dalam masa terdekat.


Soal riwayat pencalonan dan penentuan, siapa yang bakal terpilih, bukannya boleh diputuskan oleh Menteri Menteri Besar atau Ketua Ketua Menteri .Bukan boleh ditentukan oleh penulis blog.  Kerana semua keputusan terletak,  atas budi bicara Pengerusi Barisan Nasional Pusat bersama para moderator pemilih. 


Pucuk pimpinan akan menilai dari masa ke semasa. Jika kedua tokoh ini adalah calon yang tetap menang, kerana kemenangan calon sangat dititikberatkan oleh parti,  maka soal meletakkan jawatan masing masing perkara enteng.


Di katakan oleh Kelapa Mawar, bahawa gula gula itu boleh mematikan semut, walaupun sang semut memerlukan manisan gual gula. Jika dikaitkan zaman global hari ini, selera sokongan bukan boleh dapat diukur dengan taburan manisan. Bukan kerana tiada kata seribu bahasa, tapi kelebihan BN semua janji dengan rakyat mesti ditepati.  


Gelaran penyokong kepada kedua tokoh ini sebagai HULUBALANG, yang pantang mundur, "diumpamakan  direndam tidak basah, dan dibakar tidak hangus". membolehkan BN bakal menganugerahkan tikit kekalahan kepada parti lawan dengan mudah. Tanpa kecalaran kepada parti BN. 


Oleh demikian. Apa sahaja langkah yang diambil, semasa pilihanraya akan datang ini, dianggapkira langkah terbaik bagi kesejahteraan rakyat di bumi Kota Belud.


Sudah tertulis dan tersirat bahawa segala keringat juang tokoh tokoh ini  menepati rekod perjuangan,  Lantaran  itu,  Datuk Salleh dan TS Pandikar bergelar  pilihan rakyat.

Friday 1 June 2012

TS PANDIKAR, DSP SALLEH, DI SEBALIK ISI POLITIK, BUKAN WAYANG KULIT POLITIK



Asal parti UMNO/BN yang diletakkan di semua DUN dan Parlimen Kota Belud. Asalkan calon calon itu terdiri daripada  anak jati, kemenangan tetap dalam genggaman BN.

Samada parti lawan serang BN dari depan atau dari belakang, kemenangan BN sukar diragui lagi.


Penyandang Ahli Dewan Undangan, dan Ahli Dewan Rakyat Parlimen,  sewajarnya sentiasa memantau kawasan sejak mereka menang lagi. Bertepatan wakil wakil rakyat ini mesti berwajah baru, mereka harus letakkan rakyat itu  seperti menatang minyak yang penuh, dalam  kawasan masing masing.


Jika dekat ajenda pilihanraya, barulah menampakkan  kelibat mengelibat kepada rakyat, mungkin trend pendekatan ini disifatkan agak terlambat. Atau wakil wakil rakyat ini masih dalam kelambu  kemalasan. Apa yang dikhuatirkan, ada  penulis pro pembangkang akan katakan dalam tulisannya, bahawa wakil rakyat BN hanya suka melepaskan batuk ditangga sahaja.


Para penulis politik tetap menyuarakanya dengan kepelbagaian pendapat dan persepsi. Meskipun dengan siraman air garam. Tapi rakyat yang menyokong BN tetap mengambil pendirian yang setia dengan nada perjuangan berpantang mundur.


TS Pandikar dan DSP  Salleh Tun Said, adalah pemimpin yang matang dan tetap masih kebal dengan pengaruh begitu rupa, di Kota Belud. Tiada kata kata ukuran, atau pun melevelkan mereka di tahapkan sebagai "wayang kulit politik". Dalam percaturan arena politik, mereka ini tetap berkewajaran dengan lontaran persepsi "isi politik" Dan bukannya "wayang kulit politik" seperti yang disebutkan  oleh blog Kelapa Mawar.


Jika keputusan pucuk pimpinan terlepas pandang, di antara dua pemimpin ini tidak terpanggil untuk menyertai pru ke 13 ini. Penyokong BN tidak berganjak, mereka tetap memberikan sokongan kepada parti. Mereka tetap menghormati keputusan parti.


Saya sendiri pun tidak boleh SAHKAN, samada kesemua penyandang wakil rakyat dapat dicalonkan atau sebaliknya. Kerana masih terlalu awal untuk buat pernujuman tentang bila kah pilihanraya ke 13 diadakan.


Kita sama sama menuggu, semoga pilihanraya dapat dijalankan dengan lancar serta keselamatan rakyat sentiasa  terjamin dengan kerjasama  pihak  berkuasa.


Blog Archive