Tuesday 12 June 2018

DEMAM PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD MULA DIRASA BAHANGNYA

Panas yang semakin panas cerita tentang pemilihan umno Bahagian di Kota Belud.

Para penyokong umno di peringkat cawangan cawangan mula berlegar legar di koridor pekan Kota Belud kerana bahang pemilihan umno Bahagian yang dijangka pada penghujung bulan jun ini.

Desas desus pnyandang timbalan ketua umno akan menawarkan dirinya untk bertanding untuk merebut jawatan Ketua Bahagian.

Ketua umno Bahagian Datuk Dr Salleh, merangkap pemangku pengerusi umno Sabah tetap mempertahankan jawatanya.

Dikhabarkan, turut menawarkan untk bertanding, mungkin juga Ketua Pemuda Bahagian Sdr Arshad Bistari.

Ada juga cerita yang menceritakan, bahwa sdr Awadnir Matanggal tidak akan tertanggal untuk turut bertanding bagi merebut semula jawatan Ketua Bahagian.

Perkhabaran di kedai kedai kopi, konon Ketua umno bakal akan guyah untuk mempertahankan jawatan Ketua.

Beralaskan menang Dun Tempasuk maka Hj Musbah akan berupayah untuk mengendurkan semangat Datuk Salleh, jika Hj Musbah terus berdegil untuk bertanding menentang bosnya nanti.

Dikatakan Datuk Salleh bakal kehilangan penyokong dari Dun Kedamaian dan Dun Tempasuk, kerana mereka akan menyebelahi Hj Musbah. Dan manakala penyokong di Dun Kedamaian akan memberikan undi kpda Sdr Awadnir.

Inilah penceritaan kosong di kedai kopi setiap menjelangnya pemilihan umno di Kota Belud.

Persoalanya dalam pengamatan saya, mampu kah Hj Musbah dan Sdr Awadnir menewaskan Datuk Salleh.

Penyokong setia kpda Datuk Salleh tetap akan mengatakan bahwa Datuk Salleh sukar dikalahkan kerana kekebalanya sbagai Bendahari umno,Malaysia.

Mari kita tunggu dan lihat, siapa bakal kecundang dalam pergelutan untk mmilih jawatan Ketua umno yang di jadualkan bulan Jun ini.


Saturday 9 June 2018

RAHMAN DAHLAN DIHUKUM OLEH RAKYAT SEPANGGAR.

Menampilkan Rahman Dahlan diSepanggar untk menentang calun Warisan yang kurang popular, menjadikan Rahman kehilangan popular dan tidk menyengat lagi.

Rahman yang bnyak berangan angan macam Matjenin akhirnya dihukum oleh rkyat Spanggar.

Perjuangan Rahman yang sudah sampai ke titik nokta ini, bakal tidak akan berupaya untk bangun semula pada pru ke 15.

Pengerusi BN yang baru mungkin tidak akan memberi peluang lagi trhadap Rahman untk Dicalunkan mmwakili BN.

Rakyat sepnggar telah membuat kputusan yang mengejut kerna mmilih calun dari parti Warisan.

Mantan pengerusi BN yang menghukum mantan ahli parlimen sepanggar telah Venetian jawaban yang tepat, setelah mmilih calun BN diturunkan Rahman yang bukan anak sepanggar.

Kesombongan Rahman berbalui setelah ditewaskan olh seorang calun yang  baru belajar politik banding Rahman.

Hukuman yang sakit dan mnyakitkan ini dari rakyt sepanggar, adalah satu amaran,  bahwa BN perlu menolak Rahman akan datang.

Jika pun Rahman dikekalkan di Kota Belud, mungkin rakyat pastikan yang Rahman akan kalah juga.

Politik Rahman akan tetap jatuh seperti pepatah orang sepanggar jatuh ditimpa tangga lagi.


Tuesday 5 June 2018

DR SALLEH DIBERI PERANAN MENJALANKAN TUGAS KETUA PERHUBUNGAN

Jika diawal awalagi, sebelum pru ke14, Dr Salleh Said sudah menjalankan tugas tugas sebagai Ketua Perhubungan umno Sabah, ada kebarangkalian, bahwa umno tidak akan kecundang dalam pertempuran dengan parti lawan.

Bila nasi menjadi bubur, barulah Dr Salleh dipanggil Tampil khadapan untuk menanggungjawabkan, tugas tugas yang perit ini.

Boleh diertikan yang sudah membubur hendak dijadikan untk memberas pula. Istilah ini agak agak ukat dan sukar memekat.

Apakah tugas tugas Dr Salleh boleh diyakini, dan bolehkah kepercayan kepada Dr Salleh dapat bersinar lagi, dapat kah para penyokong parti akan bertaut semula?.

Setelah tewas dengan calun parti Warisan, apakah ada daya dan stamina Dr Salleh mempertahankan jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Tentu jawatan Ketua UMNO Bahagian tetap ada orang yang akan mencuba untuk merebut jawatan tersebut dari taktha Dr Salleh.

Semasa pergelutan jawatan ketua tempoh hari, kemenangan Dr Salleh agak tipis kerana beliau bermajoriti hanya 40 han.

Jika Ketua Pemuda yang akan bertanding untk merebut jawatan Ketua Bahagian nanti. Banyk para analisis politik berpendapat, bahwa Dr Salleh akan berpeluh peluh kepanasan kelak.

Ketua Pemuda Encik Arshad sememangnya agak berpengaruh jika dibanding dengan ahli politik di Kota Belud.

Diharap tiada ahli umno yang tampil untk merebut jawatan Ketua Bahagian di Kota Belud.