Monday 30 January 2012

http/signup.wazzub.info/verify.php?code8088e

RMRMRMRM. Sila ikuti program perniagaan secara on line melalui website.

Akan launching pad 09 April 2012.

Penyertaan setakat ini telah mencecah 853,857 keahlian.

Anda bila lagi untuk mendaftar? Setelah mendaftardiri barulah dapat melayari perniagaan yang menakjubkan anda.

level 1 untuk 10 orang
Dan 25 orang level 2- 5
pendapatan mencecah 4,069,010.

Jika tidak percaya, sila layarai. websit http/signup.wazzub.info/df 8088e4022.

Semoga anda berjaya

Monday 23 January 2012

BILA BANGUNAN PERPUSTAKAAN KOTA BELUD?

Rakyat Kota Belud merasakan bangunan perpustakaan daerah yg belum siap,boleh mengundang penyakit mata.

Bangunan bakal tersergam indah ini, akan menjadi kebanggaan masyarakat Kota Belud. Tambahan lagi lokasi bangunan perpustakaan ini amat bersesuaian.

Masyarakat sering bertanya, bila agak agak akan disiapkan bangunan tersebut?

Kebanyakkan mengharapkan bangunan tersebut dapat disiapkan sebelum pru ke-13.

Bagi penyokong BN, berpendapat bahawa jika tdk siap dalam waktu nyg segera, mungkin akan menjadi isu besar, buat pembangkang. Dan isu ini menjadi senjata untuk menikam penyokong BN.

Saturday 14 January 2012

BANGUNAN SK TAMAU BN TIDAK MAU?

Belum ada tanda tanda penyelesaian. Projek bangunan SK Tamau masih tertangguh. Penyelesaian yang diharapkan tinggal kenangan.

Walaupun Hj Musbah dan Ahli Parlimen Sdr Rahman turun melihat dgn mata sendiri meninjau keterbengkalaian bangunan itu, kesimpulanya sehingga hari ini masih begitu begitu juga.

Ada dua isu belum sampai kepada penghujung penyelesaian.
Tanah warisan yg dirampas milik masyarakat Iranun. Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian, manakala DUN Tempasuk sekadar menyepi diri tanpa suara.

Empangan Tambatoun, berterusan dgn jalan buntuh. Masyarakat di situ masih tdk faham. Ahli Parlimen masih bersikap tutup mulut, tidak berani berhadapan dgn rakyat.

Wakil rakyat DUN Kedamaian mengambil sikap sekadar menyepi.

Rakyat di situ berkata, mungkin semua isu ini bakal diselesaikan oleh PKR. Atau, mungkin tanda tanda PKR jadi Kerajaan baru di Sabah?

Perlu di ingat oleh BN, kekuatan PKR, tidak boleh dipandang ringan di Kota Belud. Bersiaplah menghadapi saingan. Jika silap langkah, PKR sapu bersih semua DUN di KBelud, termasuk kawasan Parlimen

Friday 13 January 2012

DTK SALLEH SEDIA MENGHADAPI PRU-13

Di petik dari Harian Ekspres harini, Dtk Salleh berkata, UMNO Bahagian Kota Belud sudah siap sedia untuk menghadapi pru ke-13.

Sumber yang rapat diperolehi dari ahli jawatankuasa bahagian Kota Belud. Kepimpinan bahagian UMNO Kota Belud mula ada tanda tanda
retak dan goyah.

Keretakan UMNO Bahagian Kota Belud mula dikesan sejak akhir akhir ini. Di beritahu bahawa Dtk Salleh jarang untuk turun ke padang.
Kegoyahan yg diperkatakan kerana, sejak Dtk Salleh menerajui UMNO Kota Belud lagi.

Sokongan kepada UMNO mula berkurangan. Penyokong UMNO di Cawangan Cawangan mula berpindah arang. Sumber yg rapat dan boleh
dipercayai, bahawa PKR sudah turun ke padang mendekati rakyat.

Isu empangan tambatoun sehingga kini belum ada penyelesaian. Isu keterbengkalaian bangunan SK Tamau menemui jalan buntuh dan sudah tidak dapat diselesaikan.
masyarakat Iranun sudah hilang sabar dengan dolak-dalik Sdr Rahman dan Sdr Dt Hj Musbah.

Isu rampasan tanah warisan kampong rampayan yg tidak berpenghujung, menambahkan lagi rasa kekusutan dan keraguan rakyat kepada wakil rakyat.
Manakala Dt Salleh tidak pernah tunjuk muka berjumpa rakyat di kampong kampong.

Rakyat yg ditemui hari ini di kedai KBelud, berkata ada kebenaranya, Dtk Salleh akan bakal tersungkur kalah. Lebih kalah jika dicalonkan di DUN Usukan.
Jika pencalonan DT Salleh di Parlimen, kemungkinan laluanya untuk menang agak tipis.

Masyarakat KBelud berkata, Dtk Salleh hanya kuat memukul gongnya. Pada hakikatnya, Dtk Salleh tidak pernah menemui rakyat. Bagaimana impian Dtk Salleh
bisa terlaksana. Semua harapan Dtk Salleh hanya sekadar tinggal harapan.

Wednesday 11 January 2012

PARTI STAR OPTIMIS BENTUK KERAJAAN SELEPAS PRU-13

Dtk Jeffrey, berpendapat parti yang diterajuinya STAR, Parti Reformasi Negeri, bakal menjadi kerajaan selepas pru-13.

Dtk jeffrey, optimis bahawa selepas pru-13, kerajaan akan berpindah tangan.

Dtk jeffrey yang dikenali sebagai pejuang perkara 20, meemberikanrasakan satu perubahan besar dalam kemeriahan lanskap politik negeri, jika rakyat jelata terus memihak kepada STAR.

Di tanya tentang gabungan dengan parti lokal, Dtk Jeffrey menjawab, bahawa beliau bersedia untuk berbincang demi dapat membentuk kerajaan. Dan agar hasrat tukar kerajaan dapat dilaksanakan, jika semua pemimpin parti lokal, memberikan kerjasama sebaik mungkin.

STAR mula menjelajah ke seluruh Sabah bagi menerangkan kepada rakyat, bahawa STAR adalah parti milik rakyat. Star sahaja dapat membela kehidupan luar, bagi mengatasi permasalahan rakyat yg tidak terbela sehingga kini.

Ditanya mengenai sokongan rakyat. Dtk jeffrey berkata pada hari pertama pelancaran, keahlian sudah menjangkau 5,000 orang. Di harap rakyat dapat menerima konsep STAR yang berterusan membela rakyat yang termiskin.

Wednesday 4 January 2012

JADIKAH LAJIM KELUAR UMNO?

JADIKAH LAJIM KELUAR UMNO?
Ada kemungkinan Dt Lajim keluar UMNO, jika Dt Musa tidak perlu dia lagi. Jika Dt Musa calonkan anak sendiri Hafiz Musa bagi parlimen Beaufort, menunjukan Dt musa tidak perlu sokongan Presiden Bisaya dan masyarakat Bisa. Justeru, Dt Lajim tiada pilihan mesti berundur dari UMNO.

Dt Lajim masih diperlukan oleh masyarakat Bisaya. Boleh memimpin lagi. Berkelayakan jadi Timbalan Ketua Menteri maupun Ketua menteri.

UMNO Sabah akan kehilangan sokongan dari masyarakat Bisaya, jika Dt Lajim disisihkan dalam UMNO.

Tentu kerusi DUN dan kerusi Parlimen Beaufort menjadi milik pembangkang, jika Dt Lajim calon pembangkang.

Jika Dt Musa mengekalkan kroni kroni di semua DUN Di Sabah dan di Semua kerusi Parlimen. Pihak pembangkang ketawa besar. Kerana pembangkang ada ruang untuk menang dalam pru ke-13.

Monday 2 January 2012

MASBAKAYANGAN: MASBAKAYANGAN: Jika Datuk Lajim Hj Ukin keluar UMN...

Perlu kah Hj Musbah di calonkan semula!.

Beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian KBelud yang ditemui berkata, bahawa Hj Musbah perlu beri laluan kepada jenerasi baru untuk menghadapi pru ke-13.

Mereka kata, jika Hj Musbah juga yang disenaraikan semula untuk calon pru ke-13, ada kebarangkalian akan kecundang di DUN Tempasuk.

Ada yang mengatakan, jika Hj Musbah menang pun, mungkin kemenangan yang agak tipis.

Ada ketua ketua cawangan yang berpendapat, adalah sesuai jika Hj Musbah tidak lagi dicalonkan semula. Menjadi kerugian besar kepada BN jika DUN Tempasuk jatuh dalam genggaman pihak lawan.

Beberapa alasan diberikan oleh ketua ketua cawangan, bahawa Hj Musbah tidak turun padang. Lantaran banyak terabai projek projek rakyat di luar bandar. Contoh yang terdekat ketergendalaan binaan SK Tamau.

Dalam majlis pertemuan secara bidan terjun baru baru ini di SK Tamau. Hj Musbah bersama Ahli Parlimen Sdr Rahman memberi penjelasan kepada masyarakat Kg Tamau secara rambang dan yang tidak menepati keadaan, bahawa kenapa boleh terwujud keterlewatan binaan SK Tamau?.

Termaktub dalam perjanjian, bahawa binaan SK Tamau bermula tahun 2007. Dan akan disiapkan binaan tersebut pada tahun 2009.

Lawatan secara jemputan semalam, oleh Ketua rombongan sdr Musli Oli bersama rakan rakan, bertempat di Kg Tamau.
Memperlihatkan kehadiran masyarakat Iranun yang menggalakan. Sambutan yang luar biasa oleh masyarakat Iranun Kg Tamau, menunjukkan bermulanya titik titik perpaduan dan sokongan hebat masyarakat Iranun kepada sdr Musli.

Sebab itu ketua ketua cawangan berpendapat, bahawa wajarlah Hj Musbah tidak disenaraikan semula untuk mempertahan DUN Tempasuk. Berkewajaran jika calon dari jenerasi baru untuk diketengahkan dalam usaha menghadapi pru ke-13. Calon jenerasi yang berbakat dan kini tersohor di DUN Tempasuk, ialah Sdr Tadzul.

Sunday 1 January 2012

MASBAKAYANGAN: Jika Datuk Lajim Hj Ukin keluar UMNO

INI KALI LAH
jika betul desas desus, Ketua UMNO Bahagian Beaufort. Yb Datuk Lajim Hj Ukin dijangka akan keluar UMNO menjelang pertengahan bulan januari 2012.

Berita terkini yang sedang bergema di Bahagian Beaufort, Dtk Lajim dan beberapa rakan terdekat dengan beliau, hanya sedang menunggu masa untuk keluar dari UMNO.

Berita yang panas ini, akan mengakibatkan Dtk Musa selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, akan berasa kurang enak badan lantas menggaru kepala , jika berita ini menjadi kenyataan.

Di khabarkan bahawa Dtk Lajim akan menjadi Presiden Parti Lokal SFP(Sabah Front Parti) serta dibantu oleh rakan rakan yang sekepala dengan Dtk Lajim.

Menurut sumber yang terdekat, bahawa parti ini akan bergabung tenaga dengan parti parti lokal di Sabah. Diberitakan bahawa perjumpaan, permuafakan, perbincangan sesama parti lokal akan di adakan selepas Dtk lajim disahkan keluar parti.

INI KALI LAH,
Gabungan parti parti lokal ini akan bercadang untuk meletakkan calon di semua 60 DUN. Dan manakala 25 Parlimen akan diletakkan calon dari ahli akademik dan ahli pemidato yang berwibawa.

INI KALI LAH,
Harapan Presiden SFP untuk menjadi Ketua Menteri Sabah akan menjadi kenyataan, jika gabungan parti lokal ini dapat menawan 50 kerusi Dewan Undangan, dan 20 kerusi Parlimen.

INI KALI LAH,
jika Presiden UMNO dapat mencari jalan, untuk melantik Pengerusi UMNO Sabah yang baru dan melantik Dtk Lajim sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, maka mungkin Dtk Lajim akan membatalkan niatnya bagi terus menerajui parti lokal tersebut.

Kenapa dan mengapa? dikhabarkan banyak Ketua Ketua UMNO bahagian di Sabah tidak menyenangi Pengerusi Perhubungan UMNO mereka! Untuk menjawab persoalan ini, maka kita tunggu bila masanya tiba, Ketua Ketua Bahagian termasuk Yb Dtk Lajim, dengan sendirinya tampil ke hadapan untuk membuat kenyataan.

INI KALI LAH,
Presiden UMNO dikhabarkan akan melantik Pengerusi Perhubungan yang baru untuk 5 Negeri. Berita yang pasti, ialah Negeri Sabah tidak terkecuali. Harapan ahli ahli UMNO nawaitu untuk melantik Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

INI KALI LAH,
jika Presiden lambat merombak kabinet dan lambat menggantikan Pengerusi Pengerusi UMNO Negeri, ada kebarangkalian UMNO Sabah akan kecundang dalam pru ke-13.

Sama sama kita perhatikan dan menanti perkhabaran yang semakin meyakinkan.