Tuesday 27 September 2011

MP KOTA BELUD PERLU MEMBERI PENJELASAN TERBUKA

MP KOTA BELUD PERLU MEMBERI PENJELASAN TERBUKA

Akhirnya jemputan Lim Kit Siang untuk berdebat dengan Ahli Parlimen tidak berkesudahan. Ahli Parlimen Kota Belud Abd Rahman Dahalan telah menurunkan tajinya tanda tidak melawan dalam perdebatan dengan Lim kit Siang.

Alasan yang diberikan dalam media tempatan oleh Abd Rahman Dahalan agak hambar untuk dipercayai. Yang jelas dalam pendapat rakyat bukan sebenarnya alasan. Ada yang berpendapat bahawa Abd Rahman tidak mahu karismanya yang pura pura itu terbongkar, jelas dapat ditonton oleh rakyat Kota Belud. Intipati dalam perdebatan hari itu, sukar untuk dibincangkan kerana Abd Rahman bukan anak jati Kota Belud. Ahli Parlimen yang masih tohor dengan adat istiadat Kota Belud. Akan ampai ampai tidak dapat menjawab dengan baik,apatah lagi kalau isu Ampangan Tambotuan yang dibahaskan. Termasuk tanah warisan kampung Rampayan. Akhirnya Ahli parlimen ini akan terkulai kekalahan oleh Lim nanti.

Risiko seorang Ahli Parlimen bukan anak jati di situ, adalah sesuatu yang bersifat keterpaksaan untuk pura pura menjadi seorang pemimpin. Walhal sejak diberikan kemenangan yang tipis oleh rakyat, boleh dikatakan hampir satu penggal duduk sebagai Ahli Parlimen, belum terdapat perubahan yang ketara, dalam Daerah Kota Belud.

Persoalanya apa kah dapat dikekalkan bukan anak jati Kota belud sebagai bakal Calun MP dalam pilihanraya akan datang! Soalan ini sukar untuk dikenalpasti. Kalaulah dikekalkan bukan anak jati jadi calun, dapatkah membela dan memajukan masyarakat Kota Belud. Apa kah boleh terjamin kemenangan yang bermajoriti yang memuaskan. Sukar untuk dijawab oleh Abu nawas.

Saya masih Ahli MP ini berucap di Balai Raya Kampung Tamau semasa pilihanraya yang lalu. Dalam ucapanya dia selitkan janji untuk pemasangan hawa dingin Balai Raya dan hawa dingin Masjid kampung Tamau. ternyata tunggu punya tunggu hingga hari ini, habuk pun tiada sampai. Janji kosong tinggal janji kosong. Ya ampun punya pembohong!

Kami berharap calun muka baru sebagaimana yang dicanangkan oleh Ketua Menteri akan menjadi kenyataan akan datang. Wabillahitaufik Walhidayah Wasalamualaikum

Saturday 3 September 2011

KOTA BELUD TERUS MEMBANGUN: MUSA AMAN

KOTA BELUD TERUS MEMBANGUN: MUSA AMAN

Dapat ditunaikan hasrat Musa Aman, bahawa Kota Belud dapat terus membangun! Seruan Ketua Menteri semamangnya hasrat murni. Tapi siapa kah bakal memegang hasrat ini, mampu kah Hj Musbah. Boleh kah Japlin memikul usaha membangunkan Kota Belud. Kalau Ahli parlimen yang berasal dari Tuaran tetap jauh panggang dari api. Paling tidak Hj Musbah tetap dengan resortnya di kampung Ramapyan kata salah seorang penduduk di situ. Bagaimana pula Japlin Akim! Rakyat bertanya setakat ini belum ada bukti bahawa Ahli Dewan Usukan sekadar tinggal kesyiukan.

Setakat ini kita cuba kebolihan Salleh Said. Jika Salleh dicalunkan wakil Dewan Undangan Negeri, kita tunggu jawatan dalam Kabinet Negeri, jika ada kuasa, maka beliau boleh sedikit merubah Kota belud. Jika Salleh dicalunkan di Parlimen, mungkin kuasa untuk memajukan Kota belud akan jadi tipis.

Jika Badan perhubungan UMNO salah letak calun di Kota belud. Usaha untuk memajukan Kota belud hanya tinggal kenangan. Setakat ini kita masih dalam perhitungan kemajuan dan pergeseran pendapat, cara apa yang terbaik untuk menyahut seruan Musa Aman dalam usaha bangunkan Kota belud.

MP KOTA BELUD PERLU MEMBERI PENJELASAN TERBUKA

MP KOTA BELUD PERLU MEMBERI PENJELASAN TERBUKA

Penjelasan ahli MP Kota Belud baru baru ini yang tersiar di media, adalah penjelasan yang melepas batuk di tangga sahaja. Tanah Warisan yang jadi pertikaian adalah wajar bagi pengundi Iranun untuk mempertahankan hak-hak mereka. Ahli Wakil Rakyat tempasuk merestui Syarikat Kinsamemah kerana ada kaitan dengan Syarikat tersebut, kata salah seorang penduduk Iranun di kampung tersebut. Ahli Parlimen rasa serba salah, samada penjelasan tersebut menyebelahi rakyat atau penjelasan berbentuk ambil perasaan Ahli Dewan Negeri Kawasan temapsuk. Orang bilang maju kehadapan ada duri, pusing balik ke belakang ada ranting dan onak.

Penduduk Kampung Rampayan tidak mengaggap Syarikat itu merampas Tanah Warisan mereka. Mereka menganggap Wakil Rakyat Tempasuk memutarbelitkan alasan, kerana ADUN itu ada kepentingan dengan resort yang bakal dibuat di Kampung tersebut. Hanya yang tinggal Iranun disitu gigit jari. Tiada tempat mengadu. Kalau mengadu kepada Ahli Parlimen hanya sia-sia sahaja. Kerana Ahli parlimen tersebut berasal dari Tuaran, anak tempatan Tuaran. Dia tidak peka kepada isu warisan-warisan yang di perkatakan.

Jika pilihanraya diadakan tahun depan, dan jika calun dikekalkan, alamat rumah-rumah Iranun di Rampayan akan bakal di roboh kerana hasrat untuk mengembangkan resort itu tetap diteruskan. Jika Ahli Parlimen juga dikekalkan, tandanya semua isu akan bertimbun timbun tidak dapat diselesaikan. Ahli parlimen ini tetap main mata dengan Ahli Dewan Undangan Tempasuk.

Salleh Said ketua Bahagian, perlu tampil ke hadapan untuk menyebelahi rakyat. Jika Salleh Said dicalunkan Ahli parlimen dan menang, apa kah boleh merubah keadaan? Kita tunggu giliran Salleh Said, kita cuba cara beliau kendalikan permasalahan dalam Kampung tersebut. Atau apa kah Salleh menempatkan Calun baru di Tempasuk, apa khabar di Usukan, masih dikekalkan Japlin, atau muka baru, semuanya atas budi bicara Salleh said.