Monday 19 August 2013

DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH TETAP MENGUNGGULI KEMENANGAN SEBAGAI KETUA UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD

Mukadimah tajuk penceritaan di kedai kedai kopi pekan kota belud, mestilah tentang pemlihan UMNO bahagian. Ketua ketua cawangan mula memikirkan untuk mempertahankan jawatan sebagai ketua cawangan. Jika ketua cawangan kalah, maka mereka bakal puteh mata kerana tidak jadi perwakilan.

Bertitiktolak cerita pemilihan bahagian. Banyak suara yang terdengar bahawa ahli ahli UMNO akan tetap memilih semula dan mengekalkan Dtk Seri Panglima Salleh sebagai ketua UMNO Bahagian. Kebanyakan ahli ahli berpendapat bahawa Dtk Seri Salleh tetap unggul untuk memenangi jawatan sebagai ketua UMNO bahagian. Di waktu yang sama, ada ahli ahli yang berkata jika kail sejengkal, jangan cuba mengail di lautan yang dalam.

Tidak kurang juga ada suara yang mengatakan mantan ketua UMNO bahagian Hj Musbah Jamli akan mencuba memperjudikan nasib menawarkandiri untuk bertanding, bagi merebut jawatan ketua UMNO bahagian.

Banyak suara yang mengatakan bahawa Hj Musbah wajar bertanding sebagai timbalan ketua bahagian sahaja.Banyak yang setuju bahawa jika Hj Musbah bertanding sebagai timbalan ketua, kemenangan yang menyerlah tetap memihak dan tetap bakal terpaku diatas bahu beliau.

 Kelonggaran syarat untuk bertanding dalam merebut sebarang jawatan diperingkat bahagian dan diperingkat majlis tertinggi, akan memudahkan kepada mereka yang suka memperjudikan nasib untuk bertanding kerana ingin merebut jawatan tanpa mencermini diri sendiri.

Tentu di kota belud dikhabarkan bahawa ada nyamuk nyamuk berterbangan untuk mencuba memperlihatkan ketajaman suntikannya dalam usaha menggugat jawatan ketua UMNO bahagian. Rata rata ketua ketua UMNO cawangan sudah melahirkan sokongan kuat kepada penyandang ketua UMNO bahagian hari ini.

Disuarakan oleh ahli ahli bahawa Dtk Seri Salleh tetap mengungguli kemenangannya sebagai ketua UMNO bahagian. Walaupun ada tentangan dari mana mana individu.  Namun sokongan kental ahli ahli tidak semudah diracuni oleh mana mana pihak yang suka melihat akan wujudnya ketidakcelaruan diperingkat bahagian.

Selamat bertanding dan selamat menjiwai UMNO. Kerana UMNO  itu untuk semua ahli ahli. Pemimpin yang berkarisma tetap dihati ahli ahli. Ahli ahli diseru untuk memilih intan dalam kepimpinan. Ahli ahli disaran, jangan memilih kaca dalam kepimpinan. Kerana bila kaca terhempas, maka serpihannya akan melukai dan membahayakan keselamatan ahli ahli UMNO.