Thursday 29 March 2012

BOLEH TAHAN JUGA KEBERANIAN KELAPA MAWAR MENULIS TENTANG TUN DR MAHATHIR MANTAN PM

Selepas saya baca tulisan Kelapa Mawar tentang Mantan PM Tun Dr Mahathir. Saya berpendapat Kelapa Mawar cukup berani melontarkan pendapat yang jarang di perolehi dari blog blog yang ada.

Saya tabik Kelapa Mawar. Kerana tulisannya yang berbunyi " Tiga ekor Keling dan se ekor Cina, konon mereka ini sesuai dalam UMNO"  Boleh tahan juga senikata Kelapa Mawar hinga manusia itu digunapakai istilah se ekor kepada Keling dan Cina.

Jika dibanding, bangsa Keling dan Bangsa Cina tidaklah pernah saya baca, mereka menulis dan menghina Kelapa Mawar begitu rupa. Mereka pun tidak tahu siapa itu Kelapa Mawar?

Saya berhati hati mengggunakan istilah dalam penulisan. Saya tidak seberani seperti Kelapa Mawar. Memang cukup berani, sebagai bloger muda.

Saya tahu Tun Dr M sudah menjangkau Usia ke 80 tahun. Saya hormat dan terhutang budi kepada Tun Dr M, kerana mensejahterakan Malaysia. Saya pandang usahanya untuk memakmurkan malaysia sebagai positif.

Saya tolak anggapan orang lain yang negatif sebagai tidak berasas. Saya ambil kebaikan Tun M. Dan saya tolak kesilapan beliau. Kerana saya tahu manusia itu hamba Tuhan tidak sunyi daripada kesilapan.

Para pembaca perlu memahami bahawa UMNO hanya terbuka kepada orang Melayu dan Bumiputra jika di Sabah. Jika kelapa Mawar katakan Keling dan Cina sesuai dalam UMNO, mungkin dari sudut kerjasama melalui semangat BN, sewajarnya UMNO terima dan bersesuaian.

Sewajarnya rakyat Malaysia bersyukur dan berterima kasih kepada Tun Dr M, kerana terlintasfikir dalam benaknya, para cendikiawan dan ahli Akademik serta ahli Professional menyertai UMNO masakini. Jikalau dahulu Tun M tdiak terlintasfikir. Tapi hari ini Tuhan membuka minda Tun M, dan lantaran beliau menyarankan kepada rakyat malaysia bahawa betapa penting Negara memerlukan kepimpinan mereka dalam UMNO.

Saya kira saranan Tun M tidak juga mengganggu minda para penulis di Malaysia. Tun M cuba berbakti semula kepada Negara melalui beberapa saranannya.  Saya kira tidak sesuai dicatitkan dalam setiap tulisan dengan istilah bahawa Tun M. "bercakap dalam mengigau setelah tidur disaat hujan gerimis". Di petik istilah ini dari blog Kelapa Mawar.

Umur saya masih setahun jagung dibanding dengan Tun M. Saya cukup takut menggunakan kata kata yang berupa mencerca. Saya takut pepatah orang Tua Tua dahulu. Jangan mencerca orang yang berumur daripada kita. Kerana takut istilah KETULAHAN. 
   



Saya tidak seberani kelapa Mawar.

No comments:

Post a Comment