Gotong royong membersihkan kuburan islam di batu gadung tidak menambat hati masyarakat iranun di kampung tamau.
Meskipun Yb Dtk Musbah, Ahli Dewan Undangan turun bersama sama untuk menyertai gotong royong tersebut, namun masyarakat di situ masih tidak memberikan kerjasama mereka kepada jawatankuasa penganjur.
Timbul banyak pertanyaan, apa kah masyarakat sekeliling di kampung Tamau telah membulatkan tekad untuk taat setia kepada saudara Wan Ramli @ Imbut, mantan Ketua UMNO Cawangan Pintasan. Di mana baru baru ini ahli ahli telah menyertai STAR.
Apa kah masyarakat Iranun tidak maklumkan tenatng majlis gotong royong itu, sehingga peserta dilihat kurang memberikan kerjasama.
Gembar gembur segelintir penulis blog yang selalu membuat ulasan yang memberikan kemenangan dan kejayaan konon ahli dewan tersebut adalah berjiwa rakyat, nampaknya kurang berbaloi.
Harapan rakyat DUN Tempasuk kekerapan ahli dewan tersebut yang selalu turun ke padang dapat di hayati oleh masyarakat setempat.
Wednesday, 25 April 2012
Sunday, 22 April 2012
DS NAJIB AKHIRI LAWATAN KE SABAH DENGAN KETENANGAN DAN KEMENANGAN!
PM Datuk Seri Najib yang mengadakan lawatan dua hari ke Sabah dan berakhir semalam, datang ke Sabah dengan menada tangan ke langit Mohon Doa restu kepada yang Mahakuasa, agar rakyat Sabah sentiasa kekal dengan Pemerintahan BN/ UMNO.
Rakyat tidak mengharap PM untuk datang dengan membawa berita tentang RCI. Kerana rakyat jelata sudah bersetuju untuk menubuh jawtankuasa RCI BN baru baru ini. Badan yang ditubuh itu dipengerusikan oleh Datuk Presiden PBS.
Sememangnya kebenaran memihak kepada ramalan pak belalang Kelapa Mawar, bahawa PM sudah menyerahkan keyakinan terhadap Ketua Menteri Sabah, bahawa BN di Sabah masih tidak boleh tergugat oleh mana mana parti pada pru ke-13.
Bakal menepati teka teki bahawa Sabah menjadi fixed deposit BN. Namun persangkaan Kelapa Mawar konon politik tsunami 2008 yang telah berlaku di Semenanjung. Tidak akan berlaku dan tidak akan melimpah di Bumi Di bawah Bayu ini.
Dalam konteks ketelusan Kerajaan pusat tidak perlu diragui lagi. Dalam usaha mengatasi keraguan rakyat tentang isu pendatang juga sudah bakal ditangani dengan kerjasama semua pihak melalui Penubuhan Jawatankuasa RCI BN.
Termasuk Kelapa Mawar, tidak perlu gusar dengan pengurusan Ekonomi Negara, kerana pihak Kerajaan begitu cekap dan teratur. Begitu juga isu Tanah warisan dan Adat dalam kawasan masing masing, sudah mula ditangani dengan pantas, dan tetap terarah untuk penyelesaian, demi kebaikan rakyat.
Pihak pembangkang sudah terkekang, PM sudah memberi signal kepada rakyat bahawa permasalahan yang digembar gemburkan pembangkang hanya permainan lidah sahaja. Aspek ini sudah dalam situasi kewaspadaan untuk diselesaikan secara mantap.
Sokongan dan dokongan rakyat terhadap BN/UMNO semakin GAH dan kukuh. Kerana Timbalan Pengerusi UMNO Perhubungan Yb Dtk Salleh sentiasa memberi kerjasama dengan Yab Dtk Musa.
Semua Presiden Presiden Parti dalam BN juga bertungkus lumus, agar BN masih mendapat pengutamaan disisi rakyat jelata di Sabah.
Jika semboyan sudah dibunyikan, maka semua pemimpin BN negeri Sabah sudah siap sedia dengan kelengkapan yang mencukupi, dalam usaha menghadapi pru ke-13.
Ramalan rakyat kemenangan 2/3 tetap dalam genggaman BN. Kerana fixed deposit BN Sabah dan BN Sarawak bakal menjadi kenyataan. Lantaran BN tetap mengungguli pru ke-13 yang mendatang ini.
Friday, 20 April 2012
LAWATAN DS NAJIB KE SABAH MENGEKANG PENGARUH PEMBANGKANG.
Dikatakan pengaruh pembangkang sudah terpedam.Mendarat di Pengkalan Abai, para penyokong PKR sekadar tangan melambai lambai. Rakyat yang dahulunya menyokong PKR sudah berubah angin. Kebanyakan mereka yang membawa angin ini meniup laju dan berhijrah ke Feri SAPP.
Di kesahkan oleh penyokong di Kota Belud, dalam pertemuan bersaksikan empat mata antara Presiden SAPP dan Ketua Pembangkang. Persetujuan yang dicapai bahawa, Anwar setuju untuk tidak menurunkan calon PKR di Parlimen dan DUN DUN di Kota Belud.
Datuk Yong Presiden SAPP memberikan lampu hijau, tanda bersetuju dikebanyakkan Parlimen dan DUN di Sabah, PKR tidak banyak menurunkan calon calon PKR. Sebaliknya tanggungjawab ini bakal digalas dan diganasi oleh Parti SAPP.
Sempena lawatan kerja ke Sabah, DS Najib sudah memberi info kepada rakyat Sabah, pintu gerbang BN sentiasa terbuka. Tiada halangan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat balik ke pangkal jalan, jika tidak memilih Parti SAPP.
Kerajaan BN dari rakyat untuk rakyat. Para penulis politik juga sentiasa di alu-alukan untuk buat teguran terhadap mana mana ahli wakil rakyat yang tidak memajukan DUN masing masing.
Pemerhati politik mengatakan Parlimen Kota Belud dijangka dalam genggaman BN lagi. Manakala Dun Usukan, Tempasuk dan Kedamaian tiada permasalahan untuk di menangi.
Rakyat sudah tahu yang mana kaca dan intan. Rakyat bijak memilih demi kesejahteraan Rakyat Usukan bila dapat tahu YB Dtk Salleh besar kemungkinan kembali dicalonkan.
Di kesahkan oleh penyokong di Kota Belud, dalam pertemuan bersaksikan empat mata antara Presiden SAPP dan Ketua Pembangkang. Persetujuan yang dicapai bahawa, Anwar setuju untuk tidak menurunkan calon PKR di Parlimen dan DUN DUN di Kota Belud.
Datuk Yong Presiden SAPP memberikan lampu hijau, tanda bersetuju dikebanyakkan Parlimen dan DUN di Sabah, PKR tidak banyak menurunkan calon calon PKR. Sebaliknya tanggungjawab ini bakal digalas dan diganasi oleh Parti SAPP.
Sempena lawatan kerja ke Sabah, DS Najib sudah memberi info kepada rakyat Sabah, pintu gerbang BN sentiasa terbuka. Tiada halangan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat balik ke pangkal jalan, jika tidak memilih Parti SAPP.
Kerajaan BN dari rakyat untuk rakyat. Para penulis politik juga sentiasa di alu-alukan untuk buat teguran terhadap mana mana ahli wakil rakyat yang tidak memajukan DUN masing masing.
Pemerhati politik mengatakan Parlimen Kota Belud dijangka dalam genggaman BN lagi. Manakala Dun Usukan, Tempasuk dan Kedamaian tiada permasalahan untuk di menangi.
Rakyat sudah tahu yang mana kaca dan intan. Rakyat bijak memilih demi kesejahteraan Rakyat Usukan bila dapat tahu YB Dtk Salleh besar kemungkinan kembali dicalonkan.
Monday, 16 April 2012
TIDAK SEGAMPANG SEPERTI YANG TERPAMPANG. DS ANWAR JINAKKAN PENYOKONG DI KOTA BELUD
Seperti Pepatah Melayu, mencurah garam ke laut. Begitu juga DS Anwar tidak segampang seperti yang terpampang dalam media bacaan, bahawa para penyokong BN masih bersemangat kental dan kesetiaan mereka kepada Pemimpin BN di Daerah Kota Belud tidak perlu digusarkan
Pengakuan pernyataan ini diluahkan oleh Ketua UMNO Cawangan di DUN Usukan. Kota Belud yang tersohor dengan sebutan kubu kuat bagi UMNO/BN. Kubu kuat UMNO/BN tidak semudah itu dianggap boleh dirobohkan.
Rakyat Kota Belud tidak bimbang dengan cara gembar gembur pembangkang konon Usukan boleh dijinakkan, walau pun Penasihat Pembangkang acapkali bertandang ke Daerah yang dikenali penyokong UMNO/BN.
Sambutan yang diluar jangkaan itu sekadar dipetik dari kacamata Kelapa Mawar sahaja. Jika dikaji secara yang nyata bahawa masyarakat yang turut hadir yang memenuhi majlis ceramah itu, didapati datangnya dari luar Daerah Kota Belud.
Ada penganalisis yang tidak pro dengan mana mana parti, mengatakan tidak dapat dinafikan bahawa UMNO masih tidak tergugat di Usukan. Meskipun penduduk Kampung di Pengkalan Abai ada yang menyertai pembangkang. Penyertaan mereka bukan dianggap keseluruhan. Tapi ada hanya segelintar penduduk yang masih tidak berpuas hati terhadap wakil rakyat Usukan.
Pru ke-13, memungkin calon BN tetap unggul dan tetap menjadi pilihan rakyat Usukan. Di ramal calon BN bukan lagi secara payung terjun. Akan tetapi anak jati Kota Belud sudah jadi perhitungan untuk diketengahkan sebagai calon yang terbaik dari kacamata rakyat DUN Usukan dan Parlimen Kota Belud khasnya.
Dokongan dan sokongan rakyat saban hari kian kental kepada parti BN/UMNO, kerana ada desas desus bakal calon DUN Usukan tidak lain, tidak bukan ada kemungkinan besar Yb Dtk Salleh, pilihan rakyat bakal menjadi kenyataan.
Selaku Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Merangkap Speaker Dewan Undangan, dikira amat bertepatan untuk diturunkan sebagai calon BN/UMNO yang unggul. Keunggulan beliau dalam arena politik sentiasa mendapat tempat di hati rakyat DUN Usukan.
Saturday, 14 April 2012
JIKA BUKAN DTK SALLEH. DTK MUSA BAKAL JATUH TERSUNGKUR PRU 13??
KESIAPSIAGAAN UMNO SABAH, JIKA BUKAN GANDINGAN YB DTK SALLEH MEMBANTU DTK MUSA. Mungkin Parti Komponen BN Sabah bakal menghadapi pertandingan yang sengit dalam pru ke-13 ini.
Dikatakan oleh banyak pihak bahawa Dtk Musa kini banyak kena tempias, akibat lontaran fitnah dari pihak tertentu, sehubungkait dengan skandal balak di Sabah. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa bukan sahaja dari sudut kaitan balak. Malahan dari sudut mengamalkan politik berkeluarga dalam UMNO.
Nama yang banyak tercalar kerana hentaman taburan fitnah ini, maka Dtk Musa bersikap seolah olah duduk tidak selesa di atas kerusi empuk Ketua Menteri Sabah setiap hari.
Samada tuduhan liar ini dapat menepati sasaran. Tapi ibarat warna baju puteh yang dipakai masih juga kelihatan bekas tompok tompok tahi unta yang berwarna hitam. Dan kesan warna hitam ini agak sukar untuk dicuci, walau pun menggunakan bahan pencuci dari jenama yang terkini. Namun sesetengah rakyat selalu melihat kepada isu remeh temeh sebagai bahan yang boleh menghalang untuk sampai ke distinasi kemenangan BN Di Sabah.
Seperkara lagi yang bakal ditakuti oleh rakyat Sabah. Ialah sikap Dtk Musa suka menurunkan calon BN secara payung terjun. Tidak puas dengan taktik payung terjun, ditambah lagi dengan calon calon secara import. Akhirnya semua sokongan bakal merosot.
Sebagai contoh pru ke 12, calon import BN di Parlimen, Kota Belud merosot dari sudut sokongan. Mampu meraihkan majoriti 3,020 undi.
Pada pru ke-11 calon BN anak jati Kota Belud telah meraihkan majoriti 10,450. Dan majoriti begitu gah ini adalah diluar jangkaan rakyat di situ.
Kita berpindah kepada kehadiran Yb Dtk Salleh sebagai gandingan dalam regu Dtk Musa, yang dianggap sebagai gandingan tepat, bakal menjaring semua kerusi BN di seluruh Sabah pada pru mendatang.
Dtk Salleh adalah pasangan yang ideal. Dipercayai dan diyakini kebolehannya oleh rakyat di seluruh Sabah. Bahawa bantuan Dtk Salleh secara newtral sentiasa memberi sumber kemenangan kepada Parti Komponen BN, dalam waktu sesingkat masa ini.
Bukan sahaja dari sudut karisma, malahan Dtk Salleh dengan warna bajunya yang puteh belum ada tanda-tanda kecalaran, jika diandaikan dari kaitan persada politik.
Yb Dtk Salleh yang dikenalpasti tidak mempunyai kesan tumpahan lontaran fitnah. Tidak mempunyai rekod hentaman kad kuning dalam arena politik. Dengan tenang serta penuh berketrampilan, semua bakal khutbah-khutbah Dtk Salleh tetap melekat dalam hati nurani rakyat Sabah.
Dtk Salleh juga tiada tanda-tanda mengamalkan politik secara kekeluargaan dalam UMNO, disifatkan langkah yang amat terbaik dan positif dari kacamata rakyat. Tentunya aspek ini bakal menggamit sokongan dan dokongan yang padu kepada Parti Komponen BN.
Bukan sahaja dari kepelbagaian aspek yang disebutkan dalam ulasan ini. Tapi hiraki Jawatan sebagai Timbalan Pengerusi, wajar dinaikan pangkat ke Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.
Rakyat Sabah kini, menyeru kepada Pucuk Pimpinan Parti YaB Dtk Najib, tidak hanya melihat sebelah mata terhadap saranan dan pandangan rakyat melalui media ini. Kerana menjadi hak mutlak rakyat, untuk menentukan kemenangan. Adalah dicadangkan selepas pru ke-13, jawatan Ketua Menteri perlu diusahakan untuk berpindah tangan.
Untuk itu, harapan rakyat Sabah bahawa Pucuk Pimpinan Parti BN, memberikan peluang selama dua penggal kepada Yb Dtk Salleh, sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. Kerana sabah adalah penyumbang kemenangan dua pertiga yang bakal digendung oleh BN selepas pru ke-13 ini.
Dikhabarkan Dtk Musa bakal direhatkan. Beliau mungkin akan berhijrah ke pusat sebagai Menteri Persekutuan.
Friday, 13 April 2012
ANWAR IBRAHIM DI KG.PENGKALAN ABAI KB. DI PANDANG MENCUBA NASIB
Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Kota Belud sebagai langkah untuk mencuba nasib bagi menghadapi pru ke-13.
Acara penyambutan dengan kehadiran pemuda bermotorsikal, tidak mematahkan semangat penyokong BN di Kampung Pengkalan Abai. Ujar Ketua UMNO Cawangan di Kampung tersebut.
Tidak menjadi kehairanan terhadap penyokong setia BN di Usukan. Kehadiran DS Anwar dianggap tidak dapat memecahkan kekentalan semangat pendokong BN di DUN tersebut.
Salah seorang penyokong BN di Usukan, mengatakan calon PKR bakal kehilangan wang pertaruhan jika parti itu masih berdegil untuk menurunkan calonnya dalam masa pru ke-13 ini.
DUN Usukan adalah kuat kubu UMNO/BN. Semangat penyokong di situ sudah berakar umbi. BN/UMNO sudah relevan di hati rakyat DUN Usukan khasnya dan Parlimen amnya.
Sunday, 8 April 2012
DATUK "S" NIKAH DENGAN PATI. BUKAN GUNDIK??
Tidak perlu digembar gemburkan Datuk "S" ini kerana telahpun bernikah secara SAH di sisi hukum Agama.
Datuk "S" sudah bernikah. isteri keberapa itu tidak kesah asalkan sah. Mungkin Datuk "S" ini sudah jodoh sudah suratan, maka semua perlu beri sokongan moral kerana ada kelayakan memiliki isteri lebih dari satu.
Dalam konteks politik. Tentunya Datuk ini menerima hakikat bahawa jika rakyat memerlukan tenaganya sebagai wakil mereka. Tentunya tiada masalah. Asalkan Datuk ini tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Andainya rakyat tolak Datuk sebagai wakil mereka. Ini bermakna datuk ini sudah habis tempoh perkhidmatanya kepada rakyat.
Tiada apa yang perlu dikata. Sudah nasib badan. Tapi tidak apa, tidak tercalonpun sudah ada bini muda. Tenaga muda. Datuk juga jadi orang muda.
Asalkan semua isteri hidup rukun damai, tidak berbalah di antara satu sama lain. Suami pun mesti adil bah...
Datuk "S" sudah bernikah. isteri keberapa itu tidak kesah asalkan sah. Mungkin Datuk "S" ini sudah jodoh sudah suratan, maka semua perlu beri sokongan moral kerana ada kelayakan memiliki isteri lebih dari satu.
Dalam konteks politik. Tentunya Datuk ini menerima hakikat bahawa jika rakyat memerlukan tenaganya sebagai wakil mereka. Tentunya tiada masalah. Asalkan Datuk ini tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Andainya rakyat tolak Datuk sebagai wakil mereka. Ini bermakna datuk ini sudah habis tempoh perkhidmatanya kepada rakyat.
Tiada apa yang perlu dikata. Sudah nasib badan. Tapi tidak apa, tidak tercalonpun sudah ada bini muda. Tenaga muda. Datuk juga jadi orang muda.
Asalkan semua isteri hidup rukun damai, tidak berbalah di antara satu sama lain. Suami pun mesti adil bah...
Subscribe to:
Posts (Atom)