MP KOTA BELUD PERLU MEMBERI PENJELASAN TERBUKA
Penjelasan ahli MP Kota Belud baru baru ini yang tersiar di media, adalah penjelasan yang melepas batuk di tangga sahaja. Tanah Warisan yang jadi pertikaian adalah wajar bagi pengundi Iranun untuk mempertahankan hak-hak mereka. Ahli Wakil Rakyat tempasuk merestui Syarikat Kinsamemah kerana ada kaitan dengan Syarikat tersebut, kata salah seorang penduduk Iranun di kampung tersebut. Ahli Parlimen rasa serba salah, samada penjelasan tersebut menyebelahi rakyat atau penjelasan berbentuk ambil perasaan Ahli Dewan Negeri Kawasan temapsuk. Orang bilang maju kehadapan ada duri, pusing balik ke belakang ada ranting dan onak.
Penduduk Kampung Rampayan tidak mengaggap Syarikat itu merampas Tanah Warisan mereka. Mereka menganggap Wakil Rakyat Tempasuk memutarbelitkan alasan, kerana ADUN itu ada kepentingan dengan resort yang bakal dibuat di Kampung tersebut. Hanya yang tinggal Iranun disitu gigit jari. Tiada tempat mengadu. Kalau mengadu kepada Ahli Parlimen hanya sia-sia sahaja. Kerana Ahli parlimen tersebut berasal dari Tuaran, anak tempatan Tuaran. Dia tidak peka kepada isu warisan-warisan yang di perkatakan.
Jika pilihanraya diadakan tahun depan, dan jika calun dikekalkan, alamat rumah-rumah Iranun di Rampayan akan bakal di roboh kerana hasrat untuk mengembangkan resort itu tetap diteruskan. Jika Ahli Parlimen juga dikekalkan, tandanya semua isu akan bertimbun timbun tidak dapat diselesaikan. Ahli parlimen ini tetap main mata dengan Ahli Dewan Undangan Tempasuk.
Salleh Said ketua Bahagian, perlu tampil ke hadapan untuk menyebelahi rakyat. Jika Salleh Said dicalunkan Ahli parlimen dan menang, apa kah boleh merubah keadaan? Kita tunggu giliran Salleh Said, kita cuba cara beliau kendalikan permasalahan dalam Kampung tersebut. Atau apa kah Salleh menempatkan Calun baru di Tempasuk, apa khabar di Usukan, masih dikekalkan Japlin, atau muka baru, semuanya atas budi bicara Salleh said.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment