Friday 17 August 2012

"JANGAN KURANG AJAR DENGAN SAYA"! ANWAR MARAHKAN LAJIM HJ UKIM BANYAK DEMAND !!



Berdasarkan sumber dari HQ PKR, jika benar cerita yang panas ini, catitan dari blog Gelombang Wangsa Maju. Bahawa Anwar mulai pening kepala terhadap ahli politik dari Sabah, kerana banyak permintaan yang keterlaluan. Akibat keterlaluan banyak permintaan demand dari para pelompat ini. Pak Anwar tinggal tergaru-garu kepala, walaupun kepala atas dan bawah tidak gatal.


Dikhabarkan parti pembangkang akan kehilangan pengaruh hakikatnya bakal lumpuh kelesuan di Sabah.  Tidak disedari Anwar marahkan dengan Pak Lajim. JANGAN KURANG AJAR DENGAN SAYA, Ujar Anwar. Dari blog gelombang wangsa maju.


Menjelangnya pru ke-13, Pak Lajim Hj Ukim dan Pak Bumburing telah mengemukakan saranan. Saranan tersebut tidak lain, Pak lajim berhasrat menjadi Ketua Menteri Sabah. Manakala Timbalan Perdana Menteri Malaysia mesti juga dari Sabah.


Beberapa bayangan kecelaruan ini, akhirnya Pak Anwar bakal kehilangan pedoman hidup dalam arena politik. Ini kerana, di kanannya terdapat beberapa pemimpin DAP yang juga mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tidak kurang hebatnya yang duduk sebelah kirinya, ada pemimpin PAS Hadi Awang dan Nik Aziz. Bagaimana Pak Anwar mencari titik penyelesaian menjelangnya pilihanraya ke-13? Akhirnya niat Pak Anwar untuk bersara dalam arena politik terkabul cepat.


Pemimpin PAS sudah bertekad dengan manifesto untuk melaksanakan hukum HUDUD dan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Tapi di pihak DAP juga dengan jawaban yang tersedia, kata-kata Karpal rakyat Malaysia masih ingat lagi ia itu " Langkah mayat si karpal dulu ".


Sdr Azmin Ali,sudah awal-awalagi mengingatkan Pak Anwar, bahawa game yang disampaikan oleh pelompat-pelompat ini perlu difikirkan masak-masak sebelum berketerlanjuran, sebelum duduk sama-sama bermain musik politik dengan mereka bertiga dari bumi Sabah.


Begitulah  kerena ahli politik pelompat dari bumi Sabah, sukar untuk difikirkan. Sukar untuk diselesaikan. Menyukarkan kepada kerabat PKR. Tentu sekali bakal menyukarkan untuk menjadi Kerajaan Malaysia. Rakyat bakal tergadai jika para pemimpin tidak boleh membuat pentadbiran yang tulus. Rakyat sejagat juga akan terpinggir. Rakyat Malaysia bakal  gigitjari kelaparan dalam negara sendiri.


Jika betul lah cerita, hasrat Lim Guan Eng menjadikan Malaysia sebagai negara Republikan. Sudah tentu tiada Raja berperlembagaan. Yang hanya berkuasa seorang sahaja ia itu Presiden. Contohnya seperti negara jiran-jiran yang mengamalkan pemerintahan republikan. Rakyat Malaysia bakal  menderita dalam negara sendiri.


Justeru itu, Presiden USBO, Yb Dtk Salleh, mengingatkan masyarakat rumpun USBO, untuk mengembelingkan tenaga dalam usaha memberikan sokongan yang kuat dan padu  kepada parti Barisan Nasional. Ini terbukti, sejak UMNO bertapak di Sabah, semua masyarakat dapat disatukan, semua perselisihan faham dapat leraikan melalui permuafakatan yang berhemah.   


Difikirkan dengan masak-masak, bahawa tiada parti lain yang boleh mengharmonikan kehidupan rakyat seharian. Semestinya UMNO dan Barisan Nasional tetap menepati janji kepada rakyat. parti BN tetap mendahulukan kehendak rakyat.


Kerajaan sudah berjanji tidak akan meminggirkan rakyat saban hari dan selamanya.   Justeru itu, rakyat perlu bulatkan tekad untuk menyokong Yab DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Yab Dtk Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah. Ujar YB Dtk Salleh, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.









No comments:

Post a Comment