Tuesday, 12 June 2018

DEMAM PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD MULA DIRASA BAHANGNYA

Panas yang semakin panas cerita tentang pemilihan umno Bahagian di Kota Belud.

Para penyokong umno di peringkat cawangan cawangan mula berlegar legar di koridor pekan Kota Belud kerana bahang pemilihan umno Bahagian yang dijangka pada penghujung bulan jun ini.

Desas desus pnyandang timbalan ketua umno akan menawarkan dirinya untk bertanding untuk merebut jawatan Ketua Bahagian.

Ketua umno Bahagian Datuk Dr Salleh, merangkap pemangku pengerusi umno Sabah tetap mempertahankan jawatanya.

Dikhabarkan, turut menawarkan untk bertanding, mungkin juga Ketua Pemuda Bahagian Sdr Arshad Bistari.

Ada juga cerita yang menceritakan, bahwa sdr Awadnir Matanggal tidak akan tertanggal untuk turut bertanding bagi merebut semula jawatan Ketua Bahagian.

Perkhabaran di kedai kedai kopi, konon Ketua umno bakal akan guyah untuk mempertahankan jawatan Ketua.

Beralaskan menang Dun Tempasuk maka Hj Musbah akan berupayah untuk mengendurkan semangat Datuk Salleh, jika Hj Musbah terus berdegil untuk bertanding menentang bosnya nanti.

Dikatakan Datuk Salleh bakal kehilangan penyokong dari Dun Kedamaian dan Dun Tempasuk, kerana mereka akan menyebelahi Hj Musbah. Dan manakala penyokong di Dun Kedamaian akan memberikan undi kpda Sdr Awadnir.

Inilah penceritaan kosong di kedai kopi setiap menjelangnya pemilihan umno di Kota Belud.

Persoalanya dalam pengamatan saya, mampu kah Hj Musbah dan Sdr Awadnir menewaskan Datuk Salleh.

Penyokong setia kpda Datuk Salleh tetap akan mengatakan bahwa Datuk Salleh sukar dikalahkan kerana kekebalanya sbagai Bendahari umno,Malaysia.

Mari kita tunggu dan lihat, siapa bakal kecundang dalam pergelutan untk mmilih jawatan Ketua umno yang di jadualkan bulan Jun ini.


No comments:

Post a Comment