Saturday 14 July 2018

BARISAN MANTAP UMNO SABAH. DIBARISI OLEH PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT.

Pilihan tepat, kata penyokong umno Sabah, bilamana Datuk Salleh dimahkotakan dengan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri.

Jika Datuk Salleh ditawarkan jawatan sebelum Pru ke14, tentu kemenangan BN tetap terjulang di bumi Negeri di bawah bayu.

Jika gandingan setiausaha Perhubungan Tan Sri Pandikar terlantik dimasa itu, tentu pintu gawang umno amat sukar ditembusi oleh pihak lawan.

Timbalan Pengerusi Datuk Bung yang tersohor dengan suara beraninya dalam dewan rkyat, akan dapt menggegarkan langkah langkah pihak lawan diwaktu waktu itu.

Akan tidk terlambat gandingan mantap  barisan umno di Sabah, kerana pengerusi dan setiausaha perhubungan sudah tersohor suaranya dan karisma politiknya dalam negara khasnya di Sabah.

Dalam masa lima tahun dari sekarang, barisan umno sabah tentunya dapat mengemaskinikan langkah persilatan  batawi dari gunung Riau untk mematikan langkah para hulubalang parti lawan nanti, semasa pru ke 15.

Akan puteh mata Kelapa Mawar nanti bila  barisan pemimpin umno yang baharu ini dengan mudah merampas balik kerusi kerusi yang telah dimenangi oleh parti Warisan.

Kekalahan umno paru ke 14 bukan berpuncakan parti.

Kekalahan parti umno kerana kesilapan percaturan politik. Dimana pengekalan jawatan Pengerusi di Sabah.

Sewajarnya dalam tempoh 15 tahun, pengerusi perhubungan wajib digantikan dengan muka baru.

Hari ini, para pemimpin barisan umno  Sabah berselindangkan wajah wajah baru.

Dengan azimat selindang  berkhat diperolehi dari gunung pertapaan, maka gerak persilatan mereka, mudah mencuri kelemahan pihak lawan, apabila menjelangnya pru ke 15.

Kalini para pemimpin umno yang dibarasi oleh muka muka baru, akan dapat mempertahankan, dan memperbaharui caturan politik umno di sabah.

Gandingan mantap Datuk Salleh sebagai pengerusi serta Datuk Bung yang duduk sbagai timblan pengerusi, begitu juga setiausaha perhubungan Yb Tan Sri Pandikar, akan mudah menjergan umno kembali jadi kerajaan di Sabah.

No comments:

Post a Comment