Monday 18 February 2013

SENARAI CALON BARISAN NASIONAL BERDASARKAN PILIHAN RAKYAT YANG TEPAT DI KOTA BELUD.


Berkesahkan pada penceritaan harian, dan lanjutan pengisian cerita cerita yang boleh diyakini ketulinannya. Bertitipkan  penetapan nama nama dalam senarai pencalonan untuk menghadapi PRU ke-13, wajar tidak diragui oleh semua penyokong dan pendokong parti Barisan Nasional di Kota Belud.
 
 
Bersangkutpaut UMNO Bahagian, ajk dan ketua ketua UMNO cawangan, perlu bersikap  terbuka dan keterbukaan. Sebagai pelakon di peringkat semua cawangan, ketua adalah tunjang utama dan menunjangi kesetiaan kepada Bahagian.
 
 
Kepercayaan Ketua UMNO Bahagian, yang sudah dipakukan atas bahu ketua cawangan, tidak sama sekali digegarkan. Tanggungjawab mereka dalam memastikan setiap ahli masing masing, berkemastian untuk meletakkan  minda pemikiran serta sokongan di aras yang tidak berbelah bagi terhadap  parti.
 
 
Kelangsungan perjuangan berteraskan semangat Barisan Nasional, dan mengelak dari gara gara perlakonan yang mudah mewarnai semangat hitam, oleh  golongan muda mudi,  agar mereka ini tidak mudah terpesong dan tidak terpengaruh oleh dakyah dakyah pembangkang yang tajam, kian hari membisuli hati rakyat.
 
 
Biar roboh jangan rebah, kata pepatah ini yang boleh menyuntik semangat untuk terus menjiwai kepulan-kepulan asap dari nasihat dan seruan para pemimpin di peringkat bahagian dan nasional. Manakala warga yang menggelardiri mereka sebagai peminat dan meminati duduk di atas pagar, perlu turun dan terus berjalan berlinggang linggok menuju ke pintu gerbang parti. Mereka ini boleh memilih pintu yang mana mereka sukai. ikut selera mereka.. Bagi pintu Barisan Nasional sentiasa terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
 
 
Pendirian segelintir warga yang suka bersantai di atas pagar, mereka tidak bermakna boleh mempengaruhi golongan muda yang sudah ke tahap matang berpolitik.  mereka tidak boleh terpesong lagi.  Budaya warga atas pagar ini, dinasihatkan perlu merubah pendirian yang berhala dan bertujuan. Warga atas pagar ini perlu bersifat secara keterbukaan.. Mereka wajar memilih dan mengalihkan sokongan kepada parti yang berpuluh tahun  berpengalaman memerintah negara.
 
 
Parti Barisan Nasional masih memberi laluan kepada warga atas pagar. Tidak sekejam mereka sangkakan.  Barisan Nasional sentiasa berpegang kepada sistem mendaulatkan Raja Berperlembagaan. Tidak wajar dilihat oleh warga muda mudi dan golongan warga di atas pagar bahawa parti Barisan Nasional tidak mengutamakan inpirasi rakyat.
 
 
Barisan Nasional sentiasa menghormati pendirian warga  bergelar atas pagar. Meskipun mereka atas pagar ini menanam perasaan hasad, menanam perasaan dendam dan walfitnahi kepada pemimpin Barisan Nasional, tapi pemimpin Barisan Nasional tidak sekalipun memberi respon yang memudaratkan pergaulan mereka seharian.
 
 
Kepimpinan parti juga sentiasa menyarankan kepada pemimpin yang mengetua kaum etnik di Kota Belud, agar turun ke kampung bagi memberi penjelasan secara berhemah. Turun ke padang untuk membantu ketua ketua cawangan menjelaskan tentang hasrat parti. Pentingnya untuk memilih perjuangan parti. Tentang berkewajiban menyokong parti.   
 
 
Berkewajaran untuk memberikan kemenangan kepada parti.. Berkewajaran untuk singkirkan semangat menyokong etnik dan kaum. ketua pemimpin etnik dan kaum mempunyai tanggungjawab yang bertitipkan hikmah, mulut masin mereka tentu dapat membulatkan sokongan masyarakat kepada parti serta calon calon Barisan Nasional yang dipilih demi kehendak parti dan rakyat.
 
 
Doa doa rakyat Kota Belud Barisan Nasional tetap memperolehi kemenangan yang menyerlah. Tetap akan memerintah semula.    
 
     

No comments:

Post a Comment