Sunday 8 July 2012

DATUK " B " PENCATUR POLITIK KOTA BELUD. . DATUK " T " SINONIM UNTUK PENGATUR SKANDAL SEKS..



Datuk " TRIO " satu nada penterjemahan kepada sebuah badan sukarela. Badan sukarela-rela ini bertugas untuk mencari sang puteri yang secantik ratu dunia. Dan segebu dengan aktres dari bollywood. Sang puteri yang ditemui tadi oleh badan sukarela ini, akan membawa puteri itu untuk dipersembahkan kepada ketua mereka bagi santapan nafsu. Gelaran seperti istilah Datuk Trio ini hanya berperanan khusus untuk skandal seks.

Badan mekanisma ini juga berperanan, untuk mencari tempat yang amat rahsia, mengatur tempat lakonan mesti dikenal pasti selamat untuk meneruskan adegan demi adegan tanpa pengarah. Perlakonan ini semata-mata ingin bersunyi-sunyi, Atau bahasa hindi " cupki-cupki " Tujuan tempat tersembunyi ini, hanyalah bagi mengelakkan mata memandang dari masyarakat yang suka jaga tepi kain orang. Yang penting rahsia ini jangan terbocor di mulut. Asalkan sentiasa tersimpan dalam perut.

Bukan sahaja tempat yang sulit dan disulitkan dari pandangan umum, mekanisma ini juga berfungsi untuk meletakkan video rakaman, untuk shooting adegan yang dilakonkan oleh si ketua dalam filem khusus yang dilakonkan oleh hero dan heroin sejurus mendapat arahan dari ketua.

Lakonan tanpa pengarah ini, hanya dimulakan oleh si ketua bila seleranya terbuka untuk bersantapan dalam filem berjodol " Santapan nafsu " . Dengan tidak segan-silu sang hero itu terus menerkam dengan penuh kelaparan, seperti terkamman sang harimau yang melihat mangsanya.

Soal bayaran honorium kepada heroin mesti dibereskan dahulu oleh mekanisma. Jumlah bayaran tidak dikisahkan sangat, asalkan sang puteri sebagai heroin itu, secantik ratu dunia dan segebu yang pelakon bollywood. Maka sudah memadai. Sudah memenuhi kriteria untuk memegang watak heroin.

Ada yang aneh dalam lakonan tanpa pengarah ini, si ketua tidak menggunakan kata-kata " cuuuut ". sebagai kebiasaan yang digunakan oleh pengarah-pengarah filem. Sebab tiada adegan yang kaku, semua adegan dijamin beres tanpa " cuuut "

Ending cerita dalam filem ini senang difahami oleh heroin. Hanya nada suara terkeluar dari mulut hero. hanya perkataan sebaris sahaja. Ia itu " penat sudah saya " Maka heroin tahu sudah faham bahawa kata-kata tadi menterjemahkan bahawa babak-babak ini sudah sampai ke akhir episod lakonan.

Dalam catitan Kelapa Mawar, Datuk " Trio " Tidak sesuai digunaka pakai. Saya mengajak pembaca untuk tukarkan " Trio " kepada " Brio ". Datuk " Brio " adalah bersesuaian kepada ahli politik. Kerana mereka tiada sabitan dalam aspek skandal seks. Dan nama mereka kini masih bersih, sebersih kain puteh. Terus memuteh seperti kapas. Dan rakyat Kota Belud tidak akan mengotori warna puteh yang miliki ahli-ahli politik yang bakal memenangi pilihanraya ke-13 ini.

Ahli politik di Kota Belud yang beranginkan sepoi-sepoi selalu turun ke padang berjumpa rakyat. Istilah " Brio " dalam bahasa bajau membawa pengertian khusus ia itu " angin "

Rakyat kena tolak istilah Kelapa Mawar yang menggunakan Trio kepada beberapa ADUN di Kota Belud. Tambahan lagi beberapa ADUN di Kota Belud tiada sabitan dan tiada rakaman vedio yang tersibar di mana-mana media bacaan. Apatah lagi di media cyber pun tiada paparan yang terpapar tentang isu skandal seks.

Datuk Brio yang berjiwa lembut seperti brio, maka sentiasa mendekati rakyat. Itu pun bila brionya bagus. Jika brio Datuk tadi tidak bagus, maka terlupalah tugas-tugasnya kepada rakyat. Siapa sahaja rakyat hendak berjumpa, maka sudah tiada layanan dari Datuk brio, kerana brionya musim itu masih panas.

Bila brionya panas, macam Rahman yang berucap di kampung rampayan, dia sudah marah pembangkang dengan kata-kata yang diguna pakai seperti " buta hati dan buta mata ".

Kebiasaannya kata-kata ini tidak pernah terkeluar dari mulut salah seorang wakil rakyat. Hanya Rahman sahaja yang berani menggunapakai kata-kata demikian. Ini kerana brionya tidak bagus. brionya musim itu panas. Lantaran nada-nada pun panas.

Sepanjang saya mengikuti perkembangan politik, saya belum pernah dengar Datuk Salleh speaker dewan negeri, merangkap timbalan pengerusi UMNO sabah, menggunakan bahasa kasar. Semua bahasa yang dia selalu gunapakai untuk rakyat sentiasa mempunyai penterjemahan yang berunsurkan keakraban dan keukhuwahan yang mendalam dan tiada setitik hulurkata menyinggungkan perasaan rakyat. Di katakan beliau adalah pilihan terbaik untuk rakyat usukan. Sebab Datuk Salleh mempunyai brio yang sentiasa sejuk dan nyaman meniup sepoi-sepoi, lantaran rakyat usukan sentiasa sayang kepada Datuk Salleh

Andainya Herbert Lagadan masih dicalonkan, maka bertimbun-timbun serangan pihak lawan, rakyat di situ tetap tidak berganjak dengan sokongan yang tidak berbelah bagi, tetap juga dengan nada harapan yang menggunung dan menimbun, untuk memimpikan kemenangan bagi calon barisan nasional di DUN kedamaian.

Rakyat sudah pasti menolak mentah-mentah jika Sdr Musli yang calon mewakili parti pembangkang. Samada Sdr Musli kerja keras atau kerja lembut, tentu sdr Musli sudah kehabisan peluang. Kecuali di kampung rosok. Ada kebarangkalian penyokong pembangkang di kampung rosok belum habis bertapuk.

Dengan demikian semua Datuk " B " di Kota Belud tetap tidak merudum dari aspek sokongan. Rakyat di situ masih sayangkan barisan nasional selamanya. Bendira-bendira barisan nasional bakal berkibaran tanda kemenangan selepas pilihanraya ke-13 ini.

Di banding bendira-bendira parti lawan bakal diturunkan kelak. Di nasihatkan ada baiknya bendira-bendira pembangkang awal-awalagi diturunkan dari sekarang. Kerana impian untuk jadi kerajaan semakin malap. Dan terus menggelap tanpa cahaya bulan.

No comments:

Post a Comment