Bakal mengeciwakan rakyat Sabah. Bakal ditinggalkan oleh penyokong pakatan dari Sabah bila terbaca jawatan dalam kabinet gila bayang ini, tiada sedikit pun peluang untuk jawatan yang penting diberikan kepada rakyat dari Sabah. Di harap rakyat yang masih memaut di dahan rapuh parti pakatan, mesti berubah fikir dan mesti juga berubah sokongan.Agar tidak sia-sia jika berada dalam Barisan Nasional.
Dalam gembar-gembur kabinet yang terlalu jauh dari kemenangan. Maka para pemimpin pakatan sudah bersedia mengumpul seberapa banyak lada untuk dipipiskan. Sedang burung-burung masih terbangan di udara. Angan-angan matzinin ini, akhirnya akan terjatuh rebah sendiri, dan penyokongpun bakal berputus asah. Penyokong mesti ada keterbukaan, rakyat harus berfikir sebelum terpinggir, rakyat mesti menggenggam jari tanda sokongan kepada BN sebelum tersisih dari pakatan. Masa masih ada untuk mengekalkan pemerintahan di bawah payung BN, pemerintahan yang saksama serta perjuangan yang sentiasa mengutamakan rakyat.
Rakyat Sabah sudah nampak dengan jelas, bahawa pertanda yang jelas parti pakatan bakal menyisihkan ahli-ahlinya. Pucuk pimpinan pakatan tetap mengenepikan para penyokong dari Sabah. Sampai begitu, menidakkan para penyokog, walaupun mereka berjuang berhabis-habisan untuk mempertahan pakatan, namun kesemua nadi sokongan sekadar ungkapan manis dibir sahaja.
Sikap parti pakatan yang hendak memeluk gunung, sedang tangan tidak sampai, sekadar hanya impian yang tidak pernah akan menjadi. Tambahan lagi parti pakatan yang tidak mengenal budi. Cuma pemimpin pakatan ada kelebihan, dan ada kepakaran jika mengenal body.
Rakyat yang berada dalam sokongan perahu pembangkang kini, perlu mencari jalan, dan balik ke pangkal jalan, dikhuatiri jika tidak balik ke pangkal jalan BN, akhirnya akan sesat dan akan keliru di bawah panji pakatan yang tidak lagi berkibar.
Kemelut demi kemelut yang tersiar di dada akhbar,tentang malapetaka yang menimpa tiang-tiang parti pakatan, permasalahan seperti di selangor, tidak terkecuali di pulau pinang isu tapak masjid yang dirobohkan, masih tersiar di kaca-kaca media tontonan. dan di cyber-cyber. Elemen-elemen ini akan membuka hati rakyat untuk tinggalkan parti pakatan.
Rakyat jelata Sabah diseru utuk tampil ke hadapan, untuk kita satukan tenaga, agar 25 kerusi parlimen tetap dimenangi dengan cemerlang. Begitu juga 60 kerusi DUN, diseru kepada semua penyokong pakatan, untuk berpakat bagi kemenangan calon-calon BN dalam kawasan masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(122)
-
▼
June
(22)
- UMNO SABAH TIDAK BERGOLAK!! SEKADAR PERGESERAN PEN...
- UMNO SABAH TIDAK BERGOLAK!! SEKADAR PERGESERAN PEN...
- KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT YANG KELAT !! BAG...
- SIAPA CALON BN DI SEPANGGAR! DIKEKALKAN KAH ANAK ...
- RM3 BILLION TIDAK WUJUD DI BIBIR SAHAJA. DALAM HAT...
- KEBENARAN DEMI KEBENARAN TERBONGKAR, SPRM SIASAT R...
- RAMALAN MUSLI OLI DISANGKAL.PARLIMEN KUDAT,KOTA BE...
- KEDAI KOPI YANG BEGITU LAKU SETELAH KETIADAAN SDR ...
- PERDANAN MENTERI DS NAJIB JEJAK KASIH SAYANG SELUR...
- PERDANAN MENTERI DS NAJIB JEJAK KASIH SAYANG SELUR...
- YAB DS NAJIB PERDANA MENTERI, MAKLUMKAN KEPADA RA...
- BUKAN SEKADAR KETUA CAWANGAN. JIKA BOLEH, TANDING ...
- KEKURANGAN HAKIM DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA B...
- TIDAK MENYANGKAL TAPI ADA TANGKAL TULISAN, PALING ...
- NUKILAN TANPA UKIRAN POLITIK KOTA BELUD
- TIDAK MENYANGKAL TULISAN MUSRAMRAKUNMAN : DAN TIDA...
- MASBAKAYANGAN: BENAR KAH ADA PEMIMPIN BN SABAH BER...
- KERIS TAMING SARI UMNO: TIDAK MEMBOLEHKAN WUJUD PA...
- BAKAL TERSERGAM INDAH KOLEJ ISLAM DI KOTA BELUD DI...
- DATUK SALLEH CABAR DATUK LAJIM LETAK JAWATAN. TIND...
- REKOD KEGEMILANGAN POLITIK, DATUK SALLEH DAN TAN S...
- TS PANDIKAR, DSP SALLEH, DI SEBALIK ISI POLITIK, ...
-
▼
June
(22)
No comments:
Post a Comment