Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketika berucap di hadapan lautan ribuan rakyat di Keningau kelmarin. Dengan bangga memberitahu rakyat, bahawa Kerajan Barisan Nasional tetap menunaikan janji janji kepada rakyat. Janji BN tetap ditepati, kerana hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja dapat bertanggungjawab terhadap janji yang sudah dijanjikan.
Tiada parti di dunia boleh berjanji memberi bulan dan bintang kepada rakyat. Oleh yang demikian, janji janji yang dilontarkan oleh pihak pembangkang. Janji pembangkang sekadar seperti talam dua muka, janji depan pun dilantak juga. janji dari belakang pun sama juga lantak juga. Maka rakyat tidak lagi terpedaya dengan janji janji hanya dibibir sahaja. Rakyat di keningau sudah dapat menilai, janji seperti kaca yang terhempas ke batu. Rakyat tetap membisu seribu bahasa, kerana tidak lagi menyokong pembangkang lagi. Tidak lagi mendengar kata luahan pembangkang yang mengaku pemimpin, padahal cakap tidak serupa bikin.
Berjanji yang bukan bukan, berjanji tidak masuk akal, janji sekadar bercelupar bukan budaya kerajaan BN. sekadar janji dalam istilah yang merugikan rakyat, tidak membawa erti kehidupan kepada rakyat. Pemimpin BN berpegang kepada ketulusan bekerja, Berpegang kepada janji tetap ditepati. Rakyat akan menderita jika kata janji hanya sekadar janji. tapi kerajaan BN tidak mahu melihat rakyat bakal dilanda derita. Keselesaan yang dikecapi rakyat di bawah payung Kerajaan Barisan Nasional setakat ini, dapat diusahakan lagi oleh Kerajaan untuk ke tahap yang terjamin lebih selesa.Rakyat bakal memilih semula BN sebagai kerajaan, kerana tiada parti setakat ini yang mampu melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat, hanyalah kerajaan Barisan nasional, ujar salah seorang pemimpin Bahagian UMNO di Keningau kelmarin.
Ungkitan yang selalu diungkit oleh Kelapa Mawar blog, kaitan perkara 20, sudah tidak lagi jadi sebutan sebagai isu yang memanaskan meja rakyat. Kerana perkara 20 sudah banyakali diungkit. Sudah terlalu acapkali diungkit dan disebarkan. Isu ini sudah tidak lagi perlu didengar oleh rakyat, meskipun masih dibatu api oleh Kelapa Mawar blog. Kerana isu ini sedang ditangani oleh para pemimpin yang ada sekarang.
Rakyat sudah lahirkan rasa gembira kerana sebahagian fasal sudah diserapkan dalam perlembagaan persekutuan. Fasal 6 yang dibangkitkan oleh Kelapa Mawar, tidak boleh keluar, sememangnya tidak perlu dibahas, kerana pemimpin lama sudah bersetuju tentang apa yang dikatakan dalam artikel 6. Kerana rakyat Sabah terbela Di bawah payung Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat hidup aman dan damai, tiada rusuhan yang tidak di ingini berlaku. Tiada penyekatan kepada semua penulis pembangkang seperti Kelapa Mawar, juga bebas menulis untuk mengkritik Kerajaan Barisan Nasional.
Para pemimpin BN Sabah tetap optimis bahawa 25 kerusi parlimen, bakal menjadi fixed deposit. Melihat sokongan rakyat di Keningau semalam, bahawa pengaruh BN di situ tidak boleh disangkalagi. Seperti yang yang disebutkan oleh Kelapa Mawar, Jambatan Bum Bum di Semporna, jambatan Menumbuk, Pulau Labuan, mengenai PATI dan leburaya KK ke Sandakan, macam kacang saja bah itu, semuanya sudah ditangani, hanya menunggu lampu hijau dari rakyat selepas pru ke-13. Beberapa projek yang disebutkan itu adalah janji BN yang perlu dilaksanakan. Adalah lebih baik semua penulis pembangkang menulis bahawa hanya Kerajaan BN sahaja yang sudah diakui oleh rakyat jelata sentiasa bertanggungjawab .
Pru ke-13 ini rakyat Sabah sudah awalagi dalam minda kalkulator mereka, tetap memangkah BN.. Kerana BN sahaja yang berjanji dapat tunaikan janji. BN hanya sekali sahaja berjanji. depan rakyat. BN tidak macam pembangkang. talam dua muka. Depan janji manis dan belakang pun lantak juga berjanji manis. Rakyat takut dapat penyakit kencing manis. Lantaran, generasi muda mengakui kemenangan BN tetap terserlah di bawah pimpinan Yab Datuk Seri Najib pada pilihanraya ke-13 ini. Dengan itu, Kerajaan BN diramal terus dapat memerintah semula. Sambung salah seorang generasi muda yang tidak mahu namanya disiarkan semalam di Keningau.
No comments:
Post a Comment