Monday 25 June 2012

SIAPA CALON BN DI SEPANGGAR! DIKEKALKAN KAH ANAK KELAHIRAN TAWAU DICALONKAN DI DUN KARAMBUNAI ??


Ingin berkongsi pendapatan dengan Jomo Malaya blog. Dalam tulisannya siapa bakal calon di parlimen Sepanggar menjelang pru ke-13 ini.


Menjadi kesukaran untuk meletakkan calon yang dikatakan mesti menang dalam pilihanraya, jika calon yang bakal diletakkan di Dun Karambunai atau parlimen Sepanggar, mestilah atas dasar pilihan rakyat. Jika pencalonan  atas dasar import, mungkin menjadi kegagalan untuk meraihkan kemenangan.  Jika ini berlaku, tentunya BN kehilangan satu kerusi. Dan pihak pembangkang bakal menjadi juara dalam pilihanraya ke-13.


Dun Karambunai diwakili oleh Puan Jainab Ahmad, anak kelahiran dari Tawau, terkini mendapat bantahan secara simbolik dari penyokong BN di Sepanggar. Menurut khabar yangb terdekat, bahawa purata ketua-ketua cawangan dianaktirikan. Anak-anak tempatan dipinggirkan. Kredibiliti mereka sekadar dilihat sebelah mata, peluang untuk menjawat, apa sahaja sebarang jawatan dalam kampung, khabar angin kuat, mereka sentiasa diketepikan begitu sahaja. Pepatah melayu ketua-ketua cawangan yang terdiri daripada warga negara asli, semacam sebutan pepatah melayu" Bagaikan melukut di tepian gantang". Di kampung masing-masing.


Bukan sekadar cerita demikian, malahan dikatakan Jainab menempatkan individu yang baru mendapat warga negara malaysia sebagai ketua kampung dan pengerusi jkkk.Manakala mereka yang tetap berasal tulin, serta  berkelahiran  dari sabah dipinggirkan. mereka tidak dilayan sebegitu rupa sebagai ahli UMNO. Ditambah-tambah lagi, hak-hak mereka tidak terjamin di bawah era Jainab.


Kecelaruan dan tindakan berat sebelah ini, menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan anak-anak jati Sepanggar, lantaran banyak dikalangan mereka sudah guyah dan hilang minat sebagai penyokong yang sebati. Kebanyakkan ahli-ahli warga negara asli ini  sudah tidak berpuas hati. Jika dikekalkan calon penyandang ini semula, ditakuti calon BN bakal kecundang dan tidak dipandang.


Persoalannya ada kah anak-anak Sepanggar yang ada minat untuk menceburdiri dalam politik. Tentunya mesti ada, anak-anak Sepanggar yang berminat. Terdapat ada yang berpotensi sebagai wakil rakyat, tapi belum dikenali oleh pucuk pimpinan. Sebagai contoh Dr Datuk Kassim, kelahiran anak Kampung Rampaian pekan Menggatal, kini berkhidmat di UMS, jika beliau terpilih sebagai calon, tentu tiada masalah kepada rakyat Sepanggar. Pepatah melayu" Kecil tapak tangan, nyiru sekali pun rakyat tadahkan".


Benarkah diketepikankan kah Ketua Bahagian UMNO Sepanggar?. Jawabannya tidak sewajarnya  berjawatan Ketua Bahagian membolehkan beliau diletakkan sebagai calon mesti menang. Ada yang menganggapkira, jika Jumat yang bernasib baik jadi calon. Kemungkinan kemenangan tidak memihak kepada beliau. Pepatah melayu "jauh panggang dari api". Jika kempen berapi-api pun masih dikatakan panggangnya amat jauh dari api.


Para  penyokong yang tidak sanggup kepanasan dari bahang api, mesti tidak sanggup berjuang untuk  si Jumat. Jika demikian, maka kempen pun tidak menjadi, akhirnya calon yang kalah judi.  BN juga mendapat  rugi.


Dalam konteks kemelut di Sepanggar, disarankan kepada Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri, atas kerjasama Timbalan Pengerusi UMNO negeri, agar berhati-hati untuk membuat keputusan tentang siapa sebenarnya yang beri kelayakkan menjadi calon di Dun Karambunai.


Khabar terkini, bumi Kota Belud tidak lagi bergelora, kerana mereka yang minat kepada sendiwara politik sudah berpijak kaki ke sebelah, manakala tangan mereka berpaut di dahan rapuh. Justeru, UMNO Bahagian Kota Belud tidak semudah tertipu. Dikhabarkan semua DUN seperti Usukan, Tempasuk, Kedamaian termasuk parlimen BN, konfiden  tetap sapu.  Di harap inilah keputusan yang muktamad dari tangan rakyat yang buat penentu.






.


 .

No comments:

Post a Comment

Blog Archive