Monday 4 February 2013

ANTARA TS PANDIKAR DENGAN HJ MUSBAH, SIAPA DI TEMPASUK.


Ada kebarangkalian pendapat Kelap Mawar menjadi realiti. Cetusan minda Kelapa Mawar mengesahkan sedikit masa dulu TS Pandikar satu perahu dengan Hj Musbah. Semestinya seperahu memang wajar kerana rakan dalam parti UMNO. Jika salah seorang disuruh turun dan berehat, memang wajar ikut kata nasihat daripada Juragan.   
 
 
Pernah berlaku kepada DSSK. Beliau disuruh berehat dalam PRU ke 12. Ini lah namanya jiwa pemimpin yang tidak fikirkan jawatan. Tidak berbenak mementingkan diri sendiri. Pemimpin seperti DSSK wajar dicontohi oleh semua pihak. Wajar diteladani oleh semua pemimpin yang selalu berasa bertamak haloba.
 
 
Dalam benak Kelapa Mawar, melihat Hj Musbah yang selalu turun ke padang. Tidak bermakna beliau mengharap menjadi calon atau dicalonkan dalam menghadapi PRU ke-13 ini. Beliau berjumpa rakyat kerana tanggungjawab dan perjuangan yang tidak berpenghujung dan tidak berepisod. 
 
 
 Dalam gambar yang tersiar, Hj Musbah yang duduk ditengah. Tentu ingin menemui rakan seperjuangan sedikit masa dulu seperti Sdr Mohd Saibi Bin Melah. Begitu juga yang duduk sebeblah kiri. Sdr Roslan Hj Mansur adalah sahabat beliau dalam politik. Ada rakan saya berkata kenapa sdr Roslan Hj Mansur saling tumpah wajah Kelapa Mawar. Apa kah mereka ini kembar? 
 
 
Saya jawab dengan rakan tadi. Dunia memang begitu ada pelanduk dua serupa.Dan bukan kembar. Saya katakan demikian kerana pendirian Kelapa Mawar tidak seiringan dengan sesiapa. Ada yang berkata Kelapa Mawar sama bin kah dengan Roslan. Saya jawab rakan tadi memang tidak sama bin. Mungkin Kelapa Mawar berbinkan Hj Mukadim, bukan berbinkan Hj Mansur.
 
 
Jelas saya terima pendapat Kelap Mawar. Bahawa jika TS Pandikar diturunkan bagi pru ke-13 di DUN Tempasuk. Hj Musbah tetap membantu untuk menggerakkan jentera disemua daerah mengundi. Di saat akhir berkempen, TS Pandikar mempunyai ketajaman politik yang boleh menerjah kemenangan.
 
 
Rakyat berpendapat bahawa jika TS Pandikar di Tempasuk manakala DSP Dr Salleh di Usukan, wajar diperkatakan kedua dua kerusi DUN tersebut tetap dalam genggaman Barisan Nasional. Akhirnya penulis dan penyokong pembangkang puteh mata.
 
 
Oleh yang demikian ada baiknya dari sekarang penyokong pembangkang tinggalkan parti pakatan, yang dilanda rasa tiada kesepakatan antara PAS dan DAP. Manakala PR hanya tertunduk malu dan menahan rasa sebak di dada kerana DAP dengan garangnya berkata Kalimah yang dipertikaikan, tidak sesiapa pun boleh mencabar DAP. Sama ada dari PR atau PAS. Langkah mayat DAP dulu kata Karpal. 


No comments:

Post a Comment