Tuesday 27 September 2011

MP KOTA BELUD PERLU MEMBERI PENJELASAN TERBUKA

MP KOTA BELUD PERLU MEMBERI PENJELASAN TERBUKA

Akhirnya jemputan Lim Kit Siang untuk berdebat dengan Ahli Parlimen tidak berkesudahan. Ahli Parlimen Kota Belud Abd Rahman Dahalan telah menurunkan tajinya tanda tidak melawan dalam perdebatan dengan Lim kit Siang.

Alasan yang diberikan dalam media tempatan oleh Abd Rahman Dahalan agak hambar untuk dipercayai. Yang jelas dalam pendapat rakyat bukan sebenarnya alasan. Ada yang berpendapat bahawa Abd Rahman tidak mahu karismanya yang pura pura itu terbongkar, jelas dapat ditonton oleh rakyat Kota Belud. Intipati dalam perdebatan hari itu, sukar untuk dibincangkan kerana Abd Rahman bukan anak jati Kota Belud. Ahli Parlimen yang masih tohor dengan adat istiadat Kota Belud. Akan ampai ampai tidak dapat menjawab dengan baik,apatah lagi kalau isu Ampangan Tambotuan yang dibahaskan. Termasuk tanah warisan kampung Rampayan. Akhirnya Ahli parlimen ini akan terkulai kekalahan oleh Lim nanti.

Risiko seorang Ahli Parlimen bukan anak jati di situ, adalah sesuatu yang bersifat keterpaksaan untuk pura pura menjadi seorang pemimpin. Walhal sejak diberikan kemenangan yang tipis oleh rakyat, boleh dikatakan hampir satu penggal duduk sebagai Ahli Parlimen, belum terdapat perubahan yang ketara, dalam Daerah Kota Belud.

Persoalanya apa kah dapat dikekalkan bukan anak jati Kota belud sebagai bakal Calun MP dalam pilihanraya akan datang! Soalan ini sukar untuk dikenalpasti. Kalaulah dikekalkan bukan anak jati jadi calun, dapatkah membela dan memajukan masyarakat Kota Belud. Apa kah boleh terjamin kemenangan yang bermajoriti yang memuaskan. Sukar untuk dijawab oleh Abu nawas.

Saya masih Ahli MP ini berucap di Balai Raya Kampung Tamau semasa pilihanraya yang lalu. Dalam ucapanya dia selitkan janji untuk pemasangan hawa dingin Balai Raya dan hawa dingin Masjid kampung Tamau. ternyata tunggu punya tunggu hingga hari ini, habuk pun tiada sampai. Janji kosong tinggal janji kosong. Ya ampun punya pembohong!

Kami berharap calun muka baru sebagaimana yang dicanangkan oleh Ketua Menteri akan menjadi kenyataan akan datang. Wabillahitaufik Walhidayah Wasalamualaikum

No comments:

Post a Comment