Thursday 31 January 2013

KHABAR ANGIN BERTIUP KENCANG. DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH DAN TS PANDIKAR BAKAL DITURUNKAN KE GELANGGANG PRU KE -13.

 
Mungkin angin yang meniup kencang ini boleh dipercayaai. Angin meniup ini membawa khabar baik untuk rakyat. Samada betul atau hanya sekadar berita khabar angin, kurang pasti. Apa pun, yang pasti kata orang, pokok tidak berguyang jika bukan tiupan angin.
 
 
Sumber yang rapat menggambarkan, DSP Dr Salleh akan dicalonkan di kawasan DUN Usukan. Khabar gembira ini tentu dapat melegahkan hati rakyat, yang selama ini amat memerlukan kepimpinan DSP Dr Salleh. Suara suara dari Usukan juga mengatakan,  rakyat Usukan sudah cukup siap bersedia, untuk  menggerakkan jentera pilihan raya di kawasan DUN tersebut, bila bila masa sahaja diarahkan.
 
 
Khabar dari bumi Kampung Rampayan, mengatakan TS Pandikar mungkin sudah tersenarai untuk bersilat dalam gelanggang pru ke-13. Diambilkira dengan gandingan mantap dengan DSSK, maka BN dapat memenangi DUN Tempasuk dan DUN Usukan. 
 
 
Manakala kerusi DUN Kedamaian, dijangka akan diturunkan muka baru. Rakyat di situ memerlukan seorang pemimpin dari golongan generasi baru.  Sumber dari penyokong PBS, Huguan Siaw mereka Dtk Pairin sudah kemukakan senarai yang terbaru, untuk tapisan pucuk pimpinan Barisan Nasional Rakyat.
 
 
Anak jati Kota Belud sudah boleh menarik nafas, kerana ada yang berkata, calon parlimen Kota Belud, sudah dikenal pasti terdiri dari golongan anak jati. Soal calon import tidak akan wujud lagi. Persoalan dan keraguan rakyat selama ini bakal terjawab.
 
 
Bermajoritikan 3,020 ribu undi. Tentu  amat merimaskan rakyat Kota Belud.  Menunjukkan calon import dari  BN, masih belum diterima sepenuhnya di hadapan penyokong Barisan Nasional. Ini kerana BN pernah memperolehi majoriti sebanyak 10,133 undi, di masa era DSSK.
 
 
Jika benarlah tiupan angin ini, TS Pandikar dan DSP Dr Salleh sudah tersenarai sebagai calon BN yang menggemerlapan kemenangan. Tentu rakyat bertanya, bagaimana pula nasib dua penyandang dari Usukan dan Tempasuk. Dengar khabar dua orang penyandang ini masih lagi dalam analisis SPRM. Bulan lalu PM memaklumkan setiap calon calon BN perlu melepasi pagar analisis SPRM.   
 
 
Walau bagaimanapun, adalah tidak penting siapa calon yang diturunkan. Atau siapa calon yang direhatkan. Dalam hakikat BN ialah kemenangan. Sokonglah calon calon BN demi pemerintahan yang stabil serta dokongilah kerajaan demi bangsa agama dan negara. 

No comments:

Post a Comment