Sunday 4 December 2011

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Dtk Najib ada saranan kepada semua Bahagian. Jika balik ke tempat masing masing perlu dekati para penyokong dan tanamkan rasa kasih sayang. Agar ahli ahli mempunyai semangat sokongan dan kata kesepakatan yang kental. Justeru itu semua ahli mesti menanamkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada parti. Datuk Najib juga sarankan supaya ahli ahli tidak wujudkan persengketaan dalam parti dalam kawasan masing masing.

Jika Dtk Najib bercakap pada timbalan Ketua Bahagian, jangan pula berkata dia nak jawatan saya sebagai Ketua bahagian. Jika Dtk Najib ada terlintas perasaan demikian, maka dalam hati Dtk Najib pun ada pernah berkata bahawa Timbalan Presiden nak jawatan Presiden juga. Jika nak minta ahli tunjukan kerjasama dan kasih sayang. Dtk Najib perlu mulakan di peringkat MKT. Jika ini menjadi kenyataan, maka Dtk Najib memang diakui oleh rakyat sejagat, bahawa karisma kepimpinan memang sudah menurun ke darah daging Dtk.

Trend politik yang mantap dan membina ialah bermula diperingkat MKT. Macam juga seorang bapa. Jika bapa menasihatkan anak untuk tidak merokok. Si bapa juga jangan perlihatkan merokok di hadapan anaknya. Jika asyik menyarankan kepada semua bahagian untuk berkerjasama demi kepentingan parti. Maka mulakan dahulu diperingkat MKT. Saya yakin semua bahagian tetap dapat menunaikan kehendak Dtk Najib. Jika nak mencalonkan muka muka baru dalam pru -13. Mulakan juga diperingkat MKT. Semestinya ada yang secara rela tidak mahu dicalonkan. Saya yakin BN akan memperolehi majoriti 2/3 untuk legah memerintah. Jika berani Dtk Najib dan Dtk Muhiddin dengan rela tidak mencalonkan diri sendiri dan dengan rela memberi laluan kepada muka muka baru dalam MKT. Tindakan ini sesungguhnya cukup berkesan dan dianggap matang. Tentu BN dengan bangganya dapat kemenangan yang lebih besar dalan pilihanraya ke-13.

No comments:

Post a Comment