Friday 13 January 2012

DTK SALLEH SEDIA MENGHADAPI PRU-13

Di petik dari Harian Ekspres harini, Dtk Salleh berkata, UMNO Bahagian Kota Belud sudah siap sedia untuk menghadapi pru ke-13.

Sumber yang rapat diperolehi dari ahli jawatankuasa bahagian Kota Belud. Kepimpinan bahagian UMNO Kota Belud mula ada tanda tanda
retak dan goyah.

Keretakan UMNO Bahagian Kota Belud mula dikesan sejak akhir akhir ini. Di beritahu bahawa Dtk Salleh jarang untuk turun ke padang.
Kegoyahan yg diperkatakan kerana, sejak Dtk Salleh menerajui UMNO Kota Belud lagi.

Sokongan kepada UMNO mula berkurangan. Penyokong UMNO di Cawangan Cawangan mula berpindah arang. Sumber yg rapat dan boleh
dipercayai, bahawa PKR sudah turun ke padang mendekati rakyat.

Isu empangan tambatoun sehingga kini belum ada penyelesaian. Isu keterbengkalaian bangunan SK Tamau menemui jalan buntuh dan sudah tidak dapat diselesaikan.
masyarakat Iranun sudah hilang sabar dengan dolak-dalik Sdr Rahman dan Sdr Dt Hj Musbah.

Isu rampasan tanah warisan kampong rampayan yg tidak berpenghujung, menambahkan lagi rasa kekusutan dan keraguan rakyat kepada wakil rakyat.
Manakala Dt Salleh tidak pernah tunjuk muka berjumpa rakyat di kampong kampong.

Rakyat yg ditemui hari ini di kedai KBelud, berkata ada kebenaranya, Dtk Salleh akan bakal tersungkur kalah. Lebih kalah jika dicalonkan di DUN Usukan.
Jika pencalonan DT Salleh di Parlimen, kemungkinan laluanya untuk menang agak tipis.

Masyarakat KBelud berkata, Dtk Salleh hanya kuat memukul gongnya. Pada hakikatnya, Dtk Salleh tidak pernah menemui rakyat. Bagaimana impian Dtk Salleh
bisa terlaksana. Semua harapan Dtk Salleh hanya sekadar tinggal harapan.

No comments:

Post a Comment