Sunday, 1 January 2012

MASBAKAYANGAN: Jika Datuk Lajim Hj Ukin keluar UMNO

INI KALI LAH
jika betul desas desus, Ketua UMNO Bahagian Beaufort. Yb Datuk Lajim Hj Ukin dijangka akan keluar UMNO menjelang pertengahan bulan januari 2012.

Berita terkini yang sedang bergema di Bahagian Beaufort, Dtk Lajim dan beberapa rakan terdekat dengan beliau, hanya sedang menunggu masa untuk keluar dari UMNO.

Berita yang panas ini, akan mengakibatkan Dtk Musa selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, akan berasa kurang enak badan lantas menggaru kepala , jika berita ini menjadi kenyataan.

Di khabarkan bahawa Dtk Lajim akan menjadi Presiden Parti Lokal SFP(Sabah Front Parti) serta dibantu oleh rakan rakan yang sekepala dengan Dtk Lajim.

Menurut sumber yang terdekat, bahawa parti ini akan bergabung tenaga dengan parti parti lokal di Sabah. Diberitakan bahawa perjumpaan, permuafakan, perbincangan sesama parti lokal akan di adakan selepas Dtk lajim disahkan keluar parti.

INI KALI LAH,
Gabungan parti parti lokal ini akan bercadang untuk meletakkan calon di semua 60 DUN. Dan manakala 25 Parlimen akan diletakkan calon dari ahli akademik dan ahli pemidato yang berwibawa.

INI KALI LAH,
Harapan Presiden SFP untuk menjadi Ketua Menteri Sabah akan menjadi kenyataan, jika gabungan parti lokal ini dapat menawan 50 kerusi Dewan Undangan, dan 20 kerusi Parlimen.

INI KALI LAH,
jika Presiden UMNO dapat mencari jalan, untuk melantik Pengerusi UMNO Sabah yang baru dan melantik Dtk Lajim sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, maka mungkin Dtk Lajim akan membatalkan niatnya bagi terus menerajui parti lokal tersebut.

Kenapa dan mengapa? dikhabarkan banyak Ketua Ketua UMNO bahagian di Sabah tidak menyenangi Pengerusi Perhubungan UMNO mereka! Untuk menjawab persoalan ini, maka kita tunggu bila masanya tiba, Ketua Ketua Bahagian termasuk Yb Dtk Lajim, dengan sendirinya tampil ke hadapan untuk membuat kenyataan.

INI KALI LAH,
Presiden UMNO dikhabarkan akan melantik Pengerusi Perhubungan yang baru untuk 5 Negeri. Berita yang pasti, ialah Negeri Sabah tidak terkecuali. Harapan ahli ahli UMNO nawaitu untuk melantik Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

INI KALI LAH,
jika Presiden lambat merombak kabinet dan lambat menggantikan Pengerusi Pengerusi UMNO Negeri, ada kebarangkalian UMNO Sabah akan kecundang dalam pru ke-13.

Sama sama kita perhatikan dan menanti perkhabaran yang semakin meyakinkan.

2 comments:

  1. kasian lah kamu mimpi di siang hari...jauh panggang dari api hehehe

    ReplyDelete