Monday 2 January 2012

MASBAKAYANGAN: MASBAKAYANGAN: Jika Datuk Lajim Hj Ukin keluar UMN...

Perlu kah Hj Musbah di calonkan semula!.

Beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian KBelud yang ditemui berkata, bahawa Hj Musbah perlu beri laluan kepada jenerasi baru untuk menghadapi pru ke-13.

Mereka kata, jika Hj Musbah juga yang disenaraikan semula untuk calon pru ke-13, ada kebarangkalian akan kecundang di DUN Tempasuk.

Ada yang mengatakan, jika Hj Musbah menang pun, mungkin kemenangan yang agak tipis.

Ada ketua ketua cawangan yang berpendapat, adalah sesuai jika Hj Musbah tidak lagi dicalonkan semula. Menjadi kerugian besar kepada BN jika DUN Tempasuk jatuh dalam genggaman pihak lawan.

Beberapa alasan diberikan oleh ketua ketua cawangan, bahawa Hj Musbah tidak turun padang. Lantaran banyak terabai projek projek rakyat di luar bandar. Contoh yang terdekat ketergendalaan binaan SK Tamau.

Dalam majlis pertemuan secara bidan terjun baru baru ini di SK Tamau. Hj Musbah bersama Ahli Parlimen Sdr Rahman memberi penjelasan kepada masyarakat Kg Tamau secara rambang dan yang tidak menepati keadaan, bahawa kenapa boleh terwujud keterlewatan binaan SK Tamau?.

Termaktub dalam perjanjian, bahawa binaan SK Tamau bermula tahun 2007. Dan akan disiapkan binaan tersebut pada tahun 2009.

Lawatan secara jemputan semalam, oleh Ketua rombongan sdr Musli Oli bersama rakan rakan, bertempat di Kg Tamau.
Memperlihatkan kehadiran masyarakat Iranun yang menggalakan. Sambutan yang luar biasa oleh masyarakat Iranun Kg Tamau, menunjukkan bermulanya titik titik perpaduan dan sokongan hebat masyarakat Iranun kepada sdr Musli.

Sebab itu ketua ketua cawangan berpendapat, bahawa wajarlah Hj Musbah tidak disenaraikan semula untuk mempertahan DUN Tempasuk. Berkewajaran jika calon dari jenerasi baru untuk diketengahkan dalam usaha menghadapi pru ke-13. Calon jenerasi yang berbakat dan kini tersohor di DUN Tempasuk, ialah Sdr Tadzul.

No comments:

Post a Comment