Tuesday 25 December 2012

SEJAUH KEBENARAN BN KEHILANGAN 10 KERUSI PARLIMEN TERMASUK PARLIMEN KOTA BELUD JIKA DIKEKALKAN DATO ABD RAHMAN DAHALAN.

 
Tahun 2004 menyaksikan kemenangan  calon calon BN cukup selesa. Parlimen Kota Belud dimenangi Oleh Yb Dtk Dr Salleh yang bermajoriti 10 ribu lebih.  
 
 
Pada tahun 2008 menyaksikan besar kemaluan calon parlimen Kota Belud meraihkan undi bermajoriti 3,020 ribu. Hanya cukup cukup cari maka. Calon payung terjun import ini, anak kelahiran dari Tuaran, bergelar Dato Rahman yang dikatakan oleh rakyat takbur ini, terus kehilangan penyokong hampir tujuh ribu pengundi. Para pengundi tersebut membantah, dengan tidak mengundi  calon import, walaupun dikira kesayangan Datuk Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.
 
 
Rakyat Kota Belud beranggapan, tidak bermakna calon kesayangan Datuk Musa, maka rakyat dipaksa untuk menyayangi calon tersebut. Sokongan dan dokongan tidak boleh dipaksa oleh mana mana pihak termasuk pucuk pimpian negeri.
 
 
Sudah tiba masanya rakyat tidak lagi boleh dikambing hitamkan oleh mana mana pihak termasuk Ketua Menteri. Jika dipaksa calon penyandang ini disenaraikan semula bagi pru ke-13. Maka jangan disalahkan rakyat. Ada kemungkinan kerusi Parlimen Kota Belud bakal berubah wajah. Calon PAS  Awang Laiman Hj Ekin bakal disebut sebut oleh rakyat, sebagai calon pilihan rakyat. Masa itu kedengaran sayonara kepada  calon Barisan Nasional.
 
 
Jika Pengerusi UMNO Sabah, Yb Dtk Dr Salleh, tetap kemungkinan tidak akan menurunkan semula Dato Abd Rahman bagi parlimen Kota Belud. Dtk Dr Salleh sedar bahawa Dato Abd Rahman bukan pilihan tepat  dan bukan pilihan rakyat di Kota Belud.
 
 
 
Protes undi sejumlah besar itu, membuktikan kepada parti BN dan pucuk pimpinan. Trend calon import tetap ditolak dan tidak winnable dalam hati rakyat.
 
 
Ada rakyat penyokong Barisan Nasional mengatakan Jika Awang Laiman Hj Ekin seorang mantan Ustaz dan anak kelahiran Kg Tamau Kota Belud bakal meraihkan majoriti agak selesa. Tidak sombong jika diramal Awang Laiman bakal memperolehi majoriti 15 ribu undi lebih.
 
 
Jika Barisan Nasional memandang enteng tentang pandangan ini, maka parti Barisan Nasional pasrah tentang kekalahan. Andainya pucuk pimpinan negeri mahu menang, maka calon penyandang yang takbur ini perlu ditamatkan khidmatnya sebagai ahli parlimen pru ke-13

No comments:

Post a Comment