Saturday 22 December 2012

WASPADA TERHADAP PELAKON POLITIK YANG SUDAH DITAKUK LAMA!! YB DATUK DR SALLEH TUN SAID


Disifatkan pelakon lama dalam arena politik, masih cuba berlakon setelah mengatak ke parti lawan. Golongan pelakon yang dahulunya berlidah bercabang cabang seperti lidah biawak, perlu dijauhi oleh rakyat, jangan semudah itu didengar dan dipercayai. Kelak meracun diri sendiri.
 
 
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Yb Datuk Dr Salleh memberitahu dan mengingatkan kepada semua rakyat. Bahawa para pelakon yang sudah ditakuk lama ini, perlu diawasi dan jangan biarkan meracuni pemikiran rakyat, terutama generasi muda masa kini.
 
 
Rakyat perlu berhati hati terhadap golongan pelakon lama ini. Kerana dengan penyertaan mereka dengan pembangkang, maka mereka cuba berlakon lagi dengan tujun untuk menonjoldiri sebagai pelakon politik hebat. Pada hal lakonan mereka sudah expired. Dan sudah dibungkus serta disimpan dalam tong tong yang berbuang.
 
 
Yb Datuk Salleh menyampaikan nasihat ini di hadapan peserta "Program Kemas Kg Piasau" di Daerah Kota Belud jumaat lepas.
 
 
Rakyat mesti bersatu padu untuk menyokong Barisan Nasional. Rakyat perlu hindari fitnah pihak pembangkang terhadap kepimpinan Barisan Nasional. Rakyat tidak perlu terikut-ikut rentak pembangkang yang membawa budaya samseng politik mereka ke Daerah Kota Belud.
 
 
Bila kita roboh biarlah rebah. Bila kita berdiri, biarlah sama tinggi. Dan bila kita duduk biarlah sama rendah. Justeru itu, sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional, perlu diamat amati. Dokongan rakyat kepada Kerajaan perlu dimenatangkan dengan semangat yang kental dan tidak semudah itu dirobekpatahkan oleh mana mana pihak yang berlakon untuk mempromosi diri sendiri dalam arena politik. Kerana lakonan mereka adalah kepentingan sendiri. Dan bukan kepentingan untuk rakyat.
 
 
Sama sama kita tunggu pru ke-13, dijangka sebelum bulan Mac 2013. Sokongan rakyat menjadi azimat kemenangan parti Barisan Nasional. Rakyat hidup aman, negara makmur dan rakyat sejahtera. Sokongan dan UNDI rakyat adalah pilihan yang membolehkan parti Barisan Nasional dapat mengungguli kemenangan lebih 2/3 majoriti . Insya Allah.  
 

No comments:

Post a Comment