Wednesday 2 January 2013

RAKYA SABAH PERLU WASPADA TERHADAP PENDIRIAN POLITIK SESUMPAH..

 
Ketepikan dakwaan pihak pembangkang. Kerana pihak pembangkang yang ketandusan isu cuba cuba mempengaruhi rakyat Sabah khasnya rakyat di Kota Belud. Ujar Yb Dtk Dr Salleh, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri. Semasa menghadiri majlis bersama ahli RELA di Kota Belud.
 
 
Beliau menambah, berwaspadalah terhadap pendirian politik yang sesumpah dan menyumpah kepada Kerajaan Barisan Nasional. Mereka dulu semasa masih  memegang jawatan dalam  Kerajaan Barisan Nasional, sentiasa memupuk perpaduan dan mendapat segala kemudahan pembangunan dari Kerajaan. Adalah tidak wajar individu yang meninggalkan parti Barisan Nasional mengatakan BN tidak menyumbang pembangunan kepada rakyat.
 
 
Taburan janji kosong kepada rakyat tidak semudah itu boleh dapat mempengaruhi rakyat. Tidak semestinya tohmahan, serta janji manis yang dilontarkan harus dipercayai oleh rakyat. Rakyat menyedari bahawa  pihak  pembangkang setakat mampu bersuara untuk menyalak bukit. Tidak lebih dari itu.
 
 
Rakyat sudah tahu. Tidak payah, dan hanya membuang masa pihak  pembangkang bersuluh di siang  hari. Rakyat sedari mereka yang dahulunya pernah jadi Menteri dalam Kerajaan. Pernah jadi Timbalan Ketua Menteri selama bertahun tahun, bila berada di kem pembangkang sudah jadi  "politikus Chameleon ". Rakyat jelata sudah pandai memilih di antara kepimpinan yang berorientasikan intan, dan kepimpinan yang bercorakkan kaca yang mudah pecah bila terhempas ke batu.
 
 
Hari ini saya menerima sms dari Kota Belud. memaklumkan kepada saya bahawa ikut analisis di DUN Tempasuk BN masih diramal boleh memenangi kawasan tersebut. Ramalan tidak rasmi SAPP dapat undi 500. Star 1,400. Pakatan PAS 4100 dan BN 5300 undi.
 
 
DUN Usukan diramal BN tetap tiada pencabar. Di ramal BN mendapat yang tertinggi majoriti di seluruh Sabah.  Dan manakala parlimen bakal menjadi pertaruhan hebat. Jika calon baru, BN dijangka mendapat majoriti 10, 330 undi. Dan jika Dtk Rahman yang bermajoriti 3,020 pada pru ke 12. Adalah ditakuti akan tidak memberikan sokongan kepada BN atas alasan calon import. Jika majoriti itu tidak turun mengundi, atau mereka memberikan sokongan kepada calon lawan, bermakna calon BN mendapat kerugian besar, kerana kehilangan satu kerusi parlimen di Kota Belud.   
 
 
Biarlah rakyat yang tentukan. Sama sama kita tunggu dan lihat selepas pru ke-13.



  

No comments:

Post a Comment