Sunday 25 November 2012

YB DTK DR SALLEH BERWIBAWA UNTUK MEMIMPIN SABAH.KERANA BELIAU PILIHAN RAKYAT. BUKAN PILIHAN KELAPA MAWAR


 
Menampakan kedangkalan kelapa mawar dalam ulas-pandang berjodol  " Dtk Dr Salleh ditolak di Kota Belud oleh pemuda", adalah ulasan yang tidak betul. Mencampur-adukan pandangan geram, serta beremosi  tidak menghakis sokongan pemuda-pemuda di Kota Belud, terhadap Yb Dtk Dr Salleh.
 
 
Menjarumi perasaan pemuda, dengan kepelbagaian trek, tentu apungan sokongan pemuda berterusan,seperti kekentalan pautan kiambang. Apa pun yang berlalu, termasuk perahu kelapa mawar yang berlubang kerana akibat dari kesan dijuburi. Semangat para pemuda tidak akan berganjak, mereka tetap menyokong dan mendokongi perjuangan Yb Dtk Dr Salleh.
 
 
Kajian kelapa  mawar berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh seorang atau dua orang. Adalah terlalu amat tidak tepat. Kajian yang lembab ini menampakkan kelapa mawar itu membuat perbandingan secara tohor, dan didasarkan pandangan ala-primitif.
 
 
Sifat keterbukaan yang menjadi azimat kesabaran Yb Dtk Dr Salleh, membolehkan beliau menerima keputusan dengan hati yang ikhlas dan berlapang dada. Dan beliau akur keputusan itu, tanpa belot kepada parti, malahan berusaha berkempen bagi kemenangan parlimen 169 Kota Belud serta kemenangan dengan selesa semua calon-calon  BN pada masa itu. Disangkal pendapat kelapa mawar konon Yb Dtk Dr Salleh sengaja terlemaskan pada pru ke-12.
 
 
Terbukti dengan nyata. terbaca dengan berfakta, sokongan rakyat dan ahli UMNO di Kota Belud, akhirnya tercapai, kerana hasrat ahli UMNO meletakkan Yb Dtk Dr Salleh sebagai Ketua Bahagian terkabul juga. Jawatan yang dimenangi kali kedua ini tidak membawa istilah merampas. Tapi kemenangan dari seseorang pemimpin yang ikhlas berjuang demi rakyat, bangsa, agama dan negara.
 
 
Menyarungi semula jersey Ketua Bahagian, memperlihatkan kepada rakyat bahawa pandangan kelapa mawar tertepis dan terhiris, kerana golongan pemuda dari 70 peratus yang memihak kepimpinan yang ikhlas terhadap Yb Dtk Dr Salleh, menerima wacana bahawa pemimpin yang diangkat itu mesti dari golongan teknokrat.  
 
 
Golongan pemuda faham, kerana pemimpin yang lahir dari keadaan teknokrat tentu dapat membantu meningkatkan ekonomi ahli-ahli UMNO yang memerlukan. Jika pemimpin yang diangkat dari golongan yang tidak teknokrat, adalah tidak sesuai di zaman alaf-maju maya kini. Masyarakat tidak mahu seperti pepatah katakan "sokongan yang membawa rebah ", Akhirnya rakyat juga yang menggelabah. Kelapa mawar akan terjatuh seperti Labah Labah kehilangan sarangnya.  
 
 
Mengimbas kembali jawatan Ketua Menteri yang pernah diduduki secara bergilir. Masa terlalu singkat untuk menjalankan tugas kepada rakyat. Ianya kerana memenuhi ilham mantan PM pada masa itu. Diwujudkan jawatan sistem bergilir ini, untuk mengimbangi perasaan saudara kerabat dalam ikatan Barisan Nasional sahaja. Agar parti BN tetap dihati rakyat.
 
 
Tapi jika pada masa itu, Yb Dtk Dr Salleh dapat memenuhi tugasnya hingga dua penggal duduk sebagai Ketua Menteri. Daerah Kota Belud tetap bergemerlapan mata memandang dengan kepelbagaian kemajuan. Tentu rakyat Kota Belud dapat cahaya sinaran kemajuan yang sukar disangkal oleh kelapa mawar dari masa ke semasa.  
 
 
Akhirnya kelapa mawar akan memeluk agama UMNO, di mana UMNO tidak mendoakan untuk menghancurkan sesama islam, UMNO tidak pernah memurtadkan sesama Islam. Jika kelapa mawar sentiasa bersama dengan parti yang bersifat baik di depan rakyat, tapi sebaliknya tetap menjuburi naluri dan perasaan rakyat, maka kelapa mawar akan tertempias dosa dosa yang semakin mendosai para pemimpin pembangkang.      

No comments:

Post a Comment