Sunday 23 September 2012

DISANGKAL YAB DTK MUSA AMAN, GANDINGAN GAH DENGAN YB DATUK SALLEH, TIDAK PERLUKAN TALIAN HAYAT.. MEREKA BERDUA PILIHAN RAKYAT ..


 
Persepsi yang yang tersasar yang tidak tepat, dan tidak menepati cerita sebenar, dan tanggapan demikian oleh penulis pro pembangkang seperti Kelapa Mawar tentang Yab Dtk Musa yang dilimparkan sebukit fitnah adalah sengaja dicetuskan agar kepimpinan BN Sabah ditapak tangan beliau, dilihat seperti ombak yang bergelora.
 
 
Tujuan pihak pembangkang melimparkan batu sembunyi tangan ini, agar kepimpinan di Sabah melalui parti BN bakal mengundang kecelaruan. Tapi sebaliknya semua limparan nesta demikian sudah disedari terlebih awal, dan ini tidak boleh menggugat keutuhan dan perpaduan rakyat di Sabah.
 
 
Yab Dtk Musa dengan gandingan Timbalan Pengerusinya Yb Datuk Salleh tetap berani buat rumah di tepi pantai. Kerana mereka berdua sudah bersedia menghadapi sebarang penyelesaian melalui pilihanraya, dan mereka berdua tidak takut dilambung ombak.
 
 
Suara rakyat Sabah, masih mengatakan bahawa parti BN adalah sewajarnya terus disokong. Suara generasi muda juga sebaris pendirian, bahawa hanya parti BN yang sentiasa menepati janji serta menjaga keharmonian rakyat sejagat. justru, pastinya rakyat tetap memilih semula parti BN untuk diletakkan sebagai tampuk kerajaan di Sabah. Dan fixed deposit kepada BN untuk menjiwai lebih  2/3 majoriti di parlimen.
 
 
Tetap tiada mempunyai kebenaran semua fitnah yang dicetuskan, ianya kerana hasutan pihak pembangkang kepada individu yang berasa tidak berpuas hati terhadap kepimpinan beliau, ini kerana pilihanraya ke 13 tidak lama lagi diadakan oleh SPR.
 
 
Begitulah adat resam berpolitik, jika pilihanraya sudah bakal diadakan, maka bermacam macam suara sumbang, yang tetap tidak menyumbang kebaikan kepada kerajaan sentiasa dicanangkan oleh pihak pembangkang. Apatah lagi gelagat para penulis pro pembangkang, tentunya mereka akan mencetuskan beberapa isu,  agar isu itu boleh mempengaruhi rakyat yang taat setia kepada parti BN.  
 
 
Rakyat Sabah sudah pandai memilih parti, rakyat Sabah sudah cukup sedar tentang pergolakan, tentang kecelaruan dalam kepimpinan pihak pembangkang. Rakyat sabah tidak akan terpengaruh dengan segala dakyah dan propaganda pihak pembangkang. Rakyat Sabah sudah melihat pergolakan di Selangor, di situ rakyat Selangor telah menyaman kerajaan Selangor. Di tambah kebencian rakyat Selangor kerana Menteri Besar telah mengenepikan Sultan Selangor, di mana Sultan Selangor tidak diundang untuk merasmikan majlis menyambut hari merdeka.
 
 
Begitu juga pergolakkan di Pulau Pinang, umat Islam semakin terhakis dari pembangunan, ini termasuk penjualan tapak masjid. Umat Islam di Pulau Pinang kehilangan rumah ibadah. Kerajaan di situ memang menidakkan kepentingan hak hak penduduk Islam di bumi Pulau Pinang.
 
   
Di Perak Pengerusi DAP, telah merendahlan umat Islam kerana bantahan tentang sebuah filem yang menghina Nabi. Penghinaan ini memberikan kesedaran kepada semua ahli politik Islam termasuk pati PAS.
 
 
Tetap disangkal bahawa tidak timbul talian hayat daripada kawan-kawan politik beliau. Kelazimannya penentuan kemenangan adalah dari tangan rakyat. Melalui proses demokrasi berparlimen, maka pilihanraya adalah flatfom untuk menentukan era pemerintahan, yang dipilih oleh rakyat, dan terbentuk kerajaan untuk rakyat.
 
 
Justeru itu, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Yb Datuk Salleh menyeru kepada ahli ahli BN Sabah, khususnya daerah Kota Belud, agar semangat satu Malaysia perlu diutamakan. Dengan wujud semangat jitu, maka perasaan rakyat yang berasa rakyat Sabah untuk Sabah, dapat dipadukan dengan satu suara ia itu 1 Malaysia. Begitu juga rakyat Sarawak dan rakyat dari Semenanjung tentu tidak lagi menyuarakannya,  bahawa Mereka itu  dari bumi semenanjung. Dipetik daripada ucapan perasmian beliau minggu lepas di Kota Belud.
 
 
Sama sama kita tunggu pilihanraya ke-13, rakyat tetap memutuskan bahawa parti Barisan Nasional akan dipilih semula sebagai kerajaan.
 







No comments:

Post a Comment