Wednesday 12 September 2012

KURANG BERASAS ANALISIS KELAPA MAWAR, SEMPENA KUNJUNGAN YAB DS NAJIB KE KAMPUNG RAMPAYAN.



 
Tetap disangkal sangkaan yang tersirat dalam benak Kelapa Mawar, tujuan sebenarnya diadakan rumah terbuka, bertempat di Kg Rampayan dua minggu yang lepas. Rumah terbuka anjuran rumpun USBO itu bukan bertujuan untuk melobi menjadi calon dalam pru ke-13 akan datang.
 
 
Tidak tersurat dan terniat untuk mempengaruhi PM. Tidak terlukis dalam benak pihak penganjur untuk memperlihatkan rumpun USBO mendapat sokongan dari akar umbi. Memperkatakan sokongan dari akar umbi, sememangnya sudah lama berakar-akar, dan sudah sekian lama berumbi-umbi dari rakyat,  kepada dua orang tokoh politik seperti Yb Datuk Salleh, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah merangkap Speaker Dewan Undangan. Atas gandingan regu yang mantap dengan YDP Speaker Dewan Rakyat TS Pandikar.
 
 
Kunjungan rakyat ke Kg Rampayan, sesuatu yang diluar dugaan. Lautan manusia yang membanjiri depan halaman rumah sempena acara rumah terbuka tersebut, memperlihatkan sokongan rakyat berdasarkan kerelaan. Rakyat yang hadir sudah bersedia tentang risiko yang dikatakan kehausan,  pemerhati dan para penulis pro pembangkang seperti Kelapa Mawar, sewajarnya terima realiti sokongan rakyat ini, tanpa tersilat niat yang serong kepada rumpun USBO. 
 
 
Bukanlah bijak-bistari jika sokongan rakyat begitu gah, maka disalah tafsir hingga disifatkan kehadiran mereka itu mengundang kelaparan dan kehausan. Kehadiran mereka ianya kerana memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada dua orang tokoh politik di bumi Kota Belud, khasnya sokongan  kental begitu rupa, kepada parti Barisan Nasional.
 
 
Masalah yang disuarakan oleh Kelapa Mawar seperti kelaparan dan kehausan sebenarnya semua itu bukan berbentuk masalah, cuma sengaja diada adakan, dengan tujuan sengaja dicetuskan sebagai masalah, agar bila ada yang terbaca dalam media, maka anjuran tersebut terselit kegagalan. Meski pun cerita dari mulut ke  mulut, hanya  semata-mata indah khabar dari rupa.
 
 
Kehadiran semua rakyat di Kg Rampayan jelas dengan tujuan menyambut ketibaan pemimpin negara yang bergelar Perdana Menteri, dinafikan jika Kelapa Mawar mengatakan mereka ke situ tanpa tujun. Peradatan rumah terbuka bersama PM sememangnya ingin berjumpa dengan pemimpin negara dan bersalaman. Sudah pun dikatakan anjuran ini adalah yang terbesar dan bakal tercatit dalam sejarah, tentang kunjungan PM ke Kg Rampayan.
 
 
Sewajarnya semua masyarakat Kota Belud termasuk penulis politik yang pro pembangkang, mesti merakamkan rasa terima kasih kepada semua yang terlibat, serta mesti mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak penganjur. Bukanlah sekalung ucapan penghinaan kepada pihak yang bertungkus lumus sehingga dapat dijayakan, janganlah menanamkan anggapan bahawa anjuran tersebut masih di demami kegagalan. 
 
 
Jika direnung pendapat, Dr Tun Mahathir, sebenarnya Dr Tun M memperjelaskan tentang sokongan rakyat Malaysia terhadap parti Barisan Nasional. Jangkaan Dr Tun M, tentang sokongan kepada BN adalah sewajarnya dan menepati kehendak rakyat. 2/3 bakal diperolehi oleh BN, membolehkan pemerintahan yang harmoni berdasarkan Raja berperlembagaan, dan menjadikan Malaysia sentiasa dihormati oleh negara-negara maju.
 
 
" JANJI DITEPATI "  menjadi cogan kata pemimpin Barisan Nasional dari masa kesemasa, mengenepikan istilah Kelapa Mawar, konon BN memperjudikan nasib rakyat serta mengekploitasikan sokongan. 
 
 
Kerajaan Barisan Nasional hari ini dan akan datang selepas pru ke-13, sentiasa memperjuangkan nasib nasib rakyat sejagat, BN tidak akan mengeksploitasikan sokongan semata-mata. Kerana sokongan rakyat yang amat kental kepada BN, sememangnya sukar untuk ditebuk oleh pihak- pihak pembangkang. Meskipun pemimpin pembangkang juara dalam hal tebuk -menebuk ini.  







No comments:

Post a Comment