Tuesday 25 September 2012

DATUK SALLEH TAAT SETIA TERHADAP PERJUANGAN PARTI UMNO/BARISAN NASIONAL DEMI RAKYAT .KERANA TANGGUNGJAWAB SELAKU TIMBALAN PENGERUSI UMNO SABAH.

 
Pandangan yang kabur-kabur tentu tidak dapat melihat aura seseorang. Kerana pandangan yang suka melihat melalui aras belakang tetap membuat penilaian berbeza dan amat tidak menepati suasana. Meski pun pemimpin Negara seperti jawatan Perdana Menteri. Apatah lagi jawatan Speaker Dewan Undangan. Dari kacamata penulis pro pembangkang, hanya  seorang sahaja yang mempertikaikan "AURA".
 
 
Aura individu adalah anugerah dari yang Mahakuasa kepada mana-mana umatinnya. Jika yang bernasib tentu memperolehi jawatan yang maksima, dikatakan aura tadi menepati kepada diri seseorang itu sehinggakan dapat menjawat yang disandang sekarang.
 
 
Akhirnya rakyat dapat melihat kebenaran. Juga akhirnya rakyat menidakkan cetusan idea yang sememangnya beralaskan negatif selama-lama. Justeru itu rakyat tetap tidak setuju pandangan Kelapa Mawar, bahawa Yb Datuk Salleh yang seorang sahaja menyokong Dtk Musa, adalah diluar kotak kepimpinan.
 
 
Rakyat tetap tidak berganjak akan memberikan sokongan pada parti Barisan Nasional. Lantaran, rakyat tetap menganggap Yb Datuk Salleh mempunyai "AURA" yang menepati jawatannya atas anugerah yang Maha Pemberi, Maha Penentu dan yang Maha Berkuasa di dunia dan di akhirat.
 
 
Suara-suara sumbang penulis pro pembangkang menepati penilaiannya atas dasar melihat dari belakang.  Dari kacamata melalui jendela belakang, akan menjadi keutamaan penulis pro pembangkang sebagai pandangan realitinya.
 
 
Rakyat pun kekadang berkata, apa kelebihannya lontaran pandangan dan penilaian berdasarkan jendela dari belakang?. Mungkin dari jendela belakang jelas terpandang lakonan dalam tandas ada adegan drama hisap-hisap tebu. Rakyat tentu tertanya dalam hati, bahawa tebu yang dihisap punyai mempunyai "aura" ketebuannya yang menyerlah?.
 
   
Akan menjadi tidak wajar, jika Timbalan Pengerusi tidak berdiri teguh dibelakang Pengerusi. Hanya ingin berdiri sekadar memantau dan membantu, tidak lebih dari itu. Bukannya ambil peluang dari belakang.
 
 
Tidak bijaksana, jika parti yang ditaati, semua perjuangan yang didambai secara ikhhlas dan telus diketepikan. Lantaran melalui proses pembudayaan politik secara mesra kerakyatan. Melalui merakyatakan kemesraan, maka wajar selaku seorang pemimpin pilihan rakyat, seperti  Yb Datuk Salleh, tampilkan sokongan yang gah. 
 
 
Pendirian Yb Datuk Salleh yang segagah dengan pendirian Hang Jebat ini, adalah ikatan ukhuwah  dalam parti Barisan Nasional. Ini amat menyukarkan pihak pembangkang, termasuk para penulisnya seperti Kelapa Mawar untuk menembusi dinding-dinding kebal sokongan rakyat kepada Yab Datuk Musa. Selaku Pengerusi Barisan Nasional bersama Timbalannya Yb Datuk Salleh.
 
 
Menjadi kebanggaan rakyat seseorang yang mematuhi sistem parti, menjadikan satu suntikkan semangat yang mengentali sokongan terhadap Pengerusi, kerana ketiadaan Pengerusi, maka  Timbalan Pengerusi boleh memangku jawatan dan boleh menjalankan tugas-tugas Pengerusi. Konfom Perdana Menteri sudah merestui peralihan tugas-tugas ini bila sampai masanya.
 
  

No comments:

Post a Comment