Monday 10 September 2012

SELEPAS ANWAR BERSARA? DATUK LAJIM UKIM KETUA PEMBANGKANG. JIKA MENANG!


 
Tanda-tanda sokongan rakyat merosot dan menjunam, ini kerana, rakyat menyedari bahawa rangkaian pakatan seperti DAP menguasai minda ketua Umum PR. Dan manakala sekutunya PAS hanya sekadar  mampu melimparkan jelingan, tanpa suara juang, semangat juang terus melayang-layang bila Karpal membuka suaranya yang berbunyi langkah mayat dia dulu.
 
 
Semangat juang semakin tumpul dan bakal berkarat, lantaran itu, nawaitu Sdr Anwar untuk bersara awal tetap terkabul, bila mana pakatan kecundang dalam pru ke-13 ini. Oleh yang demikian, setelah Sdr Anwar bersara, tentu sekali bakal ketua pembangkang akan dipilih mestilah daripada negeri di bawah bayu.
 
 
Kriteria sebagai ketua pembangkang mestilah mempunyai kecekapan dan kepakaran. Kecekapan Pak Lajim Ukim ialah dari segi lompatan kataknya. Tidak boleh nafikan kepakaran beliau, sifat mudah melenting yang menguasai dirinya, beremosi yang menguasai kewarasannya, dapatlah Pak Lajim duduk sebagai ketua pembangkang, menggantikan Sdr Anwar yang terkabul impiannya untuk bersara dari arena politik kerana bakal partinya menghadapi kekalahan yang amat teruk semasa pru ke-13 ini.
 
 
Dapat dijangka bahawa tidak semudah Pak Lajim menang di parlimen Beaufort, bakal calon Barisan Nasional bukan calang calang, kerana beliau sudah lama turun ke padang. Beliau sudah sebati dengan rakyat Beaufort sebut saja namanya, semua rakyat di situ pasti amat mengkagumi beliau. Seorang ahli akademik dan berprofesi peguam, dan hari ini telah menduduki jawatan Pembantu Menteri, Yb Datuk Azizah. Kepimpinan beliau yang tak lapuk di hati rakyat, dan tak lekang di mata masyarakat, bakal memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional. Manakala calon pakatan Pak Lajim mungkin bakal tersungkur kalah di medan tempur di parlimen Beaufort.
 
 
Di Kota Belud : Semangat penyokong pakatan di Kota Belud sudah senyap sunyi, bilamana melihat dengan mata sendiri tentang sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Bilamana melihat lautan manusia datang berduyun duyun menyambut ketibaan pemimpin negara Yab DS Najib.
 
 
Anjuran rumpun USBO bertempat di  Kg Rampayan, telah banyak menyumbang semangat kesedaran. Rakyat telah menyedari bahawa tiada sebuah parti yang boleh memerintah negara secara harmoni dan sejahtera, tidak lain mesti parti Barisan Nasional.
 
 
Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Kota Belud, Yb Datuk Salleh sudah bersedia untuk bertempur dalam gelanggang pilihanraya ke 13 ini. Beliau dengan penuh azam dan konfiden bahawa parlimen serta tiga DUN di situ tetap dimenangi dengan majoriti yang memberangsangkan.
 
 
Begitu juga perasaan para penyokong di Kota Belud, diterjemahkan bahawa kunjungan PM ke Kota Belud adalah pertanda bahawa bakal Ketua Menteri, semestinya pemimpin berasal dari Daerah tersebut. Ujar salah seorang penyokong Barisan Nasional yang tidak mahu namanya disiarkan. 
 

No comments:

Post a Comment