Saturday 8 September 2012

RUMAH TERBUKA ANJURAN USBO DI KG RAMPAYAN MENDAPAT PUJIAN.

 
 
 
Demi kerana rumpun USBO yang di Presidenkan oleh YB Datuk Salleh, merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Sabah,atas  kejayaan yang tidak disangka-sangka, mendapat sambutan diluar jangkaan. Kejayaan yang jitu,  kerana mengadakan rumah terbuka di Kg Rampayan, adalah atas kerjasama semua rakyat di Kota Belud.
 
 
Demi kerana perjuangan Yb Datuk Salleh, memperlihatkan seorang pejuang yang berjiwa rakyat serta pilihan rakyat, maka anjuran rumah terbuka yang diperkatakan demikian, telah mendapat pujian dari semua lapisan rakyat, bukan setakat pujian dari mulut rakyat Sabah, malahan masyarakat semenanjung turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Yb Datuk Salleh merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri.
 
 
Rumah terbuka yang dihadiri oleh Yab PM serta isteri, bersama kabinet negeri Sabah, masih lagi disebut-sebut di mana-mana daerah di seluruh Sabah, khasnya penyokong Barisan Nasional di daerah tersebut.
 
 
Kejayaan untuk mengundang datang  semua lapisan masyarakat ke Kg Rampayan, mendapat perhatian semua pihak sepenuhnya, dan membuka minda Yab PM, bahawa Yb Datuk Salleh adalah sangat berpengaruh di Kota Belud khasnya.
 
 
Dengan melihat kehadiran lautan manusia yang datang berduyun-duyun untuk memberikan sokongan dan memeriahkan rumah terbuka tersebut, apakah PM akan berkata dalam hati, bahawa Dtk Salleh bakal Ketua Menteri Sabah?. Apakah benar hujahan Yb Datuk Salleh bahawa Kota Belud secara rasmi telah menjadi kubu kuat Barisan Nasional dan UMNO? Jawabannya dapat didengar selepas pru ke-13.
 
 
Tentu keberangkatan pulang Yab PM, tetap menyimpan seribu satu rahsia, konfom dalam hati PM  bahawa yang tersurat tetap tersirat. Keputusan yang tidak boleh dipertikaikan lagi, bahawa calon untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah, selepas pru ke-13, semestinya seorang pemimpin dari UMNO bahagian Kota Belud.
 
 
Rakyat Kota Belud perlu berbangga atas kejayaan rumah terbuka atas anjuran rumpun USBO. Para penulis politik Barisan Nasional dan penulis pro pembangkang perlu akui kejayaan ini. Pembangkang perlu akui juga tentang kekuatan penyokong BN di Kota Belud. Semua rakyat berpendapat bahawa atas karisma kepimpinan Ketua UMNO Bahagian, merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Sabah. Kerusi parlimen dan tiga Dun Di Kota Belud sudah diduga milik Barisan Nasional.







  

No comments:

Post a Comment