Friday 2 November 2012

AMARAN DATUK YAHAYA LAMPONG BUAT UMNO PARLIMEN 169 KOTA BELUD, TULISAN KELAPA MAWAR PRO PEMBANGKANG. RAKYAT AKAN KEKANG.


Tidak seindah yang diperkatakan oleh Kelapa Mawar. Tidak setepat yang diterjemahkan oleh Datuk Yahaya, bahawa parlimen Kota Belud bakal jatuh ke tangan pembangkang.Omongan kosong yang disuarakan oleh Kelapa Mawar  ini hanya tinggal kenangan.
 
 
 Nafas yang berdenyut hanya tinggal diperairan sungai tempasuk, terhanyut dibawa arus ke lautan, isu ini dimomokan dengan tolakan kental oleh rakyat,  jika tidak ditolak demikian rupa, mungkin bakal membisuli perasaan rakyat di parlimen 169 Kota Belud.
 
 
Kerana rakyat di Kota Belud lebih bijak berpolitik daripada Datuk Yahaya. Masyarakat Kota Belud lebih berbudi bahasa, serta bijak pandai  daripada hujah-hujah  yang ditulis oleh penulis pro pembangkang, ia itu sdr Kelapa Mawar.
 
 
Berkisar daripada politik Datuk Yahaya Lampong, yang sudah ditakuk jumud dan expired. Jika dicanang pun, bunyinya tidak semerdu lagi.Jika dibanding zamannya dulu. Bentuk apa sahaja pencanangan, disifatkan sudah retak menunggu belah dalam arena politik. Tidak lagi relevan rentak irama dan musiknya. Ditelinga rakyat terlalu sumbang, dan sukar bagi  Datuk Yahaya, untuk melangkah lebih jauh dalam arena politik.
 
 
Larian pantas Datuk Yahaya 100 meter dahulu, adalah tidak sama kepantasan larian hari ini. Musim dahulu Datuk Yahaya dapat capai 10 saat untuk 100 meter. Hari ini paling cepat larian Datuk Yahaya  dapat 15 minit untuk sampai ke penamat larian.
 
 
Sama cerita dengan sokongan rakyat. Dahulu jika disebut Nama Datuk Yahaya, rakyat Kota Belud berduyun-duyun menunggu kedatangan Datuk Yahaya. Tapi hari ini bila saja disebut nama Datuk Yahaya, rata-rata rakyat Kota Belud tidak ambil perduli. Tidak ambil kesah siapa sebenarnya Datuk Yahaya!  
 
 
Semacam nama Datuk Yahaya sudah lama terpadam di dalam hati. Terpadam dalam penglihatan rakyat. Bukan mengada-ngada.Tapi sebuah cerita dari rakyat, sah seperti yang ada.
 
 
Suara Datuk Yahaya yang sudah lama terbungkus dengan surat khabar lama, ditimbuni oleh habuk-habuk yang boleh mencemarkan kesihatan penyokong Barisan Nasional. Hari ini membuat ramalan yang  tidak serupa bikin dan tidak seindah yang digambarkan.
 
 
Setelah beliau didapati bersalah kerana politik wang, masa itu  UMNO Bahagian Tg Aru. Beliau terus menyepi mungkin bersembunyi di dalam gua yang tidak diketahui. Tiba tiba berdetik hati kecil beliau untuk ingin mencuba nasib bertanding di Bahagian Kota Belud. Tapi penyokong UMNO di situ masih tidak boleh menerima kepimpinan beliau. Akhirnya Datuk Yahaya gagal merebut jawatan Ketua UMNO bahagian. Mungkin kerana beliau gagal, bersebabkan rakyat sudah sedari kelapukan kepimpinan beliau. Dan tidak seharusnya beliau diterima dalam parti Barisan Nasional.
 
 
Kegagalan dalam percubaan untuk ingin menduduki bahagian. Mungkin kerana kepimpinan beliau expired dalam UMNO.   lalu rakyat menghukum beliau, dan tertolaklah beliau dalam barisan ahli ahli penyokong UMNO. 
 
 
Apakah, ada kepalsuan ramalan beliau, yang parlimen Kota Belud bakal ditawan oleh parti lawan? Sebenarnya suara Datuk Yahaya ini tidak ubah seperti anjing yang menyalak bukit. Parti barisan nasional tetap bakal duduk memerintah dalam negara untuk kali yang berterusan. Tidak siapa yang menyangkal Dun Usukan, Dan Tempasuk  dan Dun Kedamaian adalah sukar untuk digugat.
 
 
Buktinya dalam pru ke-13 ini. Marilah kita sama-sama menanti dan menunggu keputusan adalah ditangan rakyat.
 

No comments:

Post a Comment