Sunday 18 November 2012

TAMU BESAR KOTA BELUD SEMAKIN ADA UMMPPHHH : DISANGKAL PENDAPAT DATU TIGA BELAS..



Jika di Semporna dikenali dengan Regatta Lepa lepa. Di Beaufort begandang dan di Kota Belud TAMU BESAR. Membawa erti bahawa kesemua daerah daerah yang mengadakan pesta masing-masing tidaklah sebesar dengan daerah Kota Belud@Bukit.
 
 
Pengertian yang lain ialah, pesta di Kota Belud adalah yang terbesar, dari seluruh daerah daerah yang mengadakan pesta tahunan. Jenama TAMU BESAR ini masih berakar umbi dihati masyarakat setempat dan jadi sebutan semua lapisan masyarakat.
 
 
Jika diubah ke satu sebutan jenama baru, contohnya semio, rasanya daerah Kota Belud akan terkecil jenamanya. Saya risau sebutan akan tertukar kepada jenama yang dipanggil TAMU KECIL
 
 
Masyarakat Kota Belud perlu bangga, kerana istilah TAMU BESAR sudah dikenali sejak kerajaan British lagi. Dan hingga sekarang masyarakat seluruh malaysia, termasuk masyarakat luar negara pun sudah mengenali daerah Kota Belud. Kerana ada pesta yang dinamakan TAMU BESAR,
 
 
Apa yang saya perhatikan, beberapa acara perlu ditambah. Acara yang menggamit ramai pengunjung. Umpamnya pertukangan gasing dan pertandingan main gasing. Banyak lagi acara yang boleh dimasukkan. Dari masyarakat Iranun ada permainan RIDI, Ridi diperbuat dari sebatang bambu dan dipukul, sesiapa yang dapat memukulnya lebih jauh, maka dikira pemenang.
 
 
Satu nama lagi permainan KUBA. Permainan ini dibuat dari tempurung kelapa. Rasanya boleh juga menggamit pengunjung.Perlu kita suburi lagi budaya budaya lama yang sudah dilupakan. Dan pertandingan main tarik tandan kelapa. Tapi bukan kelapa mawar.
 
 
Jika penganjur pesta TAMU BESAR memberi peluang kepada semua suku kaum membina bangunan rumah budaya mereka. Sesuatu yang boleh dapat memeriahkan acara TAMU BESAR.
 
 
Kaum rungus, kaum dusun, bisaya beaufort, dari semporna kapal regatta dan murut dengan tempayan tradisi mereka juga dipamerkan. Saya yakin bertambah meriah lagi TAMU BESAR ini. Dan mesti bertambah lagi UMMPHHH.
 
 
Sudah kita fikirkan, nama TAMU BESAR yang diadakan setiap tahun perlu dikekalkan. Jika juga diubah, risau akan jadi TAMU KECIL. Masyarakat Kota Belud akan terpencil dimata masyarakat domestik dan luar negara, di masa akan datang. Sama sama kita fikirkan untuk kebaikan daerah Kota Belud. 

No comments:

Post a Comment