Sunday 18 November 2012

DI SANGKAL DUA AHLI PARLIMEN BN SABAH AKAN KELUAR DARI PARTI..


Kelazimannya, terjemahan digugur dan pengguguran bukan menjadi halangan meneruskan perjuangan untuk membela rakyat. Sekalipun tidak bergelar ahli politik, memungkinkan individu itu boleh memperjuangkan hak hak rakyat. Dan boleh membela rakyat yang memerlukan pembelaan.
  
 
Tulisan sangkatuduh kelapa mawar bertajuk " DUA LAGI AHLI PARLIMEN BN SABAH AKAN KELUAR " Tidak akan menjadi cerita hangat dalam minda penyokong BN. Melimpar katatuduh terhadap Yb Datuk Ghafur, yang diperkatakan bakal menjadi se ekor katak, tidak membawa makna langsung kepada ahli ahli UMNO Tawau.
 
 
Yb Dtk Ghafur yang cukup kebal mindanya sebagai ahli politik yang bertaraf, tidak memungkinkan semangat beliau mudah terkeliru. Tidak semudah itu, mudah dikaburi dengan kebendaan. Tidak semudah ditawarkan dengan jawatan-jawatan dalam kabinet. Beliau pernah menolak jawatan, bila ditawarkan sebagai pembantu Menteri Kewangan negeri masa lalu.  
 
 
Keacapankali bahasa mengatakan Datuk Ketua Bahagian itu, keluar parti, isu ini tidak akan menjadikan ahli UMNO Tawau gusar. Mereka sudah tabah menghadapi berita yang tidak sensasi lagi. Berita keluar parti dari UMNO, sudah lama kedengaran. Tapi hanya kedengaran sahaja. Pada hakikatnya tidak akan menjadi realitinya.
 
 
Yb Datuk ghafur yang dikatakan salah seorang yang berperanan mengembangkan sayap UMNO ke Sabah, tentu tidak akan lupa budi dan jasa UMNO kepada Yb Datuk Ghafur. Menjadi kemustahilan, jika Dtk Ghafur berhijrah ke perahu, dan tinggalkan ferry. Pendirian dan semangat kental sebagai ahli UMNO beliau, boleh dikatakan hidup dan mati mesti bersama-sama dengan UMNO.
 
 
 
Murahan tuduhsangka jika dikaitkan Sdr Yb Datuk Bung, kerana beliau tidak akan menjadi seekor katak yang kedua. Kekadang persepsi penulis politik, jarang boleh menguasai kebenaran. Tidak dinafikan penguasaan sang penulis hanya melihat pada kadar jarak jauhnya lautan, sedangkan kebenaran dibibir mata, pura-pura  tidak kelihatan.
 
 
Dtk Bung sebagai aktor terbaik di pentas parlimen, tetap mempertahankan gentlemanya sebagai insan bertaraf aktor yang diminati ramai, terutama peminatnya sebelah penyokong BN. Tentu tiada kemungkinan aktor terbaik ini turun dari kapal ferry besar dan berhijrah ke perahu kecil . Sedangkan penumpang dalam   perahu kecil itu, sudah bercakaran kerana tiada kesepakatan. Satu perkara lagi perahu kecil mereka banyak dilubangi dan dijuburi.  
 
 
Benda benda yang baik dikatakan tidak baik. Kelaziman sang penulis pandai memainkan kataputarnya, dan bijak lidahnya yang tidak bertulang itu melapazkan keindahan ungkapan melalui cyber. Dengan tujuan untuk pengliruan.  
 
 
Imbas kembali, mereka yang tidak dicalonkan pada tahun 2008, bukan pengguguran namanya. Ts Pandikar tidak dicalonkan kerana beliau bakal ditempatkan di dewan rakyat sebagai speaker. Manakala Yb Dtk Dr Salleh. kerana ada ura-ura tidak mempertahankan jawatan ketua bahagian.Ternyata beliau masa itu suka berehat dalam politik.
 
 
Namun setelah terbukti, beliau masih cukup berpengaruh. Beliau masih jadi pilihan rakyat di kubu kuatnya Usukan. Maka beliau bangun semula dan menjadi ketua bahagian. Kerana rakyat masih memilih beliau untuk jadi pemimpin di KotaBukit@Belud.  untuk selamanya. Kerana beliau adalah penyumbang kemenangan pada masa itu.
 
 
Majlis tertinggi perlu memikirkan kejayaan BN/UMNO Sabah pada pru ke-13 ini. Yb Dtk Dr Salleh wajar diberi tanggungjawab, berkeupayaan untuk menyeliakan perjalanan jentera pilihanraya BN, dan rakyat yakin kemenangan tetap memihak kepada Barisan Nasional.
 
 
Sama sama kita tunggu satu keputusan dari majlis tertinggi UMNO selepas selesainya persidangan UMNO di bulan November ini. 







  



No comments:

Post a Comment