Friday 16 November 2012

DUN USUKAN DAN TEMPASUK TERLALU SELESA UNTUK MENANG. DISANGKAL SEBAGAI DUN YANG KRITIKAL.


 
Kawan akrab saya berkata, analisis kelapa mawar tentang Dun Usukan dan Dun Tempasuk, diumpamakan seperti secawan kopi yang terhidang tanpa gula. Kawan saya itu seorang penyokong kuat parti Pakatan. Berpendapat, bahawa kelapa mawar mempunyai pandangan yang masih dalam kegelapan diarena politik.
 
 
Bicaranya melalui tulisan kelapa mawar bertajuk " TEMPASUK DAN USUKAN TERSENARAI SEBAGAI DUN PALING KRITIKAL BUAT BN ". Kawan saya mengibaratkannya sebagai hujah hujah diwaktu malam yang tidak ada cahaya rang bulan.
 
 
Hujahan konon Dun Sindumin, Klias, Lumadan, Pantai Manis, Sulaman, Usukan, Tempasuk, Petagas, Banggi dan Sekong adalah kiraan kritikal buat BN, adalah sesuatu jangkaan yang sekadar melepas batuk ditangga sahaja.
 
 
Kata kata manis yang diluahkan tanpa fakta, sukar untuk dapat menjuburi minda penyokong BN di semua Dun yang diperkatakan oleh sdr penulis pro pembangkang seperti kelapa mawar.
 
 
Kerusi KDM 14 dan Cina 10 kerusi, tetap dapat dipertahankan dari serangan pihak pembangkang. Presiden KDM dan parti MCA serta Parti Gerakan sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya ke-13 ini. Benteng kekuatan KDM dan masyarakat Cina sukar untuk digugat. Sukar untuk digertak. Mereka tetap bersama-sama dalam kerajaan BN. 
 
 
Pemimpin Pakatan akan rebah di bumi Sabah buat kali yang berterusan. Rakyat tidak akan menoleh isu isu yang dibangkitkan seperti " Jelapang Padi, Jalanraya BayPass Kota Belud, dan bekalan air bersih, kerana isu isu ini sudah mendapat penjelasan daripada pihak pihak yang berwajib. Dan rakyat sudah yakin dan percaya permasalahan demikian sebagai isu yang remeh temeh itu sentiasa dapat ditangani oleh pihak kerajaan BN selepas pru ke-13 ini.
 
 
SURAT KEBARANGKALIAN DARI KELAPA MAWAR SEKADAR CUBA MENJUBURI MINDA RAKYAT..
 
 
Penghayatan tentang tempoh memerintah hanya lima bulan, menampakkan advantage kemenangan mutlak kepada parti BN ternyata sudah ditapak tangan. Kerana DOSAI memilih tarikh setiap 16 September. Kedua tahun ini agak paling terlambat bagi DOSAI untuk menghampiri Bangunan Putrajaya. Kerana parti BN akan memilih tarikh  lebih awal daripada Pakatan, BN kembali semula menduduki Putrajaya sebelum bulan may 2013.Manakala Pakatan memilih tarikh 16 September, agak jauh lagi dalam pelayaran diperairan lautan Israel. Justeru, tiada rakyat malaysia yang sanggup menunggu. Tiada yang sanggup lagi bersama parti pakatan. Kerana dalam Pakatan pun sudah tidak lagi berpakat-pakat.
 
 
Kerusi 15 asas kekuatan UMNO  tetap sukar dirampas oleh pihak pembangkang. Manakala 14 kerusi untuk KDM dan 10 untuk Cina, masih tinggal ikan yang dipanggang Pakatan itu terlalu jauh dari api. Meskipun beberapa pengapi-apian dari kelapa mawar. Namun rakyat sukar untuk dibisuli oleh suara-suara kelapa mawar.
 
 
Tidak sampai satu penggal duduk sebagai Ketua Bahagian, Yb Datuk DR Salleh Tun Said, sudah siapsiaga untuk menghadapi pilihanraya ke-13.
 
 
Kini Yb Datuk DR Salleh sebagai Speaker Dewan, merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, sudah lama bersedia untuk menerajui UMNO Sabah, jika Majlis Tertinggi memberikan tugas-tugas serta tangungjawab semasa pru ke-13 ini. Beliau pastikan fixed deposit yang dilaung-laungkan tetap terlaksana untuk Barisan Nasional meraihkan majoriti 2/3 di parlimen.
 
 
Sama sama kita tunggu, kerana penentuan adalah ditangan rakyat. 


  



  

No comments:

Post a Comment