Monday 29 October 2012

SDR. BALANTING EROM, IPAR DTK SALLEH DIKATAKAN MENYERTAI PKR, PENYERTAAN INI TIDAK MENGHAKISKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA BARISAN NASIONAL.


 
Sekadar sebagai Ipar sahaja. Hak menyokong kepada pemimpin berbeza. Begitu juga naluri untuk menyertai mana-mana parti adalah terpulang kepada individu,  Ini bermakna penyertaan Sdr Balanting Erom bukan menjadi masalah kepada parti. Dan ini juga tidak menimbulkan keraguan serta kebimbangan dihati rakyat.
 
 
Sokongan rakyat kepada parti Barisan Nasional tidak akan terhakis. Rakyat sentiasa menjadi pendokong kepada pemimpin. Rakyat tidak lagi boleh dipesongkan oleh pihak pembangkang. Dakyah-dakyah pembangkang tidak boleh meracuni perasaan rakyat. Rakyat sudah lebih tahu, mengenai percaturan politik pihak pembangkang.
 
 
 
Sedikit masa dulu Kakak kandung kepada Yb Datuk Salleh, pernah  menyertai PKR. Dan beliau juga berjawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Penyertaan demikian tidak membawa kekuatan kepada parti pembangkang.
 
 
 Akhirnya penyertaan beliau tempoh hari sebagai usaha yang tersia-sia. Rakyat tidak memberikan sokongan yang kental. Beliau ditewaskan oleh Datuk Jainab di DUN Karambunai. Ini bermakna penyertaan beliau, sedikitpun tidak  membawa terjemahan kemenangan, sebaliknya memberikan kekalahan teruk kepada parti pembangkang di Sabah. 
 
 
 
Penyertaan sdr Balanting Erom adalah haknya, soal remeh-temeh ini menjadi satu keputusan beliau untuk memilih parti yang beracuankan kaca, maupun parti yang berpermatakan intan. sebagai rakyat Malaysia, bebas untuk membawa diri dalam usaha memilih keahlian dalam menjadi ahli kepada sesebuah parti. Inilah namanya demokrasi berparlimen. 
 
 
 
Nama-nama pemimpin yang Kelapa Mawar sebutkan dalam blog yang bertajuk " Balanting menyertai PKR " seperti Datuk Monggoh, Sdr Mohd Fairuz Bandar dan Sylvester, bukannya pemimpin yang popular dikalangan rakyat. Inilah yang dikatakan tiada rotan maka pemimpin pembangkang guna juga akar sebagai pemimpin untuk mendapatkan sokongan.
 
 
Di fahamkan bahawa nama nama yang disebutkan oleh Kelapa Mawar itu, tidak semua boleh mendekati rakyat yang berketurunan Lotud. Kerana masyarakat Lotud sudah lebih maju dan minda mereka tidak semudah itu menerima dakyah pembangkang. Parlimen Tuaran tetap masih dalam genggaman Barisan Nasional. Ujar salah seorang penyokong UMNO di Tuaran. 




 


.

Friday 26 October 2012

SUDAHKAH DTK LAJIM BERSEDIA SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG? ANWAR BERSARA DALAM ARENA POLITIK KERANA GAGAL KE PUTRAJAYA..

 
 
Parti pembangkang tetap kempunan untuk menawan putrajaya. Tarikh pilihan pembangkang 16 september mengundang kekalahan teruk pada parti pembangkang. Sebelum bulan mac 2013, kerajaan akan umumkan untuk mengadakan pilihanraya ke 13.
 
 
Dua tahun yang berlalu, pembangkang war-warkan, bahawa setiap 16 september, mereka akan tawan putrajaya. Rupanya mereka tawan taman bunga putrajaya. Akhirnya rakyat bertanya, sudah kah Dtk Lajim bersedia sebagai Ketua pembangkang? menggantikan Anwar, kerana pakatan gagal menjejak kakinya untuk cuba menawan putrajaya. Kerana Anwar berniat akan bersara dalam arena politik. Dan impiannya bakal tertunai bagi pru ke-13.
 
 
Perdana Menteri DS Najib, bakal angkat sumpah di istana bagi lantikkan Perdana Menteri Malaysia semula. Kemenangan parti BN sukar untuk disangkal lagi. Bila mana Sabah dan Sarawak bakal menjadi penjaring terbanyak, untuk memungut mata kemenangan pendahuluan kepada parti Barisan Nasional dalam pru ke-13 ini. Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Pulau Pinang tetap diperintah oleh Barisan Nasional.
 
 
Rakyat berpendapat. negara bakal hancur jika parti lain yang memerintah. Jika di bawah pakatan, sedangkan pakatan saban hari sentiasa tidak bersepakatan. Jika pemimpin yang tidak dapat duduk untuk berpakat, tentu negara tidak boleh diperintah oleh pemimpin yang tidak mempunyai pengalaman luas dalam pemerintahan.
 
 
Bila ditanya pengalaman Karpal Singh sebagai Menteri? Rakyat belum boleh jawab secara pasti jawabannya tidak pasti. Bila di tanya Nik Aziz?hanya boleh dijawab pengalaman hanya ditangga Menteri Besar sahaja. Begitu juga Abdul Hadi Awang. jawaban yang tepat pengalaman mantan Menteri Besar.
 
 
Siapa perlu ditanya? Paling tidak rakyat tanya Ketua UMUM pakatan. Bila ditanya seberapa banyak pertanyaan. Jawaban yang diperolehi tidak tepat. Keranan DOSAI gagal menghabiskan kursus jawatannya diperingkat Timbalan Perdana Menteri. 
 
 
Rakyat akan bertanya lagi?  Selain dari DOSAI siapa lagi yang boleh diharap untuk memerintah negara?. Dari parti pembangkang seorang pun tiada yang berkelayakan. Justeru, rakyat perlu berhati-hati untuk memilih bakal pemimpin negara.
 
 
Soalan tadi perlu disambung lagi dengan pertanyaan siapa lagi boleh menerajui kerajaan? Jawaban kepada rakyat ialah parti Barisan Nasional sahaja, boleh menjaga keamanan negara. DS Najib sahaja boleh  dipertanggungjawabkan untuk kesejahteraan rakyat malaysia.
 
 
Pengalaman DS Najib sebagai pemimpin setakat ini, sukar disangkal kerana karismanya sentiasa menyerlah. Bermula sebagai Menteri Besar Pahang. Naik pangkat sebagai Menteri Persekutuan. Lantaran beliau diberikan peranan sebagai Timbalan Perdana Menteri, atas alasan kredibiliti yang bertepatan. Dan hari ini sudah lulus sebagai Perdana Menteri, atas pilihan rakyat Malaysia. Untuk bangsa dan agama yang tercinta.
 
 
Di bumi di bawah bayu. Rakyat bertanya sudah kah Yb Datuk Salleh bersedia untuk meneruskan tugas sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah?. Rata rata rakyat menyuarakan harapan mereka supaya Yb Datuk Salleh diberi peranan untuk menerajui UMNO Sabah.
 
 
Sudah kah Yb Datuk Salleh bersedia jika dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah? Memang rakyat sudah lama impikan agar Yb Datuk Salleh bakal meneruskan perjuangannya yang terputus kerana masalah teknikal penggiliran.  

Wednesday 17 October 2012

BARISAN NASIONAL TETAP KUKUH DAN UNGGUL MENGHADAPI PRU KE-13- KERANA KEKERAPAN DS NAJIB MELAWAT SABAH.


 
Begitu nyaring suara-suara berkumandang di kedai-kedai kopi, sama juga suara-suara dari kampung-kampung, masih kedengaran, bahawa  kekerapan Perdana Menteri melawat Sabah, membolehkan sokongan rakyat semakin kukuh. Pertanda Barisan Nasional bakal memerintah semula,semakin tidak boleh disangkal lagi.
 
 
Bermula dengan janji yang bakal ditepati menjadi realiti. Kerana tahun depan, bakal menyaksikan peruntukkan yang unggul untuk Sabah. Dari mulut Perdana Menteri terpantul pengumuman peruntukkan sebanyak 2.98 Billion untuk rakyat Sabah.
 
 
Seorang ahli perniagaan yang kian meningkat, Sdri Rossni Abdullah, berpendapat, bahawa pengumuman yang begitu gah dari mulut seorang pemimpin nombor satu negara, merupakan janji Kerajaan Barisan Nasional yang tetap memenangi hati rakyat. Manakala rakyat sentiasa memberikan kerjasama kepada Kerajaan Barisan Nasional. untuk itu BN terus berkhidmat kepada rakyat jelata. Diambilkira, bahawa  parti Barisan Nasional lebih berupaya untuk menghadapi pru ke-13 ini, dengan begitu cemerlang.
 
 
Isu yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang, sudah dapat dikekang. Isu merampas hak rakyat sabah, sudah terjawab, dalam ucapan Perdana Menteri semasa kunjungan beliau di daerah Penampang serta kunjungan ke daerah Kundasang minggu lepas.
 
 
Dalam ucapan Perdana Menteri, bahawa beliau yang sudah memberikan persetujuan untuk projek jalan pintas dari Kudat, Kota Marudu yang terus ke Tuaran, serta kompleks Kastam dan Imigresen yang terletak di utara Sabah, bakal menyaksikan lagi janji Kerajaan Barisan Nasional tetap ditepati untuk tahun depan.
 
 
Berita yang hangat dibualkan masa kini, ialah tentang pertukaran Pengerusi-Pengerusi UMNO Negeri. Di khabarkan setiap Timbalan Pengerusi bakal diberi tanggungjawab untuk dilantik ke jawatan Pengerusi UMNO Negeri. Presiden parti mempunyai kuasa mutlak bagi melantik Pengerusi-Pengerusi, jika negeri-negeri itu memerlukan. Di Sabah tetap tidak terkecuali untuk melantik seorang Pengerusi UMNO Negeri yang baru. Di katakan Sabah sudah sampai masanya, kerana dua penggal sudah mencukupi seseorang itu bagi menunjangi UMNO Sabah. 
 
 
Di Sabah terdapat suara suara yang tidak berhenti untuk menyatakan bahawa rakyat Sabah memerlukan seorang muka baru dapat dilantik sebagai Pengerusi UMNO negeri. Suara-suara ini masih kedengaran, di kedai-kedai kopi dan di pejabat-pejabat Kerajaan. Mereka juga masih memperkatakan isu yang sama.
 
 
Gandingan akrab dalam Badan Perhubungan Negeri, Yab Datuk Musa dan dibantu oleh Yb Dtk Salleh, semakin meyakinkan kepada rakyat bahawa Barisan Nasional/UMNO, boleh mendapat kekuatan yang luar biasa, tapi jika Yb datuk Salleh diberi peranan sebagai Pengerusi UMNO Sabah menggantikan Datuk Musa. Maka kemenangan yang lagi menyerlah, tetap tidak boleh dipertikaikan lagi.  Fixed deposit kepada BN sukar untuk dinafikan. Dan  semangat juang pembangkang tetap dipatahkan.
 
 
Pru ke-13 mendatang, penyokong Barisan Nasional di Kota Belud tetap dengan semangat kental akan berjuang.Harapan calon-calon BN terdiri daripada muka-muka yang tetap menang.
 


   

Sunday 7 October 2012

YAB DS NAJIB KE SABAH TANDA MEMBAWA RAHMAT. DISANGKAL ADA PETANDA PERGOLAKAN DALAMAN BN.


 
Kelapa  Mawar, penulis pro pembangkang, yang suka bermindakan negatif, kerana lawatan DS Najib ke Sabah diterjemahkan satu pergolakan politik dalaman Barisan Nasional. Walhal tidak wujud hal, hanya persepsi penulis ini sendiri. Jika lawatan Perdana Menteri ke negeri-negeri secara kekerapan, dari sudut positif, sesuai diterjemahkan bahawa Perdana Menteri itu, amat sayang kepada rakyat Sabah.
 
 
Dari sudut cara kupasan penulisan sdrku Kelapa Mawar, terdapat rasa kurang disenanagi wujud dalam benak sdrku Kelapa Mawar terhadap DS Najib. Dari sudut titik sentuhan, ada rasa, bahawa kenapa harus wujudkan kurang menyenangi terhadap Perdana Menteri? Beberapa persepsi ini masih berlegar-legar dalam kepala saya untuk mencari jawaban. Masih belum terjawab. Justeru itu, saya tinggalkan titik tanda tanya ini kepada rakyat Sabah. Biarlah rakyat yang berusaha untuk mencari jawaban.
 
 
Persoalan tentang hilang sokongan yang ditulis oleh sdrku Kelapa Mawar terhadap Ketua Menteri  Sabah. Perlu saya ulangi di sini, soalan yang mana satu hilang sokongan terhadap Ketua Menteri. Dan yang kedua hilang sokongan terhadap Musa Aman. Dan yang ketiga hilang sokongan terhadap Pengerusi badan Perhubungan UMNO Sabah. 
 
 
Jika dikaji secara ilmiah, tidak akan wujud rasa kurang senang terhadap Dtk Musa Aman. dan jika dikaji serta dianalisis,tiada bebayang menyimpan rasa dendam  terhadap Ketua Menteri. Jika ditayang pita vedio, bahawa  AJK badan perhubungan, sentiasa duduk bermesyuarat, disimpulkan bahawa tidak wujud hilang sokongan terhadap Pengerusi. Di simpulkan bahawa tiada pergolakan wujud dalaman Barisan Nasional di Sabah.
 
 
Dalam artikel Kelapa Mawar yang suka dan berminat kaitkan Altantuya terhadap DS Najib, satu pertanda bahawa sdrku Kelapa Mawar masih menaruh dendam terhadap Perdana Menteri. Dengan dendam kesumat ini, maka Kelapa Mawar hilang kawalan dalam penulisan. Jika dikaji secara budaya, tidak perlu dikaitkan Altantuya dengan Perdana Menteri, kerana sudah cukup jelas, pertuduhan itu tiada bukti yang disabitkan. Berita ini sengaja digembar-gemburkan oleh pemimpin pembangkang, serta kuncu-kuncunya, ini  termasuk penulis pro pembangkang.
 
 
Dalam pembudayaan tulisan, para penulis pro parti Barisan Nasional, tidak terdapat dalam tulisan mereka menanam rasa dendam terhadap pembangkang. Dan jarang kita terbaca mereka menulis dengan mengaitkan perkataan ALJUBURI. Disimpulkan bahawa penulis pro Barisan Nasional lebih berbudaya daripada penulis pro pembangkang. Justeru itu, sebaiknya penulis pro pembangkang beralih angin. Pintu gerbang BN masih terbuka untuk para penulis pro pembangkang masuk bersama-sama untuk memajukan negara yang tercinta.
 
 
Sewajarnya, sebagai Perdana Menteri mesti sayang kepada semua kaum di Sabah. Kaum Kadazan dan Murut perlu dibalas budi mereka dengan kekerapan buat lawatan ke tempat mereka. Dalam semua Perdana Menteri hanya DS Najib yang sentiasa turun ke padang, khusus padang bola kadazan dan murut. Apa pula persepsi kaum kadazan dan murut jika Perdana Menteri melawat ke satu daerah sahaja. tentu persepsi negatif lebih menguasai positif.
 
 
Dengan kekerapan PM buat lawatan ke Sabah, wujud juga persefahaman yang lebih kental dikalangan pemimpin Barisan Nasional serta para penyokong. Wujud sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap Barisan Nasional. Akhirnya BN dengan mudah dapat membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil kerana majoriti 2/3 sudah dalam genggaman.  
 
  




 

DATUK SALLEH DI AWALANYA BERCAKAP BENAR. TERBUKTI BENAR DIPENGHUJUNGNYA


 
Berhujah dalam politik bukan penafian. Penghujaan pada kebenaran, kerana bercakap benar, tidak boleh disangkal. Ini kerana di awalannya tetap bicara benar. Di penghujungnya terbukti pembicaranya yang berfakta adalah benar. Pemimpin yang berkarisma tidak akan memutarbelitkan lidahnya. Inilah dinamakan seorang pemimpin cukup berkarisma.
 
 
Wakil rakyat yang pandai bermain lidah, di depan rakyat mengeluarkan nada-nada pembelaan malahan semua aspek  tentu manis serti lebah yang tidak memilih untuk diraba-raba. Maka inilah pemimpin yang berjuang untuk kepentingan peribadi. Bukan berjuang bagi kepentingan rakyat. Inilah yang dikatakan pemimpin yang suka berjanji untuk mendapat bulan. Justeru itu, rakyat jangan mudah untuk dapat dipengaruhi oleh pembangkang. Begitu juga para blog pembangkang.
 
 
Saya setuju dengan nada suara Kelapa Mawar, bahawa Dtk Salleh berhujah dengan asas serta kebenaran. Pengumpamaan Kelapa Mawar ini merupakan suara dari rakyat yang tetap memilih Dtk Salleh di DUN Usukan. Pengumpamaan ini juga menekankan bahawa Dtk Salleh semasa menduduki jawatan Ketua Menteri adalah tidak mencukupi penggal untuk merintis kemajuan di Usukan serta di bumi yang berjelapang padi Kota Belud. Kerana masalah penggiliran.
 
 
Saya menyangkal pendapat sdr Kelapa Mawar, dalam artikel yang tersiar bahawa sepanjang Dtk Salleh berjawatan Ketua Menteri, keadaan frasarana di Dun Usukan tidak mengoptimumkan keadaan dan pembangunan di situ. Pada masa yang sama, Kekerapan bertukar jawatan yang silih berganti amat mencabar dalam pentadbiran negeri.
 
 
Di awalan hujah sdr Kelapa Mawar telah menggariskan ungkapkan persetujuan, kerana  tidak semua perkampungan yang disebutkan di landa kemunduran. Perlu disedari secara kesedaran bahawa dalam masa menduduki kerusi yang berjawatan sebagai Ketua Menteri, tidak semudah secara titik sentuhan untuk mempercepatkan kemajuan kepada rakyat. Dalam waktu penggiliran bertujuan  hanya untuk kestabilan politik bagi menyatupadukan semua kaum. Ini kerana parti seperti PBS masih di puja dan dipuji oleh masyarakat luar bandar.  
 
 
Daripada 40 buah kampung yang diwar-war terpinggi. Sebenarnya hanya dari sudut pandangan mata kasar Kelapa Mawar. Hanyalah beberapa kampung di Usukan yang masih terpencil. Masih dalam proses untuk melaksanakan  pembangunan. Dan soal kemiskinan, keterpinggiran bukan sahaja di Daerah Kota Belud, malahan di Semenanjung dan Sarawak tidak terkecuali, daripadaa kelembaban kemajuan.
 
 
Mengharapkan sinar, akhirnya ditelan kabus. Kerana sistem penggiliran itu tidak memberi ruang yang mencukupi. Namun kelebihan pada Yb Datuk Salleh ialah kerana turun ke bawah dan membuka kaunter dengan tujuan mengenalpasti rakyat yang berkemunduran dari prasarana serta kemajuan.
 
 
Apakah? Ketua Menteri turun untuk jumpa rakyat melalui kaunter, terus diamalkan selepas parti barisan Nasional menang akan datang ini. Mungkin juga akan buka kaunter seluruh Sabah. Mungkin juga  dapat direalisasikan oleh Yb Datuk Salleh, di masa akan datang selepas pilihanraya.
 
Jika Kelapa Mawar guna balas budiyang dihujahkan terus terpinggir.  beberapa





Tidak akan berganjak kepada kebenaran. Penghujaan

Wednesday 3 October 2012

MENGULAS ARTIKEL KELAPA MAWAR : AKAN BERSABOTAJ ATAU DISABOTAJKAN CALON BARISAN NASIONAL.


Tun Dr Mahathir, mantan Perdan Menteri, mengakui pru ke-13, Barisan Nasional boleh menjaring kemenangan lebih 2/3 majoriti, jika tiada unsur-unsur bersabotaj dan calon tidak disabotajkan.
 
 
Mentepati ramalan ini, maka dianggapkira, bahawa pengaruh peribadi pemimpin akan lebih menguatkan sokongan kepada calon yang bertanding. Di banding penggunaan wang ringgit. Pengaruh pemimpin akan memberikan laluan yang mudah untuk menamatkan perlawanan yang tetap memberikan kemenangan secara pukulan "back strok" kepada calon Barisan Nasional. Walau pun ada onak dan duri untuk dilalui. Namun sokongan rakyat, kepada parti tetap tidak boleh dihalang.
 
 
Selayang pandang yang diatur fikirkan oleh Kelapa Mawar " BERPOTENSI KAH PHAKARUDIN BIAN CALON DI DUN TEMPASUK ". Agak-agaknya  boleh diterima ramai, sebagai calon yang berpotensi. Boleh diakui sebagai calon termuda, calon yang dikategorikan pemimpin pelapis yang menyerlah dipersada kepimpinan dalam  daerah Kota Belud dewasa ini.     
 
 
Bicara dari sudut kemampuan Barisan Nasional bakal bermajoritikan lebih 2/3. Anggapan ini mesti menjadi kenyataan. Rakyat Sabah sudah sedia maklum kejayaan ini. Kerana rakyat Sabah tidak akan berganjak di pintu gerbang UMNO. Ahli ahli sudah gembelingkan kekuatan terlebih dahulu, dan atas kesepakatan yang tegar kini, maka  faktor parti yang diberi sokongan. Bukannya sokongan itu kerana faktor calon. Dengan demikian tanggapan penulis Kelapa Mawar tidak sewajarnya diterima bulat-bulat.
 
 
Segala penterjemahan Kelapa Mawar dalam artikel itu, hanya ingin mencuba mewarnai dan memisung rakyat di Kota Belud. Namun, segala yang dilontarkan melalui artikel tersebut, sekadar menepuk air di dulang, akhirnya  " terpercik ke muka sendiri ".
 
 
Dalam artikel Kelapa Mawar yang dipostkan bertajuk " BERPOTENSIKAH PHAKARUDIN BIAN " Bukan sahaja kebenaran, pada ilham DSP Datuk Salleh, Presiden USBO dan TS Pandikar, Timbalan Presiden USBO. Malahan jika benarlah pencalonan sdr Phakarudin di DUN  Tempasuk. Rakyat akan tadahkan nyiru,  selain tapak tangan rakyat di DUN tersebut.
 
 
Memunculkan calon pelapis, adalah wajar. dan kini masanya sudah sampai untuk tampilkan calon-calon pelapis. Jika tidak ditampilkan sekarang, agak sukar untuk mencari pelapis di masa kan datang.
 
 
Apa kah rakyat Kota Belud meragui calon yang bernama Phakar?keraguan tidak timbul kerana beliau berkemampuan untuk menjalankan tanggungjwab kepada rakyat. Begitu juga jika dikira-kira dari aspek sokongan, beliau dikatakan  sudah mendapat lampu hijau daripada pemimpin Bahagian. Tambahan  rakyat sudah merestui pengekalan sebagai calon pru ke-13 akan datang.
 
 
Dari sudut nama pun amat sesuai. Kerana nama sahaja pun sudah menunjukkan " PAKAR " Rakyat tidak merasa sangsi, kerana Sdr Phakarudin sentiasa berjiwa rakyat.   Dengar khabar sdr Phakarudin sentiasa menghulur bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
 
 
Jika ini menjadi kenyataan, BN tetap dijulang, penyokong gembira bertapuk tangan, kerana  terealisasi calon muda sebagai pelapis, atas pilihan dua orang tokoh dari bumi Kota Belud.
 
 
Bercakap di DUN Usukan. Yb DSP Salleh, yang disebut-sebut oleh rakyat. Desas desus beliau  sudah mendapat restu dari Pucuk Pimpinan Barisan Nasional. Terkini hanya menunggu lampu hijau  untuk naik ke satu tangga dalam UMNO Sabah. Ada ura-ura bahawa semua pengerusi-pengerusi negeri akan dirombak tidak lama lagi.  Justeru, setiap timbalan pengerusi bakal diberi peluang untuk dilantik sebagai pengerusi negeri.
 
 
Memperkatakan muka baru dalam pru ke-13 ini, tidak akan menjadi topik besar. Malahan memperketengahkan calon bermuka baru,  adalah wajar untuk memantapkan sokongan untuk parti BN. Pemimpin politik veteran yang tersohor Yb DSP Salleh dan Yb TS Pandikar,tidak akan menghalangi pemilihan tersebut. Mereka ingin melihat  kayuhan untuk melajukan perahu BN., agar sampai ke distinasi yang dituju, adalah dorongan pemimpin kanan USBO tersebut.
 
 
Rakyat Kota Belud sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya ke -13. UMNO Bahagian sudah acapkali  mengadakan perjumpaan bagi membincangkan susunatur strateji,dan perlaksanaan jentera pilihanraya bakal diadakan dari sekarang.