Friday 31 August 2012

SETIA KAWAN BN DALAM MEMUPUK KEAKRABAN YDP DAN PM., DEMI NASIB RAKYAT KOTA BELUD..





Dilihat dari aspek keberjayaan rakyat, yang setia kepada Barisan Nasional. Diteropong dari sudut keberkesanan Perdana Menteri, yang turun ke padang berjumpa dengan rakyat Kota Belud pada 02 September ini. Tandanya satu penghormatan kepada YDP., kerana banyak berjasa kepada Kerajaan sewaktu-waktu Parlimen bersidang.
 
 
Majlis rumah terbuka ini usah dipolitikkan, para penulis politik diminta tidak memandang sebelah mata, tentang rumah terbuka ini.  Para penulis perlu melihat bahawa kunjungan PM ke Kg Rampayan adalah tanda penghormatan kepada rakyat Kota Belud, dan bukannya semata-mata YDP.
 
 
Usah memandang serong kepada majlis rumah terbuka ini, kerana memilih rumah YDP sebagai tempat bersua-muka dengan masyarakat Kota Belud. Majlis rumah terbuka ini, boleh dihadiri oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan Agama. Cuma bezanya majlis rumah terbuka ini, bakal dihadiri oleh pemimpin nombor satu dalam Negara. Ia itu Yab DS Najib, Perdana Menteri.
 
 
Blog kelapa mawar menanggapi, bahawa kunjungan PM ke rumah YDP, pada sebenarnya, tidak bertujuan untuk memujuk PM. Pada khabar angin yang meniup memang dilihat satu pujukkan. Tapi perlu ditafsirkan secara minda yang terbuka, dan bukan bermindakan kedangkalan. 
 
 
Majlis rumah terbuka ini, hanyalah sekadar mendendangkan lagu-lagu perpaduan, lagu-lagu cintakan tanah air, dan lagu-lagu taat setia kepada pemimpin persekutuan. Tidak timbul ada tanggapan cuba dipolitikkan.
 
 
Kemungkinan anggapan penulis kelapa mawar konon keberjayaan menjemput Perdana Menteri ke rumah YDP adalah satu desakkan untuk memimpikan jawatan Ketua menteri?. Pada realitinya hanyalah sekadar tanggapan yang berupa angan-angan atau mimpi disiang hari oleh penulis.
 
 
Masih terlalu jauh " sang  panggang dari api ", jika melihat jemputan dan kunjungan PM itu sesuatu penafsiran yang dikira seperti " ada  udang disebalik batu ".  Cukup jelas serta dikira-kira hanyalah ulasan yang terapung-apung di awan biru, tanpa rujukkan yang berfakta.
 
 
Huraian kata sekadar untuk mengaburi mata rakyat, dengan tujuan perpecahan bakal terwujud, pada masa yang sama, pihak pembangkang dengan tawanya  menyusup masuk ke celah-celah peha rakyat, secara iringan dengan jelingan yang memfokuskan belakang rakyat. Lantaran itu, kesengajaan ini dicipta dengan tujuan cuba memecahbelahkan  anggota  Barisan Nasional.
 
 
Presiden Parti UMNO mempunyai kata-putus, dalam usaha memberikan keputusan, PM tidak akan tergelojoh untuk buat keputusan secara sendiri-sendiri. Kerana PM  perlu  meletakkan kepentingan rakyat daripada kepentingan atur-tarbiyah, ini kerana menjaga kepentigan parti serta kepentingan rakyat. PM sentiasa memerhati dengan penuh kehati-hatian terhadap apa juga usaha untuk merubah keadaan dalam penggantian jawatan di Negeri-Negeri dibawah Kerajaan Barisan Nasional.
 
 
Sistem bertrendkan tarbiyah UMNO, sentiasa  diamalkan sejak memerintah, perubahan jawatan, perlu dibahas dari akar umbi, Presiden parti perlu dengar terlebih dahulu dari  semua penyokong parti. Presiden Parti tidak akan membelakangi pandangan ahli-ahli sejagat. Dengan cara ketelusan ini, rakyat terus memilih UMNO/Barisan Nasional  untuk memerintah negara sejak dahulu dan akan datang.
 
 
Majlis perpaduan sempena hari  aidil-fitri yang mulia ini, tidak menggambarkan wujud permusuhan dalam arena politik. Sebagaimana yang ditekankan oleh kelapa mawar. Tidak wajar berpersepsikan negatif, tidak bijak, jika pada sebenarnya tujuan majlis ini  semata-mata ingin menampilkan adik kandung YDP.,
 
 
Tiada tujuan untuk sisipkan sebuah permintaan kepada pucuk pimpinan. Pucuk pimpinan sudah ada senarai, untuk bakal  disenaraikan sebagai calon di Dun Tempasuk ?.  
 
 
Dalam air muka rakyat Kota Belud, saya terbaca bahawa rakyat sukar untuk memberikan sokongan, jika adik YDP pula yang ada tempat bagi menghadapi bagi pru ke-13. Sebab rakyat di situ tidak mahu adanya trend dinasti Pandikar.  Kemungkinan besar rakyat Kota Belud belum menerima aspek dinasti diketengahkan, atau diamalkan di Parlimen Kota Belud.
 
 
Sebarang reaksi, UMNO bahagian, sudah tentu bersiap sedia untuk menghadapiu pru ke-13. Ketua bahagian Yb Dtk Salleh, diramal akan membuat kejutan, samada memilih mengekalkan calon Dun Tempasuk sekarang ini, atau bakal calon terdiri dari muka baru.
 
 
Tiada yang tahu, kerana  dalam benak Ketua bahagian, sudah tentu tersimpan nama-nama  calon yang bakal dihantar untuk pertimbangan pucuk pimpinan. Persoalannya apakah denyutan nadi rakyat di Kota Belud, bakal mengalir dan menempias kepada Ketua Bahagian merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri. Atau apakah Speaker Dewan Rakyat boleh diturunkan ke Negeri kerana semata-mata untuk jawatan Ketua Menteri? Sedangkan YDP belum ada jawatan diperingkat bahagian dan negeri.
 
 
 
Apa kah pucuk pimpinan mengenepikan begitu sahaja, Yb Dtk Salleh yang berjawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan. Beliau yang banyak menaburkan jasa kepada rakyat. Beliau telah memenangi kerusi pertama di bumi Sabah, sehingga UMNO telah bertapak di Usukan. Hingga kini Usukan adalah kubu kuat UMNO.
 
 
Adalah tidak berwajaran,  jika Yb Dtk Salleh tidak diberi peluang dengan jawatan Ketua menteri Sabah akan datang. Inilah titik persoalan yang perlu rakyat fikirkan bersama. Rakyat sahaja yang dapat tentukan, kerana Kerajaan Barisan Nasional tetap akan memegang pemerintahan semula.     
 
 
Rakyat tidak perlu gusar, tentang siapa bakal Ketua Menteri Sabah. Setakat ini Yab Dtk Musa masih releven untuk meneruskan tugasnya kepada rakyat. Rakyat tidak perlu goyah, kerana Dtk Salleh tetap membantu untuk mentarbiyah Sabah dengan penuh didikasi, penuh keharmonian  untuk kebaikan rakyat.  

 











No comments:

Post a Comment