Sunday 20 January 2013

DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH TUN SAID WAJAR DIBERI PELUANG UNTUK MEMIMPIN MASYARAKAT KOTA BELUD.


 
Dari sudut pandangan rakyat. Kaca mata penganalisis politik juga, seirama berlagu dan menyanyikan rentak yang sama, bahawa segala kelembaban prasarana, segala ketidakpuasan dihati rakyat, tentang permasalahan yang tidak mampu dileraikan oleh para ahli Dewan Undangan, termasuk seorang ahli parlimen  di Kota Belud. sehingga banyak kedengaran suara keluhan rakyat, kerana para ahli Dewan Undangan gagal meleraikan himpitan permasalahan masyarakat Kota Belud.
 
 
Leraian yang menghimpit masyarakat di situ, akan mampu dilaksanakan. Akan mampu diatasi  jika ditampilkan semula, seorang tokoh politik yang berkewibawaan, juga berketrampilan, seperti Yb Dtk Seri Panglima Dr Salleh, amat wajar untuk diberi peluang. Beliau boleh dicalonkan di DUN Usukan atau di parlimen Kota Belud.
 
 
Berjawatan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO dan merangkap Speaker Dewan Undangan Sabah, lebih berkewajaran, untuk menerajui kepimpinan domestik. Pengalaman yang ada didada beliau, membolehkan  Kota Belud bakal diperjelmakan dengan kepelbagaian pembangunan untuk rakyat dan Sabah khusunya.
Inilah permintaan rakyat Kota Belud setakat ini.
 
 
Saya setuju hujah sdr Kelapa Mawar, bahawa DSSK adalah ikon pemimpin di Kota Belud. Beliau selepas memperolehi PHD yang bergelar Doktor, maka ramai para penulis mencondongkan sokongan kepada DSSK. Wajar sebagai seorang pemimpin seperti DSSK, terus dengan perjuangan, terus dengan  pembelaan  kepada rakyat Kota Belud. Dan rakyat Sabah khasnya.
 
 
Ulasan dari seorang penulis politik yang suka bersedang-sedang menulis, kadang kadang menulis untuk  pembangkang, seperti Kelapa Mawar mengenai status Yb Dtk Seri Panglima Dr Salleh, untuk diketengahkan dalam pru ke-13 ini, sepatutnya Kelapa Mawar di awal awalagi mesti bersuara sama rentak dengan para penulis Barisan Nasional. Dengan demikian penyatuan sokongan dari rakyat tidak akan tergugat.
 
 
Walau bagaimanapun, Kelapa Mawar bertindak bijak, akhirnya bersetuju dengan pendapat rakyat bahawa Yb Dtk Seri Panglima Dr Salleh adalah pilihan rakyat Kota Belud.
 
 
Saya setuju tentang ulas pandang Kelapa Mawar. bahawa pucuk pimpinan perlu memberi laluan kepada DSSK untuk menerajui Sabah. Setelah memperolehi PHD bergelar Doktor, maka kepercayan rakyat terhadap kepimpinan  beliau akan bertambah.
 
 
Sokongan rakyat kepada beliau tetap teguh, dan rakyat tidak akan memberikan peluang kepada pihak pembangkang. Selepas pilihanraya nanti, harap pucuk pimpinan dapat tabalkan Yb Dtk Dr Salleh ke jawatan yang lebih penting. Ia itu Ketua Menteri, dan dilantik oleh Presdien jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.
 
 
Rakyat perlu dokongi parti kerajaan. Rakyat tidak usah dengar suara pihak pembangkang. Kerana pembangkang sentiasa meracuni perasaan rakyat. Sama sama tunggu dan lihat pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi. Semoga semua calon calon BN bakal meraihkan kemenangan yang jitu. 
.
 


No comments:

Post a Comment