Sunday 13 January 2013

GESAAN SEGERA UNTUK MENGHENTIKAN PERDEBATAN PENGGUNAAN KALIMAH " ALLAH ". SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI YB DTK SERI DR SALLEH.

 
Rakyat diseru untuk tidak politikingkan penggunaan Kalimah " ALLAH ". Rakyat dinasihatkan untuk tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menggambarkan kesalafahaman dikalangan rakyat. Rakyat perlu kekalkan keharmonian dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
 
 
 Demikian kata nasihat daripada Yb Dtk Seri Dr Salleh, dalam satu majlis penyampaian sumbangan RM10,000 daripada Yayasan Kota Belud kepada Lok Yuk  Kindergarden milik Gereja Basel di Kota Belud.
 
 
Jika perdebatan yang berlarutan sesama masyarakat dan disertai oleh berbagai anutan agama, akan mungkin kah terdedah kepada golongan ekstremis. lalu golongan ini akan memilih untuk mencari ruang,  kerana para ekstremis sememangnya suka melihat wujud perselisihan faham yang boleh menggugat perpaduan di kalangan sesama rakyat.
 
 
Di Sabah, rakyat tidak berdepan dengan masalah seperti  yang dipersoalkan oleh pihak pembangkang kini. Jika ada yang membahaskan isu ini, perlu dibahaskan melalui pintu tertutup. Dan jika dibincang secara terbuka dan disiarkan di meja media harian. Mungkin bakal mencetusi kebencian dikalangan para penganut agama dalam kalangan masyarakat berbagai kaum.
 
 
Yb Dtk Seri Dr Salleh, selaku pengerusi yayasan Kota Belud, berharap, ahli ahli politik perlu berhati hati dalam memberikan lontaran komen berhubung isu isu panas yang boleh mengguriskan dan menghiris perasaan rakyat jelata.
 
 
Ahli ahli politik, terutama daripada Barisan Nasional perlu mewaspadakan penyampaian bila berhadapan dengan rakyat. Jika tidak dibatasi semua komen yang dicetuskan, akan mengundang rasa kebencian rakyat kepada pemimpin dan kerajaan. Ujar Yb Dtk Seri Dr Salleh.
 
 
Beliau berkata, kepentingan dan kebajikan semua kaum, sentiasa diambil berat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Beliau. menambah, bahawa Kerajaan Barisan Nasional membelanjakan kira kira RM30 juta bagi bantuan kewangan kepada sekolah sekolah Cina dan serta pembinaan tokong tokong di Sabah dalam beberapa tahun yang lalu.
 
 
Ini semua kerana tanggungjawab Kerajaan Barisan Nasional. Pemimpin kerajaan Barisan Nasional telah menyalurkan kira kira RM150 juta dalam bentuk geran kepada badan badan agama bukan Islam serta sekolah sekolah termasuk sekolah swasta Cina dan sekolah mubaligh sejak 2004.  

No comments:

Post a Comment