Tuesday 22 January 2013

THE BEST PUTAR MEMBELIT ANALISIS POLITIK " KELAPA MAWAR " DAN BUKANNYA THE BEST MP KOTA BELUD.

 
Saya terpanggil untuk turut menyertai ruang pembahasan yang ditulis secara lapuk oleh Kelapa Mawar bertajuk  " Rahman Dahalan the  best MP Kota Belud ".
 
 
Ketajaman jaruman Kelapa Mawar dalam tulisannya yang terus membisuli pembahas dalam konteks membandingkan DSSK dan Rahman Dahalan, tidak wajar dihuraikan. Tidak diwajari untuk dibahas secara perbandingan. Kegagalan minda Kelapa Mawar mengetengahkan cerita dalam skrip drama ini, tidak sampai ke tahap yang dikatakan the best of actor atau the best MP Kota Belud.
 
 
Saya terima ulas pandang Kelapa Mawar jika hanya memfokusi sepenggal pemerintahan. Kerana hanya seorang ahli parlimen di Kota Belud. Saya katakan setuju kerana wakil  ahli parlimen Barisan Nasional yang terpilih di seluruh Malaysia mesti kerja bersunguh sungguh. Jika Kelapa Mawar kata masa era Rahman Dahalan the best, maka betullah he done the best. Mesti dia buat semampu tugasan untuk rakyat.
 
 
Jika membandingkan sesama pemimpin Barisn Nasional, telah diakui bahawa penulis dan penyokong Barisan Nasional tidak berminat membandingkan sesama dalam pimpinan parti. Rakyat tidak pernah bandingkan mantan PM Tun Mahathir dengan penggantinya. Begitu juga mantan PM Pak Lah. Rakyat penyokong Barisan Nasional tidak pernah membandingkan antara Pak Lah dengan Perdana Menteri Yab DS Najib pada masa ini.
 
 
Seseorang penulis pro pembangkang sahaja yang masih berstail lapuk menampilkan perbandingan DSSK dengan DARD. Sebelum lontarkan pendapat dalam blog sdr Kelapa Mawar. Wajar juga saya beri idea, bahawa penulis perlu melihat status individu ahli politik itu sendiri.
 
 
DSSK pernah jadi Ketua Menteri, tapi  secara bergilir. Masa eranya Ketua Menteri, dia sahaja di Malaysia ini mencetus idea buka kaunter untuk bertemu rakyat di perkarangan Lobby Jabatan Ketua Menteri. Rakyat Sabah, dan ini  perlu dibanggai, kerana beliau amat kreatif dalam pentadbiran domestik. Umpamanya dibanding Rahman Dahalan, hanya sekadar ahli parlimen sahaja.
 
 
DSSK pernah ditabalkan jawatan ahli majlis tertinggi UMNO secara dipertandingkan. Maksudnya pemilihan ahli majlis tertinggi UMNO, DSSK menang dalam pemilihan. Manakala Rahman Dahalan belum ke tahap demikian.
 
 
Terkini DSSK berjawatan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah. Mungkin selepas PRU beliau bakal menerajui Sabah sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri. Jika pun dibanding Rahman Dahalan sekadar Setiausaha BN Sabah. Dalam tanggapan lain, Kelapa Mawar pandai bermain wayang. Kerana ingin memperlaga lagakan pemimpin BN dan seterusnya para penyokong.
 
 
Wajar Kelapa Mawar melihat status ini sebelum melontarkan pendapat yang berirama bisul. Kerana sengaja  beranalisis secara rambang. Dan tulisan ini secara tidak langsung, tidak menepati halatuju yang sebenar. Memperkotak-katikan tajuk dan membisuli penyokong BN, sememangnya kerja Kelapa Mawar terus memawarkan perasaan pendokong Barisan Nasional.
 
 
Sekali imbas dilihat analisis yang menjadi cerita yang bukan sensasi ini. Kelapa Mawar yang bijak memperokperandakan penyokong BN. Dan dikatakan terus berilham untuk mencari helah bagi punca pertengkaran dikalangan parti Barisan Nasional.
 
 
Sebagai seorang  penulis kreatif. Wibawa kepenulisan ini bersesuaian untuk menulis tentang pergeseran dikampung kampung sendiri seperti Kg Tamau atau Kampung Pintasan. Mungkin masyarakat Kampungan halaman sdr Kelapa Mawar di Kg Tamau, tetap bangga kerana beliau mampu menulis untuk tahap kampungan sahaja. Saya turut bangga kerana Kampung Tamau dengan Kampung saya Merabau berjiran. Dalam waktu yang sama, kecuali sdr Kelapa Mawar pernah jadi penulis diperingkat nasional.  
 
 
Isu memperlagakan pemimpin Barisan Nasional dan mempersabungkan penyokong mereka seperti ayam dalam gelanggang , bukanlah  program yang terpuji dan berkesan kepada parti. Langkah kelapa Kelapa Mawar sebagai penulis pro pembangkang memang ingin melihat semua penyokong Barisan Nasional terjun bercakaran. lantaran pihak pembangkang bakal menjarumi pihak penyokong, agar penyokong menyebelahi mereka.
 
 
Pemimpin Barisan Nasional sudah tahu tekel penulis ini. Dan saya meminta para penyokong tidak terlalu emosi untuk melontarkan pendapat. Biarlah yang diutarakan untuk membahas isu ini tidak melukai penyokong DSSK dan DARD.
 
 
Penyokong dan penulis BN mesti menanamkan semangat kerjasama. Seperti yang dipepatahkan " cubit peha kanan, peha kiri tetap merasa sakitnya".
 
 
Perbalahan yang tercetus melalui ulasan Sdr Amdin Karim, perlu diketepikan. Penyokong BN tidak perlu membahaskan tentang artikel dari Kelapa Mawar ini. Penyokong tidak akan rugi jika tidak menjawab artikel Kelapa Mawar secara emosi. Tidak berkesudahan. Dan tidak berhujung. Pepatah melayu "tiada guna menang jika kampung tergadai". 
 
 
Semua penyoong BN diseru untuk tidak lagi membahaskan lagi artikel kelapa Mawar ini.  "Buang yang keruh ambil yang jernih". Barisan Nasional tetap kembali memerintah di Sabah.
 




  





No comments:

Post a Comment