Wednesday 9 January 2013

TSUNAMI POLITIK TIDAK AKAN BERLAKU DI SABAH: UJAR YB DTK DR SALLEH TUN SAID.


Impian dan khayalan konon tsunami politik bakal melanda Sabah adalah tidak benar. Tsunami politik  tetap tidak akan berlaku di bumi Sabah. Dakwaan pembangkang hanyalah dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat semata mata. Kata Yb Dtk Salleh kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin akar umbi di Kota Belud selasa lepas.
 
 
Menjadi kebiasaan kepada parti memerintah, cabaran dari pihak lawan tidak boleh disangkal. Selagi ada parti lawan, maka selagi itu tetap ada perlawanan. Tapi parti Barisan Nasional tetap diakui oleh rakyat, bahawa BN masih utuh dan padu. Ujar Yb Dtk Salleh.
 
 
Rakyat sudah sedari. Rakyat sudah fahami, bahawa dari masa ke semasa pihak parti lawan tetap cuba masuk menyisip dicelah celah kepingan perpaduan. Namun perpaduan yang ada dalam Barisan Nasional, tetap sukar untuk digertak dan sukar untuk digugat.
 
 
Program transformasi yang diusahakan oleh Yab DS Najib Perdana Menteri, adalah untuk kebaikan rakyat sejagat. DS Najib telah berjaya menerapkan pendekatan mesra rakyat. Justeru, anggapan sesetengah pihak, tentang  kesah pilihanraya 2008 yang telah berlaku di Semenanjung, konfiden tetap tidak akan berlaku di bumi Sabah.
 
 
Barisan Nasional  sebuah parti yang sudah lama mengenal hati budi rakyat. BN memang diakui oleh rakyat jelata sebagai parti unggul yang sentiasa menitikberatkan permasalahan rakyat. Hanyalah parti BN sahaja boleh membela dan memperjuangkan hak hak rakyat. Parti BN sahaja dapat memerintah dengan aman damai serta rakyat hidup sejahtera selamanya.
 
 
Yb Dtk Dr Salleh, menyeru kepada rakyat Sabah, agar sentiasa memberikan sokongan padu kepada parti Barian Nasional. Dan rakyat tidak perlu mendengar celoteh pihak pembangkang yang suka menjuburi mata rakyat dengan seribu janji, konon pembangkang dapat memberikan bulan dan bintang akan datang jatuh  ke riba rakyat. Sebenarnya janji janji yang ditaburkan oleh pihak pembangkang sekadar sebuah janji seperti kata pepatah, tanam tebu dibibir sahaja. Ujar beliau.  



 

No comments:

Post a Comment