Thursday 19 July 2012

DATU LAJIM BAKAL MEMBAKAR KELAMBUNYA!!



Yb Datuk Lajim disifatkan akan membakar kelambunya, ini  kerana tidak berpuas hati tentang peruntukkan parlimen di potong oleh pihak tertentu. Pemotongan menggunakan kapak atau gunting dalam lipatan belum dapat dipastikan lagi, ujar salah seorang ajk bahagian UMNO Beaufort.


Dalam akhbar tempatan yang tersiar kelmarin, Datuk Lajim berterusan melenting di hadapan penyokong PR/PAS bertempat di rumah bekas ADUN bebas sdr Datuk John Ghani.


Sumber yang rapat memberitahu, bahawa salah seorang yang hadir rasa terguris perasaan mereka. Ini disebabkan, jika Datuk Lajim yang menghadapi masalah politik perlulah ditangani secara berhemah. Ujar salah seorang penyokong pembangkang yang turut hadir dalam majlis perhimpunan malam itu. 


Dipetik dalam akhbar expres harian, Datuk Lajim berkata " Saya tidak tahu berdiri di mana " Saya tidak kisah jika UMNO pecat saya ". Beberapa tuturkata ini menggambarkan seolah-olah UMNO itu bersalah dengan Yb Datuk Lajim. Ujar salah seorang peserta perhimpunan malam itu.


Saya bersedia untuk menyertai pembangkang. Samada PR , PAS dan DAP. Jika saya  tidak ada tempat dalam BN, maka parti yang saya sebutkan tadi tentu tidak menolak penyertaan saya. Ujar Yb Datuk Lajim.


Difahamkan seramai 400 orang penyokong parti pembangkang telah menghadiri majlis perhimpunan atas anjuran PR/PAS. Salah seorang penyokong melontarkan rasa kurang berpuas hati, dan rasa keciwanya atas ucapan Datuk Lajim yang kuat melenting dan penuh amarah kepada penyokong yang hadir malam itu.


Dalam anggapan penyokong malam itu, bahawa Datuk Lajim marah kepada penyokong PR/PAS. Kemarahannya bukan kepada UMNO. Semua tahu UMNO itu hanya nama sebuah parti yang memerintah. Kesannya kepada penyokong malam itu. Ini kerana,  yang mendengar ucapan itu adalah penyokong PR dan PAS. Secara langsung atau tidak langsung, yang kena belasah adalah mereka yang hadir, termasuk pemimpin-pemimpin PR dan PAS malam itu.


Kepala begini memang tidak betul. Kata seorang lagi penyokong yang turut berasa atas kemarahan Yb Latuk Lajim malam itu. Dia berucap dan marah di depan kita. Tentu kita yang mendengar ucapan beliau, maka seolah-olah kita kena tempias kemarahan ini.


Datuk Lajim turut memberitahu, bahawa beliau sanggup lepaskan pendapatan rm20 ribu. Konfiden, beliau sanggup mengatak ke parti pembangkang. dan parti pembangkang tetap menyambut lompatan Datuk Lajim.


Samada ini kali lah atau lain kali lah, semua ungkapkata Datuk Lajim sekadar bunyi gendang gertakkan kepada pemimpin BN atau bakal menjadi realiti!. Justeru itu, para pemerhati politik masih dalam kotak tanda tanya. Hingga kini belum ada kepastian daripada kenyataan yang tersiar di dada akhbar tempatan kelmarin. Kita mesti tunggu dan lihat, ibarat pepatah, semacam indah khabar dari rupa. Jangan hanya perkara kecil ini, maka Datuk Lajim tinggal menggaru-garu dan meraba-raba dalam kegelapan. Rakyat juga yang rugi dan ketinggalan.



nada Yb itu

1 comment:

  1. bibit perPacahan dalam UMNO/BARISAN NASIONAL
    pemmpin yang tak rasuah di penc il...

    apa tungguh lagi....

    Lompatlah....... SALLEH OTEK SUDAH ASASKAN.

    ReplyDelete