Friday 13 July 2012

PEMIMPIN YANG PENYAYANG, TETAP DIKASIHI OLEH RAKYAT !!


Rakyat wajar menegur pemimpin, jika  pemimpin terbabit mengabaikan tanggungjawabnya. Diwajarkan kepada pemimpin untuk menerima teguran dari rakyat. Pemimpin mesti ingat budi rakyat. Rakyat jangan segan-silu untuk buat teguran terhadap pemimpin. Tanpa sokongan dan usaha rakyat,seseorang itu tidak akan naik ke takhta sebagai pemimpin.


Kejayaan  pemimpin dalam kariernya sebagai ahli politik tidak akan kesampaian, jika tanpa sokongan dan dokongan serta kerjasama  yang bulat dari rakyat.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. M, mencadangkan kepada rakyat, bahawa setiap pemimpin yang buat salah perlu ditegur. Rakyat wajar jadi pemerhati dan wajar mengadili pemimpin yang buat salah. Ada terdapat dikalangan pemimpin bukannya semua betul. Makanya  yang tidak betul, rakyat berhak  untuk memperbetulkannya


Di kalangan pemimpin ada sebahagian yang bersifat suka minta puji. Bila rakyat puji, maka kembanglah bunga sekuntum dalam dada pemimpin itu. Jika ungkapkata puja-puji berterusan, maka  pemimpin berkenaan akan jadi kembang dan mengembang, berjalan pun rasanya terlambung-lambung, kerana dihujani dengan puji-pujian dari rakyat. Disebaliknya, rakyat tadi yang bermanis mulut, sebenarnya di dalam hati lain bicara. Dan lain sokongan, kerana memang lidah itu tidak bertulang. Dan pemimpin yang terbabit tidak lagi dipandang.


Maka tanggungjawabnya sebagai pemimpin akan leka dan malap. Akhirnya lupa daratan. Dan rakyat akan tidak terbela. rakyat akan terpinggir dari sudut kemajuan.  Sudah menjadi resam dunia politik, rakyat yang kuat memuji akan ketinggalan jauh dari aspek kemajuan. Lantaran rakyat perlu elakkan sikap banyak buat pujian, dan  jangan banyak memuja dan memuji. Akhirnya minda pemimpin akan membisuli sokongan dan perasaan rakyat.  


Kepada rakyat jangan selalu terbuai dengan kepelbagaian umpan. Jika silap memilih umpan,  rakyat juga yang bakal terpancing dan terkencing. Oleh itu, selalu mengharap taburan umpan dari pemimpin perlu diketepikan.  Andainya selalu dibuai kepelbagaian umpan,  seolah-olah rakyat bakal kehilangan cahaya bulan dan cahaya bintang diwaktu malam.  Justeru itu, rakyat perlu berjalan betul dalam arena politik.Rakyat perlu pandai melompat seperti tupai dalam arena politik.  Sebab itu rakyat diseru untuk memilih pemimpin yang diterjemahkan pemimpin pilihan rakyat.


Tun Dr, M  menyeru kepada rakyat, agar tidak takut menegur  pemimpin. Teguran  secara berhemah, serta memberikan pandangan secara yang betul kepada pemimpin adalah wajar.  Rakyat mesti berani mendepani kebenaran. Rakyat berani seberani panglima Hang Tuah untuk menegakkan kebenaran. Tambahan itu, sikap jujur dan ikhlas, dalam usaha memberikan sokongan kepada pemimpin, tentu dapat melahirkan seorang pemimpin yang amat berkarisma, serta pemimpin yang penyayang dan tetap dikasihi oleh rakyat. 

No comments:

Post a Comment