Tuesday 31 July 2012

KEBENARAN YB DTK SALLEH UNTUK GESA LAJIM KELUAR UMNO.. PROSIDUR TAAT-SETIA KEPADA PARTI..

Sesekali imbas, sesekali kilas dalam percaturan politik, berkewajaran untuk  menunjukkan taat-setia kepada parti, berkemestian untuk bertaat-setia terhadap perjuangan. Selama 18 tahun keberadaan dalam UMNO. Sejak itu juga sokongan rakyat berakar umbi, hari ini lontaran komen terhadap Dtk Lajim, datang bertubi-tubi.


Lompatan kijang bertanduk oleh Dtk Lajim, sudah dijangka di awal-awal pagi sebelum kedengaran ayam berkokok lagi. Rakyat beaufort yang rasa muak terhadap tanduk tumpul Dtk Lajim ini, di lihat tidak mengenang budi rakyat di situ, sekaligus menghina rakyat beaufort. Sokongan rakyat sehingga beliau mendapat jawatan  ke tahap jawatan Timbalan Menteri, sudah dilupakan, seperti pepatah " kacang lupakan kulit "  Terkini rakyat juga yang terhimpit.


" Yang patah akan tumbuh, Yang hilang akan berganti " Saat ini Yb Dtk Azizah seorang ahli akademik yang berprofesi peguam wajar dijulang oleh masyarakat disitu.  Rakyat beaufort sudah dianugerahkan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat sebagai pengganti atas pengosongan Dtk Lajim. 


Yb Datuk Azizah lebih popularitinya daripada Dtk Lajim. Beliau ( Yb Dtk Azizah ) sudah lama mengorak langkah untuk mendekati rakyat disitu. Ajk bahagian beaufort lebih gemar berjuang bersama-sama dengan Dtk Azizah. Dan bukan bersama-sama  dengan Yb Dtk melenting yang gemar tengking-tengking,  tidak semua rakyat di parlimen beaufort mudah  dapat dipancing. .  


Saat ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Yb Dtk Salleh, wajar keluarkan satu kenyataan, untuk menggesa keluar parti terhadap mana-mana individu yang memperlekehkan perlembagaan parti UMNO. Kepasitinya sebagai Timbalan Pengerusi, Yb datuk Salleh mempunyai hak-mutlak atas dasar kebenaran, dan meminta mana-mana ahli yang dianggap pembawa wabak virus kepada parti, boleh memudaratkan ukhuwah talian sokongan, bertepatan untuk diseru tinggalkan parti.


Kelantangan dan mengapa lantang sebagaimana menjawab pertanyaan " kelapa mawar " satu peranan dan tanggunjawab berkepasiti Timbalan Pengerusi UMNO Sabah. Yb Datuk Salleh boleh menyuarakan yang dilihat  tidak betul, bagi memperbetulkan kesilapan ahli UMNO, ini kerana tanggungjawab bersuara adalah  terletak dibahu setiap pemimpin dalam parti barisan nasional amnya. Dan UMNO khususnya.  


Memperkatakan soal siapa bakal Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, bukan perkara asas untuk diperhetongkan. Perjuangan sejati dalam parti demi rakyat, adalah  menjadi  topik utama. Parti barisan nasional tetap berwibawa, kerana bersandarkan janji-janji  kepada rakyat, yang tetap direalisasikan.


Rakyat yang matang perlu mensyukuri nikmat kemakmuran  atas kebijaksanaan pemimpin barisan nasional. Pru ke-13 ini, bakal mewarnai transformasi kemajuan, kerana keperolehan majoriti lebih dua pertiga untuk memerintah negara secara efisyen bakal dalam gelanggang kemenangan dengan cemerlangnya.


22 atau 23 daripada 25 kerusi parlimen di sabah bakal milik barisan nasioal. 50 atau 55 daripada 60 kerusi Dun di Sabah tentu dalam genggaman barisan nasional untuk membentuk kerajaan semula. 


Manakala khabaran dari bumi Semenanjung, diramalkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kedah dan Pulau Pinang akan diperintah semula  oleh barisan nasional. Hanya negeri kelantan dalam perkiraan 50-50. Dengar khabar yang meniup kencang. Pengerusi Perhubungan Negeri Datuk Tok Pah, mempunyai rahsia yang fantastik untuk kembali memerintah di bumi penuh ketaksuban itu.


Di Kota Belud, sokongan rakyat  kepada calon-calon barisan nasional di situ tetap menyerlah. Kerusi Parlimen, kerusi Dun Usukan, kerusi Dun Tempasuk dan kerusi Dun Kedamaian tetap   dalam gelanggang kemenangan. Kelapa Mawar tentu sedih, kerana barisan nasional sukar untuk digugat dan digertak.  

No comments:

Post a Comment