Friday 27 July 2012

PENTARBIYAHAN DS NAJIB IKUT " SUNNAH NABI " PEMBANGKANG IKUT NAFSU-NAFSI !!



Pentarbiyahan UMNO, tidak sama dengan parti-parti pembangkang. Tarbiyah atas nama parti UMNO tidak sekejam dengan parti yang tidak memerintah, parti-parti bukan pilihan rfakyat ini bersama  penulis blognya hanya ikut perasaan berasaskan ikut nafsu-nafsi sendiri-sendiri.




Sebagai contoh bukan semua kelapa-kelapa yang bernama mawar jika diminum, memiliki airnya manis. Ada juga kelapa-kelapa  mawar dijual dimerata-rata tempat mengandungi airnya tawar. Kekadang ada kelapa-kelapa mawar tidak dilihat lagi oleh pelanggan, apatah lagi ditoleh oleh penggemarnya. Ini kerana,mungkin pelanggan sudah rasa  muak dengan kelapa jenis mawar ini, penggemar selalu tertipu, kadang terbeli yang berairkan sungguh tawar.


Jika seseorang penulis menggunakan atas nama kelapa mawar, tentu sekali semua yang disuarakan, adalah kata-kata yang sudah lapok ditelan kedunguan. Cerita-cerita yang menghentam Perdana Menteri yang tidak berasas diterjemahkan seperti " meludah ke langit ", dan akhirnya penulis blog kelapa mawar sendiri yang kena ludah.


Cerita-cerita tentang tidak ambil tindakan dengan Datuk Lajim, atas desakkan kelapa mawar, kerana pegumumannya untuk membentuk satu parti yang bergelar " pakatan perubahan rakyat " menunjukkan kepintaran dan kewarasan sebagai pengerusi barsian nasional.  Membukitkan kepada bahawa PM mentarbiyah negara adalah berasaskan " Sunnah Nabi ". Nabi tidak akan menghukum umatnya. Walaupun umatnya didapati bersalah.


Sifat inilah PM layak bergelar sebagai tokoh pemimpin yang tersohor. Prof Madya Datuk Dr Mohd Fuad, berpendapat, bahawa Yab Datuk Najib seorang pemimpin yang popular di malaysia berbanding dengan pemimpin pembangkang, seperti Anuar dan Nik Aziz. Justeru para belia telah menobatkan beliau (Datuk Najib) sebagai pemimpin yang tiada tandingan dalam negara.


Dalam konteks isu yang sekecil seperti Dtk Lajim, biarlah rakyat yang menghakiminya. Inilah yang dinamakan marahkan nyamuk, maka kelabu pula yang dibakarnya.


PM  tidak akan mengejami individu dalam UMNO, biarlah individu itu yang mengejami dirinya sendiri. Biarlah individu itu " terjun dengan labu-labunya "  Rakyat tidak terpisong dengan isu-isu remeh-temeh ini.  Rakyat tahu bahawa dalam barisan nasional tiada sifat yang kejam-kejam seperti kekejaman yang berlaku terhadap Datuk Dr Hassan, di negeri selangor.


Jika parti pembangkang mencercah pemimpinan barisan nasional secara peribadi,  sekali pun,  pemimpin barisan nasional melihat mereka ini sudah kehabisan modal. Sudah menjadi lumrah alam, setiap umat bergelar manusia, mesti tidak suka rakyat terbela secara harmoni. Lagu-lagu sumbang ini sudah tidak didengar oleh rakyat. Rakyat tidak akan berganjak walau setapak sekalipun, rakyat tetap memberikan sokongan kepada parti kerajaan.


Suara kelapa mawar konon, PM bukan doktor untuk mengubati UMNO/BN satu teka-teki yang tohor  dan dungu dalam penghujahaan yang mengaitkan ubat untuk mengubati parti. Dalam UMNO tiada cacatcelah dan tiada pergolakkan, mungkin kelapa mawar terlebih pandang, justeru melihat sebelah mata sahaja terhadap parti keramat UMNO ini. Perlu difikir secara tepat,ubat untuk manusia wajar dilakukan oleh Doktor. Tapi kepada organisasi parti hanya ditangan rakyat ynag boleh menentukkanya sahaja.


UMNO/BN sebuah organisasi yang memerintah atas pilihan rakyat. Jika parti ada masalah, sekadar masalah dalaman yang biasa terjadi  kepada semua parti termasuk parti pembangkang.Lantaran tiada ubat untuk masalah dalaman. Satu langkah yang langkah boleh selesaikan terhadap parti yang bermasalah seperti pembangkang ialah suara rakyat. 


Di Sabah tentu kata-kata " fixed deposit BN " , masih dilaung-laungkan oleh rakyat Sabah.  Gandingan mantap Datuk Musa Aman Pengerusi Perhubungan Negeri, bersma Yb Datuk Salleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, merangkap Speaker Dewan, masih dipersada sokongan rakyat yang maksima, kerana kedua pemimpin ini adalah pilihan rakyat di kawasan masing-masing.


Tinjauan Arnold Puyuk dari UITM Sabah, tentu tidak menepati ramalan. Tinjauan sekadar sekadar tinjauan dari kacamata yang kasar. Rakyat tetap menduga bahawa antara 22 atau 23 kerusi parlimen sentiasa dalam genggaman barisan nasional.


Dun Usukan tetap dimenangi oleh barisan nasioanl kerana ini adalah kerusi kuat untuk UMNO. Jika Datuk Speaker jadi calon, 80 peratus rakyat tetap memberikan sokongan. Ujar salah seorang penyokong barisan nasional yang tidak mahu namanya disiarkan. 


Secara gentleman, kita tunggu pilihanraya ke-13, barisan nasional tetap dipilih oleh rakyat sebagai kerajaan yang bakal memerintah negara dan negeri Sabah.   



No comments:

Post a Comment